Trouble X Conflict
Boboiboy Belongs to Animonsta
Rated : T
Summary : Dunia manusia tidak akan lengkap tanpa masalah dan yang dianggap oleh si kembar dari 5 bersaudara . Mempunyai 4 kembar yang berlainan hanya inginkan perhatian kembarnya..seperti dulu . AU
Genre : Hurt+Comfort / Tragedy
Warning : Typo , OOC-ness , Contain blood and etc .
Not sure this is Happy or sad ending .. well .. later .
Author Note : Achan here~ sudah 2 bulan tak menulis fanfic BBB .. Ini dedicated to my lil'friend , AnnToCookies ... Sebab dia yang request..
CHAPTER 1 : Ais POV
" Ais ! Ais lari laju sangat la ~"
" Api pun tak boleh tanding .."
" Haha .. Gempa pun.."
"Hmphh.. Kalau bukan hanya kerana Hali terseliuh, Dah lama Hali menang !."
Aku hanya tersenyum hangat . Tunggu sekejap .
Kenapa mereka makin jauh ?
Tunggu ! Jangan tinggalkan aku !
Tidak !
" TIDAK !" aku membuka mataku . Tangan kiriku terangkat ke atas seperti ingin menunggu sesuatu . Aku hanya mengelip mata biru sapphire laut ku dan bangkit dari katilku . Melihat jam loceng ku berbentuk kucing berwarna biru menunjukkan jam sudah pukul 5:30 pagi .
Pasti Gempa sedang membuat sarapan .
Aku tersenyum ku yang ke tiga ini memang begitu .
Boboiboy Gempa . Seorang yang ramah namun amat sibuk sehingga selalu pulang lewat kerana ada mesyuarat hal ehwal murid . Yalah , diakan ketua pelajar . Dia lah yang menguruskan hal rumah juga seperti mengemas dan memasak sarapan pagi . Dia juga lah yang menguruskan perbelanjaan kami berempat . Aku tak tahu , kalau tiada dia , apa lah yang akan terjadi dengan rumah ini . Dia bagaikan manusia perfect .
Tapi , dia sudah tidak rapat denganku lagi . Walaupun melayan ku dengan biasa, tapi dia sangat jarang ada untuk bermain mahupun berada di sisi ku kerana dia terlalu sibuk .
Aku tersentap dari lamunan ku apabila pintu bilikku di ketuk . Segera aku membuka nya memaparkan sosok seorang bermata ruby delima di hadapanku dengan topi yang dipakai agak kebawah sedikit dan juga seragam sekolah tanpa tali leher juga jaket bercorak halilintar merah yang dikancing separuh .
"Ha-halilintar .."
Dia memandang ku sebentar lalu bergerak ke arah tangga sambil berkata sesuatu yang membuat ku tersenyum tipis .
" Tidak biasa kau bangun pukul 5:30 a.m . Selaluya pukul 6 baru kau bangun. Sudah , turun ke bawah . Gempa sudah buatkan sarapan ."
Tak sangka dia perasan . Dia ini jenis yang anti-social walaupun sebenarnya dia mengambil berat tentang adik adiknya.
Boboiboy Halilintar .
Kembar sulungku yang juara dalam bidang matematik dan olahraga lari . Dulu , dia sangatlah ramah seperti Gempa . Namun , sejak ibu ayah selalu ke luar negara kerana urusan bisnes , Halilintar semakin .. Senyap . Dialah yang paling manja dengan ibu ayah . Dia sekarang semakin dingin tapi tak pernah melepaskan tanggungjawab nya .
Dia lindungi adik adiknya , dia juga lah yang memastikan Blaze tidak sering pulang tengah malam . Hmm.. Dia tsundere juga lah .
Oh ya .. Aku mengelamun lagi .
15 minit kemudian ..
Aku bersiap memakai seragam sekolah ku lalu menyarungkan topi ku dan memposisikan ia ke bawah .
Aku melewati tangga kayu itu lalu berjalan ke arah meja makan yang telah penuh dengan 3 orang makhluk bermuka sama.
Eh , tunggu sekejap .
3 orang ?
" Taufan sudah berangkat dulu . Katanya ada latihan pagi ."
Sebelum aku sempat menanyakan apa apa , kembarku yang lahir sebelumku , Blaze telah menjawab . Aku hanya ber-oh sahaja lalu duduk meminum kopi hangat ku . Aku memandang sekilas ke arah Blaze . Ya , dia paling banyak berubah sejak ibu bapa ku pergi .
Boboiboy Blaze .
Kembarku sebelum lahirnya aku ke dunia monokrom ini . Dia ialah kapten soccer di sekolah kami . Seorang yang .. emotional . Dahulu , dia tidak seperti ini . Dialah yang selalu mengajakku bermain jika kembarku yang lain sibuk . Dia lah yang sering tertawa riang walaupun dia itu emotional orangnya . Tapi , sekarang .. Dia seperti kesal dengan apa yang terjadi . Dia sering pulang malam dengan luka luka yang parah . Walaupun dia tetap membuat muka cemberut ketika kami merawatnya , aku tahu dia sebenarnya rindukan waktu kami bersama seperti dahulu . Ya .. Dia juga selalu memujukku ketika aku kesal kerana kembarku yang lain .
" Kau tahu Gempa ? Ais selalu sahaja berangan kebelakangan ini ."
Suara dingin Halilintar menarik aku ke realiti .
"Eh .. Tiada apa apa lah .. Mungkin Ais sedang memikirkan sesuatu kan?" Blaze membelaku . Aku ingin membuka mulutku tapi telah dipotong Gempa .
" Haha .. Ais sedang fikirkan apa ? Girlfriend ya ?"
Aku blushing dengan apa yang dikatakan Gempa .
" Eh .. Mana adalah ! Aku cuma mengantuk , itu sahaja" aku tersenyum nipis .
Halilintar pun mengeluh perlahan lalu bangun mengambil beg sandang nya beserta kunci motosikal nya .
" Yalah .. Apa pun kau fikir Ais , jangan buat itu mengganggu pelajaran kau.." Seraya itu , dia pun keluar dan menutup pintu bungalow kami . Aku tersenyum . Ya .. Dia amat mementingkan pelajaran kami .
" Hei Ais , cepat makan sarapan .. Sudah pukul 6:45 ini .."
" Ah ! Okey okey ,.. Sabarlah .."
TBC ( To Be Continued )
P/S : Yosh ! Achan Here !Sudah lama tak buat fic BBB ! Sibuk dengan homework of course .
Well , kepada sesiapa ingin lanjutan Sayonara, Taufan , maybe malam ni Achan upload ya !
Ja NEE ~
