Ada yang minta bonus chapter, jadi author buatlah bonus chapter

maaf kalau ada kesilapan di dalam chapter ini

enjoy!


Bonus Chapter

"WAHHHHHH! BESARNYA RUMAH BARU KITA! BOLEHLAH QIQI BERGULING SANA SINI NANTI!" Mata Rifqi bersinar-sinar melihat rumah baru dia yang sungguh luas. Rumah itu hampir mirip dengan rumah ibu bapa Kaizo dahulu. Di belakang rumah mereka terdapat sebuah kolam renang yang besar dan tidak begitu dalam. Jadi Rifqi boleh bermain di dalam kolam renang itu bersama ibu bapanya. Dia berlari masuk ke dalam rumah kosong itu dan pergi melihat kesemua bilik yang ada di dalam rumah itu, dari bahagian bawah hinggalah ke tingkat atas. Lynna melihat anaknya berlari ke sana ke sini bersama dengan beg penguin, pemberian Rizu

"Seronoknya Qiqi" kata Lynna sambil membawa beg baju masuk ke dalam rumah

"Biarlah dia, asalkan dia gembira di sini daripada dekat rumah lama" muncul Kaizo di sebelah Lynna dengan sebuah kotak besar

"Dekat sana pun dia gembira juga cuma.. itulah, masalah dia dekat sana ialah buli sahaja tapi.. ini untuk kebaikan dia kerana aku nak Qiqi mempunyai kehidupan seorang kanak-kanak yang riang di rumah, di sekolah ataupun di mana-mana sahaja. Aku harap dia akan menjumpai seorang sahabat yang akan menerima dan menjaga rahsia identiti Qiqi dengan baik. Seseorang yang dia boleh percayai"

"Identiti dia yang separuh alien, separuh manusia dan separuh lagi mempunyai kuasa seperti kau. Dia memang seorang kanak-kanak yang sangat istimewa"

"Hehehe... aku sebenarnya tak sabar nak mulakan hidup baru dekat sini! Lagipun rumah baru kita tidaklah jauh daripada keluarga aku yang lain" Lynna berikan senyuman ikhlas kepada Kaizo "Fang pun boleh ulang alik dari university dia ke rumah baru ini"

"Betul tu" kata Kaizo "Kejap lagi lori kita akan sampai. Aku perlu tunggu di luar. Kau pergilah lihat apa yang si Rifqi sedang lakukan"

"Ok" Lynna melihat Kaizo meletakkan sebuah kotak besar di tepi pintu utama rumah. Lalu dia dia keluar dari rumah itu. Lynna pergi melihat sekeliling rumah itu. Di bahagian bawah terdapat satu bilik, satu bilik air dan sebuah dapur yang luas. Lebih luas daripada rumah lama mereka. Terdapat sebuah taman kecil di tepi kolam renang di bahagian belakang rumah

"IBU!" Lynna terus pandang ke bahagian atas. Rifqi sedang melambai-lambai ke arah ibunya di tepi koridor yang berbentuk empat segi. Dari situ, sesiapa sahaja boleh melihat keadaan di tingkat bawah. Di tengah-tengah rumah itu ada sebuah tangga utama yang besar. Tangga itu mengingatkan Lynna tentang tangga utama yang ada di istana dia di dunia fantasy

"QIQI!" Lynna melambai balik ke arah anaknya "Qiqi suka dengan rumah ni?"

"SUKA SUKA! Qiqi dah pilih bilik Qiqi! Marilah naik ibu, Qiqi nak tunjuk bilik Qiqi" Lynna terus naik ke atas untuk melihat bilik anaknya. Dia gembira melihat Rifqi suka dengan rumah baru mereka "Ibu ibu! Cepatlah!"

"Amboi, tak sabar betul anak ibu ni" Lynna pergi ke sebelah anak dia. Lalu mereka masuk ke dalam bilik yang luas itu. Bilik itu mempunyai sebuah balkoni kecil untuk melihat permandangan di luar. Di tepi kiri dan kanan balkoni itu terdapat sebuah tingkap yang boleh duduk di situ untuk menikmati permandangan di luar atau hanya duduk sambil membaca buku

"Qiqi pilih bilik ni!"

"Pandai Qiqi pilih" Rifqi berikan senyuman lebar kepada ibunya "Nanti kita hiaskan bilik ini ikut kesukaan Qiqi"

"YEAHHH! Boleh Qiqi tampal-tampal semua lukisan Qiqi" Rifqi berlari di dalam bilik itu. Dia tidak sedar ayah dia sudah masuk ke dalam bilik itu dengan sebuah kotak besar "Qiqi nak cat dinding dengan warna biru! Lepas tu Qiqi nak meja besar, nak almari buku, nak TV.. nak- EH! AYAH!" Rifqi terus peluk kaki ayahnya

"Suka betul dia ni" kata Kaizo "Ayah sudah bawakan kotak mainan kamu"

"Hehehee.. mainan Qiqi sudah sampai!"

"Yea Rifqi, ini semua mainan Rifqi. Ayah letak dekat tepi dulu. Nanti kita kemas sama-sama, bila semua perabut sudah bawa masuk" Kaizo letak kotak itu di tepi pintu bilik "Rifqi, nanti minggu depan Rifqi akan masuk ke sekolah baru. Janji dengan ibu dan ayah yang kamu tidak akan beritahu kepada sesiapa tentang rahsia Rifqi kepada sesiapa pun"

"Qiqi janji ayah" Rifqi duduk bersila di tengah bilik kosong itu. Kaizo dan Lynna ikut duduk bersila bersama anak mereka "Kalau kawan Qiqi boleh ke?"

"Hmm... itu ibu tidak pasti tapi kalau Qiqi betul-betul percayakan kawan Qiqi, ibu benarkan beritahu dia tapi buat masa sekarang ini, biarlah rahsia kita tidak diketahui oleh mereka. Ibu nak Qiqi hidup gembira di sini"

"Baik ibu" Rifqi peluk ibunya dengan penuh kasih sayang "Qiqi akan cari kawan yang Qiqi boleh percayai. Qiqi juga berjanji tidak akan simpan rahsia daripada ibu. Qiqi tak nak jadi jahat balik. Qiqi tak nak kehilangan ibu dan ayah"

"Ibu pun tak nak kehilangan Qiqi juga" Lynna melentukkan kepalanya di atas kepala Rifqi sambil memeluk anaknya "Ibu dan ayah sayangkan kamu, Qiqi" Rifqi menangis di situ kerana kasih sayang dia terima selama ini tidak pernah pudar, hanya Dark Fairy itu sahaja yang buatkan dia lupa

"Qiqi pun sayangkan ibu dan ayah" Kaizo mengesat air mata anaknya "Ayah.. ibu.. Qiqi nak beritahu sesuatu"

"Qiqi nak beritahu apa?"

"Ibu.. kalau Qiqi tak nak kuasa Qiqi, ibu marah tak? Qiqi tak bersedia dengan kuasa Qiqi" Kepala Rifqi tunduk malu. Dia takut diri dia dimarahi oleh ibu bapanya

"Tapi kuasa Rifqi adalah kuasa healer. Kuasa yang sangat berguna, dan Rifqi berjaya menggunakan kuasa itu dengan baik"

"Qiqi tahu ayah tapi Qiqi tak nak orang jahat yang lain datang dekat Qiqi lagi sebab Qiqi tak nak buat hati ayah dan ibu sedih, kecewa dan menangis kerana Qiqi. Maafkan Qiqi" Lynna peluk anaknya seerat-eratnya "Qiqi tak nak jadi jahat. Qiqi nak jadi orang yang baik macam ibu dan ayah"

"Ibu tak kan halangkan permintaan Qiqi. Ibu tak marah. Ibu faham yang Qiqi tidak bersedia. Ibu tahu yang Qiqi nak jadi budak biasa seperti kanak-kanak lain. Ibu akan keluarkan kuasa kamu dan simpan kuasa itu dengan elok. Bila Qiqi sudah bersedia, ibu akan kembalikan kuasa itu kepada Qiqi"

"Terima kasih ibu kerana memahami Qiqi" Rifqi pejamkan matanya untuk merasai pelukan dari ibunya. Bau harum dari ibunya membuatkan Rifqi rasa tenang dan selamat. Lalu dia celikkan matanya semula "Ayah tak kisahkan kalau Qiqi jadi kanak-kanak biasa"

"Tak, asalkan Rifqi rasa bahagia" Kaizo belai rambut anaknya yang comel itu. Lalu Rifqi ketawa kecil di situ

"ABANG! ADIK SUDAH SAMPAI!"

"Itu suara uncle PANG PANG! UNCLE PANG PANG DAH SAMPAI!" Rifiq bangun dari situ dan bergegas keluar dari biliknya. Kaizo dan Lynna boleh dengar jeritan Rifqi dari luar bilik "UNCLE PANG PANG BAWA AUNTY YAYA KE SINILAH! QIQI SUKA AUNTY YAYA! FAYA FAYA FAYA FAYA!"

"Hmm... adik kau baru pulang berdating ke?" tanya Lynna yang tersenyum di dalam bilik Rifqi

"Entah.. tapi aku tak nak jadi penghalang dalam hubungan mereka. Dia orang sudah besar panjang tapi pandai-pandailah jaga diri. Kalau Yaya buatkan diri aku gembira, aku pun tumpang gembira juga. Jadi, kau pula.. dah bersedia ke nak beritahu mereka tentang kita berdua?"

"Bila sudah tiba masanya, aku akan beritahu mereka nanti.. lebih-lebih lagi Qiqi. Mesti dia akan gembira kerana dia bakal dapat adik nanti" Lynna sentuh kandungan dia yang baru 3 bulan "Nampaknya, keluarga kita akan bertambah meriah nanti"

"Yea, bertambah meriah dan aku tidak sabar untuk mulakan hidup baru di sini bersama orang-orang yang aku sayangi" Kaizo cuti hidung Lynna "Mari kita pergi kenakan si Pang dan Yaya tu. Aku tak sabar nak buli dia orang" Dia tersenyum sinis di situ

"Kaizo Kaizo.. bilalah nak buang sikap buli kau tu" kata Lynna sambil gelengkan kepala dia. Lalu dia dan Kaizo keluar dari bilik itu sambil berpimpin tangan dengan senyuman mesra dari mereka berdua

-THE END-


Hehehee.. ini betul-betul the end xD Jadi, jangan harap kalau ada Kawan Baik Ku 4 sebab author takde idea dah!

Kalau ada idea tu, adalah nanti but for now... memang takde idea or tiada didalam perancangan.. maaf semua!

Harap para readers enjoy the series Kawan Baik Ku :3

Thank you!