Banyaknya 'reviews'! Terima kasih kepada semua 'reviewers' terutamanya Ano Crazy Adventurer kerana selalu memberi komen yang membina! Jadi, saya bersemangat semula untuk meneruskan cerita in, YAY! Saya berharap agar dapat membaca banyak lagi reaksi-reaksi pembaca apabila membaca cerita ini! Saya telah mempelbagaikan watak dalam cerita ini bagi memeriahkan lagi fanfiction Upin dan Ipin! XD
Enjoy!
Upin dan Ipin adalah milik Les Copaque! :D
KAMI
Cikgu Jasmin berlenggang-lenggok masuk ke kelas; diiringi oleh Cikgu Thanuja, Guru Penolong Kelas. Tak sangka setelah selesai pengajian beliau di universiti, Cikgu Jasmin pulang semula mengajar di Kampung Durian Runtuh. Ketika pertama kali kepulangannya di sini, semua pelajar yang pernah menjadi muridnya menangis; terharu melihat cikgu kesayangan mereka kembali dan meraikankan kehadiran cikgu tanpa kehadiran Upin dan Ipin. Semestinya Cikgu Jasmin juga tertanya-tanya akan kehilangan Upin dan Ipin tetapi tiada seorang pun yang memulakan bicara. Mungkin tiada sesiapa pun yang tahu, beliau menghentikan pertanyaan tersebut. Semalam, Mei Mei memberitahu kepada semua pelajar dalam Tingkatan 4 Anggerik bahawa Cikgu Jasmin akan menjemput kembali kembar tersebut. Tentu beliau sangat merindui mereka...
'Mesti cikgu rasa gembira bila dia tahu budak dua orang tu datang balik ke sini.' Pelajar di dalam kelas tersebut berbisik-bisik sesama sendiri.
Cikgu Thanuja menepuk-nepuk tangannya beberapa kali supaya pelajar memberi perhatian. Apabila keadaan kelas kembali aman, Cikgu Thanuja mempersilakan Cikgu Jasmin untuk berkata sesuatu.
"Baiklah, kelas. Hari ini cikgu ingin perkenalkan sahabat baru... Rasanya semua dah kenal mereka, kan?"
Dzul dah penat menunggu terus berteriak dengan gembiranya;
"Upin dan Ipin, kan?"
"Ya betul tu, Dzul. Tetapi malangnya, cikgu lebih lambat berbanding budak baru tu..."
Semua murid terpinga mendengarnya.
Cikgu lambat? Bukan cikgu ke kat depan tu?
Semuanya serentak berfikir. Cikgu Jasmin dan Cikgu Thanuja tersengih-sengih macam kerang busuk apabila melihat para pelajar mengerah otak untuk menyelesaikan serabut di fikiran. Hal ini menarik lagi perhatian pelajar untuk mengetahui situasi yang sedang berlaku sekarang. Tiba0tiba, perut Cikgu Thanuja tiba-tiba berkeroncong dan Cikgu Thanuja terpaksa menekup tangannya ke perut untuk menggelakkannya daripada menghasilkan bunyi tersebut. Tak sampai beberapa minit, Mei Mei sudah mengetahui signal tersebut;
"Takkanlah...!" Cikgu Thanuja meluru ke arah Mei Mei dan terus duduk di meja kosong sebelah Mei Mei dan memberikan senyuman manis kepada Mei Mei.
"Lama tak jumpa, Mei Mei. Awak dah makin cantik~ dan lebih pandai sekarang. Congrats!" kata Cikgu Thanuja.
"Awak ni... Ipin, kan? Dan... Cikgu Jasmin tu... Upin...?"
'Cikgu Jasmin' mengoyakkan bajunya dan...
WALAH!
Transform menjadi Upin! 'Cikgu Thanuja' pula 'mengoyakkan' mukanya dan...
"Betullah apa yang awak teka tu. Kitorang dah balik. Balik, balik, balik! Hehehe..." Senyuman dan tagline Ipin menyakinkan Mei Mei dan pelajar-pelajar lain bahawa ini bukanlah mimpi.
"Dua tiga apam balik," Belum sempat Jarjit menghabiskan pantunnya, semua orang bersorak!
MEREKA DAH BALIK!
Ada yang menangis, gembira dan tak kurang juga yang pergi ke luar tingkap melalak-lalak menyatakan berita gembira itu. Dzul pula tak henti-henti menepuk kuat belakang pasangan kembar tersebut. Perbuatan tersebut membuatkan mereka berdua tersedak-sedak dan serentak berfikir, 'Sejak bila Dzul jadi kuat ni?' Mereka semua menyanyi beramai-ramai;
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia
Tiada bukit yang terlalu tinggi
Untuk kita daki bersama
Dan tak ada laut yang terlalu dalam
Untuk diselami
Mail yang ketika itu turut serta dalam 'aktiviti melalak sakan' segera menjengah ke luar, tiba-tiba menunjuk jari telunjuknya ke langit sebagai isyarat agar semua pelajar duduk di tempat masing-masing.
'Itu signal cikgu nak datang!' Upin bersuara dan semuanya bergegas ke kerusi masing-masing. Si kembar tersebut pergi ke bawah meja guru untuk membuat sesuatu...
"Baiklah, saya dapat aduan bahawa kelas kendalian saya ni sedang buat bising. Apa yang kamu semua buat ni?"
Cikgu Jasmin muncul di depan pintu sambil bercekak pinggang. Matanya meliar mencari punca KEBISINGAN itu berlaku. Anehnya, tak ada seorang pun yang bising dan masing-masing bersedia untuk memberikan salam di tempat duduk masing-masing. Cikgu Jasmin mengeluh dan ucapkan selamat. Semuanya berjalan dengan lancar sehingga tamat masa mengajar. Cikgu Jasmin memandang ke luar seakan-akan menantikan seseorang.
"Ish... Mana pula perginya budak dua orang ni~"
Ah, sudah...
Dua ekor tu...
Ada kat bawah meja cikgu lagi!
"Asal diorang tak keluar lagi?" Dzul membentak dalam monolognya.
"Apa diorang buat kat bawah tu?!"
"Diorang memang sengaja cari nahas ke?!"
"Sesiapa tolong cakap dengan cikgu, please-lah~" Dewi turut berbisik kepada semua.
11/12 daripada murid dalam kelas memandang tepat kepada Ehsan. Memandangkan semuanya memberi kata sepakat, Ehsan bertanya kepada cikgu (selepas mengeluh... -_-")
"Siapa yang cikgu maksudkan?"
"Budak kembar tulah... budak mana lagi... Eheh...?"
Secara tiba-tiba, keluar kepulan asap dari bawah meja! Semuanya panik melihat keadaan tersebut! Cikgu Jasmin segera mengeluarkan telefon bimbitnya tetapi dihalang oleh Ijat dengan memegang lengan baju cikgunya.
"Cikgu, saya rasa kita tak payah telefon bomba, kot..."
Terkelu lidah Ijat apabila melihat asap tersebut semakin menebal dan merebak ke seluruh kelas. Cikgu Jasmin menjadi bertambah panik apabila melihat keadaan itu.
"Mana boleh! Kalau dah berasap macam tu gamaknya terbakarlah sekolah kita! Cikgu nak telefon jugak!" Bertambah seram apabila muncul tangan memegang bahu Cikgu Jasmin. Mahu sahaja Cikgu Jasmin menjerit akan tetapi beliau terdengar suara Upin.
"Tak payah cikgu, kami tak apa-apa." Cikgu Jasmin terperanjat apabila ada seseorang mencuit bahu kirinya. Cikgu Jasmin mengalih pandangannya ke kiri. Malangnya, asap yang terlalu tebal mengurangkan daya penglihatannya. Kemudian, beliau terdengar suara tetapi kali ini Ipin pula bersuara,
"Itu cuma sekadar gimik khas untukmu, Cikgu Jasmin." Lalu tangan tersebut perlahan-lahan menutup mata Cikgu Jasmin. Walaupun Cikgu Jasmin masih terasa lagi ketakutannya, namun begitu, apabila beliau mendengar suara anak kembar tersebut, hatinya kembali tenang. Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan mereka kepadaku...
click!
CIKGU! BUKA MATA CIKGU! KAMI NAK BAGI HADIAH!
Suara tersebut kedengaran jauh namun Cikgu Jasmin masih dapat memberikan respon dengan baik. Hadiah? Untukku? Hai~ Kembar nakal ni~ Kamu berdua masih tidak berubah...
Perlahan-perlahan, Cikgu Jasmin membuka matanya. Terharunya melihat sejambak bunga Jasmin dipegang bersama-sama oleh pasangan kembar tersebut. Beliau mengambil jambakan bunga Jasmin tersebut dan menghirup wangian bunga tersebut. Harum seperti... Lavender? Bunga Jasmin yang berbau lavender? Peliknya...
"Cikgu jangan terkejut sampai macam tu sekali. Saya dan Ipin bekerjasama dalam hal ni. Saya yang belikan bunga, Ipin yang buat semburan lavender untuk bunga tu dan memastikannya kekal segar... Kami buat semua ini sebab... Kami sangat sayangkan cikgu..." Tanpa disedari air mata Cikgu Jasmin meleleh di pipi. Tidak pernah sangka yang anak muridnya akan membuat surprise begitu. Lalu, Cikgu Jasmin memeluk mereka dengan erat; bagaikan tidak mahu terlepas dari pegangannya. Para pelajar Tingkatan 4 Anggerik beramai-ramai memeluk mereka.
Ehsan menangis teresak-esak; "Kenapa korang lama sangat tak balik?!"
"Tak syoklah kalau korang takde..." Merungut Fizi.
"Bolehlah aku minta balik hutang Upin yang tertunggak tu!"
Upin menelan air liur mendengar perkataan 'hutang' daripada mulut Mail.
"Haiya Mail! Jangan begitulah! Sekurang-kurangnya mereka sulah pulang! Upin, Ipin, saya rindu kamu berdua~"
"Oh? Ada sikit lagi slang chinese dia..." monolog Ipin.
"Nenek aku cakap kalau orang lama pulang ke tempat asalnya, maknanya itu petanda yang baik!"
"Nenek kau, nenek aku jugak Dzul..."
"Dude Ijat, aku taulah tu..."
"Saya suka makan budu,
Kamu berdua saya rindu!"
Semua orang ketawa apabila mendengar pantun spontan Jarjit. Sememangnya dia sangat bagus dalam membina pantun!
On the other side, Upin dan Ipin terpaku dengan pelukan erat daripada guru dan rakan-rakan mereka. Kedatangan mereka dialu-alukan oleh semua orang. Mereka saling berpandangan dan berasa bersyukur kerana dapat kembali ke Kampung Durian Runtuh...
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya
Untuk selamanya setia
Setia setia
Extra!
"Mei Mei, macam mana awak tahu kitorang menyamar tadi?" tanya Ipin.
"Ha'ah. Lakonan kitorang perfect giler kot. Macam mana ah?"
"Sebab perut Ipin selalu berbunyi. Kita semua tahu yang Ipin selalu lapar..."
Upin menjeling kepada Ipin. Ipin hanya tersipu-sipu malu mengenangkan perutnya yang sentiasa berkeroncong... :'D
bold - tidak boleh digunakan dalam karangan... XD
senget - monolog, lirik lagu dan bahasa inggeris...
REVIEWS? Ada lagi tau... :3
