Welcome back my lovely readers :D how are you today? Author sihat sahaja

Terima kasih semua kerana sudi memberikan review! Terima kasih kerana selalu menyokong author

Maaf kalau ada salah silap di dalam chapter ini

Happy Reading!


Uji Kaji

"Apasal lah aku asyik terkena cabaran dari peminat aku"

"Cabaran?" tanya Boboiboy yang sedang berjalan bersama Fang untuk pergi ke sekolah "Cabaran apa pulak ni?" Boboiboy melihat muka kawan baik dia yang kelihatan sedih itu "Janganlah kau sedih pulak"

"Bukan sedih Boboiboy tapi cabaran aku semuanya berkaitan dengan donut lobak merah. Aduh.. semuanya tak bagi aku makan selama seminggu, sebulan, setahun.. hmmm" mengeluh Fang seorang diri. Boboiboy tergelak sedikit "Apa boleh buat, semuanya nak bagi aku mengamuk tak tentu pasal. Tanpa donut lobak merah, tak aman hidup aku"

"Tanpa donut lobak merah, orang lain asyik terkena amukan kau aje. Contohnya aku" muncul Gopal di sebelah Fang "Wei Fang, semalam kau pergi hack email Probe dekat computer Emmy aje"

"Hehehee... mestilah. Aku nak tahu soalan dan cabaran apa yang peminat aku berikan nanti sebab aku mesti bersedia!" Tiba-tiba Fang bertukar menjadi lebih semangat dan berkeyakinan "Dan aku akan pastikan setiap soalan, aku akan dapat menjawab dengan betul! HAHAHAHAAAAAA!"

"Hmmm... yelah. Entah-entah jawapan kau semuanya merapu aje"

"Betul tu Boboiboy. Aku sokong aje" Fang melirik matanya ke arah kedua kawan baik dia "Hehehee... tapi ada elok jugak kau tak makan donut lobak merah selalu. Semalam kau dah makan 10 bijik, hari tu 10 bijik, minggu lepas 30 bijik dalam seminggu. Aku rasa dalam setahun mesti dalam kurang seribu bijik donut lobak merah kau akan makan"

"Cheh, kau kira semua donut lobak merah aku makan. Takde kerja betul kau ni" Gopal tersengih kepada Fang "Tapi aku makan donut lobak merah nak bagi diri aku tenang dan juga sebab donut itulah yang tersedap di alam semestar!"

"Kau tak nak ke cuba benda lain. Asyik donut aje yang buat kau tenang, bahagia dan takdelah nampak berlagak sangat" tanya Boboiboy. Fang terus mengusap-usap dagunya sambil berfikir makanan apa yang boleh gantikan donut lobak merah

"Hmmm.. macam takde sahaja" kata Fang

"Mesti ada punya" Terus Boboiboy mempunyai satu rancangan yang terbaik untuk mereka bertiga "Apa kata kita uji kau dengan makanan lain. Petai buatkan diri kau pengsan, donut lobak merah buat kau rasa tenang, mesti ada makanan lain yang buat kau perasaan lain. Mesti ada punya"

"Kau ingat aku ni tikus dalam makmal ke. Jadi bahan uji tapi... idea kau macam menarik aje" Fang terus berikan senyuman kepada Boboiboy "Mari kita mulakan uji kaji diri aku!"

"Suka pula kau yea" Boboiboy membalas balik senyuman itu kepada Fang

"Aku pun nak uji diri aku juga" Gopal angkat tangan sebelah sambil melihat kawan-kawan dia yang ada di kedua-dua belah dia

"Cheh, kalau pasal makanan, kau mesti nak join punya"

"Mestilah! Aku kan suka makan"

"Suka hati kaulah Gopal" balas Boboiboy "Itu macam Bella aje" Fang dan Gopal pandang ke depan, mereka terserempak dengan Bella yang sedang menguap panjang. Langkah mereka begitu pantas sekali untuk datang dekat dengan Bella

"Kalau asyik mengantuk aje, apasal? Tak cukup tidur ke" tanya Fang. Bella melihat Fang dengan wajah bosan dia

"Takdelah, semenjak aku dapat tahu aku berubah menjadi Sleeping Beauty. Aku terus rasa macam nak tidur aje. Agak kesan sampingannya kot" Mata Bella rasa berat pula. Kemalasan dia untuk pergi ke sekolah pada hari ini membuatkan kaki dia berjalan begitu perlahan sekali "Aku rasa, aku perlukan sesuatu untuk buatkan aku berjaga"

"Minum kopi aje" jawab Fang

"Hmmm... macam elok aje untuk budak-budak" balas balik Bella. Dia menguap lagi

"Fang, aku nak tanya boleh"

"Kau nak tanya apa Boboiboy?"

"Hmmm.. apasal kak Lynna tak gunakan kuasa dia masa nak selamatkan aku dan kau?" Fang menghela nafas dan terus menjawab soalan Boboiboy. Gopal dan Bella ingin juga mendengar jawapan dari Fang

"Mengikut kata kak Lynna, semasa kita bertukar menjadi watak-watak dalam cerita kisah-kisah dongeng. Dia yakin yang pengawal istana itu kemungkinan pelajar-pelajar sekolah rendah atau cikgu-cikgu sekolah, sebab itu dia tidak mahu gunakan kuasa sebab dia tak nak cederakan sesiapa. Kita pula, aku memang dah jadi tak betul sebab watak aku semestinya gila atau separuh gila. Boboiboy asyik dengan prince charming dia, mesti langsung tak fikirkan tentang kuasa tujuh kau tu" Boboiboy tersengih sahaja "Bella, kerja dia tidur sahaja"

"Memang pun" jawab Bella yang sudah tiada mood "Seronoklah korang dapat menjiwai watak-watak korang. Aku menjiwai watak aku dengan cara tidur. This is so unfair!" Dia bersilang tangan dan terus berjalan ke depan sebab marah sangat. Gerakan kaki dia begitu laju sehingga jarak diantara dia dan kawan-kawan lelaki dia begitu jauh sekali. Boboiboy, Fang dan Gopal abaikan sahaja

"Lupa pula, kau jadi prince charming sebab kau ada kuasa tujuh. Kak Lynna cakap, kalau kau guna kuasa tujuh kau, mungkin kesemua pecahan Boboiboy kau mengambil watak prince charming yang berbeza-beza dalam kisah dongeng yang berbeza-beza. Ala, macam personality pecahan kaulah"

"Errr.. tak faham aku" Boboiboy garu-garu kepala dia sebab tak begitu faham

"Buat-buat faham ajelah, Boboiboy" jawab Fang

"Aku pun tak faham, yang aku faham tentang uji kaji itu tadi sahaja" Fang memberikan renungan maut kepada Gopal "Hehehee... tapi apasal kak Lynna tak jadi puteri yang pandai berlawan macam Merida dalam movie Brave ke atau Mulan ke"

"Aku ada tanya juga tapi kak Lynna jawab, buku yang Rizu pinjam tu, semuanya dari classical fairytale. Mulan adalah seorang pahlawan puteri lagenda. Lepas aku dapat tahu semua tu, terus aku pergi baca-baca info tentang semua classical fairytale"

"Aku pun sama macam kau" muncul suara Ying dari belakang mereka. Boboiboy, Fang dan Gopal menoleh kebelakang dan nampak dua kawan perempuan mereka iaitu Yaya dan Ying "Aku pun pergi cari info tentang The Little Mermaid tapi akhir cerita dia tak sama macam dekat movie disney. Memang banyak sedih wooo..."

"Ha ah, mermaid tu patah hati sebab prince charming dia tak kahwin dengan dia" jawab Fang

"Memang sedih tapi kisah Cinderella tak sedih. Dia masih lagi dapat prince charming dia" kata Yaya pula "Yang tak bestnya, aku tak dapat nak pergi ke majlis tari menari tu.. hehehee" Yaya mula teringat balik kejadian hari itu. Dia memakai dress labuh kembang sampai ke lantai, kasut dia diperbuat daripada kaca dan tudung dia begitu cantik sekali, dia atas kepala dia ada tiara kecil dengan berlian-berlian berkelip-kelip seperti bintang "Agaknya, dekat mana majlis tari menari tu diadakan"

"Hmm.. kau pun nak berangan sekali"

"Bukan selalu pun Fang. Aku pun kadang-kadang ada juga berangan. Tapi pengalaman begitu memang aku tidak boleh lupakan" kata Yaya secara perlahan

"Aku tak mahu ingat balik maa.. sebab Tok Aba kata, aku pergi buat straw minuman jadi teropong. Banyak malu bila dapat tahu" Ying tutup muka dia sebab malu. Muka dia menjadi merah sedikit "Tapi seronok juga jadi watak-watak dari kisah dongeng"

"Korang seronoklah. Aku jadi serigala yang aku tak tahu dari kisah mana" Gopal terus menjadi sedih

"Hmmm.. kau jadi serigala dari cerita The Little Red Riding Hood" jawab Fang "Tapi aku nak tergelak tentang abang aku. Entah kenapa pagi tadi dia tiba-tiba pergi menonton movie Beauty and the Beast. Agaknya dia nak tahu kisahnya macam mana kot tapi rasa pelik pulak tengok abang aku menonton movie kartun. Lepas habis tengok movie, abang aku terus ke kapal angkasa dia sebab latihan tempur dia. Apa-apa ajelah abang aku tu"

"Kau tak tengok sekali dengan abang kau?" tanya Yaya

"Aku nak join tapi dia suruh aku masak, kemas, bagi kucing dan itik makan, basuh baju dia, lipast baju.. DIA INGAT AKU NI ORANG GAJI KE APA!" Berapi-api hati Fang sebab terlampau geram sangat "Dia bukannya nak tolong. Sedih aku dapat abang yang tak reti nak tolong.. kenapalah aku tiada seorang kakak, bolehlah dia bantu aku setiap kali aku memerlukannya"

"Dey, yang kau nak beremosi sangat macam Lily apasal. Kau kan rajin, bila nak orang nak tolong, kau tak bagi. Nanti kau bising sebab kita orang buat kerja tak betul" Mata Fang melirik kearah Gopal. Dia menggenggam tangannya

"Sudah sudah, jangan nak bergaduh. Lagipun apa yang Gopal katakan tadi memang betul pun. Nanti kita orang kacau, kau juga yang marah kita orang sebab sibuk" Boboiboy cuba tenangkan kawan lelaki dia supaya tidak berlakunya pergaduhan atau amukan dari Fang

"Korang takpe, tapi abang aku tu" Dia tenyeh-tenyeh tapak tangan dia dengan genggaman tangannya lagi sebelah "Geram betul aku"

"Habis tu, Faye tak tolong kau ke?" tanya Yaya

"Ada tolong tapi sikit-sikitlah, dia pun takut kalau aku marah dia sebab buat kerja tak betul.. hehehehee." Fang tergelak sinis seorang diri di situ. Kawan-kawan dia hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Mereka sudah pun tiba di luar kawasan sekolah. Bella sudah pun tiba di sekolah, dari luar lagi mereka boleh nampak dia sedang duduk di atas bangku sekolah bersama Faye. Dia hanya dengar cerita Faye kerana dia terlampau mengantuk sangat, sampai tak larat hendak bercakap sesuatu

"Kasihan pulak aku tengok Bella tu. Kita orang ok aje, dia pula yang asyik mengantuk" kata Boboiboy sambil melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah "Kau tak tanya kak Lynna ke, tiada kesan sampingan ke yang akan berlaku dekat kita orang?"

"Takde pulak aku nak tanya. Dia pun takde beritahu aku apa-apa. Dia cuma cerita tentang buku tu ajelah dan watak-watak kita semua" Fang ingatkan balik apa yang Lynna katakan semalam tapi tiada tentang kesan sampingan "Cuma Bella aje kot rasa penat. Dia kan sekarang ni banyak sangat latihan dengan bola tampar dia tu"

"Mungkin jugak" balas Boboiboy. Mereka berjalan kearah Bella dan Faye. Yaya dan Ying melambai-lambai kearah mereka berdua dan hanya Faye sahaja yang membalas balik lambaian mereka

"Hai korang" kata Faye "Oh yea, aku ada dapat sesuatu dari ibubapa aku" Faye mengambil sebuah kotak besar dan dia letakkan di atas riba dia

"Apasal aku tak tahu kau dapat sesuatu" tanya Fang sambil mengangkat kening sebelah "Ibubapa kau hantar apa?"

"Hehehehe... dia orang hantar kamera! YAHOOOOO!" Semua pelajar yang lalu lalang dekat situ terkejut dengan jeritan Faye yang secara tiba-tiba itu tetapi Faye seperti tidak kisah pun sebab dia terlampau gembira sangat. Faye membuka kotak tersebut secara perlahan dan mata dia bersinar melihat sebuah kamera berwarna ungu terpapar di dalam kotak tersebut. Dia mengangkat kamera itu seperti mengangkat sebuah mahkota yang amat berharga sekali "Thank you daddy and mummy"

"Sukalah kau dapat kamera tapi..." Fang tersenyum sinis "Mana boleh bawak kamera pergi ke sekolah, betul tak Yaya?"

"Err... betul tu. Nanti kamera kau akan kena rampas dengan cikgu. Baik kau suruh abang Kaizo datang dan ambil kamera kau tu bawak balik" kata Yaya dengan nada tegas dia "Aku tak naklah kau sedih nanti"

"Maaf sebab aku tak tahu.. dekat sekolah aku dulu, dibenarkan bawak kamera dan juga phone. Agaknya peraturan lain-lainlah kot" Faye simpan balik kamera ungunya ke dalam kotak "Tapi nanti kita tangkap gambar sama-sama tau"

"Boleh aje!" kata mereka semua dengan gelak ketawa. Bella hampir nak tidur di atas bangku sekolah. Mata dia makin lama makin hendak tertutup rapat tetapi dia terjaga apabila loceng sekolah berbunyi

"KECEMASAN! KECEMASAN!" Jerit Bella seorang diri dekat situ. Pelajar lain melihat Bella dengan perasaan hairan. Fang menepuk kepala Bella

"WOI! Mana ada kecemasan. Tulah kau, tidur lagi"

"Wei! Suka hati akulah kalau aku nak tidur pun! Kau sibuk apahal!" Fang sudah berlari jauh dari Bella dan Bella mengejar Fang dari belakang dengan kemarahan dia

"Habis tu! Kau nak aku biarkan kau menjerit-jerit dekat situ macam orang gila!"

"Kalau yea pun, JANGANLAH TEPUK KEPALA AKU!" mereka berdua berbalas-balas dari tangga sekolah, sehinggalah ke kelas. Pelajar-pelajar lain pun sudah mula naik bosan dengan pergaduhan mereka berdua. Ada juga yang mahu lari dari kelas tingkatan 1 Amal

"Mulalah dia orang tu, bergaduh lagi" Gopal, Yaya, Ying dan Faye angguk kepala tanda setuju

"Tahu takpe Boboiboy" jawab Gopal "Jomlah masuk kelas"


Kaizo mengangkat kening sebelah sambil melihat Faye tersengih kepada diri dia. Kotak kamera itu telah diambil oleh Kaizo. Nasib Faye begitu baik sekali kerana tiada cikgu ataupun pengawasa yang merampas kamera dia. Kaizo tiba di sekolah tepat pada waktu rehat mereka. Dia ada juga rasa geram dengan Faye tetapi dia tidak tunjukkan kemarahan dia

"Abang Kaizo jangan marah yea" kata Faye sambil tersengih lagi. Kaizo berdiam sahaja, Faye mula rasa takut. Terus dia duduk di sebelah Ying untuk makan. Kaizo mengambil tempat duduknya di sebelah Fang

"Hah! Aku baru teringat. Kita kan nak uji kaji si Fang ni.. makanan mana yang boleh buatkan Fang tenang selain daripada donut lobak merah"

"Uji kaji?" tanya Kaizo kepada Boboiboy. Fang hanya diam sahaja sambil makan mee goreng dia "Tak payah nak uji si Pang ni, donut lobak merah tu ajelah buatkan dia tenang tapi.. mungkin juga donut lobak merah ni buatkan dia menjadi lebih nakal" Kaizo mengusap-usap dagunya sambil fikirkan sesuatu

"Apa yang abang sedang fikirkan?" tanya Fang dengan mulut penuhnya

"Abang rasa seronok pula bila fikirkan balik tentang uji kaji kawan baik kau tu. Takpe, nanti abang akan suruh kak Lynna masak benda-benda manis dan kau kena rasa dan bagitahu yang mana satu buat kau tenang seperti donut lobak merah kau"

"Hehehee... tak payahlah abang. Biar dia orang sahaja yang buat" Fang tersengih kepada abangnya. Kawan-kawan dia yang lain setuju sahaja dengan Kaizo, mereka dapat rasakan Kaizo akan membuli adiknya lagi. Yaya dan Ying rasa kasihan melihat Fang asyik dibuli oleh abangnya sendiri

"Abang pun nak sertai mereka juga. Tak boleh ke? Sebagai abang yang baik walaupun suka buli adik, abang nak kan yang terbaik buat adik. Takdelah kau asyik nak buat donut lobak merah aje. Berikanlah peluang kepada makanan lain! ABANG AKAN CARI MAKANAN LAIN ITU SELAGI TIDAK DAPAT! INI SEMUA ADIK UNTUK ADIK AKU SI PANG!"

"Abang aku terlebih bersemangat" Fang menepuk-nepuk dahinya

"Hmmm... semangat nak buli kau lah tu" kata Boboiboy

"Bukan! Bukan untuk buli dia tetapi untuk kebaikan dia!"

"Sah abang aku dah tak betul" Fang menoleh ke kanan dan terus melihat muka abangnya sentiasa serius itu "Abang memang takde kerja lain ke? Cubalah buat benda lain selain daripada mengacau kehidupan adik, buli adik, sekeh kepala adik, ketuk kepala adik, buat adik macam orang gaji dan macam-macam lagi yang boleh menganggu kehidupan adik setiap hari setiap masa setiap jam setiap minit setiap saat- ADEH ADEH! ABANGGG!" Kaizo sekeh kepala adiknya. Pelajar-pelajar di kantin sekolah, tergelak melihat Fang kena sekeh tetapi mereka sudah pun terbiasa dengan hubungan antara Fang dan Kaizo yang sentiasa mesra

"Kau pun sama juga, suka cari masalah dengan abang. Jadi abang kenalah cari masalah dengan kau juga! Meh abang sekeh kepala kau puas-puas sampai waktu rehat tamat" Boboiboy dan kawan-kawan dia yang lain tergelak sahaja. Fang sudah tidak kisah kena sekeh dengan abangnya sebab dia tahu, abang dia sayangkan dia dan dia pun sayangkan abang dia

"Abang nak sekeh adik lama-lama pun takpe" balas Fang. Maka, dengan bangganya, lagi kuatlah Kaizo sekeh kepala adiknya. Mereka berdua tergelak sahaja. Tiba pada satu tahap itu, ada juga pelajar lain tidak senang melihat kemesraan adik beradik alien itu kerana terlampau cemburu. Mereka juga ingin mempunyai seorang abang seperti Kaizo


Keesokannya, pagi-pagi lagi rumah Kaizo sudah dipenuhi oleh kawan-kawan adiknya. Semuanya sudah membawa makanan masing-masing. Fang duduk di tengah kerusi sofa. Mata dia di balut oleh sehelai kain hitam. Fang tidak sedar bahawa Lily pun ada di situ. Kaizo rasa nak marah Lily sahaja kerana ponteng sekolah tetapi mengikut kata Lily, uji kaji ini lebih penting daripada sekolah, sampailah dia kena marah dengan Yaya tetapi Lily masih mahu juga untuk menyertai uji kaji Fang

"Baiklah, kita mulakan dengan makanan yang pertama" Kaizo melihat Boboiboy sedang suapkan sesuatu di mulut Fang. Makanan tersebut adalah cekodok chocolate yang dibuat oleh Boboiboy sendiri "Macam mana Pang? Adakah ketenangan makanan itu sama seperti donut lobak merah?" Fang masih kunyah lagi cekodok itu, lalu dia telan

"Hmmm.. tak tapi apasal cekodok chocolate ni rasa lain daripada Tok Aba punya" Boboiboy hanya tersengih sahaja "Wei Boboiboy, kau ke yang buat?"

"Err.. ha ah, aku yang buat sendiri tapi aku guna resepi Tok Aba. Sedap tak?"

"Manis sangat" jawab Fang. Boboiboy rasa sendiri cekodok chocolate itu, memang terlalu manis sangat. Dia terpaksa beredar dan duduk di kerusi meja makan ruang tamu. Seterusnya adalah Gopal. Kaizo melihat makanan Gopal terlebih dahulu sebab dia tahu Gopal selalu gunakan kuasanya setiap kali dia sedang berlapar

"Ini kau buat ataupun kau gunakan kuasa kau?" tanya Kaizo dengan nada serius

"Sa-saya buat.. tapi dibantu oleh Amma saya.. A-abang Kaizo tak percaya ke?" menggigil-gigil Gopal hendak jawab soalan Kaizo

"Aku percaya" Gopal rasa lega sedikit. Dia mengangkat makanan yang dia bawa iaitu kuih Vadai. Mulut Fang sudah ternganga luas, Gopal masukkan kuih Vadai itu di dalam mulut Fang. Mulut Fang penuh dengan kuih tersebut, dia kunyah-kunyah sedikit demi sedikit sehingga dia telan kesemuanya "Macam mana?" tanya Kaizo

"Tak" jawab Fang "Wei Gopal, kau tolong mak kau buat berapa peratus?"

"Hehehee... 10 peratus.. amma aku buat 90 peratus yang lain" jawab Gopal sambil tersengih

"Sedap mak kau buat.. yang lagi 10 peratus, aku tak tahu apa kau buat" Gopal tersengih lagi kepada Fang "Siapa pulak seterusnya?" Yaya mengangkat bekas makanan dia "Eh kejap.. selalunya selepas Gopal.. mesti Yaya kan"

"Ha ah, kenapa?" tanya Yaya dengan perasaan curiga dia

"Kau tak bawak biskut kau kan?"

"Takdelah, aku buat makanan yang khas untuk kau!"

"Bagi aku tengok dulu" Kaizo melihat makanan yang ada di dalam bekas makanan Yaya. Dia tidak berkata apa, dia hanya mengangkat kening sebelah sahaja "Ok, boleh teruskan" Yaya dengan yakinnya, dia masukkan sepotong kek apple crumble yang telah dipotong kecil ke dalam mulut Fang

"Sedap" kata Fang sambil kunyah kek itu. Yaya tersenyum suka "Hmm... tapi aku lebih suka kek lobak merah yang kau buat masa hari kantin tahun lepas"

"Kek tu abang Kaizo tak bagi buat sebab dia kata, tiada bahan lobak merah dibenarkan" kata Yaya

"Cheh, tak guna punya abang" bisik Fang sambil kunyah kek tersebut. Lalu dia telan kek tersebut "Kek tu sedap tapi tak bagi aku ketenangan yang amat mendalam. Lepas ni Ying kan?"

"Hehehe... pandai kamu teka yea"

"Tak payah teka pun, semua orang sudah tahu. Lepas Yaya mesti Ying, lepas tu Bella dan terakhir sekali ialah Faye kan" Lily tersenyum sahaja sebab Fang masih lagi tidak tahu kewujudan dia di situ "Kau bawak makanan apa pula, Ying?"

"Hehehee... tak tahulah makanan ini boleh bagi gantikan donut kegemaran kau tu" Ying terus sumbat sepotong kuih mooncake yang telah dipotong kecil ke dalam mulut Fang "Macam mana?"

"Hmmm..." Fang kunyah begitu lama sekali. Dia terasa ada perisa kacang merah dan teh hijau "Apa benda ni?"

"Err... itu adalah mooncake. Malam tadi aku buat dengan mak aku maaa. Macam mana? sedap ke tak?"

"Ok aje tapi tiada ketenangan untuk diri aku" jawab Fang. Ying tidak rasa kecewa kerana dia tahu, memang amat susah sekali hendak mencari pengganti donut lobak merah "Lepas ni Bella kan. Kau bawak apa untuk aku"

"Rahsialah" jawab Bella. Tanpa berkata apa lagi, dia sumbat sebiji Nutella Pod ke dalam mulut Fang

"Hmmm... tak habis-habis dengan Nutella kau" Bella diam sahaja sambil bersilang tangan "Sedap memang sedap tapi donut lobak merah aku juga paling sedap"

"Kau ni, tak kan tiada satu apa pun yang dapat bagi kau tenang selain daripada donut lobak merah" marah Kaizo. Lalu dia sekeh kepala adiknya yang masih lagi kunyah makanannya

"Abang! Abanggg! Nak tercekik adik" Terus Kaizo berhenti. Fang terbatuk-batuk sedikit "Abang ni! Nak bagi adik tercekik ke?"

"Abang cuma nak bergurau aje" Fang bermasam muka sambil bersilang tangan "Faye, teruskan dengan makanan yang kau buat malam tadi semasa si Pang tengah tidur" Fang membuka mulutnya dan Faye suapkan sesudu chocolate pudding "Sedap tapi.. chocolate tak pernah nak bagi aku tenang. Aku pun tak tahu kenapa"

"Sebab kau sudah terbiasa sangat dengan lobak merah kau" jawab Boboiboy

"Agaknya" Tangan Fang sudah mula untuk membuka pengikat kain di mata dia tetapi Kaizo pegang tangan adiknya "Apasal pulak ni? Abang nak kenakan adik ke?" Fang tahu itu adalah pegangan abang dia bukan orang lain

"Ada satu lagi makanan yang kau perlu rasakan"

"Abang yang buat ke?"

"Bukan" jawab Kaizo. Dia terus pandang ke arah Lily yang sudah bersiap sedia dengan pastry pisang dia. Lily tersenyum lebar sahaja, lalu dia datang ke hadapan Fang

"Ini mesti kak Lynna kan kan kan" kata Fang dengan penuh harapan. Kawan-kawan dia yang lain tergelak sedikit, mereka sedikit pun tidak beritahu yang Lynna tiada di situ. Lily sumbat pastry pisang itu ke dalam mulut Fang yang sudah ternganga luas itu. Lalu dia kunyah sedikit demi sedikit "Hmm... pisang?" Deria bau dia mula bertindak. Dia cepat-cepat tanggalkan kain di matanya. Lily tersenyum lebar di depan mata Fang "KAU?! Apahal si pelik ada dekat sini?"

"Ala landak, Lily ada dekat sini sebab nak berikan sokongan penuh kepada landak! Lagipun ini rancangan Boboiboy kan, mestilah Lily akan ikut sahaja rancangan dia"

"Kalau rancangan dia untuk pergi menculik orang, kau pun ikut sekali lah yea" Lily angguk dan Boboiboy menepuk dahinya "Hmm... baguslah tu"

"Hehehee... tapi macam mana dengan pastry pisang aku, sedap tak?"

"Bolehlah" jawab Fang yang sudah telan pastry tersebut "Takde apa-apa lagi yang perlu aku rasa?"

"Takde dah tapi kita tidak boleh mengalah! Kita pasti akan jumpa juga makanan untuk bagi Fang tenang selain daripada donut lobak merah!" Boboiboy begitu semangat lagi "Demi kawan aku, esok aku akan buat makanan lain pulak"

"Wei, kau tak kan jumpa punya.. hanya donut lobak merah aku sahaja yang dapat berikan ketenangan kepada diri aku. Macam abang kau dan teh hijau dia tapi.. ada juga benda lain yang boleh tenangkan abang aku" Fang tersenyum sinis sambil perhatikan abang dia yang bersandar di tepi tiang rumah

"Benda lain? Maksud kau" tanya Kaizo sambil mengangkat kening sebelah

"Hehehee.. benda lain itu adalah kak Lynna sendiri! HAHAHAAAAA!" Kaizo terus mengejar adiknya di sekeliling rumah "JANGANLAH KEJAR ADIK! MEMANG BETUL LAH KAN, KAK LYNNA DAN TEH HIJAU SAHAJA YANG BUAT ABANG TENANG!"

"KALAU YEA PUN, JANGANLAH CAKAP KAK LYNNA TU BENDA, DIA TU BUKANNYA OBJECT! MARI SINI KAU!" Kaizo tetap kejar adiknya sampai dapat. Boboiboy hanya tersengih sambil melihat dua beradik tu

"Entah-entah, betul cakap Fang tadi. Mungkin benda lain atau dimaksudkan orang lain dapat tenangkan dia" Gopal mula fikirkan sesuatu. Dia pandang kawan-kawan perempuan dia, dari Yaya ke Ying, ke Bella ke Faye dan terus ke Lily "Hah! Korang pergilah berdating dengan si panas baran tu. Kita tengok, mana satu dapat tenangkan dia"

"Isk Gopal ni, macam tu pulak" marah Boboiboy "Dia mana ada hati dekat kawan-kawan perempuan kita"

"Hehehe.. tapi macam best aje idea dari Gopal tu" Bella terus terbayangkan yang diri dia dapat tenangkan si Fang tanpa bantuan dari donut lobak merah

"Janganlah nak bermimpilah" Bella melihat Gopal dengan renungan tajam dia. Fang sudah diheret oleh abang dia dan kepala dia kena sekeh lagi sekali. Suasana rumah itu berubah menjadi gelak ketawa dari Fang dan Kaizo. Faye sudah pun membawa kamera ungunya untuk menangkap gambar setiap detik Fang dan Kaizo. Faye boleh lihat senyuman abang sepupu dia. Senyuman itu bukanlah senyuman lebar seperti Lily yang masih lagi tersenyum lebar macam nampak sesuatu yang menarik tetapi senyuman itu adalah senyuman kemesraan Kaizo setiap kali dia bergurau senda dengan adik dia

"Seronoknya dia orang" kata Boboiboy

"Memamh seronok pun. Gaduh gaduh pun, tapi tetap nak bermesra juga. Agaknya kalau abang Kaizo sudah kahwin, macam mana sikap abang Kaizo nanti. Masih lagi sama ataupun berlainan"

"Itu aku tak dapat nak bayangkan, Faye" jawab Boboiboy

"Mesti sama punya" Gopal pula penyibuk

"Aku pun rasa begitu juga maaa... perangai abang Kaizo tak kan berubah punya. Selagi adik dia ada, selagi itulah dia akan buli adik dia sepuas-puasnya. Kahwin ataupun tidak, mereka akan kekal bersama selama-lamanya"

"Betul tu Ying tapi aku kadang-kadang risau juga kalau abang Kaizo pergi selama-lamanya dan tinggalkan Fang keseorangan. Tak dapat aku nak bayangkan bagaimana perasaan sedih Fang"

"Jangan cakap macam tu Yaya" kata Faye "Nenek dan atuk aku mesti akan datang ke sini atau mereka akan bawa Fang pulang ke sana tapi hati Fang mesti akan rasa sunyi sebab tiada lagi gelak ketawa, bersuka ria, bergurau senda dan paling sedih sekali, tiada kasih sayang daripada abang dia lagi dah" Faye mengesat air matanya

"Jangan menangis lah Faye. Aku yakin abang Kaizo akan sentiasa bersama dengan Fang tapi kita tak perlulah fikirkan tentang perkara itu sekarang" Bella menyentuh bahu Faye "Tiada apa yang dapat memisahkan mereka"

"Kecuali kalau abang Kaizo ada misi-misi penting aje yang tidak dapat menggelakkan! Lily akan menjadi babysitter si landak selama sebulan! Tapi tak tahulah siapa yang akan pening kepala nanti, Lily ataupun si landak" Lily ketawa di situ bersama kawan-kawan dia. Sambil mereka ketawa, mereka melihat sahaja kemesran Fang dan Kaizo. Memang tiada benda yang dapat tenangkan Fang selain daripada donut lobak merah tetapi mereka semua tidak sedar, bahawa ada makanan yang buatkan Fang tenang iaitu masakan masin abang dia sendiri. Walaupun kesemua masakan abang dia masin dan selalu membuat Fang merungut tapi Fang akan tetap makan masakan abang dia, lebih-lebih lagi bubur lobak merah. Bagi Fang, walaupun masin tetapi bagi dia, masakan itu ada rasa kasih sayang daripada abang dia dan Fang masih lagi menghargai masakan abang dia dalam diam

Tapi dalam diam, ada juga yang cemburu dengan Fang. Ada juga yang mahukan Kaizo sebagai abang dia sendiri, siapa orang itu? Orang itu bukanlah salah seorang kawan baik Fang tetapi seseorang dari sekolah Fang sendiri. Kita akan dapat tahu siapakah budak itu... jeng jeng jeng


Hahahaaa! Siapa budak tu, kita akan tahu nanti xD and maaf kalau chapter ini tidak begitu menarik T_T

Ada yang nak tahu, adakah author dapat inspiration untuk membuat chapter Dunia Fairytale dari trailer Beauty and the Beast? Jawapannya adalah TIDAK!

hahahahaa... author dapat inspirasi dari sebuah drama tv yang bertajuk The Librarians :3 heheheeee...

sesi membalas review!

Azuki - wah! nampaknya author berjaya buat kamu ingin masuk ke dalam geng Boboiboy xD author pula suka princess Ariel dari The Little Mermaid xD

LizzNP - kalau Lily.. dia akan jadi... Alice in Wonderland! hehehee or tinkerbell dalam cerita Peter Pan.. Lizz jangan sedih, kalau author sudah tamatkan series Aku Abang, Kau Adik.. Lizz kena happy-happykan diri Lizz dengan benda-benda yang buat Lizz rasa tenang dan happy.. masa author sekolah dulu pun, author selalu kena buli juga.. author selalu menangis bila kena buli dengan budak-budak lelaki dan perempuan.. Lizz just tabahkan hati, buat apa yang Lizz suka, abaikan mereka.. lama-lama nanti, mereka akan rasa bosan juga. Jangan biarkan diri Lizz lemah ok *peluk Lizz* you can do it and be yourself my dear

Aisyah - Dia memang terkejut pun tapi dia senyap sahaja xD

gadis mysterious - sama-sama :D author akan bantu semampu yang author dapat.. hmmm... apa sahaja yang adik buat selalu disalahkan? oleh siapa? Abaikan sahaja, ikut sahaja hati adik :D kalau itu buatkan adik happy, teruskan sahaja~ just be yourself! ignore sahaja ejekan dari budak-budak lain :D

AN - hehehee... sebenarnya author susah sikit nak cari ayat-ayat pelik untuk si Fang tu xD mencabar betul.. but author sudah pun buat yang terbaik

Afiq - nope, wrong! xD ahakzz

Jaina - author akan mempertimbangkan idea kamu tu :D tapi jangan marah kalau author pergi ubahkan idea tu xD heheehe

Fiona - tentang cerita yang kamu nak buat tu :3 hehehee... kenapa tak nak publish kan dekat sini or wattpad? boleh kami semua baca!

mister mimpi - welcome back my dear :D that's a good news, selamat tak kena demam denggi.. ok! Lynz akan sentiasa jaga kesihatan , dont think to much too xD memang tak dapat nak dielakkan.. sebab selalu sangat fikirkan macam-macam.. and Lynz sentiasa menjadi diri sendiri bukan orang lain :D kirim salam dekat cik mimpi yea! take care dear

To Lily - I MISS YOU DEAR!

Jumpa lagi semua!

-Sayonara-