Fara Spirit "Shana ditahan"(Episod 3)

Fara Spirit "Shana ditahan"(Episod 3)

(Yuuuhuuu,episod ke-3 Fara spirit di sini,jadi apa yang berlaku lepas ni kita saksikan yeeee,nak bagitahu juga semua watak dalam story ini adalah rekaan semata-mata tak ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia)

"Sekarang ni apa Shana?"

"Kita ke Province Bakery,di situ kita akan tahu siapa yang hantar kek tu"

Fara dan Shana menuju ke arah Jalan Semarak,dimana terletaknya Province Bakery,namun suasana sepi menyambut Shana dan Fara setibanya mereka di situ,Shana mula rasa sesuatu yang buruk telah berlaku

"Kenapa Shana?"

"Jom kita masuk"

Mereka berdua memasuki kedai tersebut dan mereka ternampak Lyza ,tuan punya Province Bakery tergantung di atas siling dan mereka menemui nota yang tertulis "Selamat tinggal"

"Kita dah terlambat"

"Maaf,Shana"

"Bukan salah kau pun"

Tiba-tiba terdengar kuakan pintu ,Shana dan Fara menoleh

"Penjenayah pasti kembali ke kawasan jenayah"

"Apa?"

"Kamu ditahan atas tuduhan membunuh"

"Saya tak bersalah"

Shana cuba lari namun pegawai polis itu lebih pantas,tangan Shana dikilas ke belakang

"Lepaskan saya!"

"Apa-apa kamu boleh cakap di balai polis,kamu ada hak untuk berdiam diri dan segala percakapan kamu boleh dijadikan bukti di mahkamah nanti"

"Hey saya tak bersalah"

"Semua penjenayah pun cakap macam tu"

Shana mengetap bibir,pegawai polis itu tersenyum

"Fara tolong!"

"Siapa yang kamu minta tolong tu ha

Tidak lama kemudian,kenderaan peronda polis pun sampai

"Selamat petang puan"

"Selamat petang,bawa penjenayah ini ke balai dan minta unit forensik ke tempat kejadian"

"Baik puan"

Shana dibawa ke balai polis,dan Fara memerhatikan Shana dari jauh

"Maafkan aku Shana,aku tak terdaya nak bantu kau"

(Keesokanya)

"Apa? Shana kena tangkap,atas kes apa?"

"Mereka kata Shana ditahan atas kes pembunuhan"

Rania tercengang seakan tidak percaya,begitu juga Yod dan Silver,Fara nyata bimbang

"Kenapa kau tak tolong dia?"

"Aku tak tahu macam mana nak tolong Shana"

Silver meluru dan menumbuk Fara,ternyata dia begitu marah

"Kau,memang spirit yang teruk,kau tinggalkan kawan dalam kesusahan"

"Silver ,cukup tu!"

Silver menoleh,Po telah memunculkan dirinya bersama Rania

"Fara membuat tindakan wajar,sebab dia tahu kalau dia tolong Shana ,orang akan menganggap Shana pengecut"

"Tapi Po..."

"Kau jangan risau,Shana ada alibi yang kuat,bukan ke petang semalam Shana dan Fara bertarung dengan kau dan Yod"

Silver melepaskan Fara,Rania menoleh pada Po dan senyum

"Mari kita bebaskan Shana"

(Sementara itu)

"Cakap,kamu di mana pada pukul 4 petang semalam?" Inspektor Mimi menghentak meja menyebabkan Shana sedikit terkejut

"Saya dah cakap,saya kat Rania's bakery ,sedang bekerja kerana saya rosakan kedainya pagi semalam"Shana mempertahankan dirinya

"Ada saksi?"

"Ada,inspektor boleh tanya tuan punya kedai tu Rania dan sahabat saya Rodiah, mereka adalah saksi bagi keterangan saya"

Inspektor Mimi merenung Shana,dan renungan itu membuat Shana agak takut walaupun sebelum ini Shana biasa berurusan dengan roh

"Puan,ada orang nak jamin Shana"

Shana berasa terkejut dan wajahnya penuh tanda tanya,siapa pula yang mahu menjaminya.Kemudian dia teringat Fara,mungkin Fara meminta bantuan rakan-rakanya untuk membantu

"Saya Rania,pemilik Rania's bakery. Saya datang nak beri keterangan bagi pihak Shana"

"Jadi,adakah Shana berada di kedai anda pada pukul 4 petang semalam?"

"Ya,dia menolong saya sehingga pukul 6 petang,jadi dia tak mungkin berada di Province Bakery pada pukul 4 petang"

"Puan,laporan Dna sudah siap" seorang anggota polis memberitahu Inspektor Mimi

"Bagaimana?"

"Dna di tempat kejadian tidak sepadan dengan Dna tetuduh Puan"

Inspektor Mimi menghela nafas,nyata Shana bukanlah orang yang dicari,dia membuka gari pada tangan Shana

"Maafkan saya kerana menahan kamu"

Shana tersenyum "Ini tugas polis,saya faham"

Rania pula tergeleng "Shana ni suka cari masalah la"

"Tak boleh kata apa" Yod jungkit bahu

"Inspektor Mimi,bagaimana perkembangan kes pembunuhan Fara?"

"Bagaimana kamu tahu tentang kes itu?"

"Saya adalah penyiasat yang ditugaskan oleh keluarga Fara bagi menyiasat misteri kematianya"

"Pembunuh itu memang licik,dia tahu Lyza pasti beri keterangan pada pihak kami dan dia pun membunuh Lyza"

Shana mengangguk "Mungkin juga pembunuh menggunakan helah tu"

"Maksud awak?"

"Dia gunakan helah sesawang labah-labah"

"Bagaimana?"

"Pembunuh tahu kedai Province bakery mempunyai sudut yang terlindung dari cahaya matahari,jadi dia gunakan sudut itu untuk bersembunyi,kemudian apabila Lyza sampai dia pun memukul mangsa hingga pengsan,dan menggunakan benang yang dibawanya bagi melengkapkan helah itu"

"Tapi mana pula dia dapat tali keras tu?"

Shana tersengih "Dekat stor belakang tu,kat situ banyak tali yang serupa macam tali yang digunakan bagi menjerut leher mangsa"

"Kunci kedai tu pula?"

"Dia meniru kunci yang digunakan Lyza"

(2 hari kemudian)

"KES PEMBUNUHAN KEDAI KEK SELESAI"

Shana tersenyum sebaik membaca berita tersebut.Fara juga berasa lega sebaik kes itu selesai

"Maaf, aku tinggalkan kau dalam kesusahan"

"Hey,its okay la ,kau tinggalkan aku untuk bantu aku kan"

"Tapi aku tetap rasa bersalah"

"Dalam berkawan tak ada salah atau betul,aku faham situasi kau masa tu"

"Betul kata Po,kau memang memahami"

"Kau dah jumpa Po la ni"

"Emm,dia memang wise"

"Memang pun"

(episod ke-4:Jemputan tak terduga) Selamat membaca