" Hei Hali , kau takkan dipanggil lemah kerana menangis . Kalau kau gembira , senyumlah . Kalau kau sedih , jangan kau tahan , menangis sahaja .. Manusia ini diberi perasaan , Hali.."

" K-kau...tsk..!"


Thank You and Farewell

Characters belong to Animonsta

Rated : T+

Genre : Drama , Tragedy , Family , Hurt + Comfort

Warning : Typo , Newbie Autor ,

No AI ( Author Interupt )

No Sho-Ai

Sad Ending ( ? )

OOCness

This is a OneShot

Story by : Achan Nachan


Setitis air mata aku mengalir di pipi ku . Aku memandang batu nisan seseorang yang pernah memberi cahaya di dalam hidup ku .

Namanya Taufan .

Adikku yang menjengkelkan tapi adikku yang paling memahami.

Nama aku Halilintar , anak sulung dari lima Boboiboy bersaudara . Aku tahu aku ini tak sosial dan agak asing pada orang yang baru aku kenal . Aku juga dikenali sebagai orang emotionless dan tiada hati .

Ini kerana aku kesal .

Aku kesal dengan kedua ibu bapa ku yang tidak pernah ada ketika kami perlu . Yang mereka tahu ialah menghantar duit belanja yang sungguh berlebihan untuk kami belanja setiap minggu dan mereka sangat jarang pulang ke rumah . Setahun sekali sahaja.

Aku membiarkan titisan titisan hujan itu mengenai topi kesayangan ku .Kenapa ? Kenapa ramai manusia di dunia ini , kau juga yang akan meninggalkan aku ?Kau tahu kan kau itu bagaikan matahari yang bersinar tanpa lelah?

Aku melutut di hadapan kubur adikku sambil memeluk batu nisan nya .

" Tsk..! Kenapa..?! Lagi aku belum boleh mengucapkan terima kasih..!"

Aku menangis di situ . Suatu perkara yang amat , jarang aku lakukan sebelum ini , telah aku lakukan .


" H-halilintar..! Kau luka luka itu ..!" Gempa bertanya dengan wajah resah . Aku mendesah lalu naik ke tingkat atas atau lebih tepat sekali ke bilik ku . Aku tahu Gempa akan risau tahap setan , tapi aku tak nak susahkan dia . Dia yang uruskan hal hal rumah , takkan lah nak susahkan dia dengan sikap kami yang berlainan tahap karma nya ?

Selepas menutup pintu , aku baring di atas katil bercadar merah hitam itu .

"Tch..! Kelab bodoh..."

" Tak elok kau kata begitu ~"

Aku terkejut dan segera bangkit melihat seseorang bertopi samping berwarna biru-putih-kuning berdiri di sebalik pintu bilikku.

"O-oi ! Siapa bagi kau masuk bilik aku-" kata kata ku terpotong melihat ekspresi yang Taufan sedang pamerkan .

Sedih ?

Penat ?

Marah ?

Ataupun..

Kesal ?

"...dulu Hali sukakan martial arts sangat . Dia dapat penuhkan masa dia dengan judo , taekwondo , kendo dan karate. Sebelum itu , dia selalu pulang lewat dengan badan yang dipenuhi luka dan darah . Aku tak nak perkara itu berulang lagi .."

"T-taufan..."

Sejurus itu , dia tersenyum lebar selebar senyuman matahari bersinar.

"Tapi tidak mengapa ! Aku akan berusaha kalahkan Hali suatu hari nanti !" Dia menggenggam tangan nya dengan yakin .

Heh , aku tersenyum separuh . Ini adalah salah satu sebab aku sangat senang dengan Taufan . Dia seorang yang memahami dan menghormati privasi orang lain .

" Heh .. 1000 tahun lagi pun tak tentu kau boleh kalahkan aku atau tidak .."

Dia tersenyum lebar .

" Tunggulah ! Aku akan buat kau menangis suatu hari nanti ! Dan kau akan menangis kerana aku ! Muaahahahaha~"

Muncul simbol merah anime yang menunjukkan rasa geram di kepala aku . Aku ? Menangis ? Buat lawak ke ?

" Kau Taufan..! Mari sini kau !" Aku segera menerpa ke arahnya dengan tanganku menuju ke arah kepala nya .

" ADEEEHH !"


Aku membuka mataku sejurus mimpi yang ku alami sebentar tadi hilang. Ah , itu bukan mimpi , tapi memori . Aku tertidur di hadapan kubur Taufan tadi . Aku melihat langit .

Hujan dah berhenti..

Aku memandang sekilas ke arah handphone ku yang terlihat ada' 26 new messages'. 10 dari Gempa , 6 dari Air, 10 dari Api . Semuanya berbunyi sama sahaja .

' kau di mana ?'

Aku tersenyum kecil lalu memandang kubur Taufan sekilas .


" Hali , lain kali jangan cari pasal dengan budak budak nakal itu !" Argghh... Omelan Gempa hanya aku boleh telan sedikit demi sedikit . Dia sedang membalut kaki kanan ku yang berdarah dengan gauze roll yang Taufan beli sebentar tadi .Api pula sedang merawat tangan ku yang ada luka pisau yang panjang .

Taufan dan Air ? Mereka sedang mencari budak budak yang telah bergaduh dengan ku sebentar tadi walaupun telah dihalang oleh Gempa . Tapi , melihat muka Air yang sudah tentunya, menyeramkan apabila marah , Gempa hanya boleh mengalah .

Taufan ?

Dia hanya tersenyum nakal . Huh , dasar budak tak kenal masalah .

Aku keluar dari kawasan perkuburan itu dan terus berjalan . Aku tak tahu hala mana yang kakiku melangkah , aku ikut sahaja . Angin berhembus perlahan menyapa indera pendengaranku.

...Kita akan bersama .. Selamanya..

Angin yang sama mengingatkan aku ketika detik itu...


"...jadi kesimpulannya , jangan buat masalah lagi , faham ?" Hueehhh... Kata kata Gempa yang berlangsung selama 32 minit 29 saat itu cukup membuatkan mata aku memberotak ingin tidur .

"Ya ya .. Aku ta- "

Tok Tok Tok

Aku memandang Api dan kemudian memandang Gempa . Api kemudian nya bangkit dan pergi menuju ke arah pintu dan buka nya.

" Yo ! Hali dah selamat sekarang ~"

Taufan berlumuran darah di bahagian kepala . Di sebelahnya ialah Air , dengan muka poker-facenya dan tak lupa sedikit kesan kesan calar dan luka di badannya.

Okey .. Gempa tak boleh tengok ini . Kalau tidak ..-

" UEHHHH! T-TAUFAN ! AIR ! APA YANG TERJADI INI ?"

Yah , speak to the devil .


Aku berjalan perlahan menuju ke taman selepas melawat kubur Taufan . Aku menghembus nafas perlahan sambil melihat 5 orang kanak kanak sedang bermain bola sepak di taman .

Ini mengingat kan aku tentang kita dahulu .


"Pass dekat aku !"

Taufan menyepak bola ke arah ku . Aku berlari dribble bola itu sambil mengelak Api di hadapan ku .

" Heh, kau ingat kau boleh menang hanya kerana kau ketua bola sepak ? " ejek aku dengan kuat , cukup kuat untuk buatkan fans Api menoleh ke arah aku .

Api , of course dengan muka merah padamnya menahan malu . Aku pun segera menyepak bola keluar dari kawasan lencongan Api . Aku dribble ke arah pihak lawan dan aku melihat Taufan melambaikan tangan nya ke arah ku meminta pass .

Aku mula steady diri untuk pass . Namun , aku rasa rumput padang itu terlalu licin , aku terjatuh dan bola itu sempat disepak kuat ke arah Taufan . Dia yang sedang blur hanya mampu terbaring dan darah memancut dari hidung apabila bola yang ku sepak mengenai kapala nya .Headshot .

Aku tak menyesal selagi-

" TAUFAN ! "

Well, Gempa dah steady awal awal .


Tiba -tiba aku terasa sebuah tangan mendarat di bahuku . Aku memalingkan kepala ku ke belakang sejurus itu membulatkan mataku .

Taufan .

Aku berkedip dua kali , dan kemudian , ia hilang .

Aku hanya mampu merasa cecair hangat jatuh di pipiku .

Aku tersenyum .

Aku bodoh .


"Takziah ya , Halilintar ..." Fang ucapkan padaku sejurus itu pergi . Matanya sudah sembap kehilangan seorang rakan yang selalu mengajaknya bermain skateboard .

Aku melihat adik beradikku .

Gempa sudah mempunyai eyebag di bawah matanya .

Api sudah merah matanya.

Air sudah lelah untuk menangis lagi .

Aku memegang wajahku . Tiada tangisan yang keluar . Setitis pun .. Tiada.

Kenapa aku tak menangis ?

Inikan upacara pengkebumian adikku , Taufan ?!

Aku benci diri ini .

Air datang memeluk ku kemudian dia mula menangis lagi.


Aku gagal .

Aku gagal menjadi abang yang baik .

Aku gagal nak lindungi Api daripada kereta api itu ..

Aku gagal !

Aku mula menangis semula di taman itu .

"...kau takkan dipanggil lemah kerana menangis . Kalau kau gembira , senyumlah . Kalau kau sedih , jangan kau tahan , menangis sahaja .. Manusia ini diberi perasaan , Hali.."

Aku berhenti menangis apabila melihat 3 orang remaja di hadapan ku . Ku mendongak .

Gempa . Api . Air .

Mereka tersenyum sambil Api menghulurkan tangannya .

" Hali , jom kita pergi . Kita pergi lawat kubur Taufan .."

Hati ku ingin sangat membalas ' ..aku sudah pergi lebih awal ..' tapi rasanya pergerakan badanku tidak menurut kata kata hati .

Aku menyambut tangan Api dan segera bangun . Ya , aku akan bangkit , Taufan .

Dengan itu , kami pun pergi menuju ke kawasan perkuburan .

Kau tak pernah gagal , Hali .

Angin yang berhembus mengingatkan aku pada suaranya .

Aku menoleh ke belakang dan melihat tiada apa apa . Aku tersenyum.

Ya , aku akan buat adik kita bahagia , Taufan ! Aku akan buat mereka senyum secerah matahari yang kau punyai !


Author's note : YOhoooo!~ Achan here ! Achan ingat malas nak sambung fic ni but ada certain review buat Achan membara nak sambung fic ni .! Well , Fic ni akan ada 7 chapters tau !

CH1 - Api POV - Our Memory

Ch2 - Halilintar POV - Sunshine Smile

CH3 - Gempa POV - True Hero

Ch4 - Air POV - Fake Mask

CH5 - Fang POV - Friend Forever

CH6 - Childhood Memory

CH7 - Epilogue - We will never forget you , Bro.

Read n Review PLEAAAAZEEE !

Look forward for this , okay ~~

-Achan-