Fara spirit:Rania the bakery gurl (episod 2)
(Inilah episod ke-2 Fara spirit,kali ni kemunculan watak baru iaitu Rania,apa-apapun segala watak dalam cerita ini(kecuali Asakura Yoh dan Tao Ren ) adalah hak milik penuh Blazing Nana)
Brrrriiiigggg
Brrriiiiggggg
Brrriiiigggg
Shana tersedar,kepalanya dirasakan amat berat sekali,dia melihat jam .Sudah pukul 7.00 pagi,dia sudah terlambat untuk Hot fm am crew
"Selamat pagi"
Shana terkejut,Fara sudah berada di hadapanya sambil tersenyum manis
"Bukan kau patut ada kat konti ke sekarang?"
"Hello Shana to earth ,akukan dah mati. Remember?""Alamak aku lupa lah"
"Haha,baru 23 tahun,dah lupa macam nenek umur 73 tahun"Shana tersengih "Nanti kita pergi jumpa Rania okey,mungkin dia tahu siapa yang buat kek untuk parti ulangtahun FFFC"
"Kau yakin sangat dengan Rania tu"
"Mesti la,kes sebelum ni pun selesai dengan bantuan dia juga"
Selepas sarapan,Shana dan Fara menuju ke Rania's Bakery house yang terletak di kawasan New Tomoeda,sebaik tiba Shana disambut oleh Yoh
"Wei lama tak nampak"
"Busy la Yoh,Amidamaru mana?"
"Kat belakang tolong Kak Rania. Waa bawa geng nampak"
"Ooo,perasan rupanya ingatkan tak perasan tadi.Ini Fara dj Panas Fm"
"Apahal cari Kak Rania?"
Shana menoleh,rupanya Ren dan Bason berada di belakangnya.Shana tersenyum
"Oi jangan lah serius sangat cik Ren,aku datang sini sebab tugas la"
"Kes baru ke?"
Shana mengangguk "Kes pembunuhan Fara"
"Tapi bukan dia mati mengejut ke?"
"Menurut Fara ,selepas makan kek tu dia terus tak ingat apa-apa"
"Maknanya dia mungkin diracun"
"Betul tu Bason"
Rania muncul setelah mendengar kekecohan yang berlaku di luar bersama Amidamaru.Seperti Shana juga,Rania memiliki kebolehan melihat roh sejak kecil.Jadi dia juga membuka kedai kek dengan bantuan roh-roh sebagai pekerjanya
"Shana bila sampai?"
"Baru aje la"
"Yang lain ni kenapa menyibuk,kerja cepat.Masa tu duit" Rania berkata separuh bergurau
"Okey la cik Rania" Yoh tersengih
Rania duduk menghadap Shana dan Fara,kelihatan mukanya begitu serius
"Kau tahu kedai mana yang hasilkan kek strawberry bagi majlis ulangtahun FFFC?"
"Kedai kek Province kat Jalan Semarak"
"Kau tahu kek itu ditempah atas nama siapa?"
"Aku pun tak tahu,nanti aku tanya Lyza,tuan punya kedai tu"
"Kau kena tolong aku,kesian aku tengok Fara tu"
"Aku faham ,tapi kau harus bersabar
Shana menoleh pada Fara,kelihatan Fara begitu mesra dengan Bason dan Amidamaru
"Mereka bertiga tu nampak mesra kan?"
"Memang pun,nape kau jelous ye"
"Hahaha,aku nampak macam jealous ke?"
Rania sengih "Mana la aku tau,dalam hati kau tu"
"Huh,kau ni memandai aje la"
"Okey,aku mengaku kalah"
"Haha ,kau ni poyo ke apa"
"Terpulang mana yang kau nak fikir"Rania sudah berdiri
"Nia,kau nak ke mana?"
"Kau nak kek coklat tak"
Shana sengih "Boleh juga"
Rania masuk ke dapur namun tiba-tiba kedengaran satu letupan dan mencampakan Rania keluar dari dapur
"Nia!"
Kelihatan seorang gadis memegang pedang yang disaluti kuasa yang kuat dan pada pengamatan Shana pedang itu merupakan oversoul gadis itu.
"Kau siapa?"
"Kau Shana kan?"
"Ya aku Shana,kau nak apa?"
"Aku Yod ,kedatangan aku adalah untuk mencabar kau,dan ini Silver, spirit aku"
"Tapi kenapa Nia jadi sasaran kau?"
Yod senyum "Supaya kau rasa tercabar dan akan terima cabaran ku"
"Kau ni gila" Shana meluru ke arah Yod sekilas Yod menghayunkan pedangnya dan kuasa yang kuat menghentam Shana.Fara meluru mendapatkan Shana
"Oh inilah spirit kau,lemah saja nampaknya"
"Shana, gunakan aku"
Shana terkejut "Kau pasti ke Fara,ini bukan spirit possesion yang biasa,ini oversoul stage"
Fara senyum "Kalau aku tak cuba,kesian kat Nia"
Shana juga tersenyum "Baiklah,Fara spirit possesion in skateboard!" .Serta merta terjelma oversoul Fara
"Kalau macam tu kita mulakan" Yod meluru dan cuba memecahkan oversoul Shana,namun Shana mengelak
"Attack of thousand drumstik"Shana menghayunkan skateboardnya dan beribu bebola api menghentam Yod"Huh,boleh tahan juga kau ya,tapi itu tak seberapaSilver Fury!"
Shana tercampak 25 meter ,dan menyebabkan kepalanya mengalami kecederaan
"Ini sikit aje,Futsalll fire Fara fist"
Yod cuba mengelak namun kuasa itu tetap menghentamnya
"Cheh,aku tak sepatutnya pandang rendah pada spirit Shana tu,tak apalah kalau macam tu Silver full power"
"Kau boleh lagi ke Shana""Aku okey. Fara maximum power"
Rania yang baru sedar terkejut melihat Shana dan Yod menggunakan oversoul pada tahap maksima.
"Tolong jangan gaduh dalam kedai aku boleh tak"
"Maaf Nia ,nanti aku ganti balik kerosakan kedai kau"
"Kau ingat kau boleh menang" Yod meluru ke arah Shana
"Selagi hidup ,selagi tu terus berjuang"Shana memperkemaskan rentak
Yod terhenti sebaik mendengar kata-kata yang diluahkan Shana sebentar tadi,kata-kata itu sepatutnya diketahui oleh ahli pengakap sahaja
"Kau ni pengakap ke?"
"Ya,aku ahli pengakap kumpulan 145,kenapa ada masalah ke?"
"Kau ni siapa sebenarnya?"
Shana tersenyum "Hai Yod Master cepatnya lupa"
"Itu kau ke Sue"Yod terus menyarungkan pedangnya dan Silver berdiri di sebelahnya
"Haha,aku la ni" Shana tersengih bersama Fara yang baru keluar dari skateboard
"Hawau kau,nasib baik aku baru nak serang,kalau tak pasti kau dah mati"
"Eleh,ye aja kau ni"
"Ehem"
Shana dan Yod menoleh ,kelihatan Rania menahan marah yang teramat sangat
"Ni siapa yang nak bertangungjawab ni?"
"Tanya Yod, dia yang keluarkan oversoul maksima"
"Kau pun sama aja,dua kali lima"
Rania tersenyum "Susah sangat,dua-dua kerja kat sini seminggu
"Haaa"Shana dan Yod ternganga
(Hehe ,nantikan episod ke-3 "Shana ditahan",Read n Review kay)
