MAAF YA AUTHORNYA SEDANG KEKURANGAN IDEA...
JADI CERITANYA SEPERTI TAK MENARIK...;(
BAB 11
Sudah seminggu hari sejak Maharani jatuh sakit. Sejak itu pula Ji Won menjadi penghuni tetap kamar Maharani. Tidak sedetik pun dia meninggalkan sisi Maharani yang masih belum sedar dari status komanya itu. Sejujurnya Ji Won tidak mengetahui apa yang menjadi punca mertuanya jatuh sakit. Dia cuma mendengar teriakan Maharani memanggil Sehun sebelum melihat Maharani tumbang. Sudah ditanyakan kepada pengawal di luar istana Maharani dan juga Jongin, pembantu peribadi Sehun. Namun usahanya hanya sia-sia. Tidak ada maklumat yang boleh diperjelaskan akan sebab pertengkaran dua beranak itu tempoh hari. Buat masa ini Ji Won hanya boleh berdoa kepada Tuhan agar Maharani segera sembuh dan boleh bercerita kepada dirinya tentang peristiwa sebenar.
Ji Won bangkit dari katil Maharani dan terus berjalan menuju ke meja membaca Maharani. Sejujurnya di atas meja itu dipenuhi buku-buku yang tersusun dan Ji Won tertarik untuk membaca salah satu buku di meja tersebut. Walaupun dia tidak begitu tertarik dengan buku-buku yang banyak bertemakan politik negara, Ji Won masih harus mengambil sedikit ilmu tentang urusan politik kerana tugasnya sebagai isteri kepada Maharaja Sehun. Berbicara tentang Sehun, sudah seminggu Sehun tidak mengunjungi bondanya. Hal ini sedikit meresahkan Ji Won kerna maklumat yang disampaikan melalui dayangnya, Sehun tidak kelihatan di istana. Sebagai seorang anak, Sehun harus berada disisi bondanya pada saat-saat genting seperti ini. Walaupun tidak ada yang menegur secara berhadapan akan tindakan Sehun, gossip dan pembawaan mulut penghuni istana adalah lebih tajam berbanding rakyat jelata. Ji Won tidak mahu tanggapan istana kepada Sehun berubah kepada negatif.
Ji Won yang sudah mulai kehilangan mood untuk membaca menjarakkan diri daripada meja Maharani apabila terlihat sepucuk surat yang mempunyai tulisan Sehun. Ji Won mulai berpikir sama ada ingin membuka atau tidak surat itu. Setelah berdebat dengan dirinya seketika, dia mengambil surat itu dan mulai membaca. Riak wajah Ji Won berubah pucat. Segera Ji Won mengambil surat itu dan menyimpannya. Setelah meminta seorang dayang untuk menjagakan Maharani bagi pihaknya, Ji Won dengan pantas keluar dari istana Maharani. Dia harus bertemu seseorang.
Tasik Istana
Sehun sedang berbaring di tepian tasik. Wajahnya yang pucat itu semakin kehilangan serinya. Dia sedang menderita. Menderita dari segi mental dan fizikal. Mentalnya menderita kerna disebabkan dirinya, bondanya jatuh sakit dan lebih parah lagi, sang pujaan hatinya telah menghilang dari istana. Luhan tidak ditemui di istana sejak malam ibunya jatuh sakit. Sudah puas dia dan Jongin mencari seisi istana. Namun hasilnya nihil. Akibatnya, Sehun mulai mengabaikan dirinya dan juga negara. Setiap hari dia akan kesini tiap-tiap malam. Pada siang harinya, Sehun akan berkurung dikamarnya. Setakat ini, urusan negara dikendalikan oleh Woo Bin dan juga menteri-menteri yang lain.
Derapan tapak kaki menghampiri Sehun. Sehun terus berbaring memejamkan mata membayangkan keberadaan Luhan tanpa menghiraukan siapa yang berada disebelahnya itu. "Sehun, kau tidak harus sebegini terus. Kau harus kuat. Aku sudah mengerahkan orang-orang kita untuk mencari Luhan. Aku yakin Luhan pasti akan ditemui dalam masa yang terdekat. Aku mohon Sehun, jangan terus sebegini. Kau lupa siapa diri kau. Kau adalah Maharaja. Sebagai pemimpin negara kau harus tahu dimana batas urusan peribadi dan urusan negara. Aku bercakap sebagai seorang teman yang menginginkan teman rapatnya ini bangkit. Tolonglah Sehun." Jongin, teman dan pembantu peribadinya ini menasihati Sehun dengan panjang lebar. Jongin sedar akan akibatnya kalau dia mengkritik Sehun secara sebegini, namun baginya ini adalah satu kewajipan sebagai seorang teman rapat.
Sehun bangkit dari pembaringannya lalu memandang tepat wajah Jongin. "Aku salah Kai. Aku tak sepatutnya mengabaikan negara. Aku cuma tertekan. Mengapa Luhan meninggalkan aku. Aku mencintainya. Aku menginginkan hidup dengan orang yang aku cintai. Itu sahaja, dan soal Maharani. Ya, aku memang agak keterlaluan. Aku cuba menerangkan kepadanya tentang persetujuan kami tentang urusan peribadiku namun segalanya berantakan Kai." Air mata Sehun mulai berjatuhan.
Jongin memeluk Sehun dengan erat. "Jangan bersedih Sehun. Aku yakin kau mampu menghadapi urusan ini dengan tenang. Kau cuma memerlukan teman untuk bercerita. Aku masih disisimu. Aku akan menyokongmu dengan sepenuh hati. Sekarang kau harus pulang ke istana untuk berehat. Esok kau harus melawat Maharani dan bermesyuarat dengan pegawai negara." Sehun hanya menganggukkan kepalanya dan bangkit untuk pulang ke istana.
Pinggir Ibu Kota Seoul
Luhan dan Kyungsoo berada didalam rumah kumuh yang mereka tempati sejak tiga hari yang lepas. Mereka meloloskan diri dari istana menggunakan pintu belakang istana yang digunakan untuk membuang sampah. Dari situlah mereka berjaya melepasi sekatan istana dengan berselindung dibalik timbunan sampah yang diangkut keluar. Luhan sudah tetap dengan keputusannnya itu. Dia tidak mahu menjadi orang yang menghancurkan keluarga Sehun. Pada mulanya Luhan tidak mau membawa Kyungsoo namun air mata teman sekampungnya itu meluluhkan Luhan.
"Luhan kau masih belum tidur?" tanya Kyungsoo yang baru ingin melelapkan mata. Luhan yang sedang menatap bulan dari celahan tingkap menggelengkan kepalanya. "Kau tidurlah dulu Kyungie, aku belum mengantuk." Kyungsoo bangun dari pembaringannya lalu menjengah ke jendela. "Luhan, secara jujurnya aku sedih dengan kondisimu yang sebegini. Kau tidak makan seharian ini. Jika kau terus begini, kau akan jatuh sakit."
Luhan terus memandang keluar: "Aku sememangnya sudah sakit Kyungsoo. Aku tidak mau semua ini terjadi. Aku ingin bahagia namun Tuhan seolah-olah tidak mengizinkan aku untuk bahagia dengan Sehun. Kerna aku, hubungan Sehun dan bondanya merenggang. Aku tidak tega untuk melihat Sehun terus merasa bersalah disebabkan hubungannya dengan aku." Luhan sememangnya telah menceritakan semua hal berkaitan hubungannya dengan Sehun termasuk siapa diri Sehun sebenar kepada Kyungsoo. Kyungsoo pada awalnya terkejut dan sedikit marah namun akhirnya menerima berita itu dengan hati terbuka.
"Jadi selepas ini apa perancanganmu. Aku yakin Sehun akan mencarimu sehingga lubang cacing. Adakah kau akan tinggal disini terus atau kembali ke kampung kita?" Luhan menghela napasnya lalu berkata: "Kita akan pulang ke kampung kita Kyungsoo. Lebih cepat lebih baik."
Istana Sehun
Sehun sudah terbangun sejak pukul lima pagi lagi. Dia sebenarnya tidak tidur atau malah lebih tepatnya tidak mampu melelapkan matanya. Bayangan Luhan terus menghantui dirinya. Sehun segera bangun menuju kamar mandinya dan bersiap-siap untuk mesyuarat dengan para pegawai negaranya. Kata-kata Jongin tentang urusan negara membuatnya sedar tentang tugas utamanya.
Sehun baru sahaja ingin memakan sarapannya apabila Jongin masuk dengan tiba-tiba. Wajahnya yang memerah termengah-mengah menyebabkan Sehun kebingungan. "Ada apa Jongin, kau terlihat seperti baru dikejar pembunuh layaknya?" Jongin segera merapati Sehun lalu berkata: "Sehun, aku mendapat maklumat yang Luhan ada dikawasan pinggir bandar Seoul." Sehun terbangun lalu menggoncang badan Jongin. "Benarkah Jongin, cepat aku ingin kesana. Bawakan aku kesana." Jongin menepuk pundak Sehun: "Sabar dahulu Sehun, kau lupa kau ada rapat dengan pegawai negara. Lagipula kau harus menjenguk bondamu. Aku sudah meminta mata-mata kita mengawasi rumah tumpangan Luhan. Sekiranya ada apa-apa yang terjadi, dia akan memberitahu aku."
Mood Sehun terus meningkat drastik setelah menerima khabar gembira dari Jongin. "Baiklah, kau adalah sahabatku yang paling baik. Terima kasih atas usahamu, Kai." Jongin hanya tersenyum menanggapi ucapan Sehun.
Rumah Tumpangan Luhan
Kyungsoo dan Luhan sedang berkemas-kemas pakaian mereka. Luhan mengatakan yang dia sudah mendapat tumpangan sebuah kapal dagang yang akan belayar menuju ke kampung halamannya. Sedang asyik berkemas, terdengar sebuah ketukan dipintu rumah tumpangan mereka. Kyungsoo segera menuju ke arah pintu bagi membukanya.
Alangkah terkejutnya Kyungsoo apabila dihadapkan dengan wajah seorang lelaki yang sangat dingin tajam tatapannya. "Kau Sehun bukan…Maaf, maaf Tuanku…" Sehun segera memotong ucapan Kyungsoo: "Dimana temanmu, Luhan, aku mencarinya sejak seminggu lepas." Luhan yang sedang menuju ke arah muka pintu hampir pucat mukanya apabila mendapati orang yang ingin dijauhinya berada di depan rumah tumpangan itu.
"Kenapa Tuanku berada disini?" tanya Luhan yang semakin menunduk akibat pandangan Sehun yang semakin tajam. "Aku disini kerana ingin mencari hambaku yang seenaknya melarikan diri daripada istana. Belum pernah lagi seorang hamba melakukan tindakan nekad. Jadi aku ingin menghukumnya." Luhan semakin salah tingkah kerana kata-kata Sehun itu.
Sehun mengarahkan pengawalnya memberkas Luhan dan Kyungsoo serta mengarahkan keduanya dipisahkan. Kyungsoo dibawa dahulu menaiki kereta kuda milik tentera. Sedangkan Luhan, dia diarahkan menaiki kereta kuda milik Sehun. Suasana hening meliputi keduanya apabila kereta kuda milik Sehun bergerak menuju destinasinya.
"Sehun, maafkan aku…" Luhan belum menghabiskan ayatnya ketika Sehun menyela: "Beraninya kau Luhan. Meninggalkan pekerjaanmu adalah satu kesalahan besar. Apa kau tau apa konsekuensinya bila seorang hamba meninggalkan istana tanpa kebenaran?" Luhan hanya mendiamkan dirinya sendiri. Kesalahan Luhan adalah besar dan dia sedar hukuman yang menantinya. "Apa yang membuatkan kau meninggalkan aku Luhan. Apa aku tidak layak untukmu." Sehun melembutkan nada bicaranya ketika melihat Luhan ketakutan.
"Sehun, aku yang tidak layak untukmu. Aku…" Sekali lagi kata-kata Luhan dipotong Sehun. "Bukankah kita sudah membahaskan hal ini dahulu. Aku membuat keputusan untuk menerimamu adalah kerna cinta. Bukan disebabkan hal-hal lain. Sekiranya negara tidak menerima apa yang aku inginkan. Tak mengapa Luhan. Yang penting adalah dirimu."
Luhan sekali lagi terpana pada keyakinan Sehun. 'Sudah cukup Luhan kau bermain dengan hatinya.' Luhan akhirnya berkata: "Maafkan aku Sehun, aku takut kerna Maharani jatuh sakit disebabkan hubungan kita." Sehun memeluk Luhan dan mencium keningnya cukup lama. "Kali ini kumaafkan, jangan membuat hal sebegini lagi Luhannieku."
Mendadak kereta kuda milik Sehun berhenti. Sehun turun dari kereta kudanya dan Luhan mengikutinya dari belakang. Luhan terperanjat bila melihat pemandangan didepannya. Sebuah kapal milik kerajaan yang berlabuh sedang berada didepannya. "Kemana kita ingin pergi. Bukankah kita ingin pulang ke istana?" tanya Luhan. Sehun memandangnya dengan senyuman yang manis: "Kita akan belayar di laut Korea. Anggaplah ini sebagai hadiah tanda kau menerima cintaku."
P/S: MOMENT HUNHAN-NYA MINGGU DEPAN YA….
