""=talk
("")=thinking
( )= secret gear, kamen rider gear voice
aku membuka mata aku perlahan-lahan "arggh?? apa kita sudah sampai?"
aku melihat kirito dan naruto melihat ke arah aku sepertinya mereka terlebih bagun dahulu "yoo Thoreq apa kau sudah tahu tentang diri kau di dunia ini? "
naruto bertanya kepada aku membuat aku bingung "diri aku di dunia ini?? "
tiba-tiba kepala aku sakit dan aku melihat gambaran latar belakang aku iaitu aku, kirito dan naruto merupakan anak yatim yang berlainan ibu bapa tetapi ibu bapa kami sendiri merupakan kawan antara satu sama lain mereka semua meninggal kerana kecelakaan kapal terbang tetapi mereka mempunyai saham syarikat yang diwarisi kepada kami oleh itu kami mempunyai duit Dari keuntungan syarikat
"ohh.. entah latar belakang ini membuat aku sedikit sedih " aku pun bangun dari katil dan menuju ke arah mereka berdua
"apa itu?"
aku bertanya ke kirito yang memegang sebuah kertas
"ini sebuah surat aku rasa surat ini dari merpati putih itu " kirito menunjukkan surat itu kepada aku
aku pun mengambil surat itu dan membacanya " Selamat atas kejayaan kamu semua bertiga , sekarang aku akan memberi informasi tentang cara menggunakan kekuatan kamu semua iaitu yang pertama kekuatan Thoreq kamen rider Zi-o sekarang kamu hanya memiliki kekuatan kecil kamen rider Zi-o jika kamu mahu menambah kekuatan kamu... kamu perlu mengalahkan kamen rider Dark di dunia ini kerana mereka telah Mencerobohi dunia ini kerana mereka inginkan sesuatu di dunia ini .Dan untuk kirito dan naruto kamu berdua hanya perlu berlatih dengan itu kamu berdua akan mendapatkan kekuatan baru. akhir sekali jika kamu mahu mengeluarkan kamen rider gear kamu semua perlu kuatkan hasrat kamu semua untuk mengeluarkan kamen rider untuk kali pertama akan susah untuk kamu kerana masih tidak terbiasa dengan kekuatan kamen rider"
setelah aku membaca surat itu sampai habis ada sesuatu yang membuat aku merasakan sesuatu pelik("jadi tugas aku seperti di cerita kamen rider zi-o iaitu mendapatkan kuasa kesemua kamen rider tetapi antara aku, kirito dan naruto aku yang paling lemah jika dalam bentuk manusia kerana kirito mempunyai pengalaman Berpedang dan naruto mempunyai pengalaman Ninja manakala aku hanya manusia biasa tak pernah berlawan ssbelum ini")
semasa aku berfikir naruto tiba-tiba menujukan gerakan pelik "apa kau sedang buat naruto?? "
"tentu saja mencuba untuk mengeluarkan kekuatan kamen rider gear!! " naruto berusaha untuk mengeluarkan kekuatan itu
kirito yang melihat naruto dia mencuba juga dan aku juga ikut mereka
beberapa minit kemudian
"ini sepertinya mustahil dari tadi aku cuba tapi tidak berhasil "kirito berkata dengan penat
tiba-tiba keluar sedikit cahaya di pinggan naruto
"ohh!! naruto kamu hampir berjaya" aku dan kirito berusaha menyokong naruto
Bommmsss
naruto jatuh ke lantai
"ah... arghh kepala aku sangat pening.. "
aku dapat melihat tubuh naruto mengeluarkan banyak peluh sepertinya di antara kami dia yang paling berusaha seperti diharapkan dari pahlawan ninja
setelah itu kirito pun berjalan ke arah pintu "heyy kamu semua ini sudah pukul 6:40 pagi sepertinya kita perlu ke sekolah"
aku dan naruto akhirnya kami sedar kami merupakan pelajar di akademi kuoh tahun 2
setelah kami semua siap memakai seragam akademi kami pun bertolak ke akademik kuoh
"hey ketua apa kau tahu sesuatu tentang dunia ini??"
naruto bertanya kepada aku
aku pun bingung "heh?? ketua? tak perlu panggil aku ketua kerana burung merpati putih itu kata aku ketua panggil saja aku Thoreq dan sepertinya aku jugak tidak tahu apa yang akan berlaku " aku berbohong kepada mereka berdua ("sebenarnya aku tahu apa yang akan berlaku di dunia kerana aku pernah menonton anime highschool dxd jika aku beritahu kepada mereka apa yang akan berlaku mereka pasti akan bertanya bagaimana")
akhirnya kami sampai ke akademi kuoh sepertinya kami sekelas dengan issei tetapi apa yang aku lihat kami berada pada masa season 1 anime high school dxd kerana di kelas ini Asia masih belum ada
kirito dan naruto sepertinya mereka mudah mendapatkan teman berbanding aku kerana wajah aku rata-rata tidak menarik seperti mereka tetapi aku cuba mendekati issei dan teman-temannya
"hey issei apa yang bincangkan "aku menyapa issei
"ohh thoreq datang sinilah aku mahu memberi sesuatu yang penting "
issei mengajak aku sepertinya kami sudah kenal antara satu sama lain
"lihat lah ini adalah yumma chan kekasihku!! " issei menunjukkan gambar dia dan seorang gadis saling berpegangan tangan layaknya kekasih
"apa!! kau sudah mengkhianati kami issei" motohama dan matsuda marah ke issei
"malam ini kami akan ada temu janji "issei berkata dengan wajah sangat gembira
aku hanya tersenyum ("sepertinya malam ini merupakan malam terakhir kau menjadi manusia ")
beberapa jam kemudian masa sekolah sudah tamat
semasa kami mahu berjalan keluar dari akademi sepertinya motohama dan matsuda melakukan sesuatu yang mencurigakan
kirito yang melihat itu pergi mendekat ke arah mereka "apa kamu sedang lakukan di sini"
motohama dan matsuda pun terkejut melihat kirito "?!kau rupanya kirito kami sedang mengumpulkan harta "
motohama dan matsuda menunjukkan kami pakaian dalam perempuan yang mereka curi
"arghh.. mereka berdua mengingatkan aku kepada jiraya sensei" kata naruto dengan muka kecewa
tiba-tiba wajah motohama dan matsuda menjadi pucat "!??? aaaaa kami perlu pergi dahulu dengan ini semua harta kami akan diserahkan kepada kamu bertiga " mereka pun melarikan diri
kami bertiga pun bingung dengan kata-kata mereka berdua yang terus melarikan diri
"hey kamu bertiga "
aku pun mendengar suara tidak dikenali dari belakang aku pun melihat pemilik suara itu "mampus sudah " aku melihat sona dan tsubasa
...
...
...
Dommss!!
secara tiba-tiba naruto memukul dinding tandas "kenapa kita pula yang kena?? padahal kita tak bersalah "
betul kami sekarang sedang membersihkan tandas kerana ditangkap cuba mencuri pakaian dalam para gadis sona tidak mempercayai kami jika kami bukan pelakunya
aku dan kirito hanya melanjutkan tugas kami membersihkan tandas
...
...
"jika aku berjumpa mereka sekali lagi aku pasti akan meninju wajag mereka berdua " naruto berkata dengan kemarahan
"tenang lah naruto " kirito mencuba menenangkan naruto
"tenang?! apa kau tidak lihat sekarang waktu sudah malam aku sangat lapar"
aku menghiraukan pergaduhan percakapan mereka berdua kerana dalam fikiran aku saat ini hanya berfikir apa yang perlu dilakukan
semasa aku berjalan ("eh? kenapa aku rasa kenal tempat ini apa")
"hey thoreq itu bukan ke issei dan siapa itu " kirito bertanya kepada aku
aku pun melihat dua orang itu di air pancut ("mampus sudah itu kan rarnare bukan ke saat ini.. saat dia membunuh issei")
"lebih baik kita pergi ke arah mereka sepertinya ada sesuatu pelik yang berlaku "kirito pun menuju ke arah issei
aku pun melihat naruto dan kirito menuju ke arah issei aku cuba menghalangi mereka tetapi sudah terlambat
"?!kenapa langit berubah?! " naruto dan kirito terkejut melihat langit berubah ke bentuk lain
"hmm siapa di sana "
kami bertiga pun melihat ke arah rarnare dengan pakaian terbuka dan memiliki sayap
"??kamu bertiga kenapa disini "issei bertanya kepada kami
"issei apa yang berlaku dan siapa dia?! "kirito bingung apa yang berlaku
"aku adalah rarnare malaikat jatuh dan sujud lah manusia "rarnare berkata dengab penuh sombong
"?!apa malaikat jatuh jadi dia lah yang dimaksudkan oleh merpati itu " naruto dan kirito terkejut mereka melihat malaikat jatuh dihadapan mereka
"ohh kamu kenal ye siapa aku tapi sudah terlambat kerana kau sudah menunggu aku untuk membunuh issei sekarang kamu bertiga pun akan mati " rarnare mengeluar 4 tombak cahaya ke arah kami
tanpa aku sedar tembak itu sudah menusuk aku ("apa?! apa hanya begini perjalanan kami?! ")
aku pun jatuh dan aku melihat issei, kirito dan naruto juga terjatuh akibat tombak cahaya itu
naruto mencuba untuk bangun "argh!! aku dapat melihat cahaya itu tetapi kenapa tubuh aku lambat bereaksi apa kerana aku tidak dapat menggunakan chakra?"
aku mendengar luahkan naruto yang sekali lagi jatuh kerana di dunia ini manusia tidak dapat menggunakan chakra
fikiran aku masih sedar tetapi rarnere telah pergi dan mereka bertiga sudah tidak bergerak menunjuk mereka sudah mati
tiba-tiba 1 lingkaran muncul berwarna merah dan keluar seorang gadis berambut mereh seperti darah iaitu rias menuju ke arah issei dan melakukan sesuatu dan dia menuju ke arah kirito dan naruto melakukan hal yang sama
akhirnya dia menuju ke arah aku "hmm sepertinya kamu masih sedar tidak apa aku juga akan membangkitkan kamu kerana sepertinya 2 teman kamu memiliki kekuatan 5 pion"
rias pun menjatuhkan 5 pion ke dalam badan aku tetapi 2 lagi pion terkeluar dengan paksa "apa?? kamu hanya perlukan 3 pion jadi kamu yang paling lemah tetapi 3 pion menunjukkan ada sesuatu di dalam badan kamu pasti akan berguna kepada peerage aku "
semasa mata aku tertutup ("jadi akhirnya aku dibangkitkan menjadi iblis sungguh lucu ")
