'Aku tiba lagi. Bersama rasa rindu, datang bertamu. Di ruang hati kecil yang berbicara pasal sua yang belum jua. Satu yang kupinta. Ingatilah diriku bersama kenangan-kenangan itu.Kau pula, apa khabar bilik rindumu? Adakah ia masih cantik lagikan terjaga. Ataupun dah berhabuk bersepah dimakan masa?Aku harap tidak.

Satu lagi, kau masih tunggu aku ke?'

Disclaimer

Bungou to Alchemist belong to DMM Games

.

An Bungou to Alchemist Fanfiction

Akutagawa Ryuunosuke x Kume Masao

Present by Zeeroselle

.

Dedicated to @Elkanzu's birth day

Mind to RnR?

Happy Reading!

Surat itu Kume dapatkan daripada Dazai yang menghantarkan. Jejaka dua puluh tahun itu berkata, yang Akutagawa akan tiba sekejap lagi. Seberapa lama sekejap yang ia maksud, Dazai pun tak tahu lagi. Sebab itu Kume hanya mengangguk, berterimakasih.

Hmm... dah tiga tahun kot. Kume lupa sejak bila ia tak lagi mengira hari selepas manik biru itu pergi. Setahun ke? Entah. Memang Kume tak kira hari, tapi kalau tarikh lain pula cerita. Tiap-tiap malam tarikh 21, jejaka 25 tahun itu tak dapat menutup mata. Musababnya, pada tarikh itu Akutagawa meninggalkannya.

Macam semalam. Sebab itu hari ini mata Kume merah. Tetiba pulak Dazai datang mengetuk pintu, menghantar surat dari seorang yang Kume rindu.

Entahlah Kume boleh tidur ke tak malam nanti.

Lelaki itu menggenggam pen. Nak menuliskan balasan. Dazai cakap tadi tak payah, tapi dia rasa sahaja jer nak tuliskan. Lagipun, dia buat surat nie bukan berarti dia kena kirim, kan?

Tak ada niat untuk Akutagawa baca nanti pun, sebetulnya Kume rasa bingung jugak, mahu tuliskan apa kat surat tue.

Tetiba pennya terasa macam bergerak sendiri. Membalas satu-satu ayat daripada surat yang tadi pagi Kume dapat. Tak pe hancur, Akutagawa takkan baca punya.

Entah apa yang dia tulis tadi. Kume tergelak sendiri baca ayat yang dia buat. Alah tak pe lah. Biar jer macam nie. Janji dia dah buat balasan, dah lega dah.

Kume tercuai, letak kertas tue atas meja bilik tamu. Terus pergi ke dapur nak makan, lepas tu kemaskan rumah yang dia rasa dah bersepah. Terlupa yang ia letak sesuatu kat atas meja-

Habislah dia nanti.


Akutagawa sampai. Pintu rumah takda Kume kunci, mesti dia ada kat rumah sekarang nie. Lelaki putih itu masuk, hendak kejutkan penghuni rumah.

Pintu dia tutup perlahan-lahan. Jangan sampai Kume sedar yang dia dah balik. Ada kertas terletak kat atas meja, Akutagawa ambik.

Apa benda nie?

'Mestilah aku ingat. Memori-memori yang dah kita buat. Bila kau sampai? Selama nie aku tunggu dengan hiba.

Kau tanya pasal bilik rindu? Apa yang kau meracau nie? Mestilah masih aku jaga. Takkan masa boleh sepahkannya.

Walaupun kisah kita bukan hanya berisi ketawa, sekurangnya duka tak boleh menghapuskan bahgia. Suratan takdir yang tiada terkira dalamnya kita duga. Semoga dalam sua nanti duka itu tiada.Sejak bila pulak aku berhenti rindu, Akutagawa-kun?'

Setitis air mata jatuh.

"Akutagawa-kun! Bila kau ba- apa benda yang kau baca tue?!" Kume muncul dari bilik.

Akutagawa dan Kume sama-sama terkejut. Yang satu sebab Kume menjerit tetiba, yang satu lagi sebab Akutagawa baca surat dia.

"Baru jer nie. Apasal yang kau terje-"

Belum lagi ayat Akutagawa selesai, Kume sudah bergegas kehadapannya. "BAK SINI KERTAS TUE!" Muka Kume bukan main merahnya.

"Eh, mana boleh! Belum siap baca lagi!" Akutagawa tergelak kecik, mengelak.

"Ish! Bak sini cepaat!" Kume merampas kertas. Sebaik sahaja dapat, terus Kume menyorokkan. Jangan sampai Akutagawa jumpa kertas tue lagi. Jangan.

"Eh, bak lah sini. Amende tue? Aku belum siap baca lagi, laa."

"Tak boleh!"

"Kedekotnya~ Kita baru jer balik kot~"

"Amik tu. Salah kau la. Apasal main baca jer?"

Akutagawa ketawa. Selepasnya mencium pipi Kume, tak hendak meneruskan pembahasan, seraya berucap, "aku balik, Akutagawa Masao-kun."

Dalam sekejap Kume-atau Masao lupa yang ianya tengah malu. Suara lembut Akutagawa Ryuunosuke yang peluk dia, membawa kumpulan rasa Masao kedalam haru. Teresak.

Selepas ini, baik Akutagawa Ryuunosuke mahupun Akutagawa Masao akan sepuas hati melepas rindu.


Tamat


--Happy birthday for my precious kouhai en sepupu, Elkanzu. Hope u suka fanfic pendek nie. Aku tau yang nie bukan bday kau, tpi just nak pastikan aku yang pertama kali sampaikan hoho.--

Etto, nama saya Zeeya. Panggil jer Zee. Sorry kalau ada ayat yang keliru sebab saya dah lama tak tulis melayu. Btw saya bukan malaysian ppl. Saya orang indo, tapi suka bahasa jiran hehe.

sorry kalau OOC, ini ff pertama sy kat fandom nie. Harap harap awak semua suka.

Mahu review?

thank you dah baca sampai sini.