MARCH 2022

Aku berjalan seorang diri di taman bunga yang sudah sekian lama aku tak ke situ. Taman bunga yang penuh dengan kenangan indah dan juga kenangan pahit ku bersama-sama mendiang kekasih hati ku ; JIMIN....

Aku cuba sedaya upaya untuk tunaikan janji Jimin. Hidup bahagia walaupun bukan bersamanya.

Ianya amat sulit bagiku.

Kematiannya pada hari itu telah membawa pergi kebahagian ku.

Keluarganya menyalahkan diri ku dan menuduh ku sebagai pembawa malang buat mereka.

Mereka menganggap diri ku penyebab kehilangan Jimin.

Selesai semester pertama ku di university, aku mengambil keputusan untuk menerima tawaran dari pihak university tersebut untuk di hantar ke university di luar negara.

4 tahun berlalu, dan kini aku kembali ke negara kelahiran ku.

4 tahun berlalu, namun segala kenangan ku bersama Jimin masih segar di ingatan ku.

"Jimin, awak apa khabar? Aku rindu sangat dengan awak. Aku rindu dengan senyuman, gelak tawa dan usikkan awak..."

-bisik hati yn-

Aku memejamkan mata sambil duduk di bangku mendongak ke langit. Tiupan sayup angin mengoncang daun-daun pokok berhampiran.

Sesuatu menganggu ku..,

Aku terasa akan sesuatu yang sedang menganggu lutut ku.

Aku membukakan mata ku lalu tunduk ke bawah.

Alangkah terkejutnya aku melihat seekor anjing besar berwarna coklat kehitaman sedang menghidu kaki ku.

Sambil menjerit aku segera bangun lalu berdiri di atas bangku.

"BAM!"

Jerit seorang lelaki lalu anjing tersebut meninggalkan ku dan bergegas menuju lelaki tersebut.

"Pasti itu anjing miliknya..."

-bisik hati yn-

Lelaki tersebut menghampiri ku bersama-sama anjing tersebut.

"Maaf dengan kelakuan anjing ku. Kamu tak apa-apa?"

Soal lelaki tersebut. Wajahnya tertutup separuh oleh mask hitamnya.

Dia memiliki mata yang doe.

"Nae, aku tak apa-apa..."

Aku cuba turun dari bangku tersebut. Namun, kaki ku tak beri kerjasama setelah terkejut akan anjing tersebut.

Aku rasa lemah lutut lalu tersadung di bangku tersebut.

Nasib baik lelaki itu tangkas dan berjaya menghalang ku daripada terjatuh ke tanah.

Jikalau tidak, ianya pasti akan menjadi kenangan yang memalukan buat ku.

Lelaki itu membantu ku turun dari bangku tersebut dengan mengangkat pinggang ku.

Tindakkannya itu mengejutkan ku.

Sungguh ku tak sangka, dirinya sungguh kuat. Ataupun, diriku yang terlalu ringan kerana kurang selera makan...

"Nama ku Jungkook... "

Ucap lelaki tersebut sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan. Aku hanya memberi tunduk hormat mengucapkan terima kasih lalu beredar segera dari situ.

Aku tak sepatutnya bersikap sedemikian... Tapi, dari cara pandangan lelaki tersebut membuatkan aku tak selesa.

"Hatiku tak selesa..."