~Soul Society ~

Suasana dalam penjara yang gelap gelita menyulitkan Toshiro untuk melihat sekitarnya. Ingin saja dia melarikan diri dari soul society dan kembali ke sisi Hinata tapi Hyorinmaru telah diambil darinya.

Apa yang harus dia lakukan?Dia sangat merindukan Hinata.

Clud! Pintu dibuka dari luar. Kapten Byakuya berdiri depan pintu dengan wajah dinginnya.

"Kapten Hitsugaya Toushiro. Kamu dikehendaki untuk hadiri perbincangan atas perintah Kapten Komandan Yamamoto"ujar Byakuya seraya merapati Toshiro.

"Bangun"perintahnya. Byakuya menarik paksa lengan Toshiro dan membawanya menuju ke bilik mesyuarat(?)

Tibanya di sana kesemua 11 kapten telah setia menunggu kedatangan Toshiro dan Byakuya.

"Bagus, kalian sudah sampai"Kapten Komandan Yamamoto bangkit berdiri depan meja perbincangan bagi menyambut kedatangan Toshiro dan Byakuya.

"Jemput duduk kapten Hitsugaya"Toshiro menurut perintahnya dan lekas duduk di kerusi kosong yang dikhaskan untuknya.

"Jadi mari kita mulakan meeting kita kali ini. Dan ia melibatkan kapten muda kita, Kapten Toshiro Hitsugaya"luah Kapten Yamamoto sambil bola matanya meliar melihat reaksi semua kapten satu bilik mesyuarat itu. Kapten Kurotsuchi-kun. Sila beri penerangan"

"Baiklah Kapten Komandan Yamamoto Sama. Seperti yang sedia maklum saya telah mendapat maklumat bahwa Kapten Hitsugaya Toshiro-kun membuat kesalahan besar bercinta dengan manusia biasa. Sila lihat buktinya"Kurotsuchi menyerahkan selembar kertas pada semua para kapten dalam bilik mesyuarat itu.

Gambar yang di tunjukkan pada mereka ialah gambar Toshiro dan Hinata berciuman.

"Apaan ini,Kapten Hitsugaya?!Bercinta dengan gadis manusia itu dilarang sama sekali oleh para shinigami!"bentak Soi Fon. Baru dia tahu kesalahan besar yang dilakukan kapten kecil itu ialah bercinta dengan gadis manusia. Ketika dipanggil oleh Kapten Komandan Yamomoto mereka tidak dijelaskan dengan lebih terperinci jadi mereka tidak tahu menahu kesalahan apa yang dilakukan Kapten Toshiro.

"Sungguh mengejutkan. Kenapa kamu melakukan ini Kapten Hitsugaya-kun?"tanya Unohana Retsu, kapten divisi 4. Wanita itu terlihat aneh dengan melilit rambutnya pada lehernya. Toshiro memandang wanita itu, melihat wajahnya yang jelas terlihat gusar.

"Cinta itu buta. Saya tidak dapat menolak rasa cinta ini walaupun saya cuba menghindar. Ia sudah menjadi suratan takdir bahwa jodoh saya ialah hanya menusia biasa. Saya tidak dapat menolak ketentuan takdirNya" Toshiro membalas renungan wanita itu. Senyuman tipis melekat di wajahnya memikirkan wajah tersenyum Hinata.

Unohana mengangguk faham namun ia masih tidak dapat membuang rasa sedihnya pada kapten kecil itu. Sesungguhnya jatuh cinta pada manusia adalah satu kesalahan besar. Siapa tahu hukuman apa yang akan menimpa kapten itu nanti?

"Omong kosong. Kamu terikutkan nafsu semata mata.Lebih baik kamu berpisah dengan gadis itu. Ia lebih baik sekiranya ingatan gadis itu dihapuskan serta merta maka hukuman kamu akan dilonggarkan. Apa pendapat kamu Kapten Komander Yamamoto-sama?"Soi Fon memberi pendapatnya namun ditolak mentah mentah oleh Toshiro.

"Aku tidak akan membenarkan kalian menghapuskan ingatannya!Cukuplah sebelum ni aku yang hilang ingatan!Aku tak mahu dia merasai rasa kehilangan seperti yang aku rasakan sebelum ni!"Toshiro menjeling tajam kapten Soi Fon.

"Apa kamu kata?! Dasar bocah tak sedar diri! Aku berniat untuk membantumu!" Soi Fon membalas balik. Berteriak dengan kuat hingga membingitkan telinga semua penghuni bilik itu.

"Kamu tidak perlu masuk campur urusanku Kapten Soi Fon"dengan dingin, Toshiro menjawab, dia masih tidak mahu mengalah.

"Tahan amarah kalian berdua!!" Kapten Yamamoto mengetuk dengan kuat meja perbincangan hingga terbelah dua. Kesemua kapten terkesima untuk seketika.

"Maafkan kami Kapten Komandan Yamamoto Sama" Toshiro dan Soi Fon menunduk.

"Baiklah, teruskan perbincangan" sambung Kapten Yamamoto. Di melirik ke kapten Kurotsuchi lagi.

"Baiklah..."

Perbincangan mereka berterusan hingga hampir dua jam lebih dan akhirnya mereka menunggu kata putus dari Kapten Yamamoto untuk menentukan hukuman pada Toshiro.

"Berdasarkan laporan dan bukti kukuh yang kapten Kurotsuchi dapat dari Kuchiki Rukia-san saya menjatuhkan hukuman mati atas kesalahan kamu, kapten Toshiro-kun. Tarikh yang ditetapkan ialah esok hari di bukit Soukyoku"

Mata Toshiro membelalak mendengar nama orang dikenalinya di sebut. Rukia?

"Bukankah itu terlalu mendadak?" Kapten Unohana menanya. Wajahnya terlihat gusar memikirkan nasib kapten kecil itu.

"Ya, tapi itu saja caranya agar ia menjadi pengajaran pada shinigami yang lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama seperti kapten Hitsugaya. Kalian semua boleh bersurai"balas lelaki tua itu. Kemudian dia lekas pergi meninggalkan bilik mesyuarat.

"Maafkan saya tidak mampu membuat apa apa Kapten Hitsugaya" kapten Unohana memegang bahu Toshiro dan mengusap lembut rambut putih saljinya.

"Tidak apa apa. Itu bukan salah kamu, kapten Unohana" Hati Toshiro hancur berderai menerima kata putus dari kapten Yamamoto.

Hidupnya bakal berakhir esok hari dan dia tidak akan jumpa Hinata lagi. Toshiro menunduk merenung lantai meratapi nasibnya yang malang.

Keesokkan harinya.

"Kapten Hitsugaya"suara wanita tegas bergema dalam menara penjara yang pada saat itu hanya didiami hanya satu tahanan saja iaitu Kapten Divisi 10, Kapten Toshiro Hitsugaya.

Toshiro menoleh ke belakang. Pintu dibuka dari luar, kapten Soi Fon dan Byakuya berdiri depan menara penjara(Apa namanya ye?Lupa) itu dengan wajah serius.

"Masa untuk kamu jalani hukuman"ujar Byakuya tanpa melihatnya. Soi Fon memandangnya dengan wajah memasam.

Toshiro mengangguk lemah. Pandangannya kosong memandang mereka berdua. Dia berjalan pelan ke arah mereka berdua.

"Cepat bawa dia pergi"perintah Byakuya. Shinigami penjaga menara itu terburu mengikuti perintah atasan mereka.

"Hai!"

Seperti yang terjadi pada Kuchiki Rukia, kedua tangan Toshiro juga digari demi keselamatan dan menghalang mantan kapten divisi 10 daripada menyerang mereka. Kepalanya juga di tutup dengan kain hitam, menghalangi pandangannya. Toshiro tersenyum lemah di balik kain itu.

'Maafkan aku Hinata...nampaknya janji aku untuk sentiasa bersama kamu tidak dapat dipenuhi...'


~ Dunia manusia ~

Hinata terkebil kebil melihat langit siling dalam kelasnya. Entah kenapa hatinya terasa gusar apabila memikirkan Toshiro. Dua hari telah berlalu sejak Toshiro keluar dari rumahnya untuk menghapuskan Hollow tapi sampai sekarang dia masih belum pulang. Hinata mula risau.

'Ke mana kamu pergi Toshiro-kun?'

Hinata mengeluh untuk kesekian kalinya. Pelajaran yang dipelajarinya hari ini langsung tidak lekat dalam kepalanya. Dirinya hanya sibuk memikirkan kekasih hatinya yang masih belum pulang.

Kriiiiiingggg~

Loceng sekolah berbunyi. Cikgu kelasnya keluar kelas.

Hinata mengemas meja dan buku buku pelajarannya masuk ke dalam beg sandangnya, bersedia untuk pulang ke rumah.

"Hinata!"Hinata menoleh. Sakura berlari tergesa gesa mendekatinya. "Kamu dah dengar berita?Hitsugaya-kun sudah pulang ke rumahnya dan takkan balik sini"ucap Sakura pada rakannya.

"A-apa?Kenapa Toshiro-kun tidak memberitahu saya?" Hinata kaget. Hatinya hancur. Sampai hati Toshiro-kun tidak mengabarinya dengan berita yang mengejutkan itu. Air mata yang bergelinangan dikelopak matanya merembes jatuh ke permukaan pipinya.

"Dari mana kamu dengar berita ini?"Hinata menangis tersedu sedu.

"Orihime-chan, beritahu saya"Sakura menatap hiba sahabatnya. Rambut lavender Hinata diusap lembut.

"S-Sakura-chan, boleh tak kita bertemu dengan Orihime-chan. Saya mahu dapat kepastian darinya"

"Um?Boleh jom lah. Waktu sekolah tamat" Sakura menarik tangan Hinata dan membawanya keluar dari perkarangan sekolah. Tidak jauh dari mereka terdapat kelibat Sasuke berjalan balik dengan Naruto depan sekolah.

"Sasuke-kun!Meh teman kami jumpa Orihime-chan!"teriak Sakura sambil melambai tangan pada kekasihnya.

"Hn, boleh saja"Sasuke menghampiri mereka. Pipi Sakura dikucupnya.

"Pergi mana?"Sasuke merenung kekasihnya untuk mendapatkan jawapan.

"Ke mana lagi. Kita ke pekan Karakura la, apartmen Orihime chan"Sakura menggengam tangan kekasihnya itu. Mereka berjalan berduan ke pondok bas. Hinata mengekori mereka berdua dari belakang dengan senyap. Naruto bersama dengannya.

Sesekali ekor matanya akan melirik gadis berambut panjang di sebelahnya yang tampak sedang bersedih. "Ehem" Naruto berpura batuk. "Kamu kenapa Hinata?"tanya lelaki berambut blonde itu.

"Saya ok Naruto-kun.Kamu tidak perlu khawatir tentang saya"balas Hinata seraya tersenyum lembut meskipun mukanya masih terlihat muram.

"Ok, kalau kamu kata macam tu" Naruto gugup.

Perjalanan ke pondok bas memakan masa lima minit. Tibanya di sana mereka terus berteduh di bawah pondok bas, menghindar daripada cahaya matahari.

Bas yang ditunggu mereka tiba. Mereka menapak naik atas bas itu dan lekas membayar tambang, ambil tiket dan cari tempat duduk kosong. Hinata melabuhkan punggungnya atas sebuah kerusi kosong di tepi tingkap. Permandangan di luar tingkap di tenung dengan tatapan mata yang kosong. Sungguh tiada apa yang dapat menarik perhatiannya pada saat itu. Fikirannya tengah bercelaru. Hanya nama Toshiro yang melekat di mindanya.

Rakan-rakannya yang lain dihiraukannya. Sakura juga menyerah untuk bercakap dengannya.

Tibanya depan rumah Orihime mereka bercadang untuk mengetuk pintu tapi bunyi suara orang sedang bercakap yang tak lain tak bukan milik Ichigo mematikan niat mereka.

"Betul, aku tak tipu. Aku dapat informasi ni dari Rukia. Dia sendiri yang bagitau aku dalam keadaan menangis. Dia menyesal kerana melaporkan pada orang tua Yamamoto tu. Pada mulanya dia tidak mahu Toshiro sukakan Hinata kerana dia menaruh hati pada si genit itu. Dia la puncanya Toshiro hilang ingatan beberapa bulan lepas dengan guna alat dari soul society tu. Apakebenda namanya? Entahlah. Tapi sayang, kenangan lamanya dah kembali pulih dan Toshiro sekarang bercinta dengan Hinata semula. Jadi sekarang ni dia tahan di soul society. Kemungkinan besar dia akan dihukum mati"

Berderau darah Hinata mendengarkan kata Ichigo tadi. Dia terus menerjang pintu rumah Orihime hingga terbuka luas. Sungguh perbuatan yang tidak bermoral yang pernah dia lakukan. Sakura, Sasuke dan Naruto tercengang melihat perbuatan gadis pemalu itu. 'Omg Hinata kah ini?' itulah yang terlintas di pikiran mereka.

Perbualan Orihime dan Ichigo terhenti setengah jalan kerana terperanjat akan kemunculan tiba-tiba tetamu yang tidak diundang.

"Hinata-chan!Apa kamu buat di sini?"Orihime berpura-pura terkejut walau dalam hatinya sedang cuek takut rahsia mereka didengari oleh Hinata dan ketiga rakannya yang turut mengunjungi rumahnya.

Tidak menghiraukan pertanyaan Orihime Hinata terus menghampiri gadis berambut orange itu dan menghambur dalam pelukannya. Dia menangis teresak dalam dakapan gadis itu.

"Hinata-chan, apa yang terjadi?"soal Orihime yang mula risau melihat keadaan Hinata yang tampak tidak terurus dan matanya sembap kerana menangis.

"Hiks...betul ke...Toshiro-kun akan dihukum mati?!"

Muka Orihime dan Ichigo berubah pucat sementara Sakura, Sasuke dan Naruto saling berpandangan tidak faham drama apa yang terjadi di hadapan mata mereka.

"K... kamu tahu?" mata Ichigo membuntang dan kakinya berundur setapak ke belakang. Dia benar-benar terkejut.

"Ya...tadi saya terdengar perbualan kalian berdua tadi''jawab Hinata seraya menekur lantai. Matanya yang memerah kembali berair dan kelopak matanya mula bertakung, hanya menunggu masa untuk air matanya merembes jatuh ke permukaan mukanya. "Saya juga tahu Toshiro-kun seorang shinigami..." gumam Hinata pelan namun kedengaran di telinga Ichigo yang peka akan sekelilingnya.

"Shit!"Ichigo mengeluh seraya meremas rambut jingga nya. 'Habislah aku...'

Sepuluh minit kemudian, selepas Orihime berjaya memisahkan Sakura, Sasuke dan Naruto dari sisi Hinata Ichigo berterang terang pada gadis berambut lavender itu memandangkan Hinata telah terlebih dahulu mengetahui asal usul shinigami dari mulut Toshiro sendiri.

Ichigo memberitahu Hinata mengenai peraturan yang harus para shinigami ikuti terhadap gadis itu dan salah satu nya adalah shinigami dilarang mempunyai hubungan dengan manusia. Jika mereka ingkari, hukumannya mati sekiranya manusia yang dicintai mereka masih hidup. Dan mandangkan Toshiro telah melanggar dua kesalahan, iaitu yang pertama membongkar asal usul shinigami pada gadis manusia, kedua bercinta dengan gadis manusia yang merupakan kesalahan paling berat. Maka hukuman mati harus di jalankan dengan segera mungkin bagi memberi pengajaran terhadap para shinigami lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama.

Hinata yang mendengar dengan khusyuk apa yang diucapkan Ichigo mula berubah pucat dengan keringat merembes keluar dari liang pori yang tidak terlihat. 'Toshiro-kun benar-benar akan mati...'

'Mati?'

'Dan...semuanya kerana Toshiro berpasangan dengan gadis manusia seperti aku?' getus hati Hinata. Jantungnya berkocak hebat membayangkan wajah Toshiro yang seputih salju, sekujur tubuhnya yang sedingin ais. Mata hijau turqoise yang sebelumnya cerah berubah redup tidak bernyawa. Membayangkan itu membuatkan otaknya blank untuk seketika. Hinata mengelus dahinya, memicit dibahagian yang terasa berdenyut.

"Hinata kamu ok?"soal Orihime, risau melihat keadaan Hinata itu.

Hinata tidak membalas malah dia berlalu pergi meninggalkan apartmen kediaman Orihime dengan otak kosong. Dia berjalan dengan tidak bermaya, pandangan matanya kosong memandang jalan di hadapannya yang kurang dengan penjalan kaki.

Gadis berambut Lavender itu berhenti ditengah jalan, kepalanya menengadah pandang ke langit gelap yang di hiasi dengan bintang-bintang kecil bergemelapan pada malam hari. Sungguh permandangan yang menakjubkan sekiranya gadis itu tidak dalam separuh jaga. Pada saat itu fikiran gadis itu melayang jauh. Memikirkan seseorang.

'Apa yang aku harus lakukan Toshiro-kun?'

Hinata mengeluh pelan. Air matanya yang sejak tadi mengalir keluar dari kelopak matanya di seka dengan belakang tapak tangannya. Hinata akan kembali melanjutkan jalannya pulang ke rumah sekiranya dia tidak terpandangkan sesuatu...

Atau...

Seseorang...

Dia adalah anak kecil, jantina laki-laki dalam lingkungan umur 5 tahun. Anak kecil itu tampak mundar mandir berjalan keseorangan sambil kepalanya dipusing kanan seolah mencari seseorang. Mungkinkah anak kecil itu tersesat dan ingin mencari ibubapa nya? Walau hatinya masih bersedih namun Hinata bertekad untuk membantu anak kecil itu untuk mencari ibubapanya.

Dia berjalan menuju ke arah anak kecil itu dengan langkah kakinya segaja dikuatkan bagi menarik perhatian nya. Apabila perhatian anak kecil itu beralih terhadapnya Hinata menguntum seyuman lembut buat anak kecil itu. Apabila tiba dihadapannya Hinata terus melutut agar sejajar ketinggian mereka. Anak kecil itu melihatnya dengan rasa curiga.

"Hello, kenapa kamu dari tadi mundar mandir di sini?Kamu cari ayah dengan ibu kamu ke?"tanya Hinata seraya mengelus rambut hitam milik anak kecil itu dengan lembut. Anak kecil itu memandang Hinata tidak berkelip. Tiba-tiba cahaya matanya yang redup kembali cerah seolah mendapat harapan baru dalam hidupnya.

"Kakak boleh nam--"ucapan anak kecil itu terpotong akan bunyi geseran tayar kereta yang menuju ke arah mereka.

Hinata dan anak kecil itu berpaling ke belakang, memandang sebuah kereta yang meluru laju ke arah mereka. Pemandu yang memandu kereta tersebut terlihat memandu keretanya dalam keadaan mabuk.

'Oh tidak!Kami akan dilanggar!' getus hati kecil Hinata. Hinata langsung memeluk erat anak kecil itu. Biarlah dia saja yang dilanggar asalkan anak kecil ini selamat.

Screeeeekkk!Kereta itu semakin hampir dengan mereka. Dengan sapi-sapi suara jeritan seseorang memanggil namanya kedengaran di cuping telinganya. Hinata melirik ke tepi jalan. Terlihat ketiga sahabatnya berlari ke arahnya dengan muka yang jelas ketakutan dan pucat.

Hinata tersenyum pahit. Air matanya tidak berhenti mengalir. Hinata melihat mereka semakin hampir dengan pembatas tepi jalan. Mereka berlari dengan sangat cepat dengan harapan dapat sampai ke tempat nya untuk menyelamatkan dia tetapi Hinata tahu mereka tidak akan sempat sebab itu dia akan...

Dengan tekad yang kuat dia melempar anak kecil yang dipeluknya ke arah mereka dengan harapan mereka akan menangkapnya tetapi sesuatu yang tidak terjangka berlaku...

Tubuh anak kecil itu melepasi ketiga rakannya. Sakura, Sasuke dan Naruto langsung tidak terlihat terkejut.

"HINAT--"

Apa yan--BAMNNGGG!!Tubuh Hinata dihentam dari belakang oleh kereta yang hilang kendali. Tulang rusuknya patah remuk di hentam dengan kuat. Darah merah terus tersembur keluar dari mulutnya, mengotori permukaan jalan raya.

Screeeeeecckkkk!Gedegang!Kereta yang melanggar Hinata berpusar di tengah jalan raya kemudian melanggar ke pembatas tepi jalan 2 meter tidak jauh dari tempat Hinata di langgar tadi. Pintu bahagian tempat duduk pemandu hancur remuk. Pemandu yang mabuk itu mati di tempat itu juga.

Hinata tidak kurang baik juga, tubuhnya melayang di udara sebelum mendarat di permukaan jalan raya kemudian berguling dengan kasar di permukaan simen tidak rata itu. Seragam sekolah yang dipakainya koyak rabak bergeser dengan permukaan simen tidak rata itu. Seluruh tubuhnya dalam kesakitan. Kulit kepala dan juga sekujur tubuhnya yang terkopak sana sini kini mengeluarkan cecairan merah darah.

Sakura, Sasuke dan Naruto hanya terpaku melihat kejadian yang berlaku dihadapan mata mereka. Langsung tidak berkutik. Mereka terlalu terkejut. Apabila rasa terkejut mereka hilang mereka kembali ke sisi Hinata. Sakura menangis teresak sambil memegang tangan Hinata sementara Sasuke dan Naruto hanya berdiri di belakang Sakura dengan wajah mereka tertutup dengan poni rambut depan mereka.

"Hinata... jangan tutup mata please..."rayu Sakura sambil mengusap tangan Hinata dengan lembut. Sakura mengelak daripada menyentuh bahagian tangannya yang terluka parah.

"Sa... kura..chan..."ucap Hinata pelan. Matanya yang berair tadi semakin laju tumpah membasahi wajahnya.

"S...saya nga... ngantuk... Sa... kura... chan.."suara Hinata semakin perlahan. Sakura yang mendengarnya menjadi semakin panik.

"No!Hinata!Please don't!Jangan tutup mata kamu!"gadis rambut merah jambu itu mula meracau. Tubuh Hinata yang berlumuran dengan darah di peluk erat.

"Ari...gatou...se...bab selalu...ber... sama saya, min'na..."ucap Hinata lembut. Hinata tahu hidupnya sudah tidak lama lagi. Badannya sudah mencapai batas.

Pemandangan Hinata menjadi semakin kabur, nafasnya juga termengah-mengah tidak cukup nafas. Dia terbaring lemah atas permukaan simen itu, memandang langit malam yang ditaburi bintang-bintang bergemerlapan. Menikmati malam terakhirnya. Dengan berat Hinata menggerakkan tangannya dihalakan ke arah langit malam itu seolah ingin menggapai bintang yang bersinar di langit.

Hinata tersenyum lembut. Permandangan yang cukup indah sekiranya Toshiro-kun berada di sisinya...

"Hiks...kenapa...?"suara anak kecil kedengaran di cuping telinga Hinata. Gadis itu melirik ke sampingnya. Anak kecil yang di selamatnya tadi memegang erat tangannya yang berlumuran darah. Walau tangan kecilnya terlihat menembusi tangannya.

'Kenapa?Itu sebab saya tak sanggup melihat anak kecil seperti kamu terluka...' itulah kalimat yang ingin diucap Hinata namun dia tidak mampu menggerakkan bibirnya.

"Saya...sudah mati... hiks... sepatutnya kakak tak perlu selamatkan saya tadi.."anak kecil itu memeluk lututnya sambil menangis di sisi Hinata. Matanya yang penuh dengan air mata memandang senyuman di wajah Hinata yang semakin lama semakin luntur dan cahaya di mata lavender gadis itu meredup...

Dan semuanya berubah menjadi gelap...