Assalamualaikum semua! Apa khabar? Semua sihat? Author di sini sihat sahaja!
Harap korang enjoy dengan chapter yang simple ni :) Nanti-nanti, author cari idea untuk cerita seram pula yea xD tapi bukan next chapter yea
Maaf jikalau ada kesalahan di dalam chapter ini
Enjoy and have fun!
Waktu Rehat
Loceng sekolah sudah berbunyi. Para pelajar berpusu-pusu keluar dari bilik darjah untuk pergi berehat. Gopal seperti biasa, orang pertama yang sampai di kantin sekolah. Hari ini dia terlalu lapar, sampai pelbagai makanan dia beli. Boboiboy hanya bawa bekal yang disediakan khas dari Tok Aba. Yaya dan Ying pula, mereka pergi ulangkaji di tempat lain. Sesudah sampai di kantin sekolah, Fang agak terkejut melihat abangnya duduk di kerusi kantin sekolah seorang diri. Fang berjalan terus ke arah abangnya
"Apa abang buat dekat sini? Abang menghendap adik ke?" soal Fang dengan muka tak puas hati
"Kau tak suka ke aku ada dekat sini?" Kaizo pula menyoal adiknya
"Hmmm... tak tahulah perasaan adik" balas Fang "Nak kata suka, entahlah. Nak kata tak suka pun, entahlah"
Boboiboy agak kecewa dengan jawapan dari kawan baiknya. Kaizo tidak mengamuk. Dia hanya diamkan diri kerana malas hendak bergaduh dengan adiknya
"Kau janganlah begitu, Fang. Aku pasti yang Kapten Kaizo datang ke sini sebab nak jenguk-jenguk kau. Dia sayangkan kau"
"Hah betul tu. Cuba kau dengar cakap kawan kau si Boboiboy ni"
"Yelah abang" kata Fang. Lalu dia duduk di sebelah abangnya "Abang tadi buat apa? Abang tak duduk dekat sekolah adik dari pagi tadi kan?"
"Takdelah" jawab Kaizo "Pagi tadi aku buat latihan tempur dekat kapal angkasa. Lepas tu, aku pergi sarapan pagi dekat kedai Tok Aba. Lepas tu aku terus ke sekolah kau"
Fang angguk kepalanya. Lalu dia bertanya lagi
"Jadi abang datang ke sini sebab nak tengok adik ajelah"
"Betul tu" Lalu Kaizo berkata lagi "Tapi..."
Boboiboy dan Fang setia mendengar cerita Kaizo. Mereka tidak membuat bising. Boboiboy sambil makan nasi goreng kampung, sambil itu dia mendengar. Gopal sudah kembali dengan makanan di tangannya. Semangkuk mee kari dan sepiring pinggan, penuh dengan pelbagai jenis kuih. Dia juga turut mendengar cerita Kaizo
"Tapi.." sambung Kaizo "Aku rasa hairan dengan perangai budak-budak sekolah ni. Tadi waktu pagi, aku ada lihat sekumpulan pelajar yang suka bermain, gelak ketawa, nampak macam budak-budak kurang bijak tetapi sebenarnya aku silap. Mereka sebenarnya dari pelajar kelas pandai. Cuma mereka suka sangat bermain dalam kelas. Lepas tu, ada satu kumpulan ni suka berangan menjadi watak-watak fantasi tetapi mereka juga bijak. Ada yang serius sangat belajar tapi markah tetap rendah. Lepas tu abang selalu juga nampak seorang budak kecik ni, suka duduk seorang diri tepi padang sambil melukis. Kasihan pula aku tengok budak tu. Macam takde kawan. Yelah, budak-budak lain tengah berseronok main tendang-tendang bola. Lepas tu aku nampak budak-budak pelajar lelaki buli sesorang dekat belakang sekolah. Ada juga yang datang sekolah muka macam orang belum mandi. Nampak macam baru bangun tidur tapi time rehat sahaja, terus segar"
"Abang pergi perhatikan setiap pelajar dekat sekolah ni ke?" soal Fang
"Yea" balas Kaizo secara ringkas
"Sah abang aku takde kerja" bisik Fang "Abang sekarang ni nak rehat dengan adik ke?" Tiba-tiba dia berharap sangat abang dia ada bawakan makanan untuk dia. Mata dia perhatikan sahaja beg plastik merah disebelah abangnya
"Hmm.. aku ada bawa makanan untuk kau"
Ternyata, apa yang diharapkan oleh Fang menjadi kenyataan. Lalu Kaizo berikan beg plastik itu kepada adiknya. Wajah Fang berubah menjadi berseri-seri. Boboiboy dan Gopal ketawa sedikit melihat keceriaan yang terpacar di wajah Fang. Sang alien itu tidak sabar untuk membuka beg plastik tersebut. Dia sudah terbayang donut lobak merah, donut kegemarannya. Kalau bukan donut, mungkin nasi lemak ataupun makanan dari kedai Tok Aba. Tiba-tiba keceriaannya hilang. Ianya bertukar menjadi perasaan marah
"ABANG! APASAL ABANG BAGI ADIK SAYUR KANGKUNG?!" Fang mahu sahaja lempar beg plastik itu di muka abangnya
"Ala, makananlah juga tu. Makan ajelah" kata Kaizo
Lalu Fang duduk makan sayur kangkung itu dengan perasaan marah. Mata dia asyik perhatikan abangnya dengan mulutnya kunyah sayur itu. Boboiboy cuba hendak katakan sesuatu tetapi dia rasa, lebih baik dia diam sahaja. Dia makan nasi gorengnya secara senyap. Sementara Gopal pula, sudah habiskan mee karinya dan juga kuih-muihnya. Lalu dia bangun untuk pergi beli kuih lagi
"Kuat betul kawan kau makan"
"Hehehe.." Boboiboy tersengih kepada Kaizo "Dia memang macam tu Kapten Kaizo. Dia tu suka makan. Makanan kegemaran dia adalah kari. Tak kisahlah kari apa pun, mesti dia akan makan punya"
"Ohhh.. aku tak pernah makan mee kari. Sedap ke?" Kaizo terasa ingin cuba makanan planet bumi itu "Pang, kau pergi belikan untuk aku"
"Beli sendiri" balas Fang dengan nada dingin
Lalu Kaizo bangun dari bangku kayu itu. Dia berikan renungan maut kepada adiknya. Dari renungan itu, ianya membuatkan Fang menelan ludah. Lalu dia bangkit secara senyap dan terus pergi membeli mee kari tersebut. Kaizo kembali duduk sambil tersenyum sadis
"Apasal si Fang tu?" Gopal sudah kembali tetapi kali ini dengan mangkuk mee kari yang lebih besar
"Dia pergi beli mee kari untuk Kapten Kaizo" Lalu Boboiboy melirik matanya ke arah mangkuk mee kari itu "Bukan ke kau nak kuih tadi?"
"Aku memang nak beli kuih tapi telinga aku terdengar bahawa Kapten Kaizo tak pernah rasa mee kari! Jadi aku belikan mee kari extra besar!"
Gopal dengan bangganya, dia letakkan mangkuk itu di hadapan Kaizo
"Terima kasih" ucap Kaizo "Jadi inilah dia mee kari"
Mata Kaizo melihat kuah kari yang berwarna perang kekuningan dan ada sedikit warna oren. Mee kuning, telur separuh potong, sedikit sayur, fish cake, tauhu dan juga bebola ikan di banjiri dengan kuah kari tersebut. Kaizo mengambil bau terlebih dahulu. Lalu Gopal hulurkan garpu dan sudu kepada Kaizo
"Makanlah Kapten Kaizo" kata Gopal "Jangan risau, saya belanja"
"Kau yakin mee kari ni sedap?"
"Saya sangat yakin! 100% saya yakin bahawa mee kari sedap! Kepedasan dia sangat mengancam terancam sampai hidung saya meleleh keluar"
Kaizo melihat Gopal dengan kening sebelahnya terangkat sedikit. Gopal terus tersengih. Mereka perhatikan Kaizo menghirup kuah kari itu sedikit dari sudunya. Dia tidak berkata apa. Gopal terasa dahi diri dia berpeluh pula kerana takut jikalau Kapten Kaizo tidak menyukai mee kari tersebut. Selepas itu Kaizo makan sedikit mee kuning itu. Dia masih lagi berdiam diri sambil kunyah makanannya. Boboiboy dan Gopal masih menunggu keputusan dari Kaizo. Tiba-tiba Fang muncul dengan semangkuk mee kari dan juga sebotol air
"Mana abang dapat mee kari ni?" soal Fang secara tiba-tiba
Hancur kenikmatan Kaizo terhadap mee kari tersebut
"KENAPA KAU TIBA-TIBA HANCURKAN KEBAHAGIAN ABANG TERHADAP MEE KARI INI!"
"Adeh" Boboiboy menepuk dahinya "Kapten Kaizo ni.. cubalah bawa bertenang"
"Tau takpe... apalah abang ni" Fang letak sebotol air dan juga mangkuk mee kari di atas meja kantin "Apa kata abang minum air ni. Adik bukakan untuk abang yea"
"Terima kasih" ucap Kaizo "Air apa kau belikan?"
"Entah" Fang membelek-belek tin air tersebut "Dia tulis dekat sini air teh hijau"
Kaizo mengambil botol itu dari tangan adiknya. Lalu dia minum sedikit. Entah kenapa, tiba-tiba hati dan minda dia rasa tenang. Dia tidak berkata apa, dia terus sambung menikmati mee kari tersebut. Mata Fang terkebil-kebil melihat abangnya. Apa yang sudah terjadi dengan abangnya? fikir Fang. Adakah air itu membuat abang dia rasa tenang, fikir Fang lagi
"Kenapa kau berdiri dekat situ lagi. Mari makan sekali dengan abang"
Boboiboy hampir tersedak kerana tiba-tiba angin Kaizo berubah. Fang mula berasa pelik tetapi dia tidak membantah. Hati dan wajah dia mula berseri-seri. Lalu dia duduk disebelah abangnya sambil menikmati mee kari tersebut. Gopal rasa ingin menitis air matanya kerana melihat dua adik-beradik alien itu makan bersama secara aman dan bahagia
"Mee kari ni memang sedap tapi bagi aku, sup lobak merah lagi sedap" kata Kaizo secara tiba-tiba
"Salah tu abang. Donut lobak merah lagi sedap!"
"Sup lobak merah lagi sedap dari donut kau!"
"Tak! DONUT LOBAK MERAH LAGI SEDAP!"
Boboiboy cepat-cepat kemas bekas makanannya. Dia dan Gopal mula berundur dari situ. Pada tepat pada masanya, loceng sekolah berbunyi. Itu tandanya, waktu rehat sudah pun tamat. Boboiboy dan Gopal terus larikan diri kerana tidak mahu masuk campur di dalam pergaduhan adik beradik alien itu
"SUP LOBAK MERAH YANG SEDAP!"
"DONUT LOBAK MERAH! SUP ABANG TAK SEDAP!"
"JADI KAU CAKAP SUP YANG KAU BUAT TAK SEDAP KE?"
"MA-MANA ADA.. SUP LOBAK MERAH YANG ADIK BUAT MEMANG SEDAP! TAPI DONUT LOBAK MERAH LAGI SEDAP!"
"SUP LOBAK MERAH!"
"DONUT LOBAK MERAH!"
"SUP LOBAK MERAH!"
"DONUT LOBAK MERAH!"
Pening kepala sesiapa yang menyaksikan pergaduhan mereka
Hehehe.. jumpa lagi semua
-Sayonara-
