Sementara itu, jauh di kawasan misteri yang luas, di mana Jyuland adalah namanya, ada sebuah batu gergasi yang berbentuk seperti panah, tetapi lebih besar dari saiz biasa. Waktu itu, panah gergasi itu mempunyai satu bulatan besar yang diukir lima haiwan di atasnya, iaitu helang, jerung, singa, gajah, dan harimau.

Tiba-tiba, gempa bumi dapat dirasakan pada waktu itu. Tahap kekuatan gempa bumi yang berlaku jauh dari Jyuland itu tidak begitu kuat. Tahap tersebut menyebabkan Jyuland langsung tidak dapat rasainya, tidak menyedari benda buruk yang akan berlaku. Tambahan pula, gempa bumi itu cukup untuk menghancurkan bulatan besar yang melekat pada batu berbentuk panah gergasi itu.

Pecahnya batu itu menyebabkan batu besar itu tiba-tiba terapung dan menampakkan wajah sebenarnya, di mana batu itu memang sebuah panah gergasi di mana hujungnya adalah ukiran berbentuk kepala kuda. Kelihatan makhluk menyerupai gaun pengantin perempuan dan seorang lagi yang mempunyai susuk badan seorang perempuan serta berwarna hijau keluar dari kapal tersebut.

Nalia : Tuan Ginis ok ke? Nampaknya kapal Sagittariark akhirnya dah berfungsi semula.

Ginis : Tak ada apa-apa, Nalia. (ketawa perlahan) Akhirnya setelah beratus tahun kita dikurung di sini oleh lima pahlawan Jyuland, kita dah bangkit semula. Nalia, panggil Azald, Kurgar, dan Jag'D ke sini.

Nalia : Baiklah, Tuan Muda Ginis.

Nalia terus berdiri di hadapan Ginis dan mengeluarkan sesuatu di pinggangnya, iaitu tiga keping syiling yang berwarna perak dan ada sedikit keemasan atasnya. Dia terus melontar syiling itu satu demi satu ke tempat yang berbeza. Tiga syiling itu memasuki badan tiga makhluk melalui lubang khas, sebelum tiga badan itu mengalami teleportasi dan kembali berdiri di hadapan Ginis dan Nalia.

Salah satu dari mereka mempunyai banyak kiub berwarna ungu tua di badan. Seorang lagi berkepala besar dan bahagian tengah berdekatan dua mata yang bercahaya dari atas ke bawah. Makhluk yang penuh dengan duri turut ada di situ pada waktu itu. Mereka adalah Azald, Kurgar, dan Jag'D.

Azald : Akhirnya, kita dah bangkit semula! Masa untuk balas dendam!

Kurgar : Azald, buat masa ni kita kena rancang dahulu serangan. Jangan nak terburu-buru.

Jag'D : Siapa kisah tentang tu, Kurgar? Saya yakin semua ahli Zyuohger tu mati dimamah usia!

Ginis terus berdehem untuk senyapkan tiga makhluk yang bergelar Game Maste itu.

Ginis : Memandangkan Deathgalien dah bangkit semula, kita akan mulakan semua tradisi kita, iaitu Blood Game. Planet Bumi adalah sasaran kita setelah banyak planet kita sudah hancurkan. Nalia, sila beritahu peraturan Blood Game, seperti biasa.

Nalia : Peraturan Blood Game senang sahaja. Hantar ahli pasukan korang, kecuali Jag'D untuk buat semua penduduk di Bumi terseksa. Jika salah seorang dari korang berjaya, hadiah lumayan dari Ginis akan diberikan pada korang.

Jag'D : Kenapa saya tak boleh terlibat pula ni?

Ginis : Jangan lupa semua pasukan awak dah ditewaskan oleh Zyuohger suatu ketika dahulu. Melainkan awak nak tawarkan diri untuk rasmikan Blood Game ni.

Nalia, Azald, dan Kurgar terbeliak mata mendengar apa yang Ginis kata sebentar tadi. Menghantar seorang Game Master pada peringkat awal Blood Game? Adakah Ginis yang mereka hormati selama ini sudah hilang akal? Mereka hanya mampu senyap sahaja pada waktu itu.

Jag'D : Baiklah. Saya akan terima cabaran awak. Ginis : (tersenyum) Bagus. Sekarang pergi dan buat saya gembira melihat Blood Game dari awak, Jag'D.

Jag'D mengangguk, lalu dia melontar beberapa keping syiling. Semua syiling itu berubah menjadi sekumpulan askar yang menakutkan yang bergelar Moebas.

Jag'D : Mari pergi!

Lalu, Jag'D pun hilang dari pandangan selepas dia dan Moebas yang lain mengalami teleportasi.

Di Jyuland pula, Hanafi seperti baru sahaja membuat kesalahan besar di tempat itu apabila tangannya diikat dengan tali oleh Sela dan Leo. Banyak penduduk di Zyuland yang juga mempunyai kepala dari pelbagai jenis binatang melihat gelagat mereka bertiga sambil berbisik sesama mereka macam Mami Jarum versi Jyuland!

Sela : Rakyat di Jyuland ni dikenali sebagai Jyuman. Kami hidup dengan harmoni walaupun kami tak hidup bersama-sama dengan manusia macam awak.

Hanafi : Awak nak bagi saya tengok sekeliling dengan mengikat tangan saya. Pelik betul dunia awak ni ya.

Leo : Diam je la, manusia. Apa nama awak eh? Janggal pula panggil awak 'manusia' je.

Hanafi : Nama saya? Hanafi. Nama korang Sela dan Leo kan? Tak perlu nak cakap lagi.

Mereka pun berhenti di salah satu menara yang Hanafi telah lihat semasa menyedari dia berada di Jyuland. Kelihatan orang kepala kuda yang Hanafi jumpa juga turut berada di situ. Hanafi masih panggil dia 'kuda' , di mana buatkan Sela dan Leo rasa mahu sahaja tendang manusia itu.

Kuda : Dah sampai pun. Mari, saya nak tunjukkan korang sesuatu.

Kuda itu membawa Hanafi, Sela, dan Leo ke bukit yang tidak terlalu tinggi atau rendah. Di situ, Hanafi terpegun apabila melihat sebuah kiub gergasi terapung dan berpusing. Dia juga dapat lihat tiga kiub kecil berpusing mengelilingi kiub besar itu.

Hanafi : Apa benda.. tu?

Kuda : Simbol Juara. Semua benda ni melindungi Jyuland dan menjadi tanda di tempat ni. Saya, Sela, Leo, dan penjaga yang lain bertugas untuk lindungi benda ni. Nampak kiub gergasi tu? Benda tu dikenali sebagai Kiub Penghubung yang menjadi jambatan ke dunia manusia.

Sela : Dulu ada enam Simbol Juara yang ada di Jyuland, tapi tiga dari benda tu dah dicuri oleh Deathgalien semasa lima pahlawan purba tempat ni berjaya kurung mereka jauh dari tempat ni.

Hanafi : Deathgalien?

Leo : Mereka dahulunya dikenali sebagai 'Swords of Justice' yang juga bekerjasama dengan lima pahlawan purba untuk lindungi Jyuland. Tapi, mereka membelot Jyuland dengan mengadakan permainan haram yang melibatkan nyawa di dunia manusia. Permainan tu dikenali sebagai.. Blood Game.

Hanafi : Menarik. Tapi kenapa korang nak cerita akan benda tu kepada saya?

Kuda : Saya dapat rasa sesuatu yang berkuasa dalam badan awak. Saya yakin. awaklah orang yang akan dipilih oleh Simbol Juara.

Hanafi : Err.. apa dia?

Waktu itu juga, suasana di luar kawasan bukit di Jyuland itu mula menjadi kecoh.

Sela : Apa yang dah berlaku?

Leo : Mari kita pergi tengok!