Hai sekali lagi..Harap korang sukakan Chapter Ini...maaf sebab lambat Update
~Balasan REVIEW Daripada Author~
Rizki5665 & Asep Kacin-San Wardana : Terima Kasih kerana bersabar...
Nameurang : Saya gunakan Bahasa Malaysia...jadi Maaf kerana sukar untuk dibaca oleh Pembaca Dari Indonesia...
Guest : Nantikan Kemunculan Mereka...
Hia Kanagawa: Saya akan Update kalau saya ada masa..
~Sebelum Ini Dalam Boboiboy: Power Of Elements~
-"Aku tahu siapa yag perhatikan kita menggunakan golem ini dan siapa yang menyerang bandar tadi.."-Kata Lisa
-"Siapa?"-
-"Aku pasti...Kai dah kembali..."-Kata Lisa
Gempa, Halilintar dan Solar berasa terkejut dengan apa yang telah dicakapkan oleh Lisa..-"Tak Lisa...aku perlukan kau untuk kalahkan dia...kita kena bekerja-sama aku tak boleh lawan bersendirian..."-
-"Tapi...apa gunanya aku lawan dengan dia...aku hanya boleh memanipulasikan kuasa elemen sahaja...bukan macam kau"-Kata Lisa
-"Kalau macam tu aku akan ajar kau"- Kata Boboiboy sambil memegang kedua-dua bahu Lisa
Boboiboy: Power Of Elements
Chapter 5: The Curse
Di Tempat Latihan
Kelihatan Boboiboy sedang mengajar Lisa cara untuk menghasilkan kuasa elemen
-"Boboiboy...macam mana aku nak hasilkan kuasa elemen sedangkan aku tak pernah berlatih sebelum ni"-Tanya Lisa
-"Disebabkan kuasa kau ni lain sikit...kau terpaksa gunakan elemen lain untuk hasilkan kuasa elemen kau"-Balas Boboiboy
-"Maksud Kau?"-
-"Macam ni...contohnya kau nak hasilkan kuasa Air, kau boleh ambil elemen Air dalam udara"-Kata Boboiboy sambil menghasilkan kuasa air di dalam tangannya
Lisa terkejut dengan apa yang dilihatnya.
-"Kalau Api, kau guna haba badan kau...dan Petir pulak, kau guna tenaga yang ada dalam badan kau"- Kata Boboiboy cuba untuk menerangkan cara untuk menghasilkan kuasa elemen. -"Sifu kata kau dah menguasai elemen Tanah dan Angin...jadi kena belajar cara nak hasilkan kuasa Api, Air dan Petir sahaja"-
-"Ok, sekarang kau cuba pulak hasilkan Air"-Kata Boboiboy
Lisa cuba fokuskan diri dengan udara di sekelilingnya dan menadakan tangannya. Bentuk berbola Air mula terbentuk dari titisan air kecil, dan kemudiannya semakin membesar dan membesar...tetapi Lisa kehilangan fokus dan bola air tersebut pecah.
-"Aku...aku tak boleh buat"-Kata Lisa
-"Kau boleh Lisa...aku percayakan kau"-Kata Boboiboy sambil memegang bahu Lisa
Lisa hanya mampu tersenyum.
Lisa cuba lebihkan fokusnya. Dia menutup matanya dan memutarkan tangannya untuk menghasilkan kuasa Air...kuasa Air mula membentuk dan mengelilingi Lisa dan seterusnya ditumpu di dalam tangan Lisa. Setelah Lisa sudah bersedia, dia melontar bebola air itu dan menyebabkan letupan berlaku di tempat latihan itu
-"Aku...aku dah berjaya Boboiboy!...aku dah berjaya!"-Kata Lisa dan kemudiannya memeluk Boboiboy
-"Err...Lisa?"-
Lisa tersedar yang dia masih memeluk Boboiboy. Lisa melepaskan pelukannya dan kemudian muka Lisa bertukar kemerahan kerana malu
-"Emm..hehehe, maaf"-Kata Lisa yang masih dalam keadaan malu
2 Minggu Kemudian
Lisa telah berlatih bersungguh-sungguh supaya dapat menguasai kelima-lima kuasa elemennya. Dan akhirnya dia berjaya menguasai kelima-lima kuasa elemennya. Dalam masa dua minggu juga, Sifu Ryan beransur pulih dari kecerderaannya tetapi dia masih tidak boleh banyak bergerak.
7:57 Malam
Kelihatan Boboiboy keluar dari bilik Sifu Ryan dan kemudian berjalan menuju ke biliknya. Sebelum dia masuk, dia ternampak Lisa berada di luar pusat latihan itu sambil duduk melihat bulan penuh.
Boboiboy berjalan menuju ke arah Lisa, tetapi sebelum itu sesuatu yang mengganggu dalam fikirannya.
Flashback (Mimpi Boboiboy)
Dia melihat kemusnahan yang teruk berlaku di pusat latihan itu. Bangunan pusat latihan itu terbakar teruk dan tidak ada apa-apa yang tinggal. Kemudian dia terdengar seseorang memanggilnya.
-"Boboiboy!"-
Boboiboy menoleh kebelakang dan melihat Lisa dalam keadaan cedera
-"Boboiboy! Ingat siapa diri kau!"- Kata Lisa sambil menangis
Boboiboy berasa pelik mengapa Lisa kata seperti itu sehinggalah dia melihat seseorang dengan cahaya merah yang terang menuju ke arah Lisa dengan pantas.
-"LISA!"-
End Flashback
-"Itu mimpi je kau je...tak perlulah risau sampai macam ni"-Kata Boboiboy kepada dirinya
Boboiboy berjalan menuju ke Lisa dan kemudian duduk di sebelahnya.
-"Hai Lisa"-
-"Oh, Hai Boboiboy"-
-"Macam mana dengan latihan kau?"-Tanya Boboiboy
-"Baik sekali...aku dah menguasai kesemua kuasa aku"-Kata Lisa
-"Kan aku dah kata, kau pasti boleh buat"-Puji Boboiboy kepada Lisa
-"Err...Boboiboy...Terima Kasih, sebab tolong aku kuasai kesemua kuasa elemen aku"- Kata Lisa
Boboiboy hanya mampu senyum.
-"Oh ye, macam mana kau boleh jumpa Pusat Latihan ni?"-Tanya Boboiboy
-"Panjang ceritanya..."-Balas Lisa
-"Pendekkan"-
"-...nama sebenar aku ialah Nur Alicia...masa tu, umur aku 6..mungkin 7 tahun... aku tinggal dekat Kampung Gua Musang kat Kota Kinabalu...sebelum aku dapat tahu aku ada kuasa, semua orang bahagia dan aman...dan segalanya berubah apabila datuk aku memberitahu yang aku juga mempunyai kuasa elemen sepertinya, yang dirahsiakan oleh ibu dan ayah aku...Berita itu telah tersebar di seluruh kampung dan setelah ibu dan ayah aku meninggal akibat kemalangan jalan raya, semua orang jahat mencariku kerana mahu mengambil kuasa aku..."-Kata Lisa sambil menunjukkan Jam Kuasanya -"Pada satu hari, datang Kumpulan Samseng ke rumah aku kerana mahu mencari aku... Atuk aku suruh aku larikan diri dan mencari Pusat Latihan Elemen yang bertapak di kawasan pergunungan di pedalaman negeri ini...Atuk aku memberiku peta yang sudah lama dan menyuruhku pergi meninggalkannya... Aku pergi meninggalkan kampung itu dan terus mencari pusat latihan ini mengikut peta yang diberi oleh atuk aku...aku mengambil masa seminggu untuk mencari tempat ni...Sejak hari tu...aku tak pernah dengar khabar daripada Atuk aku..."-
-"Aku bersimpati dengan kau"-Kata Boboiboy
-"Tak apa...kisah lama tak payah nak ungkit"-
Pada masa yang sama juga Sifu Ryan melihat Boboiboy dan Lisa sambil tersenyum. Dia gembira yang mereka berdua sudah berbaik sesama sendiri. Dia juga bangga dengan Lisa kerana sudah menguasai kesemua kuasa elemennya yang telah lama diimpikan oleh Lisa.
Sifu Ryan masuk ke dalam biliknya kerana ingin berehat. Tetapi sebelum Sifu Ryan sempat untuk baring di katilnya...tiba-tiba dia berasa dirinya tidak boleh bergerak. Rupa-rupanya dia telah dijurus Darah oleh Kai yang telah berada di dalam bilik itu.
Sifu Ryan tidak boleh berbuat apa-apa kerana tidak mampu bergerak. Kai mengambil tenaga dan kuasa Sifu Ryan. Kemudian dia melempar Sifu Ryan ke arah dinding. Sifu Ryan tidak boleh bergerak kerana kesemua tenaganya diambil oleh Kai.
-"Kita berjumpa lagi...Sifu"-
-"Apa yang kau nak ha!"-
-"Tak sangka kau masih hidup lagi...aku rasa dah berabad lamanya kita hidup di tempat sampah ni"-Kata Kai
-"Macam mana kau dapat buat Jurus Darah?!"- Tanya Sifu Ryan
-"Kau ingat aku tak buat apa-apa ke...masa aku kat penjara batu kau tu...Aku datang bersedia!"-Kata Kai dengan nada kejam -"Tak sangka dah banyak perubahan yang telah berlaku kat dunia ni...aku tak tahu mana nak pergi dulu"-
-"Kau dah dapat apa yang kau nak kan...baik kau pergi dari sini!"-
Kai berasa marah kemudian dia memegang kepala Sifu Ryan
-"Tak payahlah cepat sangat...banyak lagi aku nak tahu"- Kata Kai
Kemudian Kai menyelami minda Sifu Ryan...Segala apa yang Sifu Ryan tahu...Kai juga turut tahu
-"Nampaknya aku dah tahu tempat mana yang aku patut musnahkan dulu...Apa kata tempat tinggal budak bertopi tu"-Kata Kai
-"Jangan kau berani sentuh mereka"-
Kemudian Kai mesasarkan tangannya ke arah Sifu Ryan.
-"Aku dah naik bosan tengok muka kau ni...selamat tinggal guruku"-Kata Kai
-"Heh...buatlah apa yang kau nak buat...sebab bukan aku yang ditakdirkan untuk kalahkan kau"-
"BOOOM" Letupan besar yang menghancurkan Bangunan Pusat Elemen itu. Hanya kelihatan Api-api besar menyala.
Boboiboy dan Lisa mendengar letupan itu, terus mereka berlari ke pusat latihan itu. Tetapi mereka sudah terlambat...tempat itu sudah hancur terbakar.
-"SIFU!"-Jerit Lisa
Tiada balasan daripada Sifu Ryan. Tetapi tidak lama kemudian muncul seorang lelaki keluar dari celah-celah api.
-"Siapa tu?"-Tanya Boboiboy
-"Tak...tak mungkin"-Kata Lisa dengan rasa cemas -"Dia...tu Kai!"-
Boboiboy turut terkejut selepas mendengar kata-kata Lisa..
-"Jadi, kaulah Boboiboy tu ye?"-Tanya Kai dengan nada kejam
-"Apa kau nak hah! Mana Sifu!"-Jerit Boboiboy
-"Kau masih risau dengan orang tua tu?"-Kata Kai sebelum ketawa-" Kau tak perlu risaukan dia lagi...aku dah uruskan orang tua tu"-
-"Kau...kau apa?!"-
-"Lagipun aku dah dapat apa yang aku nak dari dia...jadi aku hapuskan dia"-
Selepas Lisa mendengar kata-kata Kai...dia tidak mampu menahan kesedihan
-"Kau Kejam!"-Jerit Lisa
-"Kejam? Ini baru fasa pertama rancangan balas dendam aku"-Kata Kai -"Aku rancang nak hancurkan dunia ni...tapi, buat masa sekarang, apa kata aku pergi Pulau Rintis?"-
Boboiboy berasa amat marah kerana Kai mensasarkan Pulau Rintis dahulu
"BOBOIBOY HALILINTAR!" Boboiboy bertukar menjadi Boboiboy Halilintar kerana terlalu marah
-"Jangan kau berani dekati Pulau tu"-Kata Halilintar sambil mensasarkan Pedangnya ke arah Kai
"TETAKAN HALILINTAR" Halilintar mula menyerang Kai
*BOOOM* Letupan yang mengeluarkan asap tebal berlaku di pusat latihan itu
Setelah asap-asap semakin berkurangan. Kelihatan Halilintar menepati sasarannya ke arah Kai, tetapi serangan itu dapat dihalang oleh Kai. Dia dapat mematahkan serangan itu dengan hanya memegang Pedang Halilintar tampa tercedera sedikit pun.
-"Apakah?!"-
-"Kau tak setanding dengan aku!"-Kata Kai
"IKATAN KILAT" Kai mengikat Halilintar dengan menggunakan kuasa petirnya.
Ikatan itu menghasilkan kejutan elektrik yang kuat sehingga Halilintar tidak dapat menahan dan kemudian berubah semula menjadi Boboiboy biasa.
Lisa cuba untuk menyelamatkan Boboiboy...tetapi dia telah dijurus Darah oleh Kai dan tidak boleh bergerak.
-"Kau memang hebat Boboiboy...aku sendiri kagum dengan kebolehan kau"-Kata Kai sambil mendekati Boboiboy dengan membawa seperti kuasa berwarna merah ditangannya -"Aku rasa aku boleh gunakan kau Boboiboy"-
-"Apa kau nak buat dengan dia hah!"- Jerit Lisa
-"Oh tak ada apa-apa...cuma nak masukkan benda ni je!"-Kata Kai sambil memasukkan kuasa merah itu ke dalam badan Boboiboy.
Boboiboy tidak dapat menahan kesakitan dan setelah kuasa itu masuk sepenuhnya ke dalam badan Boboiboy...Boboiboy terus pengsan.
-"Boboiboy! Bangun Boboiboy!"-Kata Lisa dengan rasa risau
Tidak ada balasan daripada Boboiboy. Tidak lama selepas itu Boboiboy telah tersedar dari pengsan, dan dia bukan seperti sebelum ini. Mata Boboiboy berubah menjadi merah dan dia seperti sedang dikawal. Setelah Boboiboy sedar sepenuhnya Kai melepaskannya.
-"Sedia untuk menerima arahan Tuan Kai"-Kata Boboiboy
-"Apa kau dah buat dengan dia?"-Tanya Lisa
-"Aku dah bosan duduk lama kat sini...aku rasa biar dia sendiri bunuh kau"-Balas Kai
-"Kau rasuk fikiran dia!"-
-"Heh...Boboiboy, bunuh dia"-Kata Kai kepada
-"Baik Tuan"-Balas Boboiboy
Kai berjalan dan kemudian menggunakan kuasa Sifu Ryan iaitu Kuasa Telepotasi Kilat dan terus menuju ke Pulau Rintis. Setelah Kai hilang dari Pusat Latihan itu...Jurus Darah telahpun hilang dari Lisa.
-"Boboiboy! Ingat siapa diri kau Boboiboy!"-Jerit Lisa
-"Senyaplah kau!"-
"BOBOIBOY BLAZE!"Boboiboy bertukar menjadi Boboiboy Blaze.
"CAKERA API"Blaze mengeluarkan cakeranya dan menyerang Lisa
Lisa mengelak kesemua serangan daripada Blaze.
"TEMBAKAN BEBOLA AIR" Lisa membalas serangan Blaze
Tetapi Blaze dapat menepis serangan Lisa. Lisa tidak berputus asa dan terus membalas-balas serangan daripada Blaze. Dengan perasaan marah...Blaze membaling cakeranya ke arah Lisa...tetapi Lisa sempat mengelaknya. Cakera itu terkana bangunan Pusat Elemen di belakang Lisa dan kemudian menghasilkan letupan yang kuat...Lisa terkena letupan itu dan kemudian terpelanting kehadapan. Lisa sudah tidak mampu untuk berlawan lagi kerana cedera teruk.
-"Kau dah kalah...aku ingat kau ni hebat!"-Kata Blaze kepada Lisa
-"Ingat siapa diri ku Boboiboy...kau tak patut ikut arahan Kai!"-Kata Lisa yang masih berusaha untuk kembalikan Boboiboy semula
-"Oh...masih tak mengalah lagi"-
[TANAH-PETIR-ANGIN]
"BOBOIBOY KUASA TIGA"Boboiboy berpecah menjadi Tiga
-"Halilintar...kau habiskan dia"-Kata Gempa kepada Halilintar
Lisa menutup matanya dan mengeluarkan air matanya kerana dia mengetahui yang dia tidak akan selamat.
-"Habislah kau kali ni"-Kata Halilintar
"TETAKKAN HALILINTAR" Halilintar mula menyerang Lisa
Pada masa yang sama...Gempa melihat air mata Lisa jatuh satu persatu dan kemudian teringat dengan mimpinya yang telah berlaku selama dia berada di situ. Mata merah Gempa mula menghilang dan kemudian kuasa merah dalam badan Gempa hilang dan terus menghalang Halilintar daripada menyerang Lisa
-"Lisa!"-
"TANAH CERAKA" Gempa mengeluarkan Tanah Ceraka untuk menghalang Halilintar
TO BE CONTINUED
Habis jugak chapter ni...Oh ya, sekali lagi saya ingin meminta maaf kerana lewat Update...saya sibuk untuk persediaan Hari Raya, jadi tak ada masa untuk Update...Satu lagi...Saya akan sambung cerita ni selepas hari raya...jumpa lagi di Chapter seterusnya..
