-Pagi yang cerah-

Haikal dengan perlahan membuka matanya dan menggerakkan dirinya ke tepi, semasa dia buat demikian...dia ternampak seseorang meletakkan kain kecil yang basah kuyup dan segelas air diatas meja. Pemuda itu tersenyum ria melihat Haikal bangun daripada tidur.

"Apakah kau nyenyak tidur?~" pemuda itu duduk diatas katil dan menyentuh tangan Haikal, tetapi Haikal terus mengelak dari sentuhan itu

"Siapa?" Tanya Haikal sambil menyipitkan matanya untuk mengenal pasti si pemuda mata coklat yang bercahaya pada waktu malam

"Oh ya, aku Khairul...panggil je Khai, kau pulak?" Khai terus mengambil segelas air dan berinya kepada tangan Haikal

"Sebelum aku jawab...apa aku buat kat sini?" Khai hanya mendengus geli, Haikal hanya menatapnya hairan

"Kau kat sini sebab arahan seseorang...kalau kau nak jumpa dia, dia akan balik bulan Mei" jelas Khai sambil meminum air jus oren yang dibawanya

Haikal hanya menatap Khai lagi "aku Haikal, panggil je Kal dan...siapa orang tu? Aku kat mana?" Tanya Haikal lagi

Khai hanya memutarkan bola matanya "nanti kau tahulah...kau kat tempat orang yang nak jumpa kau tu..." Khai bangun lalu pergi ke dapur dan menuang lagi jus oren "aku diarahkan untuk jaga dan tak apa-apakan kau...tch dia ingat aku ni tak tahu jaga orang sakit ke apa?!" Khai mendengus geram dan bergumam tak jelas

Sekarang semua orang yang bekerja di hospital panik! Termasuklah elemental brothers & Fang bahkan penjaga CCTV tu jugak sebab dia tertidur! Gempa memegang erat tangan Shamsu dan membuatkan Shamsu meringis kerana tangan kecilnya digenggam dengan kuat.

"Bang Gempa...sakitlah...jangan pegang kuat sangat..." Shamsu meringis kesakitan

"Oh...sorrylah ya..." Gempa melonggarkan sedikit pegangan tangannya

"Hiish! Salah kaulah ni! Malam tak berjaga ikut tidur jugak!" Terdengar Fang menuduh Halilintar yang hanya diam berdiri dari tadi

"Aku pulak!? Petang semalam aku dah jaga sampai kau tertidur lagi! Kaulah yang patut jaga malam semalam!" Halilintar mempertahankan dirinya

"Dah...dah...jangan bergaduh...kita takde masa banyak ni...jom cepat cari Kal ya?" Gempa menuju ke arah tingkap yang terbuka separuh di dalam bilik yang Haikal duduki

"Tingkap ni terbuka separuh...mungkin Haikal melarikan dirinya melalui tingkap?" Ais memberi pendapat yang logik

"Tapi...Onii-chan tak suka tempat yang terlalu tinggi! Onii-chan selalu cari tempat yang sesuai untuk melompat supaya kakinya tak patah macam masa dia lompat tangga" Shamsu membela Haikal dengan berkongsi maklumat pasal Haikal

Halilintar memasang gaya berfikir "Hah! Mesti dia kat sana!" Halilintar bergerak ke lif untuk turun ke bawah dan diikuti oleh Duri, Taufan & Blaze sementara Fang, Gempa, Solar & Ais masih termenung jauh

"Gempa...apa kata kita pergi rumah Ochobot? Mungkin ada maklumat yang boleh di beritahu?" Ais memberi cadangan yang logik

"Bijak! Kan Haikal berkawan rapat dengan Ochobot! Jom pergi ke rumahnya!" Gempa mengheret Shamsu pergi & diikuti oleh yang lain

Sekarang...Khai & Haikal semakin mesra hanya dalam 6 minit...pecah rekod Haikal sebab nak berkawan dengan Fang & Halilintar ambik masa 4 hari... Khai melihat wajah seri Haikal yang masih belum menunujukkan senyuman manis (yang hanya Haikal bagi kat Halilintar & Duri)

"Apa yang kau mengelamun Khai?" Tanya Haikal sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Khai

"Uhh...aku-aku kena pergi beli barang! Tolong jaga rumah ni okey? Byee!" Khai mengambil duit dari atas meja dan mengunci pintu sambil bermain telefon & blushing

Haikal hanya terdiam sejenak, tiba-tiba dia terdengar bunyi orang memasuki rumah "HAIKAL!" Blaze, Duri & Taufan menjerit sambil memeluk Haikal

Haikal hanya membeliakkan matanya 'apa ni...? Diorang tak marah pada aku lepas aku bentak diorang?!' Dia juga terdiam tanpa memikirkan keadaan sekarang "apa korang nak? Nak ambik aku balik? Jangan harap! Aku akan sentiasa duduk dengan Khai!" Haikal membuang muka

"Apa ni...susah payah kitorang cari jalan masuk..." Duri naik ke atas katil yang Haikal tengah baring "apa kau tak hargai kitorang~?" Duri memandang Haikal dengan mata puppy eyes

Uurgh! Cuma Duri, Blaze & Taufan sahaja yang pandai buat puppy eyes! Haikal blushing sambil menutup muka "aku akan fikir...korang baliklah dulu...aku nak berseorangan sekejap..." Haikal memberi peluang kepada elemental brothers

Semua tersenyum gembira lalu keluar melalui tingkap yang tadi dibuka separuh dan sekarang sudah dibuka luas, Haikal masih berfikir. Dia terlalu fokus sampai tidak tahu Khai sudah balik dan menatapnya dekat-dekat.

"Kau memgelamun apa?" Tanpa mengucapkan 'aku dah balik' atau salam dia terus tanya benda ni...

Dan ia membuatkan Haikal terperanjat dan memandang kedepan, bibir mereka bertemu dengan tiba-tiba sebab muka diorang sangat dekat. Haikal memalingkan kepalanya ke arah tingkap supaya tidak memandang Khai lagi. Malangnya Khai tersenyum ria dan memegang dagunya dan terus mencium Haikal.

"Nnnmmghh!" Haikal memberontak dengan segera tetapi dia hanya pasrah sebab dia masih demam & lemah

Di sebalik semak, Halilintar dan yang lain masih memerhati kelakuan gatal Khai!

"Grrr! Berani dia cium Haikal?!" Halilintar menggenggam daun yang menutupi mereka

"Hali...kitorang nak tanya..." Blaze mula bersuara sambil menarik bahu Halilintar

"Tanyalah cepat!" Kata Halilintar tanpa memandang ke arah Blaze

"M-macam mana kau tahu Haikal kat sini? Kau ada sesuatu yang disembunyikan ke?" Duri bertanya walaupun sepatutnya Blaze yang patut bercakap

"..." Halilintar hanya diam, tiba-tiba jamnya berbunyi dan memaparkan muka Solar & Shamsu

"Korang kat mana? Kitorang kat rumah Ochobot ni!" Solar mula bercakap sambil mengelus rambut Shamsu yang memasang muka sedih

"Onii-chan! Korang dah jumpa Onii-chan? Dah jumpa? Dia kat mana?" Bertalu-talu pertanyaan yang ditanya oleh Shamsu

"Umm...kitorang belum jumpa...aku akan terus mencari..." Halilintar menjawab dengan bohong

Taufan membisikkan sesuatu kepada Halilintar "psst...kau nak tipu Solar? Kau tahu Solar akan marah kalau kena tipu...walaupun dia tu berlagak hebat tapi kau tak perlulah tipu dengan dia..."

Halilintar mendengus kasar "dia tak perlu tahu kita kat mana...lagipun dia tu mudah risau tau tak? Aku tak pernah kata dia berlagaklah!" Halilintar mematikan message call antara Solar dengan dia

"Macam mana ni? Kita masih belum ada rancangan..." Duri & Blaze bercakap pada masa yang sama

"Mmmmnnghh!"

Tiba-tiba mereka mendengar desahan Haikal yang semakin kuat, dengan automatik Taufan & Halilintar menutup mata Duri & Blaze. Halilintar menyuruh Taufan tutup telinga serta yang lain.

"HOI! KARI! KAU BUAT APA DENGAN HAIKAL HA?!" Halilintar melompat masuk ke tingkap yang terbuka luas dan mengejutkan Haikal & Khai

"Ahahahahaah!" Haikal, Duri, Taufan & Blaze gelak terbahak-bahak sampai keluar air mata

"Hish! Nama aku Khairul! Bukan Kari!" Khai mendengus dengan geramnya

"Ada aku kesah? Hoi, Khari apa kau buat dengan Haikal kitorang ha?! Kau pendek! Penculik pulak tu!" Halilintar mahu menumbuk Khai tetapi dihalang oleh kuasa jam tangan Khai!

"A-apakah?! Aku tak boleh bergerak laju!" Halilintar cuba menggerakkan lebih laju tubuhnya tapi tiada perubahan

Haikal dan yang lain kagum dengan kuasa Khai. Diorang bukan tolong malah memuji kekuatan jam Khairul! Terkembang-kembang hidung Khai selepas dipuji bertalu-talj. Halilintar sekarang tengah membuat muka bengisnya, dahlah tubuhnya jadi perlahan, lepas tu takde siapa nak tolong!

Di semak, Taufan & yang lain berbincang cara nak dapatkan jam tangan Khairul (sebab Blaze nak, kalau tak dapat dia akan marah dan musnahkan dunia!) Dan menolong Halilintar jadi pergerakan biasa dan juga bawa Haikal pulang.

"Ada idea?" - tanya Taufan

"Aku ada! Kita baling api dekat Khai dan lepas dia nak cari air kita ugut dia beri jam berkuasa tu! Ahahahah!" - Blaze dengan ketawa jahatnya

"Kau pembunuh api..." - Duri & Taufan dengan poker face

"Tak pelah...kita guna idea aku! Kita …" - Duri membisikkan rancangan yang akan dibuat oleh mereka

Semua setuju dan terus pergi ke posisi masing-masing. Duri dengan kecepatan yang laju terus mencari kotak elektrik untuk memutuskan elektrik. Jumpa kotak itu, dia menggunakan sarung tangan durinya dan menutup semua suis didalamnya. Taufan & Blaze bersedia dengan memakai topeng hantu yang entah bila diorang beli.

YEEEOOOWW! ZZZZTTT! GOOAAR! HIISH!

Pelbagai bunyi yang menarik dibuat, tetapi cuma tutup suis sahaja. Mungkin dewi tuah berpihak kepada mereka dan membantu mereka membuat pelbagai bunyi yang menakutkan.

"Heee...apa benda t—" belum habis ucapan Khai, tiba-tiba dia rasa benda basah di tangannya

"Wei! Jangan jilat tangan akulah!" Kata Khai sambil memeluk pinggang Halilintar

"Macamana aku nak jilat tangan kau kalau aku tengah bergerak super perlahan kat sini?!" Halilintar membentak Khai

"Korang ni ada-ada je...biar aku cari suis lampu..." Haikal terus mencari-cari suis lampu

Tak diduga walaupun mata Halilintar & Khai bercahaya dalam gelap...diorang tak nampak apa yang terjadi bahkan Haikal yang matanya berkilat-kilat & bersinar-sinar hebat! Tetapi Haikal terus melanggar apa yang ada di sekelilingnya dengan selamba & muka innocent. Itu menambahkan lagi effect menakutkan!

˝Hold me down, hold me down, sneaking out the back door, make no sound, knock me out, knock me out, saying that I want more, this is what I live for!˝

Tiba-tiba nada dering Hold me down by Halsey berbunyi menandakan seseorang menelefon Haikal, dengan segera Haikal meangkat message callnya.

˝syukurlah! Kau selamat! Aku risau tahu tak?˝ dapat dilihat wajah Solar yang tengah risau sambil memeluk Shamsu yang tengah tidur lena didekapannya

"Tu...Shamsukan?! Kenapa Shamsu dengan kau?! Apa dah jadi?!" Haikal mula beremosi kembali dan megeluarkan air matanya

"Habislah kita..." pada masa yang sama semua elemental brothers, Fang & Ochobot cakap pada masa yang sama, rancangan Duri and the gangpun dibubarkan, juga...Solar akan terima hentaman bertalu-talu daripada abang tersayangnya memandangkan dia anak bongsu...

-TBC-

YAAAY! Siap jugak akhirnya...sebab sebelum ni terbuang chapter 3 (T v T) Kitsu sangat gembira sekarang~ harap korang masih terus membaca sampai chapter terakhir!