Nyaaa! Siap juga akhirnya!

Uhuhu...idea..mana kau idea...

Warning:

Oc, shounen-ai, human! Ochobot

Rate & Genre:(for this chapter)

T, mystery, hurt/comfort


×Haikal's pov×

Tak sangka aku kena tipu dengan sebegitu rupa...ianya lebih parah daripada dibuli pada umur 7 tahun, itu aku endahkan tetapi...kena tipu dengan Shamsu yang hilang ialah...benda yang paling menakutkan.

˝Kal, kau dah salah faham˝ Solar mencari cara untuk membuat aku faham...tak mungkin aku percaya

"Cepatlah...aku nak tahu...apa sebab korang culik Sham?" Tanya aku lagi lama tunggu dengan jawapan Solar

˝sebenarn—˝ belum habis kata-kata Solar, aku dah menyampuk

"Mesti kau nak dia ganti kau punya spek mata sebab dia yang pecahkan spek mata kau kan?" Aku meneka, tiba-tiba Solar mengeluarkan aura hitam dari belakangnya

˝APA?! KORANG BERDUA YANG BUAT PECAH SPEK MATA AKU YANG TERHAD?! KAU NI MEMANG NAK KENA! BAGITAHU KAU KAT MANA BIAR AKU DAPAT BELASAH KAU!" Waah...Solar, aku tak sangka kau boleh marah sampai macam ni

"Tak nak bagitahu week..." aku menjelingkan lidah aku

Tiba-tiba, Duri mengambil telefon pintar aku dan mula bercakap "dia ada kat rumah...eemm, jauh sikit dengan rumah kita, biar aku explain...ikut simpang sampai jumpa tempat yang ada pokok kelapa, lepas tu pergi ke arah kanan dan kau akan jumpa semak samun yang ada tanda hangus sikit...kau nampak rumah nombor 35 masuk dalam rumah tu sambil menghempas pintu dan bawa pedang samurai..." Duri dengan panjang lebarnya menjelaskan segala lokasi dengan tepat

Ingat semua kata-kata Duri. Solar terus menutup pertalian dan menuju ke lokasi yang mahu dituju.

×Haikal's pov end×

Kali ni, aura hitam muncul dibelakang Haikal, kelihatan dia marah dengan Duri. Tiba-tiba dia mecengkam baju Duri dan tujukan tumbukan didepan muka Duri. Duri hanya tersenyum nakal. Apa dia bodoh tersenyum macam kerang busuk?

"Apa yang kau senyumkan ha?! Kau nak aku hilangkan senyuman tu ke ha?!" Haikal mula meradang

"Ahaha...macamlah kau berani nak tumbuk aku~ bahkan Abang Taufanpun kau lepaskan dia~ mungkin...kau ada relationship antara Abang Taufan ye tak?" Duri membuat suara menggoda, dia nak buat Haikal lagi marah ke apa?!

"Eeee! Kau ni memang nak kena! Hiiyaaah!" Haikal mula bertinju dengan Duri, begitu juga Duri sebab dia mahu mempertahankan dirinya

Taufan, Blaze, Halilintar & Khai hanya tonton pergaduhan itu...bukan tolong malah gelak ketawa sambil makan popcorn entah dari mana! Diorang ni...tengok je tahu, tolong tak tahu!

Halilintar menjeling ke arah Khai, jelingan itu membuatkan Khai menoleh sambil membuat muka hairan "apa?" Tanyanya sambil memakan popcorn

"Suapkan aku popcorn tu...aku nak tonton sambil makan jugak! Ni kali pertama aku tengok Haikal & Duri bergaduh...sebab Haikal suka sangat bergaduh dengan Solar!" Halilintar menjelaskan segalanya panjang lebar

Khai hanya meangguk faham sambil menyuapkan popcorn itu ke dalam mulut Halilintar. Baru je sejam, Duri dah kalah dengan Haikal yang kecil tu. Semua membeku...apa...apa?! Haikal kalahkan Duri dalam masa sejam je?! Selalunya yang paling pandai bertarung Halilintar, Blaze & Duri...tapi malah Duri yang kalah dengan Haikal yang kecil suci(!) Ni?!

"Hmmp! Apa pandang-pandang?! Nak cari nahas ke hah?!" Haikal membuat muka bengisnya sambil membersihkan kotoran di tangannya

Duri sudah terbaring di atas lantai dengan lebam di atas kepala, pipi & lain-lain. Yang lain hanya menggeleng laju. Khai mula mendekatkan mulutnya ke telinga Halilintar.

"Pssst...betul ke ni dia? Bukan tadi comel molek macam kucing gebu ke...sekarang macam harimau nampak buruan!" Khai membisikkan pertanyaan yang...sulit agaknya?

Halilintar hanya memutar mata "ni kali pertama aku tengok dia marah sampai macam ni...bahkan masa taekwondo tahun lepas, dia menang lawan dengan pihak lawan yang paling terkuat!" Halilintar menjawab pertanyaan Khai dengan berbisik kembali

"Betul tu! Jangan main-main dengan kecomelan dia tu! Dia tu jugak pembimbing rakan sebaya, penolong ketua taekwondo, ketua kelab FUJODANSHI" Blaze menyampuk perbualan—berbisik antara Khai & Halilintar

Taufan? Hm...dia tengah menenangkan Haikal. Tiba-tiba pintu dihempas dengan kuat. Kelihatan seorang budak lelaki yang memakai jaket & topi bercorak oren, putih & kelabu sudah memakai sarung tangannya & dinaikkan lengan bajunya ke atas. Tetapi yang peliknya...dibelakang dia ada seseorang yang tinggi daripadanya.

Khai terkejut lalu tabik kepada pemuda yang berada dibelakang Solar tersebut "KAPTEN! M-maaf sebab dah hampakan kapten..."

Haikal memandang ke arah pintu dengan muka yang masih marah. Matanya terbeliak, pemuda yang berada di belakang Solar tersenyum sinis. Haikal hanya memandangnya dengan bosan. Elemental brothers yang lain hanya berkedip sahaja, tidak tahu mahu buat apa. Khai hanya memandang mereka semua dengan tegas dari sebelum ini.

Apakah pertalian antara 'kapten', Khairul & Haikal? Elemental brothers terlalu keliru sampai bunyi cengkerikpun tak terdengar...Haikal bawa Solar keluar pergi, tapi tangannya ditahan oleh 'kapten'

"Grrr...apa yang ka—uhuk! Uhuk!" Haikal terbatuk semasa mahu menghabiskan kalimat ketiganya

"Aku ingat kau tak perasan aku tadi...Runo..." 'kapten' masih tersenyum sinis

"Jangan panggil nama teruk tu! Tu bukan nama samaran aku! Bahkan bukan nama sebenar aku! Kau orang pemberi nama yang paling teruk aku pernah jumpa! Uhuk! Uhuk! Baka Kaizo! Biar aku pergi dengan elemental brothers!" Haikal sudah naik berang sehingga bercakap panjang jela sampai terbatuk

"Heh..." Kaizo mendekati Haikal dengan muka yang masih tersenyum sinis

»Di rumah Ochobot«

√Gempa's pov√

Haih...mana yang lain ni? Solar cakap yang dia nak keluar sekejap, tapi ni dah lama sangat...aku kena pergi cari diorang ke? Macam mana ni...? Eh? Tiba-tiba aku terasa ada seseorang sentuh bahu aku...jadi aku pusing belakang dan nampak Fang yang tengah menenangkan aku, dia tahu...aku risau dengan situasi ni.

"Boleh pinjam tandas tak? Aku nak cuci muka sekejap" kata Fang dengan selamba

Erk?! Aku ingatkan dia tahu aku tengah risau! Tapi malah dia nak cari tandas?!

"Boleh, boleh, pergilah" aku menenangkan diri aku dengan bersabar, siaplah Fang nanti

Selepas memberi kebenaran, Fangpun pergi ke tandas manakala Ais & Shamsu tengah tengok tv...entah apalah yang akan terjadi lepas ni...haduh pening kepala aku!

√end Gempa's pov√

Bersambung lagi bersama Kaizo & yang lain. Kaizo menyentuh tengkuk Haikal, dan refleknya Haikal terjatuh pengsan. Halilintar, Duri, Blaze, Taufan & Solar terkejut.

"Hoi! Apa yang kau buat dengan Kal ha?!" Halilintar menjerit seraya menarik baju Kaizo

"Heh, kau budak mentah tahu apa? Korang jangan masuk urusan aku!" Kaizo tersenyum jahat sambil mengalihkan tangan Halilintar daripada mencengkam bajunya

"Hiiii! Kauni memang nak kena!" Halilintar terus menumbuk muka Kaizo tetapi pergerakan dia diperlahankan LAGI

"A-apakah?! Grr! Kau guna kuasa tak guna tu lagi?!" Halilintar cuba bergerak dengan sepenuh tenaganya

Solar, Duri, Taufan & Blaze menolong Haikal supaya bangun dari pengsan. Solar cuba cucuk-cucuk tubuh Haikal, Duri cubit pipi tembam Haikal, Taufan & Blaze gelitik bahagian tengkuk Haikal.

"Haih...takde gunalah...kita kena guna kuasa letrik ni! Tapi...tak tahu nak dapat kat mana..." kata Duri dengan nada putus asa

Kaizo tersenyum sinis kepada Halilintar & Khai. Khai hanya memandangnya datar, Halilintar memasang muka sweatdrop. Sekarang keadaan jadi hening takde suara, bisu, seperti dunia berhenti sebentar.

"KITOORANG DAATAAANG!"

Tiba-tiba mereka terdengar suara yang familiar bagi elemental brothers. Semua menoleh ke arah sumber suara untuk dikenal pasti. Ternyata Gempa, Ais & Fang berlari masuk kedalam rumah yang agak kemas. Dimana Shamsu? Mereka meminta Ochobot untuk jaga dia.

"Ma-macammana korang tahu kitorang ada kat sini?" Tanya Silar dengan heran

"Panjang ceritanya..." Gempa mula menceritakan segalanya sampai A hingga Z

# Flashback On #

Gempa masih kehulu-kehilir berfikir sama ada nak cari Halilintar dan yang lain ataupun duduk je sementara tunggu diorang balik, Shamsu sudah pening memandang Gempa yang kehulu-kehilir sampai tertidur didalam pangguan Ais yang sedang bermain Instagramnya. Ais cuba bertanya kepada Ochobot melalui Direct Message. Fang sedang menuruni tangga selepas mencuci muka & mengambil novel dibilik Gempa yang berada di tingkat 2.

"Ei, berapa lama kau nak kehulu-kehilir?" Tanya Fang secara tiba-tiba

"Eh? Hmm...aku tengah fikir ni...mana diorang? Tak balik-balik dah nak Maghrib ni" jawab Gempa dnegan post yang risau

"Alah apa susah, contact je diorang dengan jam kita yang berteknologi ni" kata Ais menyumbang idea kepada Gempa

"Bagus jugak idea kau!" Kata Fang & Gempa bersamaan

"Aku dah jumpa tempat diorang sedang berada, aku dapatpun sebab aku letak GSP kat baju Solar sebelum dia nak keluar, ini dia" kata Ais panjang lebar sambil menunjukkan lokasi mereka sekarang

"Hnng...kalau bawak Sham nanti mesti bahaya sebab dia kecik lagi, kita suruh Ochobot ngan Tok Aba jaga, tu membuatkan kita senang..jom jangan berlenggah" Fang pula memberi idea yang berguna

"Jom!" Sokong mereka berdua

Semasa Gempa, Fang & Ais bawa Shamsu pergi kerumah Ochobot, Shamsu terbangun dalam gendongan Ais. Dia menggosok matanya sambil memegang erat bahu Ais.

"Hwargh...kita nak pergi mana ni abang?" Tanya Shamsu selepas membiasakan diri dengan tubuhnya

"Mm...nak pergi rumah Ochobot..." jawab Ais standard

=TBC=

Note: hwaargh...siap akhirnya chapter 4! Nasib baik idea masih tersisa! Jangan habis sudah nanti Kitsu discontinue ff ni...tak banyak idea lawak dapat tapi eeeh...sesiapa belum baca ff "I hate everything!" Sila baca beserta review yang menyenangkan...mungkin Kitsu akan update chapter 5 lama sikit sebab idea dapat dari inspirasi lawak & imaginasi yang kreatif! Jangan putus asa atas kekalahan readers/authors diluar sana ya! Dont give up so easily!