A/N: Hai semua! terima kasih kerana membaca cerita ini sehingga sekarang. Saya sangat terharu dengan sokongan yang kamu berikan kepada saya. Saya buat Chapter kali ini berbeza daripada biasa kerana saya buat dalam lebih kurang 3K patah perkataan. Jadi, Last Chapter for season 2.

Enjoy!


Sebelum ini dalam Power Of Element 2

Dia dan kawannya datang ke kampun kampung aku untuk bersembunyi daripada mereka" Balas ketua kampung itu.

"Jadi Boboiboy, kat mana dia sekarang?" Tanya Yaya dengan perasaan risau.

Keadaan senyap seketika sebelum dia membalas pertanyaan Yaya. "Perkara buruk dah terjadi di kampung saya yang menyebabkan kami terpisah.

"Kita kena cari Boboiboy dan Lisa" Kata Eddy kepada rakan-rakannya. "Tapi, macam mana?" Tanya Gopal

"Itu saya ada rancangan" Kata ketua kampung itu.

Semasa zaki sedang berjalan, secara tiba-tiba mata Zaki berubah menjadi warna Kelabu dan terdengar seseorang sedang bercakap dengannya. "Pergi cari Batu Angin itu" Kata suara itu dan kemudiannya menghilang serta mata Kelabu Zaki berubah menjadi biasa semula.

Dengan pantas dia menuju ke bilik simpanan bahagian kedua Batu Elemen Angin. Dia memecah masuk ke dalam bilik itu dan mengambil bahagian kedua itu. Dia juga mengeluarkan bahagian peryama yang dicurinya daripada Boboiboy di Bumi sebelum ini. "Maafkan saya kakak" kata Zaki sebelum dia mencantumkan kedua-dua bahagian sebelum menghasilkan cahaya biru yang terang menerangi bilik itu.


-POWER OF ELEMENTS 2-

~Secrets Of The Element Kingdom~

Chapter 10: Last Of Us

Dalam Mimpi Boboiboy

Boboiboy berada di sebuah tempat seperti istana yang besar yang ditutupi oleh awan gelap dan berguruh.

"Ada sesiapa tak?" Jerit Boboiboy supaya mengetahui jika ada seseorang di dalam istana itu bersamanya. Tetapi tiada jawapan daripada sesiapa.

Boboiboy kemudiannya meneroka istana itu untuk mencari jalan keluar, tetapi dia tiba di satu tempat seperti medan berlawan. Kelihatan terdapat tiga orang berada di medan tersebut. Setelah Boboiboy memerhati dengan lebih jelas, salah seorang daripada mereka ialah Lisa. Boboiboy cuba memanggilnya tetapi diendahkan seperti dia halimunan.

Pada masa yang sama juga terdapat seorang lelaki terbaring dihadapannya, dan lelaki itu ialah Boboiboy? Boboiboy terkejut melihat keadaan itu dan kemudiannya melihat seorang lelaki duduk di atas kerusi diraja yang berada di atas batu yang besar.

Boboiboy sukar untuk melihat mukanya kerana ditutupi oleh hood. Setalah dia tengok betul-betul, dia baru tahu yang lelaki itu ialah, Ahli Sihir yang selalu muncul dalam mimpinya "Bunuh dia" Katanya kepada Lisa. "Baik tuanku" Kata Lisa sambil berjalan menuju ke arah ilusi Boboiboy yang terbaring. Boboiboy cuba menghalangnya tetapi ianya cuma mimpinya sahaja. Dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Boboiboy melihat mata Lisa berwarna Unggu seperti bahagian gelap juga sudah menguasai badan Lisa. "Tolong jangan buat macam ni Lisa! Aku ni kawan kau!" Kata ilusi Boboiboy sambil undur ke belakang, badannya cedera parah dan sukar untuknya berdiri. "Kau yang buat macam ni dekat aku, ini semua salah kau!" Jerit Lisa sambil mengeluarkan pedang petir ditangannya. Tampa berbuang masa, Lisa menikam ilusi Boboiboy sehingga mati.

Boboiboy terkejut dengan apa yang baru dilihatnya. "Tak-tak mungkin" kata Boboiboy dengan perasaan takut.

"Inilah yang terjadi jika kamu gagal, Boboiboy" Satu suara muncul dari belakang Boboiboy. Boboiboy menoleh ke belakang dan melihat seorang perempuan dewasa berdiri di belakangnya.

"Siapa kau?" Tanya Boboiboy sambil undur ke belakang sedikit. "Saya Jam Kuasa kamu...nama aku Luna" Balasnya sambil mendekati Boboiboy. "Jam Kuasa aku ni perempuan?" Kata Boboiboy kepada dirinya sambil membuat muka keliru.

"Apa maksud kau, kalau aku gagal?" Tanya Boboiboy. "Kamu perasan tak yang kamu selalu dapat mimpi buruk?" Tanya Luna kepada Boboiboy. "Err...yer?"

"Mimpi itu ialah gambaran masa depan yang saya berikan dalam mimpi kamu untuk bersedia." Kata Luna. "Tapi kenapa aku selalu jumpa Ahli Sihir tu dalam mimpi aku?" Tanya Boboiboy. "Itu luar daripada kemampuan kuasa aku...ia disebabkan bahagian gelap kamu sudah semakin kuat, dan ia sudah boleh dikawal oleh Ahli Sihir itu." Balas Luna

"Jadi, Lisa pun...ada kuasa ni?" Tanya Boboiboy sambil melihat ilusi Lisa yang berada tidak jauh darinya. Luna berdiam seketika sebelum menjawab pertanyaan Boboiboy. "Aku tahu yang kau sangat ambil berat tentang Lisa...tapi semua para Elemental ada kuasa ini" Balas Luna dengan serba salah.

"Walau apa pun terjadi...kamu boleh mengubahnya" Kata Luna sebelum mula pudar dari pandagan Boboiboy. "Macam mana nak hentikan kuasa gelap ini?" Tanya Boboiboy untuk kali yang terakhir. Luna memandag Boboiboy sambil tersenyum sebelun menjawab pertanyaannya. "Kamu akan ketahuinya nanti" Balas Luna sebelun hilang dari pandangan.

Dunia Sebenar

"AAH"

Jerit Boboiboy terbangun dari tidurnya dan menyebabkan Lisa terbangun tidak jauh darinya. Rupa-rupanya mereka tertidur di dalam hutan semasa mereka sedang mencari tempat rehat.

"Kenapa Boboiboy? kau okay ke?" Tanya Lisa dengan risau sambil berlari ke arah Boboiboy. "Mimpi buruk lagi" Balas Boboiboy sambil mengurut kepalanya yang sakit. Kemudiannya Boboiboy memandang Lisa dengan perasaan risau kerana teringat kata-kata Luna.

"Kita kena gerak" Kata Lisa sambil melihat sekeliling. Semasa Boboiboy bangun dari tempat tidurnya, dia dapat melihat awan gelap sedang berkumpul di satu tempat. Iaitu Kerajaan Angin. Mereka berdua terkejut melihat awan yang menakutkan itu. Kemudiannya mereka mendaki bukit terdekat untuk melihat lebih jelas.

"Awan...awan apa tu?" Tanya Lisa dengan ketakutan. Boboiboy melihat awan itu menyelumbungi Kerajaan Angin beserta bunyi guruh yang kuat. "Ada sesuatu yang tak kena...kita kena pergi ke situ!" Kata Boboiboy.

"Tapi..."

"Tapi apa? Kawan kita dalam bahaya! takkan kita nak biarkan diorang" Kata Boboiboy sambil menarik tangan Lisa dan turun dari bukit tersebut menuju semula ke Kerajaan Angin.

Di Kerajaan Angin

Pada masa yang sama, Kerajaan Angin sedang di serang oleh sekumpulan Raksasa Angin yang kuat. Mereka melakukan kerosakan yang teruk di bandar itu dengan menghancurkan bangunan-bangunan yang berada di Kerajaan itu.

Di dalam istana pula, Puteri Kasturi mengarahkan pengawal-pengawal untuk menghentikan raksasa itu, tetapi sukar. Dengan pantas, Puteri Kasturi sendiri berhadapan dengan raksasa yang cuba memasuki Istananya dengan dua bilah pedang di tangannya.

"Dari mana diorang semua datang ni" Kata Puteri Kasturi sambil berlawan dengan raksasa-raksasa itu. "Aku! aku yang panggil diorang" Suara yang datang dari arah belakang Puteri Kasturi.

"Aku yang panggil mereka" Rupa-rupanya suara itu datang dari Zaki. Pada masa itu mata Zaki berubah menjadi warna Kelabu dan dia masih memegang Batu Elemen Angin di tangannya. Kelihatan juga aura hijau sedang mengelilingi badannya.

"Kenapa? kenapa Zaki...apa kau dah buat?" Kata Puteri Kasturi dengan perasaan sedih. "Saya rasa kakak tahu mengapa saya diusir dari Kerajaan Angin" Balas Zaki "Saya kembali hanya untuk mengambil apa yang aku mahukan"

"Kau tak akan kemana-mana!" jerit Puteri Kasturi sambil berlari ke arah Zaki.

Di Penjara Kerajaan Angin

Mereka semua dapat keluar dari penjara tersebut dengan bantuan Ketua Kampung. Mereka memasang perangkap untuk mengenakan seorang pengawal yang mempunyai kunci untuk membuka pintu penjara itu.

Setelah mereka melangkah keluar dari penjara itu, kesemua jam kuasa mereka bercahaya semula dan kembali normal. "Yey! kita dapat balik kuasa kita" Jerit Gopal dengan gembira

"Dah kita kena cari Boboiboy dengan Lisa!" Kata Yaya sambil berlari menuju ke pintu keluar. Tetapi sebelum Yaya dapat membuka pintu itu, seseorang sudah membukanya. "Boboiboy !" Jerit Yaya sambil memeluk Boboiboy dengan erat dan kemudiannya Boboiboy membalas pelukannya. Tidak lama kemudian, baru Lisa masuk ke dalam untuk melihat keadaan kawan-kawannya. Tetapi setelah dia melihat Boboiboy berpelukan dengan Yaya, dia hanya mengalihkan pandangannya ke tepi supaya tidak melihat mereka berdua.

"Lisa!" Jerit Ying, Fang, Gopal dan Eddy dengan gembira sambil berlari ke arah Lisa. Eddy menyedari yang kelihatan tidak gembira. "Kau ok ke Lisa?" Tanya Eddy. "Aku...tak kita kena pergi dari sini" Kata Lisa menukar topik. "Kita semua dalam bahaya" Kata Boboiboy kepada kawan-kawannya. "Apa dah jadi?" Tanya Fang. "Tempat ni dah kena serang oleh raksasa" Setelah mereka mendengar kata-kata Boboiboy, merekaterdiam kerana ketakutan.

"Ini adalah salah satu Kuasa Kegelapan yang ditakuti oleh kami" Kata Ketua Kampung kepada Boboiboy. "Maksudnya?" Tanya Eddy. "Seseorang sedang menggunakan Batu Elemen Angin". Semua orang terkejut dengan kata-kata Ketua Kampung itu. "Zaki...mesti dia dah curi bahagian kedua itu"

"Kita kena halang dia!" jerit Fang. "Tak korang kena halang dia...saya mahu cari orang-orang saya yang ditangkap" Kata ketua kampung itu sambil berlalu pergi. Sebelum Boboiboy dan kawan-kawannya telah keluar dari penjara bawah tanah itu satu raksasa menyerang mereka semua. "Hati-hati semua!" Jerit Yaya sambil mengelak serangan raksasa itu.

'PUSARAN ANGIN'

Lisa menggunakan kuasa anginnya untuk mengalahkan raksasa itu.

"Kita kena keluar dari Istana ini dulu" Kata Boboiboy. Semasa mereka semua dalam perjalanan untuk keluar dari istana, mereka terserempak dengan Puteri Kasturi dan Zaki yang sedang bertarung. Tetapi keliharan Puteri Kasturi suda tewas. "Kita kena tolong dia" Kata Boboiboy. "Buat apa kita kena tolong dia" Balas Fang tidak bersetuju dengan Boboiboy. "Iya lo...dia yang tangkap kita ma" Kata Ying menyambung kata-kata Fang.

"Kita tak boleh biar dia lawan sorang!" Kata Boboiboy. "Aku tolong kau Boboiboy" Kata Lisa sanggup untuk membantu Boboiboy. Kemudiannya Eddy juga mahu turut membantu. "Okay, yang lain keluar dulu dari istana ni...jumpa di luar nanti" Kata Boboiboy. Setelah mendengar arahan Boboiboy, Yaya, Ying, Fang dan Gopal keluar dari istana untuk mencari tempat selamat.

'KUASA ELEMNTAL...BOBOIBOY PETIR'- Boboiboy berubah menjadi Boboiboy petir.

Setelah Boboiboy Petir mengeluarkan Pedangnya dia terus berlari ke arah Zaki dan menyerangnya dengan bertubi-tubi. "Kau! aku tahu kau akan datang balik" Kata Zaki sambil menepis serangan Boboiboy Petir.

Boboiboy kemudiannya melompat kembali ke tempat asalnya. "Kamu tak apa-apa?" Tanya Lisa sambil membantu Puteri Kasturi yang sudah lemah. "Boboiboy...aku..." Kata Puteri Kasturi tetapi dipintas oleh Boboiboy. "Tak ada masa nak mintak maaf...sekarang Puteri kena pergi dari sini" Kata Boboiboy Petir mengarahkan Puteri Kasturi untuk beredar dari situ.

"Jadi, kau datang sebab nak selamatkan dia sahaja...cuba kau tunjukkan kebolehan kau" Kata Zaki. "Kau jangan nak belagak!" Jerit Boboiboy Petir sambil menggunakan Gerakan Kilat dan menyerang Zaki dengan pantas, tetapi Zaki dapat mengelak semua serangan itu kerana dia berubah menjadi asap hitam bertebangan di situ. "Kau nak pergi mana tu" Kata Eddy sambil mengikatnya dengan tumbuhan yang besar dan setelah Zaki tidak boleh bergerak...Lisa datang menyerang Zaki.

'TUMBUKAN TANAH!'

Tumbukan itu tepat kepada Zaki dan menyebabkan dia terpelanting ke belakang. "Heh, hebat jugak korang ni" Kata Zaki sambil mengelap darah yang keluar daru bibirnya. "Giliran aku pulak!" Kata Zaki. Tidak lama kemudian, Keluar satu bayang-bayang di belakangnya dan kemudian menyerang mereka semua sehingga mereka terpelanting ke belakang. "Apa benda tadi tu?" Tanya Boboiboy. "Itu, kuasa Elemen Kegelapan" Balas Puteri Kasturi. "Kegelapan? Maksudnya?" Tanya Eddy. "Itu ialah kuasa Elemen yang terkuat dan kuasa yang terlarang bagi para Elemental untuk pelajari" Balas Lisa

"Korang tak akan menang lawan aku" Kata Zaki drngan megah. "Mari kita tengok, siapa yang menang" Balas Boboiboy.

"KUASA ELEMENTAL...BOBOIBOY API"- Boboiboy berubah menjadi BBB Api

"Kau ingat kuasa Api tu boleh kalahkan aku?" Kata Zaki meninggikan dirinya. "Korang pergi, biar aku yang lawan Zaki" Kata Boboiboy Api kepada rakan-rakannya. "Kau tak boleh lawan dia sorang Boboiboy!" Kata Eddy "Aku tolong kau Boboiboy" Kata Lisa sambil berdiri di sebelahnya. Boboiboy Api terkejut dengan kata-kata Lisa dan kaku seketika. " Ok, korang berdua pergi!...tempat ini tak selamat untuk Puteri Kasturi". Setelah mendengar kata-kata Boboiboy...Eddy membawa Puteri Kasturi beredar dari situ.

"Kita kena hati-hati Boboiboy...Kuasa Kegelapan ni berbahaya." Kata Lisa memberi amaran kepada Boboiboy. "Heh, Api boleh menerangkan kegelapan" Kata Boboiboy Api sambil berlari ke arah Zaki. Boboiboy Api kemudiannya menyerang Zaki menggunakan kuasa apinya dengan bertubi-tubi, tetapi Zaki dapat menepisnya dengan mudah. "Kenapa kau nak Batu Elemen tu hah!" Jerit Boboiboy Api sambil menyerang Zaki. Pada masa itu juga Lisa datang menyerang Zaki daripada belakangnya.

"TEMBAKAN KILAT"- Lisa menyerang Zaki.

Serangan itu dapat memperdayakan Zaki dan tepat terkena ke arahnya sehingga dia terpelanting kebelakng. "Kau, ingat aku yang nak guna benda tak berguna ni?" Kata Zaki yang masih kesakitan. "Apa maksud kau?" Tanya Boboiboy. "Mimpi ngeri kau yang mahu gunakannya" Balas Zaki kepada Boboiboy. Setelah Boboiboy Api mendengar apa yang dikatakan oleh Zaki, dia terus ketakutan. "Tak...tak mungkin..."

Dengan menggunakan kesempatan itu Zaki mehu menggunakan Kuasa Jurus Darah kepada Boboiboy. Tetapi Lisa dapat menghalangnya dengan menolaknya ke tepi. Lisa terkena kuasa itu dan dia tidak boleh bergerak kerana darahnya sudah dikawal oleh Zaki. "Budak mentah!" Kata Zaki dan kemudian melempar Lisa ke dinding dengan kuat ambil mengawalnya.

"Lisa!" Jerit Boboiboy. "Macam mana kau tahu kuasa ni..." Tanya Lisa yang masih kesakitan kerana badannya sedang dikawal oleh Zaki. "Oh, aku belajar dari Kai...kawan aku yang kau dah bunuh." Balas Zaki sambil mencekik Lisa menggunakan Jurus Darahnya.

"LEPASKAN DIA!" Jerit Boboiboy dan pada masa itu, api-api bertebangan mengelilingi Boboiboy. Zaki terkejut dengan apa yang sedang berlaku.

"KUASA ELEMENTAL...BOBOIBOY BLAZE!"- Boboiboy bertukar menjadi Boboiboy Blaze.

"Lepaskan Dia!...CAKERA BERAPI!" Jerit Boboiboy Blaze sambil mengeluarkan Cakeranya. Kemudiannya, dengan perasaan marah Blaze menyerang Zaki dengan bertubi-tubi yang sukar untuk ditepis oleh Zaki.

Zaki cuba menyerang Blaze menggunakan kuasa kegelapannya tetapi gagal kerana Boboiboy Blaze kerap menyerangnya.

"TUMBUKAN TINJU BERAPI!" Serangan terakhir Blaze sebelum Zaki terpelanting ke belakang. "Dia tuan aku Boboiboy!...Dan Aku akan selesaikan tugas ini sampai habis!" Jerit Zaki. "Dan aku akan halang kau sampai kau kalah!" Sambung Boboiboy Blaze. Kemudiannya Zaki mengeluarkan sebuah pedang yang kelihatannya pedang itu berwarna hitam seperti bayang-bayang. Boboiboy Blaze pulak mengeluarkan Pedang yang menghasilkan Api.

Mereka berdua kemudiannya berlari dengan serentak untuk menyerang antara satu-sama lain. Mereka berlawan pedang dengan pantas, tetapi Blaze lebih banyak menyerang Zaki. "Kau tak akan menang lawa aku!" Jerit Zaki sambil cuba menikam Boboiboy Blaze, tetapi Boboiboy Blaze hilang dalam celah api (seperti Gerakan Kilat) dan kemudiannya muncul di belakang Zaki.

"Apakah!" Zaki terkejut kerana Blaze berada di belakangnya. Blaze cuba menyerang Zaki tapi dapat ditepis oleh Zaki. Zaki berasa ketakutan kerana Boboiboy Blaze bukan lawannya. "Ok Boboiboy kau...kau menang..." Kata Zaki sambil membuang pedang di tangannya menandakan dia sudah mengalah. Tetapi Blaze tetap medekatkan dirinya dengan Zaki sambil menghalakan pedangnya ke arah Zaki. "Kau ingat senang jer aku nak lepaskan kau? Selepas kau serang kawan aku!" Balas Boboiboy Blaze dengan kuat.

"Ok...kau nak Batu Elemen ni semula?...nah ambillah!" Kata Zaki sambil membaling Batu Angin itu ke lantai. Boboiboy masih tidak mempercayai Zaki, tetapi semasa Boboiboy cuba mengambil batu itu, Satu Asap hitam muncul dan menolak Boboiboy kebelakang dengan kuat.

Dia berubah menjadi seorang lelaki berhood hitam. Kemudian dia mengambil batu Elemen Angin itu. "Kau hampir mengecewakan aku Zaki" Kata Lelaki itu kepada Zaki. Blaze berubah menjadi normal semula dan melihat lelaki itu. "Oh hai, Boboiboy...aku teringin nak jumpa dengan kau" Kata lelaki itu kepada Boboiboy. Setelah Boboiboy meliha lelaki itu denga teliti, dia baru sedar siapa lelaki itu. "Kau...kau...tak mungkin.." Kata Boboiboy dengan ketakutan kerana lelaki itu ialah Ahli Sihir yang selalu muncul di dalam mimpinya. Lelaki itu kemudiannya berjalan ke arah Lisa yang masih pengsan. "Aku nampak kegelapan dalam dia..." Kata Lelaki itu sambil memasukkan sesuatu seperti satu kuasa berwarna unggu ke dalam badan Lisa. "Kau jangan sentuh dia!" Jerit Boboiboy. Lelaki itu kemudiannya memandang Boboiboy.

"Kau memang hebat Boboiboy...aku teringin nak lawan kau sekarang, tapi tugas aku di sini dah selesai...Aku juga teruja tengok Kuasa Kegelapan kau juga semakin kuat" Kata lelaki itu sebelum dia dan Zaki berubah menjadi bentuk asap hitam dan terbang keluar dari Kerajaan Angin.

"Apa...apa yang berlaku?" Tanya Lisa yang baru sahaja sedar dari pengsan. Boboiboy kemudiannya berlari ke arsh Lisa dan mendukungnya. "Kita kena keluar dari sini" Balas Boboiboy

Di Luar Istana

Setelah mereka berdua keluar dari Kerajaan Angin, Raksasa yang menyerang Kerajaan itu turut beredar mengikut Lelaki itu.

"Eh raksasa tu lari lah" Kata Yaya kepada kawan-kawannya.

Cahaya matahari menyinari Kerajaan Angin yang rosak kerana diserang. Puteri Kasturi kelihatan sedih melihat rakyatnya ketakutan disebabkan olehnya.

Tidak lama kemudian, Boboiboy keluar dari Istana itu sambil mendukung Lisa. Setelah Yaya, Ying , Fang, Gopal dan Eddy melihat Boboiboy...mereka berlari ke arahnya untuk membantu. "Boboiboy!" Jerit mereka semua. "Maaf semua...aku tak dapat ambil balik Batu tu." Kata Boboiboy

"Ini semua salah kau!" Jerit Eddy kepada Puteri Kasturi. "Kami cuma nak pastikan Batu itu tidak jatuh ke tangan orang jahat! Tapi apa? Kau khianat kitorang. Sekarang Zaki dah dapat batu tu dan dunia kau dan dunia kitorang dalam bahaya!" Jerit Eddy. Puteri Kasturi hanya menundukkan kepalanya kerena menyesal atas perbuatannya.

"Cukup Eddy!...Ini bukan masa yang sesuai untuk salahkan sesiapa." Kata Yaya. "Aku tahu ini semua jadi sebab aku...tapi sebelum ia jadi lebih teruk kita kena lindungi 3 Batu Elemen yang lain." Kata Puteri Kasturi.

"Kenapa?" Tanya Ying. "Aku tahu apa yang Puteri Kasturi cuba cakap...4 Batu Elemen ialah Kristal yang paling berkuasa di dalam dunia ni...Kalau Zaki dapat mengumpulkan ke empat-empat Batu Elemen itu" Lisa cuba menghabiskan kata-katanya. "Dia akan lebih berkuasa"

"Tak, orang lain yang akan jadi lebih kuat." Kata Boboiboy yang tidak setuju. "Apa maksud kau?" Tanya Gopal. "Ada sebab kenapa aku tak dapat lawan Zaki dan ambil balik Batu Angin tu...Tuan dia datang ke situ." Jelas Boboiboy

"Tuan? Siapa Tuan Zaki?" Tanya Fang. Boboiboy tidak mampu membalasnya. "Tak...kau tak maksudkan dia kan?" Tanya Puteri Kasturi. Boboiboy hanya menundukkan mukanya. "Tak ini mustahil" Kata Puteri Kasturi.

"Yer...Ahli Sihir tu dah kembali ..."


A/N: Okay...Sebenarnya itu sahaja untuk Chapter 10, tapi saya tambah Epilogue ke dalam Chapte ini.


Bonus: Epilogue

Setelah Zaki dan Ahli Sihir itu sudah mencuri Batu Elemen Angin, mereka kembali ke Istana Ahli Sihir itu. Istana itu sangat besar dan situtupi oleh Awan Hitam. Mereka kembali ke bentuk asal semula setelah mereka mendarat betul-betul di dalam Istana itu.

"Jadi...itu sahaja tugas saya kan Tuanku?" Tanya Zaki kepada Ahli Sihir itu. " Itu sahaja? Kau hampir sahaja mengkhianati aku dengan memberikan Batu itu kepada Boboiboy!" Jerit Ahli Sihir itu. "Kau dah tahu yang aku boleh lihat segalanya.." Ahli Sihir itu menghabiskan kata-katanya. Zaki hanya menundukkan mukanya.

Tiba-tiba datang suara dari belakang mereka berdua. "Kau buat macam tu Zaki?" Suara datang dari seorang perempuan berjalan ke arah mereka. "Aku dah kata Lin... dia ni lembik..." Satu lagi suara datang dari seorang lelaki.

"Senyaplah Mike! Korang tak tahu apa yang aku alami!" Kata Zaki cuba mempertahankan diri dari kecaman mereka.

"Apa tugas kami seterusnya Tuanku?" Tanya Perempuan itu. "Aku nak korang cari keempat-empat Batu Elemen yang lain" Balas Ahli Sihir itu.

"Tapi...kan Batu Elemen Tumbuhan dah hilang?" Tanya Zaki "Itulah kenapa saya suruh korang mencarinya?" Balas Ahli Sihir

"Macam mana kitorang nak cari?" Tanya Mike. "

"Kita ada pertolongan..." Balas Ahli Sihir itu sambil mengambil sebuah Bebola Kaca yang boleh melihat apa sahaja di dalamnya. Tiba-Tiba, muncul bayangan Lisa di dala bebola kaca itu. "Lisa?" Kata Zaki

"Kita boleh gunakan dia..."

THE END?


A/N: Okay semua! itu sahaja untuk musim ke 2. Terima Kasih kepada semua pembaca yang masih setia mmbaca cerita ini dari mula...Saya tidak akan dapat membuat cerita ini tanpa kamu semua...Okay, jadi saya berharap korang dapat bersabar Musim ke 3, saya sudah ada tajuk tapi jalan cerita masih dalam proses. Jadi Apa pendapat korang? Sila REVIEW dan ceritakan Chapter kesukaan kamu. Dan oh ya jika kamu ada OC yang ingin saya masukkan ke dalam siri ini korang boleh beritahu saya dalam Review, ok...

~Jumpa Lagi Di masa akan Datang!~

- FeerdausTheTigerWriter

~POWER OF ELEMENTS 2~

-Secrets Of The Element Kingdom-