Hai sekali lagi...ini chapter baru untuk korang...Jangan lupa REVIEW dan beri cadangan untuk cerita ini..
^^Balasan REVIEW Daripada Author^^
blackcorrals: Oh ya, dapat juga review dari kamu, ingat dah tak nak baca dah. Pasal Sifu Ryan tu nanti saya pertimbangkan.
Ililara (Guest),Twilight sparkle (Guest): Terima Kasih kerana bersabar...Ini Chapter baru untuk korang
Guest, hisa kanagawa (Guest) : Thanks for starting reading my story...I hope you enjoy this new Chapter
Rampaging Snow: Secara teknikalnya, Itu ialah Boboiboy sebenar
Name urang (Guest): Tak apa, saya pun macam tu jugak dulu sebelum saya buat account saya sendiri...
~Sebelum Ini Dalam Boboiboy: Power Of Elements~
-"Kau nak bunuh dia...Langkah Mayat Aku Dulu"-Kata Gempa dengan serius
"BOBOIBOY BLAZE"
"CAKERA API" Blaze mengeluarkan senjatanya
Blaze dan Halilintar berlari bertentangan dan menahan larian mereka menggunakan senjata mereka. Perlanggaran itu menyebabkan letupan yang berlaku, dan menghasilkan asap yang tebal.
Halilintar cuba melarikan diri daripada asap itu untuk memulihkan pandangannya.
"BOBOIBOY SOLAR" Thorn bertukar menjadi Solar
"TEMBAKAN SOLAR"
Tembakan itu tepat ke arah Halilintar. Serangan itu menyebabkan Halilintar tertewas dan bertukar kembali menjadi Petir. Solar berjalan ke arah Petir
-"Ak...aku akan balas dendam"- Kata Petir
Boboiboy: Power Of Elements
Chapter 7: Apocalypse
8:45 P.M
-"Boboiboy! Bangun Boboiboy!"-Kata Lisa sambil mengerakkan badan Boboiboy
Boboiboy membuka matanya dengan perlahan-lahan dan melihat Lisa. Boboiboy juga dapat melihat air mata Lisa sedang mengalir di pipinya.
Setelah Boboiboy berdiri, Lisa dengan pantas terus memeluknya. Boboiboy berasa terkejut dengan kelakuan Lisa
-"Boboiboy, risau betul aku tadi...aku ingat kau sudah tiada"-Kata Lisa sambil menangis
Boboiboy melepaskan pelukan Lisa dan kemudian melihat sekelilingnya. Pusat Latihan itu hancur sepenuhnya.
-"Ini semua salah aku..."-Kata Boboiboy sambil menundukkan kepalanya
-"Tak, ini bukan salah kau"-
-"Aku biarkan dia pergi, dan musnahkan tempat ini. Dan Aku sepatutnya lindungi Sifu...tapi...sekarang dia sudah tiada..."-
Lisa tidak mampu untuk membalasnya.
-"Kita mesti ke Pulau Rintis dan halang Kai"-Kata Lisa
-"Tapi macam mana?!"-
-"Sifu pernah ajar saya cara nak gunakan Telepotasi Kilat.."-Kata Lisa
-"Tapi ianya berisiko dengan keadaan kau macam ni..."-Balas Boboiboy dengan perasaan risau kerana Lisa masih dalam keadaan cedera
-"Kita tak ada pilihan lain"-
Boboiboy terdiam seketika sebelum mengangukkan kepalanya
-"Sekarang, pegang tangan aku"-Kata Lisa
Kemudian Boboiboy memegang kedua-dua tangan Lisa. Dan tidak lama selepas itu...suatu cahaya terang muncul di dalam kedua-dua tangan mereka.
Di Pulau Rintis
Kelihatan Gopal, Fang, Ying dan Yaya sedang berjalan-jalan di Bandar Pulau Rintis.
-"Wei, Mana si Boboiboy ni...dah lama kita tak nampak dia"- Kata Fang
-"Wei Yaya, kau kan jiran dia...mesti kau tahu dia kat mane kan..."- Tanya Gopal
-"Tok Aba cakap, dia ada kat Sabah"- Balas Yaya
-"Ayo, apa dia buat dekat sana?"- Tanya Ying
-"Entahlah, Tok Aba tak cakap pun kenapa dia pergi kat sana"- Balas Yaya
-"Tunggu kejap, apasal kau sorang je yang tahu?"- Tanya Fang
-"Emm"-
Sebelum Yaya sempat menghabiskan kata-katanya, satu cahaya besar kelihatan terapung di bandar pulau rintis.
-"Cahaya...cahaya apa tu?!"-Tanya Gopal dengan rasa takut
Cahaya itu menghasilkan elektrik dan kemudian menhasilkan letupan yang besar. Yaya,Ying, Fang dan Gopal sempat mengelak gelombang letupan itu. Letupan itu menyebabkan kerosakkan teruk di Bandar itu dan meyebabkan ramai orang awam berlari tidak tentu arah.
-"Kamu semua ok?"-Tanya Yaya
-"Kitorang ok
Mereka berempat bangun semula selepas letupan itu reda. Setelah asap-asap tebal sudah hilang...kelihatan seorang lelaki berjubah hitam serta memakai Hood sedang terbang dan kemudian dia turun ke tanah dimana tidak jauh daripada Yaya, Ying, Fang dan Gopal
-"Siapa kau hah!"-Jerit Fang
Kai membuka Hoodnya dan kemudian memandang mereka berempat tampa berkata apa-apa.
-"Dan apasal kau musnahkan satu bandar ni!"- Sambung Fang lagi
Kai memandang mereka berempat tampa berkata apa-apa. Fang berasa sangat marah kerana soalannya tidak di jawab dan kemudian mengeluarkan kuasanya di dalam tangannya. Tetapi kemudian Yaya menghalangnya.
-"Fang, sabar... kita tidak tahu siapa dia, dan kita tak tahu kebolehan dia"- Kata Yaya
-"Ah, peduli apa aku!...Kalau Boboiboy ada kat sini, mesti dia serang lelaki tu"- Kata Fang
Kai tersenyum setelah Fang menyebut nama Boboiboy.
-"Jadi...Betullah korang ni kawan Boboiboy?"-Tanya Kai
Mereka berempat terkejut apabila Kai mengenali Boboiboy.
-"Kau...kau kenal Boboiboy?"-Kata Yaya
-"Dia seorang yang hebat...tapi mungkin korang tak akan dapat jumpa dia lagi"-Kata Kai
-"Kau...Apa kau buat kat dia hah!."-Jerit Yaya
-"Ah, sudahlah"-Jerit Fang yang tidak percayakan kata-kata Kai
"TUSUKKAN JARI BAYANG" Fang menyerang Kai
Tetapi semasa serangan itu hampir megenai Kai...Kai sempat mengeluarkan tanah pelindung untuk menghalang serangan Fang
-"Aiya...dia ada kuasa sama dengan Boboiboy"-Kata Ying
-"Jadi, korang pun ada kuasa ye?"-Kata Kai
Mereka berempat berasa gementar seperti mereka sudah tahu yang mereka akan kalah
"TEMBAKAN KILAT" Kai membalas serangan Fang, dan serangan itu tepat ke arah Fang
-"Fang!"-
-"Siapa sebenarnya kamu ni!"-Jerit Ying
-"Aku ialah Kai, daripada puak Elemen...Aku datang ke sini untuk membalas dendam dan selesaikan misi aku"- Kata Kai
-"Misi?...Misi ap.."-
Sebelum Ying dapat menghabiskan kata-katanya, Kai mula menyerang mereka menggunakan Tembakan Kilat
-"Elak semua!"-Jerit Yaya
Yaya, Gopal dan Fang sempat mengelak daripada serangan Kai, tetapi serangan itu terkena Ying dan kemudiannya pengsan.
-"Ying!"-
Mereka bertiga berlari ke arah Ying yang terbaring di atas tanah.
-"Ying!? Ying!"-Jerit Fang tetapi tiada balasan daripada Ying
Yaya menutup mulutnya sambil menangis dengan keadaan Ying yang parah.
-"Gopal, bawak Ying ke tempat selamat"-Arah Fang kepada Gopal
Gopal mengangguk kemudian mengangkat Ying dan lari ke tempat yang selamat.
-"Mari kita selesaikan semua ni"-Kata Fang kepada Yaya
-"Sedia Fang"-Kata Yaya
Kai yang tidak berapa jauh daripada mereka berdua sudah dalam keadaan bersedia.
"SEPARA HARIMAU BAYANG" Fang berubah kepada Separa Harimau Bayang.
"CAKARAN BAYANG" Fang mula menyerang
Dan kemudian menyerang Kai dengan bertubi-tubi. Tetapi setiap serangan Fang dapat dielak oleh Kai dengan mudah.
-"Heh, tu je yang kau ada?"-Kata Kai sambil mengelak serangan Fang
"TUMBUKAN KILAT" Fang membalas serangan Fang
Tumbukkan itu tepat ke arah Fang dan kemudian terpelanting ke belakang dengan ranjatan elektrik.
-"Tak guna kau!"-Jerit Yaya
"GRAVITI PEMBERAT" Yaya menggunakkan kuasa Gravitinya
Kai tidak boleh bergerak sehingga jatuh ke tanah kerana graviti terlalu berat.
"TUMBUKAN SUPER PADU" Yaya menyerang Kai
Serangan Yaya tepat ke arah Kai tetapi Kai sempat mengeluarkan tanah pelindung. Walaupun Kai sempat mengeluarkannya, Tumbukan Yaya terlalu kuat sehingga tanah perlindung itu pecah dan Kai terpelanting ke belakang.
Yaya memerangkap Kai menggunakan Bebola Graviti dan mengangkatnya ke udara.
"TUMBUKAN BERTUBI-TUBI"
Serangan Yaya tepat ke arah Kai dan pada tumbukan terakhir, Yaya menumbuk Kai dengan kuat sehingga Kai jatuh ke tanah. Kemudian Yaya mengunci Kai menggunakan Graviti Pemberat supaya Kai tidak dapat menyerang
-"Kenapa kau datang ke sini?! Mana Boboiboy!"-Jerit Yaya
Kai tidak menjawab pertanyaan Yaya, cuma berusaha untuk berdiri.
-"Jawab aku kata!"- Jerit Yaya sambil menambahkan tarikan gravitinya sehingga Kai jatuh semula.
Tidak lama kemudian, Kai berdiri dan kemudian menghentakkan kaki kirinya ke tanah dan kemudian tarikan graviti Yaya hilang (Seperti Gempa dalam Episod 1 Musim 3). Yaya terkejut kerana Kai dapat melepaskan diri.
Dengan pantas Kai menggunakkan Jurus Darah kepada Yaya sehingga dia tidak dapat menggerakkan badannya.
-"Kuasa...kuasa apa tu?"-Kata Fang yang masih terbaring kesakitan
-"Kau memaksa aku"- Kata Kai kepada Yaya
Kai datang ke arah Yaya dan kemudian mencekik Yaya dengan kuat sehingga Yaya sukar untuk bernafas.
-"Yaya!"-Jerit Fang
-"Lepaskan Aku!"-Jerit Yaya
-"Heh, Jangan Harap"- Balas Kai
Tidak lama kemudian satu cahaya mucul tidak jauh dari situ dan menghasilkan tenaga elektirk yang kecil.
TO BE CONTINUED
Siap jugak chapter ini akhirnya...maaf kerana lambat update kerana chapter ini adalah permintaan daripada salah satu pembaca cerita ini, dan chapter ini tiada dalam perancangan pertama saya..Jadi saya kena cari idea baru untuk buat chapter ini...harap korang sukakannya
Jadi jangan lupa REVIEW dan Beri Cadangan untuk Cerita ini dan Chapter akan datang
Jumpa lagi di Chapter akan datang...
