Nampaknya semakin ramai orang yang sukakan cerita inArah Harap korang sukakan chapter ni pulak...
AUTHOR: {Siapa yang dah tengok Ep 25 mungkan akan lebih memahami ketika Boboiboy pecah 3 nanti}
^^Balasan REVIEW Daripada Author^^
Rizki5665 & Asep Kacin-San Wardana: Ya, saya ada rancang masukkan mereka dalam cerita ini, tapi Chapter keberapa Rahsia
blackcorrals: 1)Itulah namanya imaginasi...kita boleh melihat sesuatu yang tidak logik bagi duni sebenar
2)Bolehlah faham lah sikit-sikit...
yoshie augestya: Thank you for supporting me
~Sebelum Ini pada Boboiboy: Power Of Elements~
-"BOBOIBOY API!"-Boboiboy berubah menjadi Boboiboy Api kerana terlalu tertekan
Sifu Ryan mengumpulkan kuasanya dalam penumbuknya dan kemudian menumbuk Boboiboy Api dengan kuat.
Tumbukan itu terlalu kuat sehingga Boboiboy Api kehilangan kesemua tenaganya dan kemudian bertukar semula menjadi normal
-"Heh...aku ingat kau ni gagah"-Kata Lisa yang cuba untuk mengejek Boboiboy
-"BOBOIBOY THORN!"-Boboiboy berubah menjadi Boboiboy Thorn
-"IKATAN DAUN BERDURI!"-Boboiboy Thorn mengikat Lisa menggunakan Daun Berdurinya
-"Heh...kau tak akan menang kalau kau tak rancang strategi"-Kata Boboiboy Thorn kepada Lisa
Lisa yang kesakitan akibat terkena duri-duri berjalan meninggalkan Boboiboy.
Kai mengeluarkan 5 golem yang sedikit berbeza daripada golem Boboiboy..
tampa membuang masa kelima-lima golem itu berlari mencari Pusat Latihan Elemen itu..
-"Aku dah kembali...Tok Guruku.."-Kata Kai sebelum dia ketawa dengan nada kejam..
Boboiboy: Power Of Elements
Chapter 4: Golems Attack!
8:30 P.M
Boboiboy keluar ke balkoni untuk mengambil udara segar. Boboiboy melihat tidak jauh dari sebelah kirinya, Lisa sedang mengubati luka-lukanya yang terkena duri Boboiboy Thorn. Boboiboy berjalan menuju ke arah Lisa dan kemudian berdiri di sebelahnya sambil ketawa kecil
-"Asal kau gelak!"-Kata Lisa dengan nada tinggi
-"Tadi acah-acah hebat...tapi kalah jugak"-Kata Boboiboy
Lisa tidak berkata apa-apa cuma sambung mengubati luka-lukanya
-"Tu lah...jangam pandang rendah kebolehan aku.."-Kata Boboiboy cuba untuk mengejek Lisa
-"Dah! Pergi ke dapur...Makan malam dah siap.."-Kata Lisa sambil membawa kotak perubatan menuju ke biliknya.
Boboiboy hanya melihat Lisa sambil ketawa kecil.
Dalam Mimpi Boboiboy
Boboiboy melihat di hadapannya terlihat seorang lelaki keluar daripada api yang marak berjalan ke arahnya. Boboiboy tidak dapat melihat jelas mukanya kerana keadaan sekelilinggnya kabur. Boboiboy cuba menyerangnya tetapi dengan sekelip mata Boboiboy telah dicengkam denganan tanah sehingga dia tidak dapat bergerak dan membuat kuasa.
Lelaki itu berjalan ke arah Boboiboy dengan di tangannya ada seperti kuasa yang berwarna merah. Boboiboy cuba melepaskan diri tetapi gagal. Lelaki itu meletak kuasa merah itu ke dalam Boboiboy, dia tidak dapat menahan kesakitan akibat kuasa merah tersebut. Boboiboy menjerit kesakitan sambil menutup matanya.
Dunia Sebenar
Boboiboy tersedar dari tidurnya. Dia duduk sebentar di katilnya untuk bertenang dan memikirkan apa yang terjadi dalam mimpinya tadi. Boboiboy melihat jamnya sudah menunjukkan pukul 8:00 pagi.
Boboiboy terkejut apabila dia terdengar suara yang kuat seperti ada pertempuran yang berlaku di luar pusat latihan tersebut. Boboiboy lekas bangun dari katilnya dan terus berlari ke luar pusat latihan itu. Setelah Boboiboy tiba, memang betul ada pertempuran yang berlaku.
Kelihatan Lisa dan Sifu Ryan sedang bertarung dengan 5 golem yang dihantar oleh Kai. Lisa berlawan habis-habisan untuk melindungi Pusat Latihan itu. Semasa Lisa sedang berlawan dengan satu golem, tiba-tiba satu golem lagi menyerangnya. Lisa cuba menghalangnya dengan menggunakan Tanah Pelindung tetapi tumbukan itu terlalu kuat dan menyebabkan Lisa terpelanting ke belakang. Dengan pantas, Boboiboy menyambut Lisa daripada jatuh.
-"Kau ok ke?"-Tanya Boboiboy yang masih mendukung Lisa
Lisa berdiri semula dan kemudian menolak Boboiboy
-"Asal kau bangun lambat hah!"-Jerit Lisa
BOBOIBOY: Aduh...dah mula dah dia ni - Kata Boboiboy dalam hatinya
-"Eleh, kata kuat... takkanlah tak boleh kalahkan satu golem pun"-Kata Boboiboy cuba untuk mengejek Lisa
-"Ish!...aku bagi penumbung ni karang!..."-
-"Bagilah! Kau ingat aku takut?"-Balas Boboiboy
Pada masa yang sama Sifu Ryan masih berlawan dengan kelima-lima golem itu. Sifu Ryan berasa marah kerana Boboiboy dan Lisa tidak membantunya
-"Fokus! Jangan gaduh!"-Jerit Sifu Ryan dari jauh
Tetapi Boboiboy dan Lisa masih bergaduh lagi tampa mendengar jeritan Sifu Ryan.
Salah satu golem itu mengambil kesempatan semasa Sifu Ryan mengarahkan Boboiboy dan Lisa berhenti bergaduh untuk menyerang Sifu Ryan. Sifu Ryan tidak sempat mengelak dan kemudian dia terpelanting dan kemudian pengsan.
-"Sifu!"-Jerit Lisa dan Boboiboy sambil berlari ke arah Sifu Ryan
-"Sifu?, Sifu! Bangun Sifu..."-Kata Lisa dengan perasaan sedih dan risau
Dengan perasaan marah, Boboiboy berdiri sambil megenggam kedua tangannya.
-"Lisa...bawak Sifu masuk dalam...biar aku uruskan mereka ni.."-Kata Boboiboy tampa memandang Lisa
Tampa fikir panjang Lisa, membawa Sifu Ryan masuk ke dalam Pusat Latihan itu.
Boboiboy berjalan ke arah golem-golem itu dan bersedia untuk berpecah menjadi tujuh...tetapi Boboiboy melihat sesuatu yang menyebabkan dia menukar fikirannya untuk berpecah menjadi tiga...
[-TANAH-PETIR-SOLAR-]
-"BOBOIBOY...KUASA...TIGA!"-Boboiboy berpecah menjadi tiga
Halilintar dan Solar berasa pelik kenapa mereka hanya berpecah tiga, sedangkan mereka boleh berpecah lebih daripada itu.
-"Wei Gempa, asal kita tak pecah tujuh je tadi?"-Tanya Halilintar
-"Halilintar, Solar korang serang yang empat yang lain...biar aku uruskan yang tengah ni..."-Kata Gempa tampa membalas pertanyaan Halilintar
Dalam keadaan keliru...Halilintar dan Solar meninggalkan Gempa untuk menyerang keempat-empat golem itu.
HALILINTAR: PEDANG HALILINTAR!
SOLAR: PEDANG SOLAR
Gempa melihat kesemua golem itu menyerang Halilintar dan Solar kecuali golem yang berada di hadapannya itu tidak bergerak langsung. Gempa merenung matanya dan melihat sesuatu yang tidak kena dengan golem itu. Gempa berjalan ke arah golem itu dan cuba bercakap dengan golem itu
-"Kenapa kau datang ke sini hah!"-Kata Gempa
-"Aku ke sini nak hancurkan kamu semua!"-Balas Golem itu
-"Kau bukan golem biasa...Cakap! Siapa yang hantar kau hah!"-
-"Itu bukan urusan kau nak tahu siapa aku!"- Kata Golem itu sambil menyerang Gempa
Gempa sempat mengelak ke belakang. Pada masa yang sama juga Halilintar dan Solar juga turut berada bersama Gempa.
-"Jadi? Berapa dah hancur?"-Kata Gempa
-"Dua dah hancur...tinggal tiga lagi"-Balas Solar
-"Mari kita ajar diorang bertiga ni"- Kata Gempa
GEMPA: GOLEM KRISTAL
HALILINTAR: TOMBAK HALILINTAR
-"TANAH PENCENGKAM"-Gempa menggunakan golem kristalnya untuk mencengkam ketiga-tiga golem itu
-"Sekarang Solar"-Arah Halilintar
-"Hehe...TEMBAKKAN...SOLAR!"-Solar mengeluarkan kuasa terkuatnya untuk menghancurkan ketiga-tiga golem tersebut.
Kesemua golem-golem itu hancur akibat terkena serangan Solar itu kecuali golem yang bercakap dengan Gempa sebelum itu kerana dia sempat melepaskan diri. Solar sekali menyerang menggunakan "Tembakan Solar" ke arah golem itu...tetapi golem itu dapat menahannya. Tiba-tiba "Tembakan Solar" itu terhenti kerana kehabisan tenaga
-"Alamak, masa ni lah kau nak habis tenaga?"-Kata Solar kepada cermin matanya yang berada di tangannya
-"Tak apa biar aku uruskan...PUSARAN HALILINTAR!"-
Halilintar cuba menyerang tetapi dapat ditepis oleh golem itu. Golem itu cuba menyerang Solar tetapi dapat dihalang oleh Golem Kristal Gempa yang dicengkam oleh tanah pencengkam.
-"Rasakan ni...TUMBUKAN GEGAR!"-Gempa menyerang golem itu menggunakan tumbukan Golem Kristal sehingga badannya hancur.
Golem itu telah tewas kerana dia tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana hanya tinggal badan dan kepalanya sahaja yang tinggal. Setelah Lisa melihat pertarungan itu telah tamat...Lisa berlari ke arah Gempa, Solar dan Halilintar
-"Siapa yang hantar kau hah!"-Jerit Lisa
-"Kita tak perlu tanya dia Lisa...Kita dah jumpa siapa yang hantar dia"-Kata Gempa
-"Kita dah jumpa?...macam mana kau tahu?"-Tanya Solar
-"Dia sedang perhatikan kita...dari mata golem ni"-Balas Gempa
-"Dari mata dia? apa maksud kau Gempa?"-
-"Sejak awal lagi aku perasan yang antara kelima-lima golem yang kita lawan tadi, dia je yang mempunyai mata berwarna merah...Aku shak yang mesti ada sesuatu di sebalik mata merah tu.'-Kata Gempa
-"Sebab tulah kita tak pecah tujuh...kau nak senangkan sikit kerja kau kan"-Kata Halilintar
Gempa mendekatkan dirinya ke arah kepala golem itu
-"Siapa kau ni hah?! Apasal kau nak serang tempat ni"-Kata Gempa ke arah golem itu
-"Nampaknya koranglah anak murid Sifu Ryan sekarang?"-Kata Kai daripada golem itu
-"Aku tanya siapa kau ni hah!"Jerit Gempa
-"Kau tak perlu tahu siapa aku buat masa ni...cuma kau patut tahu sehebat mana kuasa aku..."-Kata Kai daripada golem itu
Secara tiba-tiba seluruh badan golem itu hancur sehingga hanya menjadi debu-debu pasir...
-"Kuasa? apa maksud dia?"-Tanya Lisa kepada Gempa
Secara tiba-tiba Ochobot menghubungi Gempa dalam jam kuasanya.
-"Boboiboy!"-Jerit Ochobot
-"Eh, Ochobot apasal ni?"-Tanya Gempa
-"Kau...kau kena tengok berita hari ni!"-Jerit Ochobot sambil mengubah arah skrin ke arah TV.
-Sebentar tadi, satu letupan besar yang telah berlaku di bandar-bandar di Sabah dan Sarawak. Letupan itu telah menyebabkan ramai yang terkorban dan telah merosakkan bangunan-bangunan yang terdapat di sekitar kawasan letupan itu. Terdapat beberapa perkara pelik telah berlaku di tempat kejadian seperti Kebakaran yang telah marak tampa punca yang boleh berlakunya kebakaran itu dan ribut petir yang melanda bandar itu...Polis Sabah masih lagi menyasat punca kejadian...-
-"Boboiboy...aku harap kamu berhati-hati berada di sana...ok jumpa lagi"-Kata Ochobot sebelum dia meletak pangilan itu.
Kesemua orang berasa terkejut dengan apa yang mereka dengar daripada berita tadi.
-"Kejadian itu berlaku selepas sahaja orang itu cakap sehebat mana kuasa aku..."-Kata Halilintar
-"Aku tahu siapa yag perhatikan kita menggunakan golem ini dan siapa yang menyerang bandar tadi.."-Kata Lisa
-"Siapa?"-
-"Aku pasti...Kai dah kembali..."-Kata Lisa
Gempa, Halilintar dan Solar berasa terkejut dengan apa yang telah dicakapkan oleh Lisa..
2 Jam Kemudian
Di bilik Sifu Ryan, kelihatan Sifu Ryan masih lagi dalam keadaan pengsan. Dia mengalami kecederaan teruk di bahagian kaki dan badannya. Ini menyebabkan Lisa tersangat risau. Dia bangun dari kerusi yang di duduk sebentar tadi dan kemudian keluar dari bilik Sifu Ryan. Boboiboy juga berada di hadapan bilik itu untuk melihat keadaan Sifu Ryan.
-"Jadi? Sifu macam mana?"-Tanya Boboiboy
Lisa tidak menjawab pertanyaan Boboiboy. Kemudian Lisa memeluk Boboiboy sambil menangis. Boboiboy dengan berasa sedih melihat keadaan Lisa, dan dia cuba untuk menenangkan Lisa.
-"Dah, jangan nangis lagi..."-Kata Boboiboy cuba untuk menenangkan Lisa
Lisa melepaskan pelukannya.
-"Dia sahaja yang aku ada sekarang..."-Kata Lisa yang masih bersedih lagi -"Ini Semua Salah Aku!"-Jerit Lisa sambil menumbuk dinding dengan kuat.-"Aku tak patut bergaduh dengan kau tadi...kalau tak, dia masih lagi ok"-
-"Dah la tu...kau tak boleh salahkan diri sendiri...aku pasti, dia akan selamat"-Kata Boboiboy
Selepas apa yang Boboiboy katakan kepadanya, Lisa telahpun tenang semula. Kemdian Boboiboy mengelap air mata Lisa di pipinya yang masih ada air mata.
-"Dah, aku perlukan bantuan kau untuk kalahkan Kai.."-Kata Boboiboy
-"Aku rasa kau tak perlukan bantuan aku untuk kalahkan Kai.."-
-"Tak Lisa...aku perlukan kau untuk kalahkan dia...kita kena bekerja-sama aku tak boleh lawan bersendirian..."-
-"Tapi...apa gunanya aku lawan dengan dia...aku hanya boleh memanipulasikan kuasa elemen sahaja...bukan macam kau"-Kata Lisa
-"Kalau macam tu aku akan ajar kau"- Kata Boboiboy sambil memegang kedua-dua bahu Lisa
Lisa seperti tidak percaya apa yang dia telah dengar kerana Sifu Ryan tidak pernah mengajarnya cara untuk menghasilkan kuasa elemen.
TO BE CONTINUED
Siap jugak akhirnya chapter ini...Oh ya jangan lupa saksikan episode akhir Boboiboy Musim 3 pada 15 Jun 2016
Teruskan REVIEW dan Beri Cadangan untuk cerita ini...Jumpa lagi di Chapter akan datang :)
