Suasana kamar yang sempit itu mendadak ramai apabila 4 lelaki asing bagi Blaze berjejeran masuk melalui pintu. Kebanyakan dari mereka muda-muda lagi. Ada yang membawa masuk botol minuman keras dalam keadaan mabuk, ada yang mengisap puntung rokok dan ada yang membawa sebuah kantong plastik. Seng menyapa mereka mesra lalu menepuk bahu seorang lelaki yang dikenalinya sebagai Chiang.

"Gimana? Dapat banyak gak?"

"Beres, boss! Kaya~"

Mereka berdua tertawa kuat.

Dari luar, sayup-sayup kedengaran beberapa orang sedang terengah-engah menaiki tangga sambil berbalah antara satu sama lain menggema di ruang tangga.

"Lu angkat di sebelah sana! Tolong gua!"

"Yah..sebentar! Aku capek tau! Berat!"

Kemudian, muncul lagi dua orang masuk mengangkat sebuah kardus berukuran besar yang dibalut dengan plastik transparan. Kardus itu diletakkan di pojok kamar.

"Banyak lagi?" tanya salah seorang pemuda.

"Ada dua lagi dalam mobil. Yuk, lagi cepat kita angkut, lagi selamat."

Setelah mereka berdua selesai mengangkat, kedua-duanya ikut duduk bersama 5 orang yang lain mengeliling di lantai.

"Barang. Aku mahu 'barang'!"

"Malam ini kita ambil sedikit sahaja, selebihnya akan kita jual. Nih." Chiang melemparkan beberapa bungkusan plastik kecil berwarna putih hingga berserakan ke tengah lantai. Lalu yang lainnya berebut-rebut menyambar bungkusan tersebut seperti ayam ditabur dedak. Seorang lelaki membuka bungkusan itu dengan rakus sehingga tersepai isinya ke lantai. Lalu dia mengutip semuanya lalu menelannya sekaligus. Seorang lagi pula terus mengisap isi kantong plastik itu sehingga khayal. Dalam keadaan otaknya yang lagi sadar tidak sadar, Chiang perasan kelibat seorang anak di ruang itu.

Blaze hanya duduk diam-diam di pojokan memerhati kegiatan mereka pada malam itu.

"Woi..Woi.." tegur Chiang pada seseorang di sebelahnya. Kedua-duanya lagi separuh khayal.

"Hmm?"

"Apa yang kau lihat malam ini, Ben?"

"Entah. Dinosaurus? Apokalips. Badak.." jawab Ben sesenggukan.

"Maksudku,...seorang budak," sambung Ben lagi kemudian meneguk sebetul alkohol yang berada di sebelahnya.

"Hahah...otak kita samalah," Chiang tertawa sambil badannya terhuyung-hayang.

"Hey, budak." Chiang tersengih-sengih sambil melambai-lambai ke arah dinding.

"Woi, dia itu memang budak benaran!" Ujar Seng.

"Hah? Dari mana lagi kau mengutipnya?" tanya Chiang.

"Anak payah..sesat dari kampung sana...ah. Dia bilang mau kerja sama lu."

Blaze menunduk apabila berasa kurang selesa direnung oleh kedua-dua lelaki itu. Dia hanya merenung lantai.

"Oke. Lu besok ikut sama dia, sama gua. Kita ambil lagi itu 'barang'," ujar Chiang merenung tepat ke arah Blaze kemudian ke arah Seng.

Blaze mengangkat sedikit kepalanya. Dia hanya mengangguk kecil pada lelaki itu.

"Mau berangkat lagi besok?" tanya Seng.

"Iya. Bawa budak-budak kita sekali. Tinggalkan dahulu kerja ojekmu itu."

Dalam hati, Blaze memberontak. Dia duduk sedikit mengundur ke belakang. Dia mengeleng-geleng. Jika begini, dia tidak jadilah. Sebenarnya dia belum berani berurusan dengan 'barang' itu. Entah mengapa akal warasnya terus mengatakan 'tidak'.

"Sebelum itu apa yang bisa kupanggilmu?"

.

.

.

.

Mulai keesokannya, Blaze mengikuti mereka ke sebuah kelab malam di kota itu. Lebih tepatnya, Blaze dibawa masuk ke suatu gudang kecil tersembunyi yang menjadi rahsia antara pengunjung tetap di situ. Mereka harus membuka penutup ceiling kelab malam yang menghubungkan mereka dengan gudang rahsia itu, di mana banyak kardus-kardus yang berjaya menerobos kawalan sempadan disimpan. Tugas mereka adalah mereka harus memastikan 'barang-barang' itu dihantar keluar masuk dari negeri itu dengan selamat. Habuannya, mereka akan mendapat sebahagian dari 'barang' itu dan juga sejumlah bayaran yang lumayan.

Kedengaran ekstrem, memang. Tetapi Blaze tidak peduli. Namun, tetap sahaja dia masih ragu-ragu. Tidak pernahkah mereka tertangkap? Bagaimana pula kalau dia yang tertangkap bawah umur dan dilaporkan atau diserahkan kembali pada ayahnya yang bengis itu? Karena itu dia memujuk dirinya untuk meneruskan pekerjaan itu buat sementara waktu sebelum dia melarikan diri lagi. Dia hanya perlu sedikit uwang.

Sehinggalah suatu malam, Blaze pulang mendapati Seng meringkuk berseorangan sambil tubuhnya menggigil-gigil. Mukanya merah. Sesekali dia meracau-racau.

"Seng! Kau..Ke-kenapa..?" ujar Blaze sebaik berlari mendapatkan lelaki itu.

"Barang! A-aku mau..b-ba-barang! Ambilkan aku barang!" Seng menderam marah. Sekujur saraf tubuhnya terasa mengejang.

"Tapi kau dah habiskan-"

"CH-CHIANG..CARI CHIANG SEKARANG!"

"Ta-tapi ini udah lewat malam-"

"INI UWANGNYA!" Seng melemparkan beberapa lembar uwang pada Blaze.

"..SEKARANG PERGI!"

Dengan sergahan itu, Blaze berlari menelusuri lorong-lorong bangunan yang gelap ke rumah seseorang di bangunan yang berlainan.

.

.

.

.

Blaze mengetuk pintu rumah Chiang di tingkat bawah dengan kuat sambil berkeringat. Kemudian sebias cahaya dari dalam rumah menerpa wajahnya menandakan pintu dibuka seseorang.

"Mau apa lu, budak?"

"Tolong! Seng meminta-"

"Ah! Dia sudah meminta banyak pada gua dua hari lepas!"

"Tolonglah..dia mau bagi uwang nih," Blaze menunjukkan beberapa lembar uwang yang berkeruyuk di tangannya.

"Hmmh..! Sini!" Chiang merampas uwang itu lalu mengira-ngira.

"Gak cukup."

Blaze mendesah.

"Halah..bisa dong. Maunya sedikit aja. Mungkin sebanyak itu?"

"Hmm..baik-baik. Tapi jangan minta lebih-lebih udah setelah ini..." Terlihat Chiang menyeringai kejam di balik seyumannya itu tanpa disedari Blaze.

"Makasih!"

Setelahnya, Blaze berlari semula ke bangunannya dan seterusnya Seng terus merampas bahan yang dicarinya sebelum terlentok di situ.

.

.

.

.

Besoknya, Blaze terjaga akibat terdengar bunyi pintu yang digedor-gedor. Dia cuba membangkitkan Seng yang tidur di sebelahnya namun tidak terjaga. Lalu dia pun bangkit untuk membuka pintu. Sebelum pintu sempat dibuka, pintu itu dipecah masuk lalu masuklah empat orang lelaki bersenjata ke ruangan itu. Blaze berganjak ke tepi dinding akibat kaget.

"HOI! BILA MAU BAYAR HUTANG GUA, HAH?!" Seorang lelaki berkumis mendorong tubuh Seng ke tepi dengan kakinya. Seng terjaga apabila sisi tubuhnya yang kurus kering menghantam dinding.

"Aku-aku tak bisa..teman-temanku-"

"TEMAN-TEMANMU MELARIKAN DIRI, BODOH!"

"Sekarang, bayar..." Dari belakang lelaki itu rupa-rupanya muncul Chiang yang meyeringai kejam sambil mengacukan pisau.

Seng melotot.

'Chiang? Sialan!' sumpahnya dalam hati.

Blaze masih berdiri dengan kedua tangannya membelakangi dinding, napasnya naik turun apabila salah seorang lelaki mengacukan pistol ke wajahnya.

"BAYAR ATAU KUHANCURKAN MUKA ANAK INI!" Seru lelaki itu.

"Sekarang mau macam mana lagi kau? Bayar hutangmu padaku atau kubunuh kau!" Ugut Chiang.

Seng meludah ke arah Chiang, "Cih. Dasar khianat."

"APA LU BILANG?" bentak Chiang menarik kerah kaos yang dipakai Seng lalu mendorong tubuhnya ke tembok. Sebuah pukulan telak dilancarkan ke dagu sehingga rahangnya berdarah.

Tanpa disadari sebelah tangannya lagi menghujam pisau yang dipegang lelaki itu di abdomen.

"SENG!" teriak Blaze.

Lelaki yang mengurung Blaze bertindak melepaskan tembakan ke arahnya supaya diam, namun Blaze sempat mengelak pantas dengan menundukkan kepalanya. Lalu dia menendang lelaki berpistol tadi hingga rebah manakala pistolnya terlempar.

Peluru yang dilancarkan tadi tertancap di dinding.

Blaze ingin mendapatkan Seng namun langkahnya dicegat apabila Chiang muncul di depan kemudian mencekik lehernya.

Setelah beberapa saat bergelut dan hampir sesak napas, Blaze terdengar sebuah tembakan dilepaskan dari punggung Chiang.

BAM!

Dua orang lelaki bersenjata lagi tercengang.

Chiang tumbang. Lalu Blaze berlari mendapatkan Seng yang telah melepaskan dia daripada terus dicekik.

"Seng!"

Dia segera menghampiri lelaki yang bermandikan darah di tubuhnya. Dilepaskan pistol yang digenggam lelaki itu lalu pistol itu beralih di tangannya.

"Apa-apa yang harus aku lakukan?" tanyanya cemas.

"Lari," Seng bersuara perlahan.

"Apa?"

"LARI..!"

Blaze sempat menoleh ke arah dua orang lelaki di belakangnya.

"Kejar anak itu!" arah seorang lelaki kepada temannya.

Tanpa berlengah walau sesaat, Blaze berlari meninggalkan ruangan itu menerusi tangga hingga keluar dari bangunan itu melalui celah-celah lorong yang sempit.

Dibawanya bersama sebuah pistol lalu melepaskan beberapa tembakan ke arah belakangnya membuta tuli. Dia tidak punya pilihan saat ini.

Sesekali dia menoleh ke belakang, namun kedua-dua lelaki itu berjaya mengelak tembakannya dan masih terus mahu mengejarnya dari belakang. Blaze mendengus.

"HOI! HENTIKAN!" sahut lelaki itu.

Blaze menderaskan langkah seribunya. Langkahnya memerlahan apabila dia terdengar dua lagi das tembakan tetapi bukan berasal darinya.

Di menyembunyikan pistol yang dipegang di balik jaketnya dfan hanya belari mengikut arah bunyi tembakan tadi. Sedang asyik berlari dia tidak bisa mengontrol diri lalu mendabrak seseorang yang berdiri terpacak di tengah antara celah-celah lorong.

Tembakan yang terlepas dari orang yang ditabrak hampir mengenainya buat kali kedua.

Yang lain tersentak. Di situ ternyata dia bertembung dengan lima orang kesemuanya selain dirinya.

Dua orang lelaki lain yang ingin ditembak lelaki itu bertempiaran lari.

Blaze berlari ke belakang lelaki bersurai ungu gelap yang ditabraknya.

"Jangan dekat! Lindungi aku atau-!" Blaze mengarah matanya pada lelaki di sebelahnya yang telah diacungkan pistol oleh Blaze sendiri.

"Atau apa?! Hei! Mengapa-" kalimat Fang terhenti apabila dua orang lelaki yang mengejar Blaze tadi muncul di muka lorong.

Mereka semua kaget sebelum semuanya berundur dari situ.

"Ayo! Kabur dulu ke mobil!" arah seorang lelaki kumpulan itu. Blaze mengikut tiga lelaki kumpulan itu ke sebuah mobil yang diparkir belakang bangunan. Semuanya cepat-cepat menaiki mobil.

Sebelum sempat mobilnya memecut, mata Blaze sempat memerhatikan dua lelaki yang mengejarnya dari tadi mengikuti dari belakang mobil mereka.

"Tunggu!" Blaze mengarahkan pengemudinya berhenti mendadak.

Blaze nekad membuka pintu lalu berdiri di luar, melepaskan tembakan terhadap kedua-dua lelaki itu. Mereka akhirnya tumbang.

Tiga orang lelaki lain di dalam mobil ternganga.

"Mereka siapa?" tanya salah seorangnya.

"Orang-orangku," Blaze beralasan.

"Dari mana kau dapat pistol itu, bocah?" tanya seorang lagi.

"Hey! Aku bukan bocah!" tepis Blaze. Pistolnya diacu ke lelaki itu.

"Siapa kau?!" Akhirnya Fang bertanya. Kali ini dia pula mengacu pistolnya ke arah Blaze.

Mobil masih belum bergerak.

Blaze meletakkan pistol.

Fang menatap Blaze lama, lalu akhirnya pistol diturunkan setelah berpikir dua tiga kali.

"Kita siasat budak ni di tempat kita," putusnya.

.

.

.

.

Setelah diselidik oleh beberapa anggota kumpulan itu, mereka dapat tahu Blaze salah seorang merupakan budak suruhan pengedar dadah yang dikenali mereka, Chiang. Blaze juga sedikit mula mengenal beberapa anggota di situ karena mereka biasanya berurusan di kelab-kelab malam di sekitar kota itu. Salah seorangnya, pemuda yang masih belasan tahun itu, Fang.

"Siapa namamu?" tanya Fang berjalan mengelilingi Blaze yang dipaksa berdiri di tengah gudang. Tangannya memainkan pistol yang dirampas daripada Blaze.

"Api." Blaze menundukkan mukanya sedikit.

"Api?" Fang mengernyit.

"...Kampungan amat. Seperti nama kakekku," sambungnya lagi.

Blaze menoleh dgn wajah mencerut.

"...Bercanda. Mana ada orang kota bernama seperti itu. Lebih bagus kupanggil kau Blaze."

Blaze tersenyum miris.

Dia tahu semua anggota di situ tidak menggunakan nama sebenar. Jika hanya dengan cara itu dia bisa memadam masa lalu yang dilaluinya sebelum ini, tukarlah namanya. Dia tidak peduli lagi, seolah mahu melupakan diri sendiri. Dirinya di masa lalu mahu dikuburkan sepuas-puasnya.

Dia tidak mahu mengalah untuk tetap hidup bebas selagi dia pergi dari ayahnya yang tidak pernah mengerti kemahuan dirinya. Selagi tidak kaya dan berjaya, dia tidak akan pulang.

Biarpun dia tidak tahu sampai mana hidupnya boleh bertahan jika dia hidup seperti ini.

Hanya saja, dia tidak tahu. Untuk kaya dan berjaya itu ada caranya dan dia tidak pernah menemuinya sehingga saat ini melainkan dengan cara kotor. Blaze tahu tetapi seperti tidak berdaya untuk keluar dari kebiasaan itu. Malah makin lama dia semakin tidak berdaya untuk keluar dari perangkapnya sendiri.

Namun, tekad yang dibuat menambah keyakinannya bahawa dia mampu mencapai apa yang dimahukan tanpa pertolongan sesiapa.

Ini pilihannya.

Di kota itu, dia membuka hidup sebagai orang yang baru. Orang yang tidak kenal erti belas kasihan. Orang yang hanya mengenal segala kekejaman dunia.

.

.

.

.

"Kalau Api mau tahu, selepas kamu meninggalkan rumah, ayahmu berulang-ulang ke bandar mencari kamu. Kadang-kadang dia tidak terus pulang sehingga dia tumpang tidur di masjid," suara ibunya mematikan lamunan Blaze pada kisah lalunya.

Kini, dia pula diurung pilu. Ayahnya mencari dia?

"Semarah-marah orang tua, sebenarnya mereka hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Cuma mungkin cara ayahmu dulu terlalu kasar. Udah biasa begitu. Tapi bukan bermakna dia gak sayang sama kamu," ujar ibunya lagi sambil merenung muka anaknya.

Lega hatinya karena dapat mengucapkan kata-kata yang sudah tersimpan dalam hatinya sejak bertahun-tahun.

Kini Blaze mengerti. Tanpa segan silu dia menyapu air matanya yang menetes ke pipi.

"Sudahlah, yang penting kamu sudah pulang. Kalau apa-apa berlaku pada ibu, kamu bisa jaga adikmu."

"Ibu, jangan bilang begitu dong...semuanya bakal baik-baik saja."

Apa yang bisa dia katakan? Bagaimanapun dia seorang kakak. Ke manapun dia berlari, pertalian itu tetap tidak bisa dinafikan. Cuma dia belum bersedia memikul tanggungjawab seberat itu dengan cara hidupnya yang begitu.

Baru dia ingin membuka mulut, kedengaran bunyi enjin sepeda motor yang masuk ke halaman rumah. Muncul Tok Aba dengan senapan yang menyandang di bahunya.

Blaze terus teringat.

Tok Aba ingin mengajaknya ke kebun. Awalnya dia tidak terus bersetuju, tetapi memikirkan bahawa dia patut membantu lelaki tua itu mengurus semula kebun yang sudah menghutan, lebih baik dia ikut sahaja. Dia juga pasti Tok Aba mahu berbincang tentang sesuatu lagi dengannya apabila melihat ke renungan mata.

Setelah berpamitan dengan ibunya, Blaze membonceng sepeda motor Tok Aba. Sebaik sahaja mereka meninggalkan kawasan rumah, dia menyadari sebuah mobil diparkir tidak jauh dari simpang yang memasuki rumahnya. Di dalamnya ada dua lelaki muda yang membaca koran.

Tok Aba berdeham.

Blaze akur, yang keluarganya lagi diawasi.

.

.

.

.

Blaze dan Tok Aba sudah tiba di jalan merah yang membawa mereka ke kawasan kebun karet yang luas. Dahulu kawasan itu diusahakan oleh penduduk desa tetapi sekarang, di mana-mana sudah kelihatan pohon-pohon hutan yang tumbuh hampir tinggi dan hampir besar dengan pohon karet yang terbiar. Jelas sekali kebun itu sudah lama ditinggalkan.

"Di sebelah itu kebunnya ayah, bukan?" tanya Blaze sambil menunjukkan satu kawasan di kiri jalan.

"Haah," balas Tok Aba sambil menunggang sepeda motornya hati-hati kerana jalan itu dipenuhi bercak tanah merah.

"Kalau ibumu setuju, kerajaan mahu ambil kebun itu," sambung Tok Aba lagi.

"Mahu di ngapain?"

"Kabarnya mau dibina bandara untuk militer. Kompensasinya akan diberi."

"Ibu setuju?"

"Kamu anak lelakinya nggak ada, bagaimana bisa?"

Blaze terdiam. Dia tidak pernah terpikir soal hartanah ayahnya. Baginya biarlah tanah-tanah itu milik ibu dan adiknya yang lebih memerlukan. Nanti sahajalah dia akan selesaikannya..

"Kita mahu ke mana, kek?" Tanya Blaze apabila dia sadar Tok Aba masih belum berhenti. Dia mula berasa heran.

"Sebentar lagi kita sampai," jawab Tok Aba tenang.

Mendengar jawapan kakeknya, dia membiarkan sahaja. Sebaliknya, dia ingin menikmati hirupan udara pagi yang segar ditemani kehijauan alam disekelilingnya. Aroma daun, akar dan tanah bagaikan terapi bagi dirinya. Terbayang dirinya sewaktu kecil, mengikut ayahnya ke situ meyadap karet dan bermain dengan biji karet. Satu nostalgia yang tidak mungkin dilupakan.

Lagi mengimbau kenangan lalu, Blaze tidak sadar bahawa Tok Aba akhirnya memberhentikan sepeda motornya. Tok Aba turun lalu menarik senapan yang diselendangkan di bahu tadi dan memegangnya kemas. Tak lama Blaze turun mengikuti langkah Tok Aba yang sudah beberapa tapak ke hadapan. Dia menyingkap rimbunan daun pohon ara lalu melangkah masuk.

Blaze segera menapak laju karena takut tertinggal jauh. Setelah berjalan beberapa lama menyusuri denai kecil yang tidak begitu jelas alurnya, mereka tiba di luar kawasan yang berpagar tinggi.

"Jangan sentuh! Pagarnya berlistrik," larang Tok Aba berisyarat supaya Blaze merendahkan badan. Tok Aba pula duduk mencangkung di atas tanah dan meletakkan senapannya.

"Itu rumah siapa?" Di sebalik pagar yang menjulang tinggi, Blaze ternampak sebuah rumah batu yang tidak bercat dinding luarnya. Apa yang lebih aneh, bangunan setinggi dua tingkat itu hanya mempunyai dinding dan bumbung tanpa jendela. Kalau hendak menebak bahawa itu tempat membela burung walet, tidak pula dia melihat sebarang lubang di situ. Puas akalnya menebak namun gagal. Gudang siapa?

Tok Aba menggeleng.

"Dalam bangunan itulah letaknya Batu Rintis. Tempat pemujaan itu," ujar Tok Aba.

Mulut Blaze terkatup. Sekarang dia paham. Batu itu benar-benar wujud.

"Itu pula apa?" Mata Blaze menyorot ke arah sebuah lubang seperti lubang kubur. Di sebelahnya ada timbunan tanah. Walaupun ditutup dengan pelepah daun nipah namun dia tahu di situ ada lubang.

"Hmm..Kakek juga tidak tahu. Sepertinya baru digali." Selama ini Tok Aba tidak pernah pula memberi perhatian terhadap lubang di bawah pohon cengal yang berusia ratusan tahun itu.

Blaze pula sekedar mengangguk-angguk. Dia masih termenung melihat kewujudan tempat itu.

"Kita ke sana pula," lengan Blaze dicuit Tok Aba. Kini mereka berdua meyusuri semak samun, bergerak ke arah kanan dari tempat tadi. Setelah beberapa meter, Tok Aba memberi isyarat supaya Blaze berhenti melangkah. Refleks Blaze merendahkan badan lalu duduk di atas tanah.

Dari balik daun pakis yang tumbuh rapat di hadapannya, Blaze melihat sebuah pos keselamatan yang dikawwal oleh dua orang satpam tidak jauh dari bangunan tadi. Salah seorang pengawalnya sedang memberi makan kepada dua ekor anjing Rottweiler yang berebut-rebut kelaparan.

Kini Blaze sadar, tempat itu dikawal rapi namun apa sebenarnya yang dikawal mereka? Apa yang berada di dalam batu itu?

.

.

.

.

Gempa mendengus geram.

Apa yang diharapnya pagi itu tidak kesampaian. Sebaik sahaja tiba di kantor, dia diberitahu bahawa Ran mengambil cuti darurat. Walhal pagi ini mereka berdua sepatutnya ke rumah Pak Adu Du memantau keadaan.

"Demam?" soal Gempa lantang apabila dihubungi isteri Ran, Milda.

"Entah kenapa selepas dia pulang semalam, terus demam. Malam tadi terus gak keluar-keluar dari selimut. Makannya juga harus dihantar ke kamar," cerita Milda.

"Apa dia dilanda dengue?"

Sukar untuk Gempa percaya temannya seperti itu. Walaupun laki-laki itu memang penakut tapi tubuhnya sehat, seorang ahli sukan yang menjaga kesehatan.

"Gak tahu, dia nggak ada di rumah."

"Dia ke mana?"

"Dia gak bilang apa-apa. Mungkin ke klinik," balas Milda.

"Baguslah. Kalau dia gak mahu, hantar aja ke rumah sakit. Mungkin dengue benaran."

Gempa harus menerima keadaan itu. Mungkin benar Ran jatuh sakit bukan pada keadaan yang benar.

"Nanti kalau sudah sembuh, beritahu dia agar menghubungiku," pesan Gempa.

"Baiklah," talian dimatikan.

Selepas itu, Gempa menuju ke meja sekretarisnya, Maria.

"Kamu harus ikut aku."

Wanita muda yang berambut pendek separas bahu itu lagi menelepon seseorang, kemudian mendongak. Belum sempat dia bertanya mau kemana, Gempa sudah menapak laju ke pintu.

Mahu tidak mahu, terpaksalah dia mengejar langkah lelaki itu.

.

.

.

.

Di dalam mobil, Gempa mencoba untuk fokus. Walaupun hatinya geram karena Zaid tidak ada pada waktu yang begitu sibuk, dia memujuk hatinya bersabar. Yang namanya sakit memang tidak bisa diatur.

"Ibu tanya, kapan mau putuskan tarikh pernikahannya?" Maria menjeling ke arah tunangannya itu. Lelaki itu tampak stress kebelakangan ini, tetapi dia juga stress didesak ibunya terus. Sudah sampai masanya mereka harus memutuskan sesuatu.

Gempa menarik napas. Itu juga satu masalah.

"Bisa gak ditunggu bulan hadapan aja? Aku lagi sibuk."

"Aku nggak keberatan, tapi ibuku udah banyak tanya.."

Gempa memegang stirnya kuat. Dia sudah tekad. Selepas sahaja upacar pelantikan itu selesai, mereka akan menikah. Setahun setelahnya mereka bisa mendapat anak. Lima tahun kemudian pula dia akan terus melatih anaknya mewarisi ilmu puja.

Sebelum ini bukan dia tidak pernah mencoba untuk menikah cuma sahaja halangannya terlampau banyak. Susah benar mahu dicari perempuan yang sesuai, bisa mengikut kehendaknya untuk mendapatkan sekurang-kurangnya seorang anak lelaki. Kali ini dia tidak mahu berlengah lagi. Kalau gagal juga, dia terpaksa berbuat cara kasar.

Gempa hanya tersenyum. Selepas mengemudi hampir setengah jam, mereka tiba di taman perumahan di pinggir Bandar Rintis.

Apabila dia membelok masuk ke sebuah lorong, dilihatnya tenda-tenda sudah ditegakkan di tengah jalan. Dia memarkir mobilnya di tepi padang permainan dan mengajak Maria berjalan kaki sahaja ke rumah Pak Adu Du.

Sebaik sahaja menyadari kedatangannya, Pak Adu Du dan beberapa orang tua yang berada di situ menyambutnya dengan hormat. Gempa dan Maria diajak masuk ke dalam rumah. Di mana-mana, dia melihat persiapan untuk kenduri hampir siap dijalankan.

"Mana bakal kepala desanya?" tanya Gempa. Kalu bisa, dia mahu lihat sendiri bagaimana rupa anak muda yang sentiasa dipuji Pak Adu Du selama ini.

"Belum sampai, Pak. Dia pulangnya hari ini," balas Pak Adu Du selaku ketua di situ.

"Hantar orang jemputnya di kota nanti," arah Gempa. Kecewa juga sampai ke saat ini rupa yang disebut-sebut masih belum terlihat.

"Saya sendiri yang akan menjemputnya di stasiun. Keponakanku itu dijagaku sejak berbelas tahun yang lalu. Orang tuanya sudah lama meninggal."

Sambil berbual-bual, mereka dihidangkan dengan senampan kue. Gempa dan Maria dijemput menikmatinya namun Gempa menolak halus.

"Maafkan saya, tetapi dalam waktu seperti ini saya harus-"

"Kami ngerti," balas Pak Adu Du.

Kemudian dia bangun meninggalkan ruang tamu, menuju ke sebuah kamar. Dibawanya keluar sebuah nampan kecil yang bertutup kain merah. Penutupnya hanya bisa dibuka apabila sudah tiba di hadapan Gempa.

Gempa memandang sahaja apa yang ada di atas nampan. Pak Daud sudah tahu apa pantang larang yang harus diamalkannya di waktu itu sebagai penjaga Batu Rintis. Dia hanya bisa memakan tujuh butir beras putih dan hanya minum segelas air Sungai Rintis yang payau setiap hari dalam tempoh itu.

Setelah Gempa menghabiskan apa yang perlu dimakan, barulah Maria dan yang lain-lain menikmati hidangan masing-masing.

"Ada apa-apa masalah Pak Adu Du?" tanya Gempa.

Pak Adu Du menggeleng.

"Semua sudah siap, Pak. Cuma tinggal budak itu sahaja. Dia akan dibawa ke perigi lama untuk upacara menimbang dosa. Malam ini kenduri dan semua waris dijemput. Diharap Pak Gempa tidak lupa datang."

Bicara Pak Adu Du didengar Gempa penuh teliti. Dia harus memastikan semuanya dilaksanakan mengikut adat yang telah ditetapkan. Kalau sempurna semua syaratnya, barulah diterima.

"Saya tidak bisa hadir pada kenduri nanti malam, saya wakilkan Ran sahaja. Saya juga sudah mengarahkan semua karyawan saya datang," ucap Gempa.

Sebenarnya dia sendiri tidak yakin Ran bisa hadir. Sejujurnya juga dia belum bisa membayangkan bagaimana kerja-kerjanya nanti akan diteruskan tetapi mengikut pesan ayahnya, bukan dia yang akan melakukannya. Jasadnya hanya akan dipinjam. Yang melakukannya ialah puaka batu itu. Oleh itu dia tidak perlu gementar dan hanya terus melakukan pemujaan setiap senja untuk memanggil pendampingnya.

"Saya rasa sudah tidak ada apa-apa lagi, cuma saya berharap upacaranya nanti lancar. Itu sahaja," ujar Gempa kemudian.

Hakikatnya, tidak ada sesiapa yang tahu betapa berat tanggungawab yang dipikulnya. Kalau ada apa-apa yang belum beres, dia khawatir semuanya tidak menjadi. Dan keluarganya pula akan menerima kutukan yang parah.

Pak Adu Du tersenyum, "Sudah tentu kami akan memastikannya, Pak."

Pengakuan Pak Adu Du membuatkan hatinya lega. Dia mengajak Maria beredar, dia punya tugas lain pula.

.

.

.

.

"Memang seperti itukah semua adat harus dijalankan?" tanya Mira sambil memakai sabuk pengaman.

Daripada apa yang diperhatikan memang agak aneh juga. Dia pusing, segalanya harus dia tahu sebagai calon isteri.

"Memang begitu. Mahu bagaimana lagi?" balas Gempa.

"Sepertinya menyusahkan banget dan banyak belanja."

"Kita punya banyak uwang. Apa yang payah?"

Maria tersenyum.

"Memang iya kamu itu dan syarikatmu banyak uwang, tapi bukankah semua itu cuma mubazir sahaja? Kamu terlalu memewahkan mereka, sedangkan kamu pula tidak hidup semewah mana," balas Maria.

Dia juga heran. Dia tahu Gempa bisa hidup mewah, tetapi dia tidak menunjuk-nunjuk kemewahan yang dia ada. Akan tetapi dia tidak bimbang selagi lelaki itu punya rumah, mobil dan jawatan yang tidak akan digugat sesiapa. Dia yakin masa hadapannya bakal cerah jika lelaki itu dinikahinya.

Gempa terdiam lalu menoleh ke arah Maria.

"Jangan masuk campur, hal itu bukan urusan sesiapa."

"Tapi benar kan?"

"Diam!"

.

.

.

.

Maria dihantar ke kantor semula dengan seribu satu pesanan. Dalam tiga hari ini dia akan banyak meninggalkan kerjanya di kantor karena harus mengasingkan diri di Batu Rintis. Oleh itu dia tidak mahu diganggu sehingga urusan pelantikan itu selesai.

Kemudian dia meneruskan perjalanan ke sebuah rumah berkedudukan tersorok di ujung desa bersebelahan Desa Rintis. Rumah itu sudah lama tidak diduduki orang namun dia membeli tanahnya dua tahun yang lalu.

Sekarang, rumah itu dijadikan tempat untuk dia meletakkan ahli kumpulannya buat sementara waktu.

Sebaik sahaja Gempa tiba, dua orang lelaki yang sedang duduk di atas tangga memerhatikannya dengan tajam. Gempa tidak menggubris tatapan tersebut lalu keluar dari mobil dengan tenang.

"Joko di mana?" soal Gempa terus pada dua orang lelaki itu.

"Di atas."

Tidak lama, Joko muncul di muka tangga kayu yang hampir reput seperti dindingnya. Dua orang lelaki itu memberi laluan.

"Bos," tegur Joko.

"Uwangmu sudah kubayar. Mana barangnya?" Gempa berkacak pinggang. Dia mula berasa rimas dan marah berada panas-panas di situ.

Joko menarik napas sebelum menunduk.

"Aku gak mahu tahu apa masalahmu. Aku mau barangnya dalam masa dua hari. Paling lambat, hari Ahad," tegas Gempa.

Joko tidak berkutik, apa yang lebih membuatnya tersentak adalah kata-kata Gempa selepas itu.

"Kalau kamu gak bisa melakukannya, bilang aja awal-awal! Kucari orang lain. Tapi ingat, setiap uwang yang kau dapat akan kutuntut semula ganti ruginya! Sampai ke perutmu juga bisa kubongkar!"

"Malam ini kuhantar."

"Benar?"

Joko terus mengangguk.

"Baik, kutunggu malam ini."

Sehabis bicara, Gempa terus keluar dari rumah itu. Dia akan tunggu nanti malam. Kalau Joko gagal, dia akan mencari orang lain yang lebih sanggup.

Di dalam mobil, Gempa cuba menghubungi Ran sekali lagi, namun panggilannya terus tidak diangkat. Dia bertambah geram.

TBC


Yeay selamat ulang tahun kapten(?) Si Landak Ungu dan selamat menonton movienya buat fans Indonesia!

AAHHH...YES FANG KEMBALI DITONJOLKAN SIFAT KEMISTERIUSANNYA KAYAK DULU SETELAH SEKIAN LAMA KARAM TENGGELAM DI LAUT TERDALAM-#plakk *terasa seperti dithrowback season 2/2012hikshiks*

Juga maaf jika alur di bahagian actionnya terlalu cepat. *peace*