March 2018

"Pagi yang begitu indah, dengan angin yang bertiup sayup. Musim bunga kini bermula..."

Aku berjalan di taman bunga sambil berpimpin tangan dengan kekasih hati ku; Park Jimin.

Kami duduk di bangku sambil melihat ke langit biru. Entah mengapa pagi itu sungguh berbeza dari hari-hari sebelumnya.

"YN..."

-jimin-

Panggil Jimin lembut sedikit berbisik menarik perhatian ku. Pandangan ku yang pada mulanya memandang langit biru kini, tertumpu sepenuhnya pada Jimin...

"Nae?!"

-yn-

Riak wajahnya sungguh tenang. Senyumannya sentiasa terukir pada bibirnya membuatkan matanya tertutup rapat...

"Jimin nak tanya sesuatu pada YN."

-jimin-

"Apa dia?"

-yn-

Jimin mengambil tangan ku lalu mengusapkan ibu jarinya pada belakang telapak tangan ku. Senyuman yang tadi terukir kini hilang...

Kedinginan menyelubungi suasana ketika itu...

"YN boleh janji pada Jimin, tak?"

-jimin-

Aku diam menanti dia menyambung kata-katanya...

"Seandainya Jimin tiada nanti, YN harus jaga diri baik-baik, boleh?"

-jimin-

Hatiku terasa remuk di dalam. Aku tak suka dengar setiap kali dia berkata seperti itu...

"Jimin kenapa awak suka sangat cakap seperti ini? Jimin tahu,kan... Aku tak suka dengar."

-yn-

Aku menepis tangannya lalu aku berpeluk tubuh menoleh ke arah bertentangan. Jimin memusingkan badan ku lembut agar aku memandang padanya.

"Jimin cintakan YN. Dan sebab Jimin cintakan YN, Jimin nak YN bahagia. YN harus bahagia walaupun bukan bersama Jimin..."

-jimin-

Mataku tak mampu menyembunyikan perasaan sebenar ku. Air mata ku mulai bertakung di aris mata ku.

Ya, hubungan kami tak di restui oleh ibu bapa Jimin. Kerana darjat kami berbeza membuatkan diri ku kelihatan sangat rendah pada keluarganya yang berada itu. Pada tanggapan mereka, aku hanya mencintai Jimin kerana wang.

"Jimin... aku pun mencintai Jimin dengan setulus hati YN. Tapi, untuk mencari orang lain untuk ku... Itu mustahil Jimin."

-yn-

"Jimin tahu. Jimin juga mencintai YN. Tapi, Jimin takut seandainya keluarga Jimin akan mengapa-apakan YN. Jimin tak sanggup."

-jimin-

"Jimin, tiada apa yang perlu di risaukan. YN pandai jaga diri YN."

-yn-

"YN, sampai hujung nafas ku, hanya awak seorang pemilik hati ku. Sejauh mana pun, selama mana pun, hati ku, cintaku hanya milik mu. Janji..."

-jimin-

Jimin mengaitkan jari kelingking kami berdua. Lalu dia mengucup lembut dahi ku sekilas.

Kami berpandangan lalu Jimin merapatkan wajahnya pada ku dan menyatukan bibir kami berdua.

Namun, siapa yang menjangkakan. Ciuman itu adalah ciuman terakhir dari Jimin. Senyuman, belaian, genggaman tangan, dan hangat pelukkannya itu adalah yang terakhir kalinya buat ku...

Kami di timpa kemalangan di jalan raya. Sebuah lori hilang kawalan merempuh ke arah kereta kami dari arah kiri jalan. Merempuh kuat menyeretkan kereta yang Jimin pandu ke tepi jalan.

Jimin memeluk ku erat dan akhirnya aku tak sedarkan diri sejenak.

Bunyi siren mengejutkan ku.

Dengan perlahan aku membukakan mata. Aku masih berada dalam dakapan Jimin.

Beberapa pasukan penyelamat cuba memecahkan cermin hadapan kereta yang kami naiki. Kerana kereta kami tersepit di antara dinding bangunan dan juga lori tersebut.

Aku mencuba untuk meleraikan pelukkan Jimin segera mengejutkannya.

Aku memanggil beberapa kali namanya, namun tiada tindak balas.

Aku menepuk lembut pipinya, namun ianya masih sama.

Tiada tindak balas...

Aku semakin berdebar. Air mata ku mulai jatuh di pipi ku. Aku masih cuba sedaya upaya ku untuk menyedarkannya, namun ianya sia-sia.

Salah satu pasukan penyelamat memeriksa nadi Jimin.

Beliau menggelengkan kepalanya menandakan bahawa

Jimin, Kekasih Hati ku sudah TIADA...