Fara Spirit (Jemputan tak terduga) Episod 4

Fara Spirit (Jemputan tak terduga) Episod 4 lala

(The 4th installment of Fara spirit,apa cerita Shana dan Fara kali ni ,mari kita saksikan huhuhu)

"Ready Fara?"

"Sentiasa ready"

Shana tersenyum "Baiklah Fara spirit possesion in skate board"

Dengan seta merta skate board Shana menyatu dengan spirit Fara dan mengeluarkan kuasa yang kuat.Shana pun memulakan latihanya dengan begitu gigih malah dia cuba menggabungkan beberapa gerakan baru.

"Crush thunder spirit" Shana menggunakan kuasa gabungan furyukunya dan oversoul Fara,Yod yang memerhatikan turut kagum dengan peningkatan Shana

"Kau semakin hebat la,kau dah cuba gerakan baru.Itu satu peningkatan"

"Thanks Yod,kau dan Silver macam mana"

"Ini kenapa panggil aku ni"

"Saja panggil la,kenapa salah ke?" Shana bertanya,sambil ditemani Fara

"Kau dah ada petunjuk baru kes Fara?"

"Huh,pembunuh tu memang licik,aku langsung tak dapat klu untuk selesaikan kes ni"

"Aiseh,kau ni rilek ar ,kau kan teror "

Shana duduk,Yod tersenyum sambil menghulurkan blue lemon pada Shana,sambil minum dia termenung

"Hey,rilek ar girlfriend"

"Huh,kau cakap senang ar,aku yang separuh mati nak fikir"Shana muncung

"Boleh tak jangan buat muka ikan mati tu kat depan aku,tak masuk rezeki laa"

"Hah,muka aku macam ikan mati ke?"

Yod mengangguk,secara tiba-tiba satu kuasa yang kuat menghentam Yod menyebabkan dia terlontar ke belakang dan menyebabkan dia tidak sedarkan diri

"Yod,bangun"

Silver cuba menyedarkan Yod namun dia gagal Shana terus berdiri dan mendongak ke atas,terlihat satu kelibat di atas bumbung rumahnya

"Kau siapa,berani kau menyerang Yod?"

"Huh,Yod tu sampah aje bagi aku"

"Wei,sampah yang kau cakap tu kawan aku tau."

"OOO,kaulah Shana tu ya.Nampaknya aku sangat bertuah hari ni"penyerang itu turun dari bumbung dan menuju ke arah Shana

"Kau serang kawan aku tanpa sebab,dan aku tak boleh maafkan kau"

"Aku Ezora,dan ini kawan aku Annyss,kedatangan aku adalah untuk menewaskan kau"

"Baik,selalunya aku tak mahu masuk campur hal kawan tapi kau serang kawan aku di rumah aku"Shana menggengam buku lima

"Mari Shana,kita mulakan" Fara menyokong

"Jom Zora,kita tunjukan apa kita ada"Annyss bersuara

"Fara,spirit form in skateboard!"

"Annyss,spirit form in shield!"

Kedua-duanya bersatu dan membentuk oversoul,dan keduanya telah bersedia untuk memulakan pertarungn

"Heyakkk,fire dagger" Ezoramemulakan serangan yang bertalu-talu ke arah Shana namun Shana meneruskan rentak bertahan

"Kau perlukan lebih dari tu untuk tumbangkan aku,Fara crush spirit"

Kuasa yang dilontarkan Shana menuju tepat ke arah Ezora dan mengeluarkan cahaya yang begitu terang

"Bulls eye"Shana menjerit

"Shana,jangan leka sangat"

"Huh"

Kelihatan Ezora melompat tinggi di udara lalu dia menghalakan penumbuk yang disaluti furykunya pada Shana

"Star blow"

Tumbukan itu tepat mengenai Shana,menyebabkan Shana mengalami kecederaan, dan furyku Shana juga semakin kurang

"Tinggal 5 serangan lagi" Ezora menghalakan perisainya pada Shana

"Aku tak akan kalah dengan kau" Shana berdiri walaupun dia semakin lemah

Sementara itu Yod mulai sedar,Silver meluru ke arah Yod,dan medekatinya

"Kau okey ke?"

"Aku okey,Shana mana?"

"Dia tengah bertarung dengan Ezora,dan keadaan kurang baik untuk Shana"

"Suruh Shana tarik diri sekarang,Ezora bukan lawan dia.Ezora pasti bunuh Shana"

"Takanlah,Ezora tu nampak lemah aje"

"Jangan pandang rendah pada dia,Ezora guna tak sampai 10 dari furyku dia.Kalau Ezora guna kuasa sepenuhnya,Shana akan mati" Terang Yod

"Kau memang hebat,hingga aku terpaksa bertahan,tapi permainan dah tamat,Annyss full power"

Kuasa Ezora meningkat dengan tiba- tiba,malah bentuk oversoulnya turut berubah,Shana masih begitu tenang,begitu juga Fara

"Dah masa untuk serang ke Shana?"

"Sabar jangan terburu-buru,kita tunggu kejap lagi"Shana bersuara

"It ends now,Annyss slash"Ezora meluru

"Sekarang,Fara style change"

Tiba-tiba skateboard Shana berubah ke bentuk pedang dan pakaian Shana turut berubah,Shana disaluti cahaya kebiruan dan dia telah bersedia

"Kita lakukanya bersama, Fara Spirit"

"Impian bersama,Shana Dream"

"Kami menyatu jiwa kami,demi impian,kasih,persahabatan dan keikhlasan,Farhana super twist"

Satu kuasa membentuk putting beliung menimpa Ezora dan Annyss ,menyebabkan Ezora tercampak dan memusnahkan oversoulnya.Ezora tersenyum melihat Shana telah lulus ujianya.Shana keletihan dan pedang itu kembali ke bentuk skateboard

"Kau memang handal,betul kata Amidamaru mengenai kau,tak silap lagi dia memilih kau sebagai calon spirit battle tahun ini"

"Apa maksud kau?"

"Maaf untuk serangan itu tapi aku perlu menguji kau,untuk jemputan spirit battle yang akan diadakan tak lama lagi"

Shana tersenyum "Maaflah,tapi aku tak berminat nak sertai spirit battle"

"Walaupun pembunuh Fara ada di situ?"

Shana terhenti dia menoleh Ezora "Apa yang kau tahu?"

Ezora tahu Shana mulai berminat "Kalau kau nak tahu,sertailah spirit battle tahun ini dan kau akan jumpa jawapanya

Shana menggengam buku limanya "Aku akan turut serta dalam pertandingan ni demi Fara"

"Bagus ,ini untuk kau" Ezora membaling seutas rantai pada Shana

"Apa ni?"

"Rantai tu sebagai pengesahan kau sebagai peserta spirit battle"

Shana tersenyum lalu mengenakan rantai itu ke lehernya,Yod turut gembira dengan kejayaan Shana

"Congrats,aku bangga dengan kau,tapi yang Farhana super twist tu memang cool"

"Aku pun tak tahu mana aku dapat kekuatan untuk serangan tu,it seems yang hati aku dan Fara telah disatukan"

"Shana memang tenang walaupun diasak Ezora bertubi-tubi"Sampuk Fara

"Hmm ye la tu" Shana masuk ke dalam"

"Kau nak ke mana tu?"

"Tidur la "

Yod hanya tergeleng melihat Shana yang ceria itu

(episod 5:Smkpb battle)