Welcome back semua! apa khabar semua? author sihat sahaja!
Ini adalah kesinambungan apa yang terjadi dekat Fang xD hahahaha~ kebenaran tapi ada twisted dia :P
Terima kasih kepada yang sudi memberikan review! thank you so much!
Maaf kalau ada salah silap di dalam chapter ini
Enjoy!
Kata-kata Sadis
"PANG! ABANG SUDAH SIAPKAN SARAPAN PAGI UNTUK KAU!" Pagi-pagi lagi Kaizo sudah menjerit memanggil nama adik dia. Hari ini Kaizo cuba untuk buat pancake lobak merah. Setiap makanan yang dia buat, mesti ada sahaja lobak merah. Kalau stok lobak merah sudah habis di rumahnya, dia akan memborong kesemuanya. Langsung tak beri kepada orang lain membelinya
"Hmm.. bau sedap tapi kenapa pancake ni ada hangus sedikit?"
"Selama ni kau makan tanpa komen tentang cara abang masak, apasal tiba-tiba hari ini kau komen pula?" Ini mesti sebab kesan formula semalam "Makan sampai habis, abang sudah penat-penat buatkan untuk kau"
Fang duduk dan pandang sahaja pancake itu. Dia bau pancake itu dan lalu dia potong sedikit pancake itu. Kaizo melihat sahaja kelakuan adiknya. Fang makan pancake lobak merah itu. Dia buat muka tak sedap
"Tak sedap, terlampau banyak sangat telur, pancake ini tak lembut dan tambah lobak merah ini ke dalam pancake, memang rasa tak sedap langsung. Abang kalau masak, mesti letak garam berlebihan. Ini tak letak garam pun ada rasa masin. Selalunya adik akan makan sahaja tapi hari ini, adik minta maaf sebab pancake abang tak sedap. Bubur lobak merah dan mee goreng abang sahaja yang sedap, yang lain memang tidak memuaskan hati adik" Fang senyum sahaja kepada abang dia
"Jadi kau nak abang masak bubur lobak merah tiap-tiap hari ajelah" Kaizo rasa agak menjengkelkan dengan perangai adik dia pada pagi itu tetapi dia sabar kerana dia tahu sebab apa. Dia biarkan sahaja kerana kesannya hanya 24 jam sahaja
"Yea abang, abang masak apa abang tahu sahaja. Baiklah, adik pergi sekolah dulu" Fang mengambil beg sekolahnya yang ada di sofa ruang tamu. Kaizo perhatikan sahaja adik dia pakai kasut sekolah dengan muka tersenyum dia. Agak, itu kot kesan sampingan dia, tiada kemarahan atau pergaduhan pada pagi ini. Mungkin kesan sampingan dia membuatkan adik dia baik, fikir Kaizo
"Saya pergi dulu, abang!" Kaizo nampak adik dia melambai-lambai kearah diri dia "Abang jangan nak sepahkan rumah lagi dan mandikan anak kucing abang. Sudah sebulan dia tak mandi. Abang nak anak kucing tapi yang suruh jaga, adik juga. Yang tukang bagi dia mandi, adik juga. Yang bagi dia makan pun adik juga. Semuanya adik, apa abang buat? jadi pemalas. Itu sahajalah kerja abang, jalankan misi dekat galaxy dan jadi pemalas dekat bumi. Adik ni setiap hari, setiap tahun kena jadi orang gaji. Dekat mana-mana pun mesti kena buat tu buat ni buat tu buat ni" terus adik dia keluar dari rumah dengan bebelan dia. Kaizo rasa macam nak hempuk sahaja kepala adik dia
Meow meow meow
"Betul kata adik aku, kau sudah sebulan tak mandi" Kaizo angkat anak kucing tersebut "Jom Pikachu, kita mandi. Lepas tu kau boleh sepahkan rumah"
Gopal menguap besar ketika dia sedang baca buku teks mata pelajaran Sains. Dia rasa bosan pula baca buku teks tersebut tetapi dia memaksa dirinya untuk baca kerana cikgu Sains dia akan mengadakan ujian pada hari ini
"Boboiboy, macam mana kau boleh faham sains tapi tak faham matematik"
"Entahlah, aku rasa sains senang bagi aku tapi matematik susah pula" kata Boboiboy kepada Gopal. Mereka berdua duduk di tempat biasa yang mereka selalu tunggu loceng sekolah berbunyi. Yaya dan Ying belum lagi sampai dan Fang juga masih belum lagi sampai. Jadi mereka duduk di situ sambil ulangkaji sementara menunggu rakan mereka yang lain tiba
"Hmmm.. baguslah kalau kau rasa senang tapi aku ni, satu apa pun tak nak masuk dalam kepala otak aku. Macam mana kalau aku gagal nanti, aku takut aku kena rotan dengan Appa aku. Sudahlah aku kena denda hari itu, dia suruh aku buat balik soalan matematik ujian hari itu tapi selamat aku banyak yang betul. Takdelah Appa aku nak denda aku lagi sekali"
"Tu lah kau, asyik main aje. Lepas ni kalau ajak ulangkaji, kau jangan nak cari alasan pula"
"Baiklah sahabat terbaik ku" Gopal tersengih melihat Boboiboy yang cuba berikan tumpu perhatian terhadap buku teks Sains nya
"Apa korang tengah buat ni?" muncul Fang di hadapan mereka berdua. Fang melihat apa yang Boboiboy dan Gopal sedang bacakan "Oh, korang sedang ulangkaji rupanya"
"Ha ah, nanti kita orang ada ujian sains" kata Boboiboy
"Baguslah tu tapi yang tak bagusnya, mesti Gopal akan gagal, buat muka sedih, menangis-nangis dekat depan kita orang. Lepas tu baru nak cari makanan untuk ceriakan hati kau. Bagaimana tak badan besar, asyik makan sahaja. Sedih aje, makan, sedih aje, makan. Kalau tak sedih, mesti makan juga. Dalam kelas ke, luar kelas, dekat mana-mana pun makan sahaja. Itu sahaja kerja kau. Patut lah otak kau lembab sangat, macam siput. Macam mana nak makan, asyik makan benda tak berkhasiat sahaja" Fang membebel dekat depan mereka berdua, sambil itu dia mengambil buku teks Sains dan tangan Boboiboy dan lalu baca sambil bebel
"Wei Fang, yang kau cakap macam tu dekat Gopal apasal?"
"Entahnya si Fang ni, sakit tau hati aku. Lagipun badan aku memang besar, bukannya gemuk pun. Badan aku sihat tau tak! Bukannya macam kau, makan sikit, kurus kering tapi.."
"Tapi apa? tapi lebih pandai daripada kau" kata Fang dengan selambernya "Kurus kurus pun, aku pun sihat macam kau. Kau tu, walapun tak gemuk tapi gendut. Banyak sangat lemak. Kau pun sama juga Boboiboy"
"Wei, aku tak gemuk lah"
"Kau memang tak gemuk pun tapi kau bukannya nak bantu kawan kau yang gendut ni. Kau biarkan sahaja dia gagal dalam peperiksaan, kata kawan baik dia tapi sedikit pun tak tolong. Aku yang terpaksa kawan kau si gendut ni. Entah berapa kali kena marah dengan aku, masih lagi tak faham. Lepas tu, buat-buat faham sebab tak nak bagi aku mengamuk macam orang gila" Boboiboy dan Gopal pandang sesama sendiri. Apa yang mereka fikirkan, apa sudah jadi dengan kawan baik mereka yang asyik membebel sahaja tadi
"Sudah habis dengan bebelan kau?" tanya Gopal. Dia ada rasa sedikit terluka dengan kata-kata Fang tadi dan dia bukannya gendut pun cuma dia ada badan besar sahaja "Kau apasal hari ini? Tak betul ke?"
"Aku tak betul? Wei! aku betul ok. Otak aku sentiasa betul tapi disebabkan aku selalu sangat kena seksa, kena dera.."
"Siapa pula dera kau?" pelik Boboiboy
"Kena buli, kena paksa, kena jaga hati korang, kena belasah orang, kena ikut cakap abang aku.. bla bla bla bla... bosan aku! dan satu lagi, kau tak payahlah nak pakai topi oren kau ni. Orang sudah tahu kau ada uban, buang sahajalah topi kesayangan kau. Bukan orang nak kutuk pun, itu pun masih lagi nak rasa malu. Kata berani tapi dalam diam malu nak tunjukkan kebenaran tentang rambut putih kau. Kau pun Gopal, tua setahun daripada kita orang tapi perangai macam budak-budak. Bukannya kau ke patut ajar kita orang tapi ini terbalik pula" Boboiboy dan Gopal rasa geram pula dengan Fang hari ini
"Apa kes dengan dia ni? nak sakitkan hati kita orang ke?" bisik Gopal kepada Boboiboy. Fang dengan muka tiada perasaan dia, dia cakap sahaja apa yang dia rasa sekarang ini
"Entah aku, rasa macam nak belasah si Fang ni"
"Belasah aku? Marilah belasah aku sekarang, itu pun kalau kau berani. Kau sendiri tak berani nak cari pasal dekat sekolah kan. Yelah, kau kan budak baik dekat sekolah ni, budak lagi matang daripada aku. Semuanya suka dengan kau, popularity kau semakin bertambah. Imej aku juga yang kecundang" Fang membebel lagi dan kembalikan balik buku teks Boboiboy
"Apasal dengan korang berdua ni? Muka masam sahaja pagi-pag ni" muncul Yaya bersama Ying
"Ada sesuatu yang terburuk ka?"
"Takdelah, aku beritahu apa yang aku rasa pagi ni. Entah kenapa dia oran nak terasa tiba-tiba pula. Kitakan sahabat baik, mestilah beritahu perkara yang sebenar tanpa ada rashia sesama kita, betul tak?" kata Fang dengan nada tiada perasaan dia. Yaya dan Ying pula rasa pelik dengan kawan mereka, entah kenapa pagi-pagi ini adakan sesi luahan hati tanpa ada rahsia
"Wei, kau demam ke?" tanya Ying
"Takdelah, aku tak demam pun. Oh yea Ying, kau cakap pelahan-lahan boleh tak. Kau cakap terlampau laju sangat sampai aku sendiri tak faham apa yang kau cuba cakapkan. Kadang-kadang aku buat faham sahaja apa yang kau cakap. Bukan aku sahaja, yang lain pun rasa macam itu juga. Kau pula Yaya, baik kau buat kek sahaja daripada buat biskut kau yang tak sedap tu. Aku tahun lepas cuba nak kenakan abang aku dengan biskut tak sedap kau, tapi aku pula yang terkena. Sudah berapa kali abang aku cuba sumbatkan aku dengan biskut kau tu. Gopal pun ada cakap biskut kau tu ada toksik menakutkan, patutlah Lahap suka. Pertama kali aku rasa, macam rasa pasir campur garam. Selamatlah biskut kau tak masin sangat masakan abang aku. Dia tu suka sangat nak lebih garam lebih, sampai nak pengsan aku dibuatnya" Yaya mula berapi-api dengan Fang. Ying masih lagi sabar tapi dia takut pula dengan kawan baik dia yang sudah berapi-api
"DEY! kau ni apasal? nak sakitkan hati kawan kau awal-awal pagi macam ni. Kau memang nak cari nahas ke?" marah Gopal tetapi Fang masih lagi dengan muka tiada perasaan dia. Fang asyik perhatikan kawan-kawan dia yang sedang marah dengan diri dia
"Kenapa? tak suka ke kalau aku beritahu apa yang aku rasa? Marah ke atau kecik hati? entah-entah korang rasa geram dengan aku kan. Takpe, nanti aku tambahkan garam dekat muka kau, boleh buat muka masin" Fang hanya tersenyum sahaja kepada kawan-kawan dia yangs sedang marah kepada dia "Oklah, aku masuk kelas dulu. Nak bersihkan kelas, daripada aku harapkan si pemalas kelas 6 Jaya, memang takde harapan lah. Asyik aku sahaja yang kena buat, selamatlah aku bukan lagi ketua kelas. Kalau tidak, sudah lama aku ajar dia orang dengan kuasa aku. Aku belasah sorang-sorang tanpa rasa simpati dekat dia orang. Lebih-lebih lagi si Zakwan" Fang membebel seorang diri sambil naik ke kelas dia
"EEEE... apasal dengan dia tu, nak aku ajar dia lagi ke" Yaya keluarkan buku denda dia "Nahaslah kau lepas ni" dia tulis nama Fang di dalam buku denda dia "Aku akan denda kau sampai akhir tahun"
"Aik, sampai habis sekolah pun, kau masih nak denda dia juga tapi takpe, aku sokong sahaja" kata Ying
"Aku rasa.. kepala dia sudah tak betul tu" kata Gopal "Masa dia sampai tadi, asyik membebel sahaja. Semuanya terkeluar dari dulu dia tapi dia langsung takde nak marah-marah ke apa, dia ikut cakap mulut dia sahaja. Muka dia pun macam takde perasaan langsung"
"Ha ah, aku pun geram juga dengan dia tadi tu. Jomlah kita masuk kelas, kejap lagi mesti loceng sekolah berbunyi" Boboiboy simpan buku teks nya dan terus bangun dari bangku sekolah. Mereka berempat terus ke tangga sekolah untuk naik ke atas. Sampai sahaja di tepi kelas Fang, dia nampak ada setengah pelajar sedang berapi-api dengan dia dan ada juga tengah marah dekat Fang tetapi dia hanya duduk diam dengan senyuman dia yang begitu menakutkan
"Seram betul aku tengok si Fang ni" kata Gopal. Mereka terus ke kelas mereka dan biarkan sahaja dengan Fang yang sedang tersenyum keseorangan di dalam kelas. Fang perasan dengan kawan-kawan dia yang sedang mengintai dia tetapi dia hiraukan sahaja kerana mata dia terpandang kearah Zakwan yang sibuk berborak dengan kawan baru dia. Lalu Fang bangun dan terus pergi ke tempat duduk Zakwan
"Kau nak apa? Aku sudah tak ganggu kau pun lagi kan, tiba-tiba saja datang dekat aku dengan senyuman semacam kau. Apasal?" tanya Zakwan. Dia rasa pelik dengan musuh ketat dia. Senyuman Fang memang betul-betul menakutkan "Apa senyum-senyum!"
"Aku nak beritahu kau tentang kawan baik lama kau dulu tu"
"Robin? apasal dengan dia? dia bukannya nak hubungi aku, lupakan kawan betul dia tu" Zakwan sakit hati apabila terdengar cerita tentang kawan baik dia si Robin. Langsung tiada khabar berita dari dia tetapi hanya Fang, kawan-kawan dia dan juga abang dia sahaja yang tahu apa yang terjadi sebenarnya
"Robin tu sebenarnya alien seperti aku. Dia tu kawan gila kau dan dia juga yang bocorkan rahsia kau tentang kehidupan kau sebenarnya. Aku pernah datang ke rumah kau, itu pun sebab Gopal yang beritahu aku dekat mana rumah kau yang sebenarnya. Aku ada berborak dengan mak aku, dia jauh lebih baik daripada kau. Dia korbankan segala-galanya untuk kau dan adik kau juga. Apa nak jadi dengan kau dulu, selamatlah kau sudah berubah. Oh yea, tentang kawan baik kau tu. Dia cuba untuk membunuh abang aku sebab abang dia pun kawan baik abang aku juga tapi itu waktu dulu. Lepas tu, abang dia mati sebab abang aku yang bunuh. Kawan baik bunuh kawan baik sendiri. Sekarang Robin berada di pusat orang-orang gila. Beberapa bulan lepas, dia berjaya larikan diri dan cuba untuk membunuh kita orang lagi sekali tetapi dia hampir nak berjaya. Abang aku kalahkan dia lagi sekali. Selepas itu, dia kena hantar balik ke tempat rumah orang-orang gila. Jadi, selama ini kau berkawan baik dengan orang gila, macam kau juga dan juga Bella" Zakwan tergaman dengan kata-kata Zakwan tadi
Bella pula terkejut nama dia juga turut disebut oleh Fang "Apa kena mengena aku dengan orang gila pula?" Fang tersenyum sahaja dan terus ke meja Bella pula "Kau nak apa?"
"Aku nak beritahu sahaja, hentikan sahaja dengan lakonan kau tu. Kau tu sebenarnya tiada kawan yang sebenarnya, semuanya kawan palsu sahaja. Kau hanya mempergunakan dia orang sahaja untuk meningkatkan popularity kau dan kau juga gunakan kecantikkan kau untuk tarik perhatian pelajar-pelajar lelaki. Oh yea, kau sebenarnya menipu dalam ujian hari itu. Aku nampak kau tiru rakan sebelah kau. Aku selama ini senyap sahaja tapi akhirnya aku dapat juga luahkan hari ini. Baik kau beritahu siapa diri kau sebenarnya dan website tentang cerita detektif Iris, adalah penulisan kau sendiri tetapi kau nak sorokkan diri kau yang sebenarnya. Buat apa kau nak rasa malu, tiada benda nak dimalukan" Bella begitu geram sekali dengan Fang kerana bocorkan rahsia dia
"KENAPA DENGAN KAU HAH?! APASAL KAU BOCORKAN RAHSIA AKU?" tetapi Fang respon dengan satu senyuman sahaja. Senyuman Fang makin lama makin menakutkan. Sungguh seram pelajar lain melihat Fang tersenyum sahaja pada hari ini, seperti orang gila
"Apasal aku bocorkan? aku cuma nak beritahu tentang perkara yang sebenarnya, salah ke? Kau memang tak patut jadi perempuan gedik, dulu mungkin kau seorang budak perempuan yang ayu, baik dan berbudi bahasa tetapi disebabkan kawan baik kau telah buat sesuatu dekat kau. Kau terus jadi begini, kau terus buli pelajar lain. Lebih-lebih lagi diri aku. Aku tahu sebenarnya kau suka dekat aku tapi terima kasihlah, aku tiada perasaan dekat kau, Bella. Kau hanya cantik diluar tapi busuk di dalam. Kau bukan lagi gadis dulu yang kau kenali lagi. Kau berubah menjadi gadis yang tidak disukai ramai, gadis yang perasan ramai sukakan kau tetapi reality memang menyedihkan. Bangun dari mimpi kau sahajalah, Bella. Itu sahaja aku nak cakapkan" kata Fang dengan selambernya dan nada dia juga, seperti orang tiada perasaan
Pelajar-pelajar lain ternganga dengan kata-kata Fang tadi "Siapa lagi nak kena dengan aku?" tanya Fang. Semua kembali ke tempat duduk masing-masing "Tiada? Nak aku katakan yang korang semua sebenarnya berpura-pura sahaja" Fang keluarkan sebilah gunting dari pensil-case Bella. Dia lambung gunting itu dan lalu tangkap. Dia buat begitu berulang-ulang kali "Siapa aku nak mulakan dulu"
"Baik kau hentikan dengan kegilaan kau" Bella bangun dan bersemuka dengan Fang
"Kenapa? takut? muka sahaja berani tapi sebenarnya penakut" kata Fang "Apa kata kita mulakan dengan kau" Dia acukan gunting itu kearah mata Bella tetapi terus dia berhenti di depan mata Bella. Sedikit lagi nak kena. Jantung Bella bagai nak dicabut, dia memang takut tetapi dia tetap beranikan diri untuk hentikan perbuatan Fang yang sudah tidak betul
"Kau ingat aku akan cungkil mata kau. Mana keseronokan di situ" dia terus letakkan gunting Bella di atas meja dengan senyuman menakutkan dia. Fang terus kembali ke tempat duduk dia sambil bersiul-siul. Bella perlu beritahu perkara ini kepada kawan baik Fang. Dia tahu dia sudah berubah tetapi dia masih lagi seperti gadis dahulu
"Kau nak apa, Bella? Sampai bawa aku ke sini" Bella adakah antara pelajar pertama yang keluar dari kelas selepas sahaja loceng waktu rehat berbunyi. Dia terus mencari Boboiboy dan bawa dia ke tempat yang Fang tidak mungkin akan cari
"Kawan baik kau tu, dia sudah gila. HE'S CRAZY OK!"
"Gila? apasal dengan dia?" tanya Boboiboy sambil melihat muka Bella yang begitu serius "Dia buat apa sampai jadi gila? Yang aku tahu, dia dari pagi tadi asyik membebel sahaja"
"Yes, dia memang membebel dekat dalam kelas tadi. Sampai cikgu kita orang pun dia pergi serang. Dia cakap cikgu matematik kita orang ajar tak bagus. I know he is good in matematik but he doesn't have the right to attack on a teacher! Now dia dapat denda dari cikgu dia. Lepas tu dia bergaduh dengan cikgu bahasa melayu kita, dia masih lagi nak mempersoalkan kenapa ujian hari itu dia tidak dapat markah yang tertinggi"
"Aduh, apasal dengan kawan aku sorang ni" Boboiboy menepuk dahi dia "Habis tu, kau nak aku suruh buat apa? tampar dia, baru dia ok?"
"Mana aku tahu, you're his best friend! Pergilah tegur dia, tak perlulah nak luahkan segala-galanya yang terpendam dalam hati dia tu. Semua benda dia nak beritahu, sampai rahsia aku pun dia sudah bocorkan"
"Apa rahsia kau?" Bella merenung tajam kearah Boboiboy "hehehehe..." Lalu dia tersengih "Nanti aku tegur dia elok-elok. Kalau tak berjaya juga, aku beritahu abang dia. Tahulah apa abang dia akan buat"
"Good tapi hati-hati dengan dia. Tadi dekat dalam kelas pun, dia hampir nak cucuk mata aku dengan gunting"
"Fang? dia buat begitu" Boboiboy menghela nafas "Ini sudah kes berat. Kes dia kembali tak betul. Apalah nasib kau Fang, sungguh malang sekali nasib kau tahun ni, agaknya tahun ni tahun malang buat kau" Bella ketawa sedikit dan Boboiboy terus mengangkat kening kanannya "Suka pula kau"
"Whatever" Bella terus bermasam muka "Itu sahaja aku nak beritahu" Bella terus beredar dari situ dan lalu berhenti. Fang berdiri di hadapan dia dengan senyuman menakutkan dia lagi
"APA KORANG BUAT BERDUA-DUAAN DEKAT SINI? dah lah tempat ni sunyi, jarang orang lalu. Korang ada hubungan ke?"
"What?! mana ada, kenapa kau ni? Sudah tak betul ke?"
"Tak betul? Yea, aku memang tak betul. Aku dengar kata-kata kau tadi Boboiboy. Kau mengaku yang aku sudah gila, kau kata kawan baik kau sendiri tak betul. Nak tahu apa yang aku rasa tentang diri kau" Dia tolak Bella begitu kuat sekali. Bella terjatuh sedikit "Aku dulu memang cemburu dengan kau, dengan kuasa kau, dengan betapa matangnya kau. Kau seperti seorang budak lelaki yang tiada kesalahan, semua orang suka dengan kau, berkawan dengan kau. Aku mengaku kau memang hebat, aku bukan seperti kau. Aku lain daripada kau tapi aku kadang-kadang meluat dengan kebaikan yang ada dekat diri kau. Apa kata, kau jadi jahat sedikit seperti aku atau.. " dia tunjuk sebuah video dekat jam kuasa dia. Video tentang percakapan dia dengan Bella tadi "Atau kau nak aku serahkan video ini kepada pengetua sekolah"
"Fang! kau ni kenapa? Nak ugut kawan baik kau sendiri, kau sudah gila ke hah?"
"Aku tak gila tak macam abang aku yang separuh gila tu. Aku bukan macam abang aku" Fang tersenyum lagi "Jadi, apa keputusan kau? Kau nak selamatkan maruah diri kau atau ikut aku dalam kejahatan aku?"
"Fang, ini bukan diri kau! APA ADUDU SUDAH BUAT DEKAT KAU!" Fang ketawa seperti orang gila. Bella yang berada di belakang Fang, dia keluarkan sapu tangan dia untuk mengikat mulut Fang. Boboiboy hanya senyap sahaja dan dia tunggu sahaja Bella menyerang Fang
"Adudu? bukan dia yang buat. Ini semua keputusan dari diri aku sendiri" Fang ketawa besar di situ "MIAHAHAHAAHAHAHAHAAAA!" Bella lalu menyerang Fang untuk mengikat mulut dia tetapi Fang tunduk dan biarkan sahaja Bella jatuh di depan dia "Hehehe.. kau ingat aku tak tahu yang kau cuba untuk menyerang aku" Dia ketawa besar lagi dan terus lari dari situ "KAU TAK SERTAI AKU, AKU AKAN TUNJUK VIDEO INI!"
"Alamak!" Boboiboy pergi mengejar Fang "Maaf Bella! aku kena kejar si gila tu" Bella gelengkan sahaja kepala, dia melihat Boboiboy tinggalkan dia di situ untuk mengejar Fang. Boboiboy nampak Fang sedang berlari ke arah kantin
"Eh, apasal dia tak lari ke bilik guru?" Boboiboy terus berlari ke kantin dan nampak Fang duduk bersama dengan Gopal, Yaya dan Ying "Wei Fang! bagi balik video tu"
"Video apa Boboiboy?" Fang berpura-pura dengan kawan baik dia "Kenapa kau nampak letih? siapa kejar kau tadi?" tanya Fang dengan senyuman menakutkan dia
"Kau jangan nak buat-buat tak tahu pula. Baik kau bagi video tu sebelum-"
"Sebelum apa? Sebelum kau belasah aku? Kau sendiri tak nak belasah aku kan, kau hanya akan buat sekiranya aku ajak berlawan dengan kau tapi kau tak kan gunakan kekerasan untuk mendapatkan sesuatu. Video yang katakan tadi, aku mana ada" Boboiboy begitu geram dengan Fang "Kenapa kau nak marah dengan aku?"
"KAU JANGAN NAK TIPU FANG!" Semua pelajar di kantin terkejut dengan kemarahan Boboiboy. Mereka selama ini tidak pernah nampak Boboiboy memarahi sesiapa, mereka kenal dengan Boboiboy yang tidak suka marahkan sesiapa. Dia seorang yang budi bahasa dan bukannya panas baran macam Fang "BAIK KAU MENGAKU! KAU SIMPAN VIDEO TU DEKAT JAM KUASA KAU!"
"Mana ada.." Fang buka jam kuasa dia dan tunjuk isi kandung didalam jam kuasanya dan ternyata, video tadi sudah tiada. Fang sudah padam video tersebut sebelum dia masuk ke kantin sekolah "Mana ada video apa-apa. Kau nak kata aku penipu ke?"
"EEEE! KAU NI BETUL-BETUL BUAT AKU MARAH!" Kuasa api Boboiboy mengelilingi tubuh badan dia "Kau ni sudah melampau! Tadi kau nak ugut aku, sekarang kau cuba nak katakan aku penipu pula!" Boboiboy keluarkan bebola api dia
"BOBOIBOY! BERHENTI!" Yaya cuba tenangkan Boboiboy sebelum dia mengamuk "Aku tak tahu mana satu cakap betul, mana satu yang tipu. Jadi kau Boboiboy, jangan nak mengamuk pula"
"DIA YANG TIPU! KAU JANGAN PERCAYA CAKAP DIA"
"Mana ada aku tipu. Betul lah kan, aku mana ada video tadi. Oh yea, video apa yang kau cakapkan tu?" Fang tersenyum sinis kepada Boboiboy
"Errr..." terus kuasa api dia hilang
"Kenapa kau tak nak cakap? Kau malu ke? atau semua ini hanyalah imaginasi kau sahaja, Boboiboy" Fang terus bangun dari situ "Oklah, baik aku pergi dulu sebelum budak ni mengamuk tak tentu pasal. Aku tak nak lah sekolah habis dimusnahkan oleh Boboiboy pula dan Yaya, video yang dia cakapkan tadi tu ialah video dia dengan Bella dekat tepi koridor sekolah yang sunyi. Aku rasa ada sesuatu dengan dia orang berdua, aku nampak Bella tergelak tadi dengan Boboiboy" Gopal, Yaya dan Ying pandang kearah Boboiboy. Mereka tidak sangka Boboiboy dengan Bella
"Ma-mana ada!"
"Terpulang kepada koranglah, kalau kau nak tahu.. tanya Bella sendiri" Fang tidak ketawa atau senyum kali ini. Dia terus keluar dari kantin dengan muka tiada perasaan dia. Gopal, Yaya dan Ying pandang sesama sendiri. Boboiboy rasa macam nak cekik kawan baik dia itu
"Wei, jangan percaya cakap dia. Aku mana ada apa-apa hubungan dengan Bella" Boboiboy cuba yakinkan kawan-kawan dia
"Hmmm.. tapi apasal kau marah-marah dia tadi?" tanya Gopal
"Ha ah, kau marah dia kenapa? Jadi memang betul ke kau dengan Bella?" tanya Ying. Boboiboy hanya menghela nafas dan duduk disebelah Gopal "Ceritalah kalau benar apa yang dikatakan Fang tadi"
"Ha ah, baik kau cerita sebelum kita orang fikirkan yang bukan-bukan" kata Yaya
"Yea, memang betul aku dengan Bella tadi tapi bukan sebab kita orang ada hubungan apa-apa. Dia cuma beri amaran aku tentang Fang" Boboiboy baringkan kepala dia di atas meja kantin "Dia cakap Fang sudah tak betul"
"Habis tu, yang kau marah dia dan panggil dia penipu tu tentang video tu kenapa?" tanya Yaya lagi
"Sebab dia nak ugut aku kalau aku tak ikut jadi jahat macam dia"
"Isk Fang ni, itu sudah melampau apa yang dia buat dekat kau" kata Yaya "Kita kena beritahu abang dia sebelum dia bertindak lagi sekali"
"Ha ah, betul kata Yaya. Tapi apa sebab dia tiba-tiba jadi begitu? Jangan cakap Adudu pula"
"Dia cakap, bukan Adudu yang bukan, Ying. Aku sendiri pun keliru, kalau bukan Adudu. Tak kan ada musuh baru pula" Pening kepala Boboiboy fikirkannya. Mata dia terpandang di pintu kantin dan nampak Bella dengan kesan kotor di bajunya. Kesan kotor itu disebabkan dia terjatuh tadi "Apa kata kita pergi tengok apa Fang buat sekarang ni, takut pula aku kalau dia cuba nak porak peranda kan sekolah"
"Jom!" mereka semua bangun dan pergi mencari Fang. Mereka secara senyap-senyap mencari kawan mereka yang sudah ternyata gila. Ying nampak Fang ditepi sekolah sedang berkata sesuatu dengan Zakwan. Mereka cuba dekatkan diri untuk dengar perbualan mereka
"Syhhh.." kata Boboiboy kepada Gopal, Yaya dan Ying. Mereka sorokkan diri di sebalik dinding sekolah dan berdiri di situ
"Kau cari aku kenapa? Ingin tahu kisah selanjutnya tentang kawan baik kau tu? Kau tidak perlu tahu Zakwan, yang penting sekarang ini. Kau terselamat dengan Robin tu, dia memang suka cari masalah dengan kau tapi kau tak rasa geram atau marah dengan dia? Dia yang menyebabkan rahsia kau bocor. Dia yang beritahu satu sekolah tentang kehidupan kau yang sebenar. Apa kata kau dan aku jadi sahabat baik, aku boleh buat kau kuasai sekolah ini semula. Kau akan dapat buli sesiapa sahaja yang kau suka, termauklah kawan-kawan aku sekali. Aku tak tahu lah kalau aku nak katakan mereka adalah kawan aku yang sebenar ke tak. Tahun lepas, semenjak mereka tahu aku mempunyai jam kuasa seperti mereka, terus dia orang rapat dengan aku. Dia orang ikhlas ke kawan dengan aku atau semua ini hanyalah penipuan mereka sahaja, untuk mempergunakan aku demi kebaikan mereka. Kalau tidak, sampai sekarang aku dan mereka masih lagi menjadi musuh" kata Fang dengan senyuman sinis dia
"Aduh, dia pergi ulang balik kata-kata dia masa dia jahat buat apa" bisik Boboiboy. Dia tanpa membuang masa, terus dia keluar dari tempat persembunyian dia "Wei Fang! kau sudah lupa ke hah! dia kan pembuli kau dulu!"
"Dia" Fang tunjuk kearah Zakwan "Dia memang buli aku dulu tapi kan elok kalau kita berkawan daripada bermusuhan. Betul tak Zakwan? Yang kau nak halang aku berkawan dengan dia kenapa? Kau takut dia akan buli aku lagi atau orang lain?"
"Isk kau ni! KAU NI MEMANG NAK KENA DENGAN AKU! KAU INGAT AKU TAK DENGAR PERCAKAPAN KAU TADI!" marah Boboiboy
"Yea Boboiboy, aku tahu akan mencari aku kerana kau terlalu risaukan tentang diri aku. Aku tahu juga kau akan mencuri dengar percakapan aku dengan Zakwan. Sudah berapa lama kita berkawan Boboiboy, aku sudah tahu dengan perangai kau"
"Jadi, kalau kau sudah tahu. Apa yang kau ingin lakukan?"
Fang terus menyerang Boboiboy "TUSUKAN JARI BAYANG!"
"BEBOLA API BERTUBI TUBI!" Boboiboy menyerang Fang yang berdiri berdekatan dengan Zakwan. Bebola api tadi hampir terkena Zakwan "ALAMAK!" Kuasa bayang sudah pun hilang dan Fang hilang entah kemana. Dia telah melarikan dengan menggunakan kuasa penembus dia. Boboiboy cepat-cepat pergi selamatkan Zakwan sebelum terkena bebola api dia
"TANAH PELINDUNG!" Dia melindungi Zakwan daripada bebola api dia
"CIKGU! tengok! Boboiboy gunakan kuasa dia untuk menyerang Zakwan" Boboiboy pandang ketepi dan nampak Fang sedang cuba menuduh dia. Dia juga nampak dengan senyuman menakutkan dari wajah Fang
"Mana ada cikgu! Fang yang cuba serang saya dahulu!" kata Boboiboy "Tanya kawan-kawan saya, mereka ada dekat situ juga"
"Kawan-kawan? mana dia orang, takde pun?" Fang tersenyum sinis kepada Boboiboy
"Hah?" Boboiboy melihat ke kiri dan ke kanan. Gopal, Yaya dan Ying tiada di situ "MANA KAU SOROKKAN MEREKA?"
"Boboiboy! Kita orang ada dekat sini!" Boboiboy pandang ke atas dan nampak mereka bertiga sedang berdiri di tepi koridor sekolah tingkat 3. Dia rasa pelik, bagaimana dia orang boleh ada dekat situ
"Boboiboy! kamu ikut cikgu ke bilik pengetua! Sekarang!"
"Tapi cikgu.. saya tak serang dia.. tak percaya, tanya Zakwan sendiri" Boboiboy memprotes lagi, dia tahu bukan dia yang serang Zakwan
"Yea cikgu, dia yang serang saya dahulu" Boboiboy terkejut dengan jawapan daripada Zakwan "Saya tahu saya pernah buat salah dekat dia tetapi perlu dia serang saya. Mungkin dia marah sebab kawan baik dia cuba berbaik dengan saya"
"Wei! apa yang kau cuba buat ni!"
"BOBOIBOY! Jangan banyak cakap lagi, ikut cikgu SEKARANG!" Boboiboy terpaksa pergi ke bilik pengetua. Dia rasa kecewa dengan sikap Fang tadi tapi tak mungkin itu adalah Fang, mungkin ada sesuatu yang berlaku tapi apa dia? Nanti dia akan cuba selesaikan masalah ini. Fang dan Zakwan tersenyum sadis kearah Boboiboy. Mereka berdua ketawa kegembiraan
"Bagus juga lakonan kau tadi, Zakwan tapi kau tak kan dapat jadi ketua buli. Aku lebih hebat daripada kau" Dia terus beredar dari situ "Oh yea, jika kau beritah sesiapa tentang perkara ini, nahas kau nanti" Fang berhenti sekejap dan menoleh sedikit untuk melihat Zakwan "Dan satu lagi, bila masa aku nak berkawan dengan kau. Kau pembuli aku dulu, baik aku mempergunakan kau sahaja untuk hancurkan Boboiboy. Terima kasih kerana tolong aku tadi. HAHAHAHAHAAHAHAAHA!"
Zakwan menggenggamkan tangan dia "Nahaslah dia nanti" bisik Zakwan
"Boboiboy!" Gopal memanggil kawan baik dia. Boboiboy tadi terpaksa jalankan denda dia selepas sahaja habis waktu rehat. Dia terpaksa pergi bersihkan kawasan sekolah dan dia digantung sekolah selama dua hari
"BOBOIBOY!" Gopal, Yaya dan Ying memanggil Boboiboy yang sedang menahan kemarahan dia
"Apasal korang takde dengan aku masa tu? apasal korang lari?" dia marah kepada kawan-kawan dia. Sesi persekolahan mereka sudah tamat, Gopal terpaksa bawa beg sekolah Boboiboy kerana dia tidak kembali ke kelas tadi
"Maaf Boboiboy. Kita orang memang nak tolong kau tapi Fang lebih pantas daripada kita orang. Dia gunakan kuasa untuk letak kita orang dekat tingkat atas, jadi kita orang memang tak dapat nak buat apa" kata Yaya
"Geram pula aku mendengarnya. DISEBABKAN DIA LAH AKU KENA GANTUNG SEKOLAH! Mana si landak tak guna tu! aku akan ajar dia" Boboiboy menggenggam tangannya. Dia memang tidak puas hati dengan Fang. Ini lebih kejam dan sadis daripada sebelum ini
"Jangan Boboiboy! aku takut dia akan putar belitkan lagi. Nanti kau juga akan terkena lagi" Gopal cuba menghalang Boboiboy daripada membuat perkara yang tidak sewajarnya "Kita laporkan sahaja kepada abang dia. Biar abang dia betulkan kepala si landak tu"
"Haiyaa.. kalau marah sangat pun, janganlah nak panggil dia landak. Fang kan masih kawan kita maaa... kalau nak ejek pun, ejek si kepala kotak tu" kata Ying. Mereka semua berjalan ke pintu pagar sekolah dan ternampak Rizu bersama dengan Fang. Senyuman sinis Fang masih terukir di wajah dia
"Aku rasa.. kita perlu selamatkan Rizu. Aku takut dia akan kenakan Rizu nanti" Mereka setuju dengan kata-kata Yaya tadi. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying datang dekat kearah Fang dan Rizu. Mereka terdengar kata-kata Fang kepada Rizu
"Abang Fang! Hari ini Pizu nak datang rumah abang Fang!" Rizu tersenyum melihat abang kesayangan dia
"Hmmm.. datang rumah abang? Buat apa, buat semak sahaja" Muka Rizu berubah menjadi sedih. Dia terkejut dengan kata-kata Fang "Kalau Rizu nak tahu, masa abang mula-mula kenal Rizu dulu. Rizu ni budak paling menjengkelkan, abang memang tak puas hati dengan Rizu. Nak tahu sebab apa? Sebab Rizu saja nak bagi abang cemburu. Rizu pergi bermanja dengan abang Kaizo. Dia bukannya abang betul Rizu pun, sama juga dengan abang Fang. Apa lagi.. oh yea, abang tak suka bila Rizu tiru gaya abang. Semuanya Rizu nak tiru, dengan jam kuasa abang pun kau nak juga. Abang sebenarnya malas nak pujuk Rizu masa Rizu menangis dan merajuk dekat Ochobot tapi kawan abang terlampau baiklah sangat. Mereka yang paksa abang pujuk Rizu" Rizu tidak percaya apa yang dikata-kata oleh Fang tadi
"Abang Fang, kenapa abang Fang buat macam ni dekat Pizu" Hati dia terguris. Air mata Rizu mengalir keluar "Abang Fang bencikan Pizu ke?"
"Hmm.. mungkin juga" kata Fang dengan selambernya "Sebenarnya abang cukup meluat dengan nama kecomelan Rizu tu.. Pizu konon. Sudahlah Rizu, buangkan sahaja nama manja tu. Buat orang rasa meluat adalah" Tiba-tiba sahaja Fang kena tampar dengan Yaya
"WEI! APASAL KAU LUKAKAN HATI RIZU!" Ying sungguh marah sekali dengan perbuatan Fang tadi
"KAU MEMANG BETUL-BETUL MELAMPAU! KAU SUDAH SAKITKAN HATI KITA ORANG, KAU BUAT SAMPAI BOBOIBOY GANTUNG SEKOLAH DAN SEKARANG KAU LUKAKAN HATI RIZU PULA! KENAPA DENGAN KAU HAH! APA YANG SUDAH TERJADI DENGAN KAU?"
"Apa sudah terjadi dengan aku? Takde apa-apa yang terjadi, aku cuma cakap apa yang aku rasa. Itu pun korang nak terasa. Sudahlah! aku nak balik dulu" Fang terus beredar. Dia hiraukan sahaja mereka dan tangisan Rizu. Fang hanya bersiul-siul sahaja
"Jangan risau, aku sudah pun menghubungi abang Kaizo" kata Boboiboy
Fang membuka pintu rumahnya dengan senang hati. Dia lihat rumah dia kelihatan bersih, tiada sepahan dari abang dia "Bagus juga abang aku ni. Reti pula dia nak kemas" Kaizo sebenarnya sorok dibelakang pintu dan terus dia serang adik dia
"GARI TENAGA!" Fang digari oleh abangnya sendiri
"APA ABANG BUAT NI?"
"Buka mulut tu!"
"TAK NAK! ABANG CUBA NAK BUNUH ADIK KE?" Kaizo hiraukan sahaja. Dia pegang mulut adiknya dan tuang sebuah formula di dalam mulut adiknya "Air apa pahit sangat ni. Apa abang bagi adik minum tadi?"
"Itu adalah ubat untuk tidurkan kau! SUDAH BERAPA ORANG KAU PERGI SAKITKAN HATI DEKAT SEKOLAH?"
"Hmmm.. kawan-kawan adik, Rizu, musuh adik.. entahlah, nak dekat satu sekolah rasanya" kata Fang
"Apa kau buat dengan mereka?" tanya Kaizo lagi
"Hmmm.. adik cuma cakap perkara yang benar sahaja. Itu pun dia orang nak terasa. Kalau adik cakap tentang abang, mesti abang terasa jugakan? Abang tahu kan, bukannya abang seorang sahaja pahlawan galaxy terkuat dekat angkasa lepas. Ada juga makhluk lain yang lebih kuat daripada abang tapi abang sendiri tak nak mengaku" Fang menguap besar "Lepas tu..." terus dia tertidur. Kaizo lepaskan adiknya yang kena gari tadi. Dia mengangkat adiknya dan bawa dia naik ke bilik dia adiknya
"Berkesan juga ubat tidur yang Lahap berikan tadi. Maafkan abang, Pang. Abang terpaksa tidurkan kau untuk bagi kesan formula itu hilang. Kalau tidak, kau akan cari pasal lagi" Kaizo meletak adiknya di atas katil "Jangan risau Pang, esok pagi kau akan bangun tapi abang risau kalau kau ingat apa yang kau telah lakukan tadi dekat sekolah" Kaizo mengusap-usap kepala adiknya "Dan abang akan rahsiakan tentang formula yang sebenarnya daripada kawan-kawan kau. Abang akan beritahu ubat itu cuma buat kau jadi jahat sahaja. Abang nak lindungi hati mereka dan juga hati adik. Abang tidak mahu kau bergaduh dengan mereka atau putuskan persahabatan korang" Kaizo cium dahi adiknya "Selamat malam, Pang"
Keesokann harinya, Fang sudah bersiap-siap untuk pergi ke sekolah tetapi hati dia rasa sedih. Dia ingat apa yang terjadi semalam. Dia rasa serba salah dengan kawan-kawan dia, lebih-lebih lagi dengan Boboiboy. Dia turun ke bawah dan masuk ke dalam dapur "Selamat pagi, abang"
"Duduk dan makan sarapan pagi kau" Fang melihat pancake yang sudah hangus itu. Dia makan sahaja tanpa berkata apa
"Pang, abang nak cakap dengan kau" Kaizo duduk di hadapan Fang "Kau ingat apa yang berlaku semalam?" Fang angguk sahaja
"Bagaimana dengan pancake abang buat hari ini?"
"Hmmm.. bolehlah" kata Fang "Tapi adik sedih sebab adik buat hati kawan-kawan adik terluka. Adik buat Boboiboy gantung sekolah dan adik juga, lukakan hati Rizu. Mesti Rizu bencikan adik"
"Pang, kau dengar kata-kata abang ok. Sebenarnya Rizu ada bagi kau minum satu formula dari makmal Adudu. Dia tidak tahu apa formula itu boleh lakukan. Formula itu membenarkan adik bercakap benar dan apa yang Pang katakan semalam, semuanya dari hati adik sendiri tapi formula itu juga ada kesan sampingannya. Abang tidak tahu kesan sampingan itu membuat adik menjadi jahat tapi lebih teruk daripada yang sebelum ini" Fang letakkan garpu dia kerana dia sudah hilang selera makan
"Adik tiada niat nak kata-kata begitu dekat mereka. Mungkin perasaan itu semua hanya terpendam dalam diri adik tapi Rizu.. adik tak pernah rasa meluat atau rasa bosan dengan Rizu. Pada mulanya, adik memang rasa tidak puas hati dengan Rizu tetapi lama kelamaan, bila adik sudah kenal Rizu, adik mula anggap dia sebagai adik sendiri. Tak tahu kenapa tiba-tiba perkara itu timbul semalam. Mungkin kesan formula itu terlampau kuat sangat sampai adik memberikan kata-kata sadis dekat Rizu dan lain-lain juga. Dengan Boboiboy pula, adik mengaku. Adik memang ada rasa sedikit cemburu dengan dia sebab itu adik pergi kenakan dia. Zakwan pula, adik memang tidak puas hati dengan dia sebab dia buli adik dulu. Jadi hanya mempergunakan dia sahaja untuk kenakan Boboiboy" Fang menangis sedikit
"Kalau macam itu, adik pergi minta maaf dekat mereka semua tapi kalau boleh, jangan beritahu tentang formula kebenaran itu. Adik hanya katakan formula itu hanya buat adik menjadi jahat sahaja" Kaizo berdiri dan peluk adik dia. Dia tenangkan adik dia yang sedang menangis tidak berhenti-henti "Ini bukan salah adik atau Rizu. Dia sendiri tidak tahu, dia ingin betulkan keadaan sahaja sebab dia sayangkan adik. Abang nak melindungi hati adik dan kawan-kawan adik. Syhh.. jangan menangis lagi, abang ada dekat sini" Fang memeluk erat abang dia
Dapur rumah mereka menjadi sunyi seketika. Fang menangis. Di dalam hati dia, dia tidak henti-henti katakan minta maaf dekat kawan-kawan dia. Dia takut mereka akan benci dia. Dia juga takut Rizu tidak mahu bercakap dengan dia lagi atau lebih teruk, benci dengan dia. Kaizo cium kepala adiknya "Adik pergi sekolah dan minta maaf dekat mereka nanti. Habis sekolah nanti, adik minta maaf dekat Boboiboy" Fang mengangguk sahaja
Fang berjalan pelahan tetapi dia bukan berjalan ke sekolah. Dia berjalan ke rumah Boboiboy. Sampai sahaja di hadapan rumah Boboiboy, dia mengetuk pintu rumah tersebut. Dia akan mengatasi apa sahaja yang akan berlaku nanti. Kena tampar ke, kena belasah ke, dia terima sahaja. Pintu rumah terbuka dan nampak buka marah Boboiboy dengan baju tidur dia. Rambut yang tidak terurus, dia seperti baru sahaja bangun dari tidur
"Kau nak apa? nak cari pasal dengan aku lagi ke? Tak puas hati lagi dengan aku?" kata Boboiboy dengan nada marah
"Aku sebenarnya nak minta maaf dengan perbuatan aku semalam tapi itu bukan diri aku yang sebenarnya. Itu sebab aku diberikan satu formula, sebab itu aku jadi jahat" Dia tidak beritahu perkara lagi satu "Maafkan aku, aku menyesal dengan perbuatan aku" Boboiboy nampak kesalan di wajah Fang
"Hmmm.. betul ke apa yang kau katakan tadi?"
"Betul" kata Fang. Terus Boboiboy peluk kawan baik dia, Fang terkejut
"Selamat kembali, sahabat baik ku" bisik Boboiboy dengan senyuman dia. Dia rasa lega kerana kawan baik dia sudah kembali normal "Jangan risau, aku maafkan kau. Aku tahu itu bukan diri kau yang sebenar. Kau jangan nak sedih lagi" Boboiboy lepaskan pelukan dia "Kau sudah pergi minta maaf dekat kawan-kawan kita yang lain?" Fang gelengkan kepala
"Belum, aku datang ke sini dulu" Boboiboy nampak kesedihan dimata Fang
"Janganlah sedih, Fang. Aku sudah maafkan kau" Fang tersenyum lemah "Kan manis kau senyum tu. Semalam kau senyum macam orang jahat dalam movie Batman, si Joker tu. Takut aku" mereka berdua tergelak sedikit
"Ha ah, kita orang semua risau dengan senyuman kau semalam" muncul Yaya disebelah Fang "Maaf sebab aku tampar kau semalam"
"Aku memang patut kena tampar pun" kata Fang. Ini rasanya, sudah dua kali aku kena tampar, fikir Fang. Pertama abang dia, kedua, Yaya pula.
"Hehehehe.. tapi jangan risaulah, kita orang terdengar kata-kata kau tadi" muncul pula Ying
"Hah! kau sudah pulihkan. Takdelah kau nak sakitkan hati kita orang lagi" muncul Gopal bersama dengan Rizu
"Rizu pun ada?" pelik melihat Rizu bersama dengan dia orang "Tapi kenapa korang semua ada dekat sini?"
"Kita orang nak pergi melawat Boboiboy sebelum ke sekolah tapi tak sangka pula kau ada dekat sini juga" kata Yaya
"Abang Fang, Pizu maafkan abang Fang" Rizu peluk Fang "Pizu rasa lega kerana semalam bukan abang Fang yang sebenarnya" Fang mengusap-usap kepala Rizu tetapi hati dia tetap sedih. Dia meminta maaf kepada mereka semua dan kemaafan dia diterima. Selepas sahaja mereka melambai Boboiboy, Fang meminta diri sekejap untuk pulang ke rumah kerana dia terlupa sesuatu. Dia sebenarnya pergi ke tempat lain, jauh dari sekolah. Tempat yang sunyi dan tempat yang sukar untuk dicari oleh kawan-kawan dia. Fang menangis seketika di situ sebelum pergi ke sekolah. Dia ingin bersendirian sebentar. Dia tidak tahu berapa lama dia akan simpan rasa salah kepada mereka, yang dia tahu, dia hanya dapat menangis untuk buang perasaan itu
"Maafkan aku kawan-kawan. Maafkan aku kawan-kawan.. maaf kerana tidak beritahu perkara yang sebenar sepenuhnya. Ini untuk kebaikan korang dan aku juga. Maafkan aku, maafkan aku kerana lukakan hati korang"
Huhuhu... macam mana? ok ke atau K.O? xD entahlah menjadi ke tak chapter ni.. terpulang kepada korang :D
sesi membalas review!
LizzNP - fang jadi baby, mesti macam landak xD ampunnnzz! just kidding :P
Lily - kesian lily kerana kena jaga budak-budak nakal xD hahahahaa~ maaf sebab Fang panggil Lily 'Cili' nanti author akan pukul dia dengan rotan kebenaran! author pun suka pau kacang merah! rasa macam nak makan pula :P hehehee
Encik Melayu Titanium - harap author dapat puaskan hati kamu dengan chapter ini.. kalau tak puas, author minta maaf (UWAAAA!)
Ililara - Rizu lagi hensem daripada Fang? xD tak dapat bayangkan macam mana.. hehehe
Nitaaa - kesan sampingannya amat dasyat! takut author.. hehehe
Jumpa lagi, di next chapter!
-Sayonara-
p/s - esok kemungkinan tiada update T_T
