lam itu hujan turun lebat,guruh berdentum dan angin bertiup kencang. Pokok-pokok cendawan habis tumbang

Di ketika itu Sora sedang tidur nyenyak namun tiba-tiba telinganya terdengar bunyian seruling dan matanya terbuka,kepanasan mulai menguasainya

"Arghhhhh panas!!!!" Jeritan Sora kuat terdengar namun kesejukan membuat penghuni yang lain tidur lena. Dia terus meluru keluar,nafasnya semakin laju. Bunyi seruling itu semakin kuat kedengaran dan panas badanya semakin tinggi

'Apa yang terjadi? Aku rasa lain'desis hatinya dan tiba-tiba dia lihat kakinya berubah menjadi ekor dan perlahan dia berubah menjadi seekor ular,lalu ular itu menjalar tanpa tujuan

Kedengaran suara anjing menyalak bersahutan ketika sang ular menjalar menuju rumah Shane,lalu ianya bertukar kembali kepada Sora dan dia pengsan

"Nana!" Iqram mendapatkan Sora yang basah kuyup dan pengsan

"Iqram,kenapa dengan sis?" Nurul meluru mendapatkan Iqram

"Tak pasti,aku jumpa dia basah kuyup dan pengsan" Iqram menerangkan

Tiba-tiba di hadapan mereka muncul ular berkepala 5

"Gulp.." Iqram dan Nurul menelan liur

"Dia telah membangkitkan kuasanya" lalu ular berkepala 5 itu melingkari Sora

Keduanya telan liur lihat ular kepala 5 tersebut,ianya terus melingkar merapati Sora yang tidak sedarkan diri

"Kenapa awak di sini?" Nurul memberanikan diri bertanya,ular itu berpusing menghadap Nurul

"Dia sudah membuka kuasanya yang selama ini tersembunyi,dan kamu sebagai adiknya langsung tidak menyedari bahawa Nana itu adalah manusia yang boleh menjelma sebagai ular" Raja ular itu memerhatikan Iqram yang mengusap rambut Sora

"Kenapa jadi macam ni my dear wife apa yang berlaku sebenarnya" Iqram menggeleng kepala

"Suatu ketika dahulu kira-kira 16 tahun yang lalu terdapat sebuah negara yang aman damai walaupun cuacanya agak sejuk,ianya diperintah oleh seorang permaisuri yang bijaksana Permaisuri Rania Nurgaya,namun terdapat manusia yang berhasad dengki pada pemerintah yang baik itu" Raja ular memulakan ceritanya

"Nurgaya? Ianya sama dengan nama Nana adakah mereka punya pertalian?" Iqram mengajukan pertanyaan

"Nana adalah cucu pada Permaisuri Rania Nurgaya,pada malam istana ais diserang,Nana bersembunyi di dalam hutan setelah dia lihat wajah pembunuh ahli keluarganya,semasa Nana bersembunyi,pembunuh telah menemui adik kembar Nana iaitu Nina Nurgaya lalu mereka membunuhnya dengan kejam di depan mata Nana"

"Ni.. Na" Sora tersedak dan matanya terbuka

"Nana! Syukurlah awak selamat" Iqram memeluk Sora

"Saya tak apa-apa Iqram,cuma lemah aje" Sora tersenyum

"Hahah degil sangat awak ni" Iqram jentik dahi Sora