Di dalam kelas Tingkatan 4 Anggerik di S.M.K.K.D.R, kedengaran suara hiruk-pikuk yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar dalam kelas tersebut. Mereka sedang mengelilingi seorang pelajar lelaki yang disikat tepi dan membiarkan rambutnya menutup mata kirinya; sedang menjual sesuatu,

"Buku tulis, pensel tekan, pen, pemadam, dan semua alat-alat tulis dijual dengan harga yang berpatutan! Lebih murah daripada beli kat koperasi sekolah! Mari, mari! Beli dua barang, percuma satu pen!" Ismail bin Mail/Mail, masih lagi dengan perangainya yang suka menjual barang-barang untuk mendapat duit poketnya sendiri memandangkan maknya tidak lagi memberikannya duit poket. (Yalah. Anaknya dah pandai cari duit sendiri. Pandai-pandailah gunakan duit yang Mail dapat setiap kali dia menjual barang, kan?)

Ketika Mail tengah sibuk mengira untung hasil daripada jualan alat-alat tulis tadi, tiba-tiba Mei Mei Ling/Mei Mei, memiuh telinga Mail sehingga lebam! Mail terus mengusap telinganya yang lebam itu dan mengaduh,

"Adoi! Doi! Doi! Sakitlah Mei Mei! Kau ni, memang tak nak aku hidup senang, kan?! Bila aku tengah mood baik je, kau kacau aku. Semua benda baik aku buat, semuanya kau tak suka! Kenapa ah?! Tak boleh ke kalau aku buat business sendiri, cari makan?!"

"Saya tahu awak memang SUKA sangat berniaga tapi..." Mei Mei mengambil kesempatan itu dengan menghentam kepala Mail dengan buku dan tiba-tiba naik angin! "Jangan berniaga dalam kawasan sekolah! Terutamanyadalam kelas ni! Kantin pun tak boleh!" Mei Mei berhenti seketika dan mengeluarkan buku peraturan sekolah daripada poket bajunya.

"Peraturan 123; Pelajar sekolah S.M.K.K.D.R tidak dibenarkan membuat apa-apa pekerjaan sambilan sama ada di dalam atau di luar sekolah. Jadi, saya takkan biarkan awak melanggar peraturan sekolah sesuka hati jer!"

Susanti yang datang dari belakang terus menyampuk, "Apa salahnya? Mail mahu cari wang saku buat belanja sekolahnya~ Kasihan Mail~ Lagipula, ibu-ibu di sini pun suka sekali dengannya. Jadi... Maafkan dia ya, Mei Mei?" "Ah~ Susanti... Terima..."

KRING! KRING! KRING!

"Grr... Mail! Awak dah buat satu lagi kesalahan ni!" Tanpa mengendahkan Mei Mei, Mail terus mengambil handphone-nya di dalam poket dan mengangkat telefon,

"Ha... Ya, Cikgu Bayu! Saya Mail. Oh? Cikgu nak order karipap Mak Nah 30 biji esok? Boleh... Tak ada hallah, cikgu! 3 seringgit, okey? Deal! Esok saya bawakan ya? Okey, Assalamualaikum..."

Suasana senyap buat seketika...

Mei Mei terus terduduk dan meletakkan tangannya di atas lantai seolah-olah meratap,

"Kenapa... Cikgu displin tu... Dia tak buat apa-apa... tindakan?"

"Dia tak kejam macam kau! Kau tu, hati kering! Tak berperikemanusiaan!"

"Awak cakap apa?!" Mei Mei sudah bersedia mengangkat kamusnya yang bila-bila masa saja boleh hentam kepala Mail. Mail pula mula bangun untuk mempertahankan dirinya. Susanti yang melihat suasana tersebut berasa bengang dan...

"Sudah... KALIAN BERHENTI!"

Dengan serta-merta, mereka pun berhenti bergaduh dan dikaunseling oleh Susanti. Pada masa yang sama, seperti menggunakan telepati, Mail menghantar isyarat kepada Mei Mei,

"Kalau kau kacau bussiness aku lagi, siap kau!"

Serta-merta Mei Mei membalas isyarat itu,

"Saya memang bersiap sedia untuk mendenda awak!"

"Ergh..." Mereka berdua memandang muka masing-masing penuh dengan tekanan perasaan. Perasaan marah membuak-buak dalam diri mereka terpaksa ditahan dengan bersusah payah. Susanti yang perasan dengan pandangan tersebut hanya mengeluh.

"Mereka masih tidak berubah walau sedikitpun..." monolog Susanti kepada dirinya.

Tiba-tiba,

Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ke tepian

"Siapa yang melalak kat luar tu?" Tanya Dzulkarnain/Dzul kepada Jarjit Singh/Jarjit. Jarjit membalas dengan pantun 2 keratnya,

"Dua, tiga makan tauhu, aku pun tak tahu!" Muhd. Izzat/Ijat yang duduk di sebelah Jarjit hanya mendiamkan diri dan mendengar sahaja topik yang mereka bualkan.

"Aku rasa budak baru yang nak masuk kelas kita tu tak?" Muhammad Al-Hafezzy/Fizi pula bertanya. Tiba-tiba Muhammad Ehsan/Ehsan berteriak memanggil kawan-kawan sekelasnya supaya duduk di tempat masing-masing.

"Siap-siap! Bangun semu...a?"

Kita berbeda
Untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita menjadi

"Assalamualaikum..."


Any Reviews?/ Ada sesiapa nak berikan pandangan?