Note : Jalan cerita ini sama seperti Detective Conan (85%) cuma cerita ini akan mempunyai watak-watak dari Anime Naruto memandangkan Naruto juga merupakan watak utama dalam cerita ini. Jangan risau, author tak ada lah buat semua episod sama macam dalam Detective Conan.

Enjoy your reading minna-san!

Kudo Shinichi = Edogawa Conan

Uzumaki Naruto = Kizaki Shinzou

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Anime Crossover : Detective Conan & Naruto

Disclaimer : Gosho Aoyama & Masashi Kishimoto

Pairing : Shinichi Kudo & Ran Mouri, Naruto Uzumaki & Sakura Haruno

Genre : Romance, Humor, Friendship, Mystery, Action, Comedy & Thriller

Rate : M

Warning : OOC character, typos, grammar error, messed up writing, boring, etc….


Suasana di dalam bilik bacaan tiba-tiba menjadi kelam-kabut. Bunyi tapak selipar yang semakin dekat ke arah bilik bacaan membuatkan Shinichi dan Professor Agasa gelabah, Naruto pula hanya boleh mengeluh melihat keadaan kedua-dua lelaki di sebelahnya ini.

"Cepat sembunyi belakang meja ni!"

Arah Professor Agasa kepada Shinichi dan Naruto. Seperti lipas kudung, Shinichi berlari ke belakang meja kerja otou-san nya manakala Naruto hanya berjalan ke belakang meja tersebut dengan muka bosan. Kemudian, muncul satu susuk tubuh di sebalik dinding luar bilik bacaan tersebut.

"Kalau korang dah balik, kenapa korang tak inform kitaorang?-…"

Percakapan Ran terhenti apabila melihat kelibat Professor Agasa yang berseorangan dalam bilik bacaan itu, Sakura yang muncul beberapa saat kemudian juga turut terkejut. Mereka masuk ke dalam bilik bacaan dan mendekati lelaki berumur 52 tahun itu.

"Professor Agasa?"

"Professor ada nampak Shinichi-kun dengan Naruto tak?"

Sementara kedua-dua perempuan tersebut menyoal Professor Agasa, Shinichi yang bersembunyi disebalik meja kerja tou-san nya perasan bahawa ada cermin mata lama milik tou-san nya di dalam laci meja tersebut. Dia tersenyum lalu mengambil cermin mata tersebut.

'Yosh, cermin mata tou-san ni boleh guna sebagai penyamaran aku!'

Lantas Shinichi terus memakai cermin mata tersebut tanpa mengeluarkan lensnya terlebih dahulu, menyebabkan kepalanya terhantuk pada meja tersebut. Bunyi hentakan tersebut telah membuatkan Sakura dan Ran yang sedang berbual dengan Professor Agasa mengalihkan pandangan ke arah meja kerja Yusaku. Naruto sedari tadi memerhati hanya mampu menepuk dahinya.

"Hmm, ada orang dekat sana ke?"

Sebelum sempat Professor Agasa menghalang kedua-dua perempuan itu, Ran terlebih dahulu berjalan menuju ke arah meja bersama Sakura yang mengikutinya dari belakang.

'Shinichi ano baka tantei.'

Sedang Shinichi mengeluarkan lens daripada cermin mata tou-san nya dan terus memakai cermin mata tersebut. Tiba-tiba, dia dikejutkan dengan suara Ran.

"Ahh... Jangan malu-malu! Sini lah, pusing."

Ujar Ran gembira lalu mengalihkan badan kecil Shinichi supaya fokus ke arahnya. Sebaik sahaja Ran melihat muka Shinichi yang sudah memakai cermin mata itu dia terdiam untuk seketika.

"Budak ni…. Comelnyaaaa~"

'hehe, arigatou…'

Sementara itu, Sakura yang memerhati setiap sudut bilik bacaan itu terus mengalihkan pandangan nya apabila dia menangkap satu tubuh kecil yang sedang duduk berdekatan dengan Shinichi. Sakura mendekati budak tersebut dan melutut di hadapan budak tersebut dengan senyuman di bibir.

"Hai~"

Naruto yang leka dalam dunianya itu tersentak dan terkejut apabila melihat kelibat Sakura yang tiba-tiba muncul di hadapannya, dia boleh rasakan jantung dia berdegup dengan kuat apabila Sakura mula memeluknya secara mengejut. Muka Naruto mula menjadi merah apabila dia dapat merasakan dada Sakura terlalu rapat dengan mukanya. Tidak lama kemudian Sakura meleraikan pelukan tersebut dan menoleh ke arah Professor Agasa.

"Siapa diorang berdua ni Professor?"

Tanya Sakura, Professor Agasa mula panik di dalam hati tetapi dia tetap menjawab persoalan Sakura dengan lancar.

"Diorang ni sepupu jauh Naruto dengan Shinichi."

Naruto dan Shinichi memandang Professor Agasa dengan mata yang terbutang luas bak meja bulat. Kemudian mereka mengeluh.

'Well, that's better than nothing.'

"Ohhhh…."

Balas Sakura dan Ran serentak kemudian mereka menoleh ke arah kedua-dua budak kecil itu semula.

"Namaiwa?"

Tanya Ran kepada Shinichi, Shinichi mengundur ke belakang supaya menjauhkan dirinya daripada Ran tiba-tiba badan nya berlanggaran dengan rak buku membuatkan dia tidak boleh bergerak ke mana-mana.

"err… Nama saya Shin-…. Bukan…"

"hmm..?"

Badan Ran semakin rapat dengan badan Shinichi membuatkan Shinichi semakin gelabah. Naruto yang melihat sikap kecerobohan Shinichi itu mula tergelak di dalam hati, rasa kelakar pulak tengok Shinichi yang dalam keadaan panik itu.

"Ettoo…. Hmm?"

Mata Shinichi menangkap dua buah buku yang tersusun rapat pada rak buku di sebelahnya, dua-dua buku tersebut menunjukkan nama penulis. Shinichi sudah tersenyum dalam hati kerana sudah mendapat idea bagi nama penyamarannya.

Edogawa Ranpo.

Conan Doyle.

"Conan! Boku no namaiwa Edogawa Conan!"

Kata Shinichi yakin sambil memandang Ran. Ran memandang budak yang bernama 'Conan' itu pelik. Kenapa dia rasa dia macam pernah dengar nama Conan ni somewhere eh? Manakala Naruto yang mendengar mula tersengih di dalam hati.

'Eh, gabungan nama penulis Conan Doyle dan Edogawa Ranpo. Not bad, Shinichi."

"Conan? Nama yang pelik."

"I-itu sebab tou-san saya peminat kepada penulis Conan Doyle, jadi…."

Sebelum Shinichi sempat menghabiskan ucapan nya Ran sudah mencelah terlebih dahulu.

"Neesan rasa awak ni mirip sekali lah dengan Shinichi…"

"Oh ya Ran-kun, Sakura-kun!"

Professor Agasa menepuk tangannya bagi mendapat perhatian Ran dan Sakura, lagipula dia tidak boleh kedua-dua perempuan itu tahu lebih dalam tentang apa yang berlaku terhadap Shinichi dengan Naruto. Bahaya. Sakura dan Ran terus menoleh ke arah Professor Agasa sebaik sahaja nama mereka dipanggil lelaki berbadan besar itu.

"Hmm?"

"Prof minta maaf tapi boleh tak buat sementara waktu ni dua budak ni tinggal dengan korang berdua dulu?"

"Jangan buat lawak pr- ITTAI…!"

Naruto memukul kepala Shinichi dan berjalan ke arah Professor Agasa sambil mengheret Shinichi, Sakura dan Ran yang melihat mula memandang dua budak itu dengan ekspresi muka pelik. Naruto dan Shinichi berdiri di belakang Professor Agasa lalu Naruto berbisik kepada Shinichi.

"Kau ni, biarlah kita tinggal dengan diorang lagipun tou-san diorang kan bekerja sebagai private detective. Senang sikit kita nak cari informasi tentang lelaki-lelaki tu!"

Setelah mendengar explanation daripada Naruto, Shinichi tersengih bak kerang busuk sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Ada betulnya juga apa yang Naruto katakan tu.

Aduh Shinichi, bodohnya kau ni!

"Hmm kenapa professor?"

"Tak sebab parents dua budak ni ada kerja dekat overseas untuk beberapa bulan jadi diorang titipkan anak diorang dekat prof tapi tulah prof ni dah lah hidup membujang lepas tu tak pandai masak pulak tu. Jadi, bolehkan?"

Shinichi dan Naruto tergelak di dalam hati apabila mendengar cerita palsu yang direka oleh Professor Agasa. Tetapi kalau bab memasak itu memang cerita betul, Professor Agasa memang tak boleh masak! Kalau masak pun makanan-makanan yang dimasak oleh Professor Agasa mesti jadi hidangan untuk tong sampah. Tak sedap!

"Kitaorang boleh jaga diorang tapi kitaorang kena bincang dengan parents kitaorang dulu."

Balas Sakura sambil memandang Ran. Ran mengangguk tanda setuju dengan apa yang kawan baiknya katakan. Mereka boleh saja menerima untuk menjaga kedua-dua budak itu dengan hati yang terbuka tetapi mereka harus berbincang dengan tou-san dan kaa-san mereka dahulu, kecuali Ran yang hanya tinggal dengan tou-san nya. Tak apa lah, belum cuba belum tahu kan?

"Yosh, kalau macam tu terima kasih Ran-kun, Sakura-kun!"

Naruto dan Shinichi mengangguk kepala mereka serentak sebelum mengikuti Ran dan Sakura meninggalkan rumah keluarga Shinichi dan pergi ke tempat tinggal yang diduduki oleh kedua-dua perempun tersebut.

Sepanjang perjalanan untuk ke rumah Sakura dan Ran, keempat-empat manusia itu langsung tidak berkata apa-apa. Sampai lah Sakura memecahkan suasana hening itu dengan bertanyakan soalan kepada Naruto yang berada di sebelahnya.

"Jadi, apa nama awak hmm? Sebab tadi awak langsung tak bagitahu nama awak."

'Dah takde siapa tanya memanglah aku tak bagitahu.'

Getus Naruto dalam hati sambil sweatdrop dengan soalan yang ditanya oleh Sakura. Shinichi dan Ran yang berjalan di bahagian hadapan hanya menunggu jawapan yang akan keluar daripada mulut Naruto, Shinichi juga berasa curious dengan nama penyamaran apa yang Naruto akan pakai bagi menyembunyikan identitinya.

"Nama saya Shinzou, Kizaki Shinzou."

Balas Naruto biasa dalam suara kanak-kanaknya. Shinichi tersenyum sinis apabila mendengar nama penyamaran yang Naruto pakai sementara Sakura dan Ran memandang budak bernama 'Shinzou' itu dengan kagum. Sakura mula memeluk Naruto untuk kali kedua, membuatkan muka Naruto menjadi merah.

"ehhh what a cool namee~"

"kan kan, nama rare tapi awesome."

Shinichi memandang Naruto dengan muka bengang apabila kawan baiknya itu mendapat pujian atas namanya yang dianggap 'rare' dan 'cool' itu sementara dia tidak langsung mendapat pujian tentang namanya. Akibat jeles dengan kawan baiknya, Shinichi terus berjalan dan meninggalkan kawan-kawan nya di belakang. Naruto yang perasan akan perubahan sikap Shinichi mula ketawa terbahak-bahak di dalam hati. Ini mesti kes jeles ni. Aduh Shinichi, benda kecil pun nak jeles.

"Mou, Conan-kun jangan tinggalkan kitaorang."

"Gomen, Ran-neechan."

Ran mengejar Shinichi lantas terus menggenggam tangan Shinichi yang kecil itu agar Shinichi tidak meninggalkan mereka lagi. Sakura dan Naruto kemudian menyusul dari belakang. Beberapa minit kemudian, suasana menjadi hening kembali. Angin dingin yang bertiupan menyapa kulit wajah Naruto, membuatkan bulu roma Naruto merinding kerana berasa sejuk. Memandangkan Naruto seorang yang jenis tidak tahan dengan suhu yang sejuk dia sering memakai baju tebal seperti hoodie, sebab itu di dalam almari biliknya terdapat banyak baju tebal seperti sweatshirt, sweater dan baju tebal yang berlengan panjang. Tetapi, ada juga lah beberapa baju nipis yang berlengan pendek.

'Aduyai, dah pakai hoodie nipis pun sejuk jugak ke?'

Fikir Naruto sambil memeluk tubuhnya, kerana badannya sudah berubah menjadi kecil persis budak berumur 7 tahun, ia membuatkan sistem imun badannya berfungsi sama seperti ketika dirinya berumur 7 tahun. Sakura yang perasan akan Naruto yang berasa sejuk itu mula tersenyum manis, lalu dia meraih salah satu tangan Naruto dan menggengam tangan budak kecil itu. Naruto yang dapat merasakan seperti tangan nya ditarik dan dingenggam oleh sesuatu benda yang hangat menoleh ke arah Sakura.

'Sakura-chan…'

"Shinzou-kun ni macam Naruto lah, tangan sejuk macam vampire."

Ujar Sakura dengan nada yang ceria. Naruto terus sweatdrop apabila mendengar ucapan Sakura itu.

'Vampire? Vampire mana wujud dalam dunia ni Sakura-chan oi. Lagipun macam mana awak boleh tahu yang tangan Vampire sejuk? Pelik-pelik jelah awak ni Sakura-chan.'

Getus Naruto dalam hati.

"Shinzou-kun, nee-chan nak tanya sesuatu boleh?"

"Apadia Sakura-neechan?"

"Kenapa Shinzou-kun masih pakai topi, bukan hari dah malam ke?"

Pertanyaan yang ditanya Sakura itu membuatkan Naruto menggelebah untuk sesaat, dia kemudian menarik topinya sedikit agar menutupi mukanya yang mempunyai tanda tiga kumis pada kedua-dua belah pipinya.

"Err, Ini memang dah jadi habit saya neechan."

"Ohhh…."

Sementara itu, bersama Ran dan Conan(Shinichi).

"ne, Conan-kun."

Panggil Ran tanpa melihat ke arah Shinichi. Shinichi tersentak dan memandang Ran dengan senyuman, di dalam hatinya dia mula berkata;

'huwaaa, peliknya bila orang panggil aku Conan padahal Conan tu tak pernah wujud pun.'

"N-nani?"

"Conan-kun ada perempuan yang Conan-kun suka ke? Macam perempuan yang Conan-kun suka dekat sekolah?"

Tanya Ran kepada Shinichi dengan senyuman terbit di bibir. Shinichi yang mendengar pertanyaan Ran itu mula tersengih bak kerang busuk sambil menggeleng kepalanya tanda bahawa dia tidak mempunyai perempuan yang dia suka kecuali seseorang.

"T-takde."

"Kalau neechan, neechan ada! Neechan betul-betul suka dekat dia!"

Terbeliak mata Shinichi apabila mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Ran namun Shinichi mengambil keputusan untuk membalas respon Ran dengan sedikit usikan.

"Ehh… Ni mesti Shinichi-niichan yang neechan cari tadi kan?"

Ran diam untuk seketika sambil memandang Shinichi.

Kemudian jawapan yang diberi oleh Ran membuatkan muka Shinichi menjadi sangat merah, tiba-tiba dia rasa malu pula apabila mendengar jawapan Ran.

"Betul tu! Masa Shinichi masih budak-budak, dia tu budak yang nakal dan suka buat masalah dan dia jugak seorang penyiasat nerd. Tapi bila dia diberikan tugasan yang penting, dia jadi berani, boleh diharap dan dia nampak sangat cool. Watashi Shinichi ga, daisuki! Tapi, Conan-kun tak boleh bagitahu dekat Shinichi tau."

Shinichi hanya mampu mengangguk kepalanya sahaja kerana dia sama sekali tidak tahu untuk berkata apa. Namun siulan usikan yang diberi oleh Naruto membuatkan Shinichi menoleh ke belakang dan memandang Naruto dengan muka bengang. Naruto hanya membalas dengan sengihan yang dia selalu buat apabila dia mengusik seseorang.


Mouri And Haruno Detective Agency (毛利春野探偵事務所)

Kini Shinichi, Ran, Sakura dan Naruto sudah tiba di hadapan sebuah bangunan three-story. Shinichi dan Naruto sudah tersengih di dalam hati sebaik sahaja mereka melihat perkataan '毛利春野 探偵事務所' yang tertancap pada cermin di tingkat dua bangunan tersebut, mereka berdua dapat membayangkan bagaimana kehidupan baru mereka bersama keluarga Ran dan juga Sakura. Kemudian Naruto memandang Shinichi dengan pandangan mengusik.

"Habis lah kau, masa tidur nanti kau tak boleh tidur dengan aman."

Usik Naruto dengan suara perlahan sambil cuba menahan gelaknya. Shinichi pula memandang Naruto dengan ekspresi muka yang tidak puas hati. Kang ada jugak yang masuk hospital tanpa sebab.

"Kau sebelum aku be-.."

"Kita dah sampai!"

Malangnya percakapan Shinichi dipotong oleh Ran dan Sakura, membuatkan Naruto gelak terbahak-bahak di dalam hatinya. Sedih, nak balas dendam tapi tak dapat. Akhirnya, Shinichi hanya mampu menghadiahkan Naruto sebuah jelingan tajam yang tidak mampu untuk membunuh orang tapi mampu untuk membuat seseorang itu berasa takut. Namun, Naruto langsung tidak berasa gentar dengan jelingan tajam Shinichi itu. Dah selalu dapat jelingan tajam tu meh, jadi Naruto tara takut meh.

"Uwaah, kitaorang rasa macam kitaorang baru dapat adik lelaki yang comel. Sekarang boleh lah kitaorang bagitahu korang tentang semua benda."

Ujar Sakura dengan nada yang ceria, Naruto mendongak dan merenung ke dalam anak mata Sakura dengan ekspresi muka yang sukar ditafsirkan. Naruto dapat merasakan kesedihan disebalik nada yang ceria itu, sebelum Naruto dapat mengatakan apa-apa tiba-tiba kedengaran seperti orang sedang berlari menuruni tangga. Keempat-empat manusia itu menoleh dan terkejut apabila melihat kelibat Kizashi dan Kogoro sedang berebut meneruni tangga dan akhirnya jatuh akibat tersadung.

"Uwaaahhh, Sakitnya!"

"Kau punya pasal lah ni Kogoro tak guna!"

"Kau lah, apahal aku pulak yang kena? Badan kau yang gemuk, aku pulak yang dipersalahkan!"

"KOGORO NO BAKA-…."

"Yamette kudasaiyo otou-san, ojii-san!"

"otou-san, jii-san. Kenapa ni? Ada apa-apa yang berlaku ke?"

"Kes pertama dalam satu bulan! Anak perempuan kepada sorang orang kaya ni dah kena culik! Ada saksi kata orang yang culik tu berpakaian serba hitam!"

'Huh, lelaki berpakaian serba hitam?!'

つづく

Hehe, best tak episod ni? Kalau best sila lah review ya~

Sampai jumpa di episod yang akan datang!

Dan sorry kalau cara dia bercakap agak pelik, hehe.