Hai sekali lagi kepada semua yang membaca cerita saya...Saya ingin mengucapkan Terima Kasih kepada semua pembaca yang selalu menyokong saya dari Chapter Pertama hinggalah Chapter Terakhir. Saya tidak akan dapat menyiapkan cerita ini tanpa sokongan daripada para pembaca. Kamu semua juga boleh lihat Tajuk yang saya akan gunakan untuk musim ke 2 di Profile saya...

Dan Oh ya, kalau kamu belum baca Chapter ke 9 anda boleh bacanya kerana saya baru Update Chapter itu Pagi tadi dan saya Update Chapter 10 pada Tengah Hari tadi...

Ingat...jangan lupakan cerita ini...kerana saya masih perlukan sokongan anda semua, kalau boleh hantar Idea untuk Musim ke-2 di REVIEW dan Di "Private Massaging" (PM)

Jadi nantikan Power Of Elements Musim ke 2 selepas Boboiboy Galaxy sudah disiarkan di Malaysia...

~Selamat Membaca~

~Feerdaus~


Boboiboy: Power Of Elements

#Bonus# Chapter 10: Epilogue

~Tiga Hari Kemudian~

Di Stesen Kereta Api Pulau Rintis

Tiga hari kemudian selepas kemusnahan yang teruk akibat diserang oleh Kai...Bandar Pulau Rintis sudah dibaiki dan kembali menjadi sedia kala semula. Dan Lisa sudah membuat keputusan untuk meninggalkan Pulau Rintis dan berpindah ke Kuala Lumpur.

Kelihatan Lisa sudah bersiap bersama Beg pakaiannya berdiri di belakang garisan kuning untuk menunggu ketibaan kereta api. Di situ juga ada Tok Aba, Ochobot, Yaya, Ying, Gopal dan Fang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Lisa.

-"Betul ke kau tak nak tinggal kat sini?"-Tanya Yaya sambil memegang kedua-dua tangannya

-"Tak...aku perlu pergi"-Balas Lisa

Tidak lama kemudian Boboiboy berlari dengan tergesa-gesa sehingga dia terlupa untuk membawa Topinya untuk berjumpa dengan Lisa untuk mengucapkan selamat tinggal.

-"Tak...kau tak boleh pergi!"-Kata Boboiboy dengan rasa sedih.

-"Aku kena pergi...Lagipun aku nak meneroka dunia ni...dah banyak aku ketinggalan sejak aku tinggal di Pusat Elemen itu..."-Balas Lisa sambil tersenyum

-"Tapi..."-

Sebelum Boboiboy menghabiskan kata-katanya...Lisa menutup mulut Boboiboy menggunakan jari telunjuknya menandakan supaya Boboiboy senyap dan tenang.

Kemudian Lisa tersedar yang Boboiboy tidak memakai Topinya.

-"Kau tahu?...Ini kali pertama aku tengok kau tak pakai Topi kau yang pelik tu..."-Kata Lisa sambil mengusap tangannya di rambut Boboiboy.

Boboiboy hanya biarkan Lisa berbuat begitu sambil tersenyum.

Setelah Kereta Api sudah tiba di stesen itu, Lisa mahu menaiki kereta api tersebut tetapi dia berhenti selepas mendengar Boboiboy memanggilnya.

-"Jangan lupa kitorang tau"-Kata Boboiboy kepada Lisa

-"Takkan lupa punya...korangkan kawan terbaik aku"-Balas Lisa sambil tersenyum.

Kemudian Yaya datang ke arah Lisa dan menunjukkan dua peket biskutnya.

-"Nah, aku dah buat biskut untuk kau...nanti bolehlah makan masa dalam kereta api nanti"-Kata Yaya sambil menunjukkan dua peket biskutnya.

Mereka semua terkejut dan risau dengan Lisa mengambil biskut Yaya itu sehingga mereka mengeleng-gelengkan kepala tanpa mengeluarkan suara supaya Lisa tidak mengambil biskut Yaya itu. Lisa pernah memakan biskut Yaya itu sehari sebelum itu dan dia pengsan.

Lisa tiada pilihan lain kerana dia tidak mahu menyakitkan hati kawan-kawannya pada hari terakhirnya di Pulau Rintis dia terpaksa menerima biskut Yaya itu dengan teragak-agak.

-"Oh...Err...Terima Kasih"-Balas Lisa dengan teragak-agak.

Kemudiannya Lisa masuk ke dalam dan berpaling ke arah mereka semua. Lisa kemudiannya menunjukkan Ibu jarinya menanndakan "Terbaik" kepada mereka semua.

Boboiboy ketawa sedikit kerana dia mengikut benda yang selalu dibuat oleh Boboiboy.

Tidak lama kemudian pintu kereta api itu tertutup dan mula bergerak meninggalkan stesen itu. Boboiboy dan yang lain turut berlari mengejar sambil mengucapkan Selamat Tinggal kepada Lisa. Lisa hanya tersenyum melihat mereka semua sambil tersenyum.

Setelah kereta api sudah meninggalkan Pulau Rintis mereka pun berhenti. Boboiboy melihat kereta api itu meluncur laju meninggalkan Pulau Rintis sambil tersenyum...dan kemudian dia berkata pada dirinya

-"Walau apa pun terjadi, Saya tetap akan melindungi dunia ini...Sekuat mana pun orang yang disebut oleh Kai...Aku akan bertarung sehabis mungkin, walaupun aku terpaksa menggunakan sumpahan ini"-

Kata Boboiboy kepada dirinya, Dan tidak lama kemudian mata Boboiboy berubah menjadi Merah dan kemudian bertukar semula menjadi biasa...


~Di Hutan yang tersembunyi di Semenanjung Malaysia~

Kelihatan ada seorang budak lelaki yang kelihatan seumur dengan Boboiboy sedang melihat sebuah cermin yang mempunyai kuasa untuk berhubung dari dunia lain.

-"Tuanku, nampaknya Kai telah gagal selesaikan misinya untuk dapatkan batu itu"-Kata budak lelaki itu kepada seorang yang memakai Hood hitam yang menutupi mukanya. -"Tak boleh harap!...sia-sia sahaja Tuanku bagi dia kuasa Merah tu dekat dia"-Sambung budak itu

-"Tak apa...dia sudah berikan Kuasa Merah itu kepada seorang budak"-Balas orang yang memakai Hood hitam itu. -"Kau masih lagi ada Kuasa tu kan?"-Tanya lelaki itu.

Mata Budak lelaki itu bertukar menjadi warna Kelabu dan kemudian bertukar menjadi biasa semula.

-"Bagus, Aku serahkan Misi dia kepada kamu...sekarang, cari Batu itu...Kuasa itu akan membantu kau sekiranya Batu itu berada berdekatan."-Kata lelaki itu berHood itu sebelum hilang dari pandangan cermin itu.

Budak lelaki itu menyembunyikan cermin itu di dalam semak dan kemudian dia membentuk dirinya seperti asap yang berwarna Hitam dan terbang meninggalkan tempat itu dengan laju...

THE END ?