Setelah sesampainya mereka ke rumah Ochobot, mereka segera menerangkan segalanya. Selepas Ochobot & Shamsu faham, merekapun segera pergi ke lokasi yang mahu dituju. Ais mula membuka kembali jam tangannya.

"Kita nak dekat! Belok kanan!" Kata Ais sambil terliur

Kenapa Ais terliur? Semasa berada dekat kedai ais krim, Ais berhenti sebentar. Efeknya Fang & Gempa turut berhenti, mereka berdua memandang sesama sendiri, hairan.

"Ei, Ais! Sini ke diorang berada?" Tanya Fang

"Ha'ah, beli ais krim chocolate leleh serbuk koko satu, pak cik!" Tidak menjawab pertanyaan Fang, Ais order ais krim dengan segera

"Eh? Ais...jangan cakap kau tipu kitorang semata-mata nak beli ais krim kegemaran kau?" Tanya Gempa pula

Ais hanya tersenyum ria, dia membayar ais krim itu lalu sambung berjalan "hah~~dapat jugak akhirnya beli ais krim ni selepas satu hariku menunggumu ais koko~~" kata Ais menjilatnya sampai tak bersisa ais krim berperisa coklat dan leleh koko

Nampaknya, readers perlu berlindung sekarang. Sebab 'gunung berapi' dah nak meletus! Empat siku muncul disekitar Fang & Gempa. Tanpa tunggu sedetikpun mereka memberi pengajaran untuk Ais. Ais hanya pasrah kerana...dia mati bersama ais krim tercinta!

"Hiiiiii...dia ni dasar! Penat kitorang berlari sedap kau perdayakan kitorang?!" Marah mereka berdua sambil mengambil ais krim Ais "sebagai hukuman lagi, kitorang akan makan ais krim ni sampai habis!" Kata Fang dan diikuti anggukan Gempa

"Tidaaaak!" Ais mula menangis...ini kali pertama dia dihukum sebegini rupa...ooh~ ternyata ada orang iri dengan dia~

Semasa mereka berdua sedikit lagi mahu menghabiskan ais krim itu berdua, mereka seperti hampir mahu bercium malah lidah mereka bersentuhan! Ais menangkap gambar dan postnya ke Footbook, Outstagram & kwikker. Belum beberapa minit, Ais mendapat 100000 likes! Ianya pecah rekod artis! Ternyata ramai yang suka melihat scene shounen-ai...jadi mula hari itulah Ais mula masuk ke kelab Fujodanshi & menjadi Otaku~~

#flashback off# (apahal pengakhiran ceritanya jadi shounen-ai pulak?! Bukan patut diorang jumpa alamat yang betul ke?! Kitsu: biarlah~dah namapun akuni jiwa fujoshi...bak kata pepatah "a leopord can't change it's spot" kan? Itulah aku~)

Selepas penerangan yang tak terlalu jelas, Fang segera meangkat Haikal menuju ke arah pintu yang sudah rosak (sebab ditendang kuat oleh budak lelaki yang paling suci didunia sampai tercabut pintunya)

"Siapa korang ni?! Kenapa masuk urusan orang haaa?! Ganti balik pintu yang korang dah rosakkan!" Kaizo mula memarahi Gempa, Ais & Fang

"Err...kitorang cuma nak minta kebenaran pergi bandar nak beli barang daripada Bang Hali..." Ais memberi alasan yang 29% logiknya

Halilintar, Khai & Kaizo tercegang...hairan dengan jawapan yang dilontarkan Ais kepada mereka, ehem...sebenarnya Halilintar. Khai termenung jauh sampai menyahaktifkan kuasanya. Halilintar mengambil peluang ini untuk merapas jam itu...dan ianya berjaya! Seperti masa berhenti, Khai tidak terasa tangan Halilintar yang kasar menyentuhnya.

-apa kata kita skip bahagian ni sekejap...-

Hanya Fang yang terlepas dari Kaizo . Dia diperintah oleh Gempa supaya bawa Haikal pergi ke rumah Ochobot untuk menyelesaikan masalah 'adik' & 'abang'

Mengigatkan suruhan tersebut, mengembalikan memorinya bersama abangnya yang sudah tiada di muka bumi ini. Ianya juga membuatkan Fang berjalan sambil menangis mengingatkan 'dia', tanpa sedar Fang sudah menetiskan air mata kasih sayangnya. Memutar kembali kali terakhir dia melihat abangnya dalam keadaan berlumuran darah.

#Flashback on#

6 tahun lalu...

Kelihatan hujan lebat di perkampungan Pulau Rintis, ramai yang mencari tempat teduh, ada yang bermain hujan, ada yang berlari dengan segera supaya tidak terkena hujan. Kelihatan seorang abang yang berumur 13 tahun mendukung adiknya yang memegang payung violet, adiknya pula berumur 11 tahun, mereka kelihatan seronok walaupun boleh mendatangkan demam.

"Abang...kenapa cikgu bagi banyak kerja kat abang? Jahat betul cikgu tak bagi abang main dengan Fang" kata Fang yang berumur 11 tahun

Abangnya hanya tergelak perlahan "takpe...abang pandai bahagikan masa...jadi, dalam kiraan abang...abang ada peluang 2 jam boleh berhenti buat kerja sekolah, nanti masa tulah abang akan luangkan masa bersama Fang ya?" Jawab abangnya lembut

Fang tersenyum sambil matanya bersinar "wah! Abang, boleh ajar Fang macam mana nak jadi pelajar top macam abang boleh?" Tanya Fang sambil melihat ke arah jalan

"Boleh, senang je nak jadi pelajar top ni..." kata abangnya, dia selalu dapat tempat pertama dalam setiap peperiksaan & pertandingan, jadi ramailah fans dia...

"Wah! Terima kasih abang!" Kata Fang sambil memeluk tengkuk abangnya

Keesokan harinya, Fang baru bangun dari tidur pada jam 8. Dia bangun selewat itu kerana hari ini cuti, dia segera bersiap untuk bersarapan. Kelihatan hanya dia sahaja di rumah, sunyi. Mak & ayah Fang meninggal sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, kata abangnya bahawa mak & ayah mereka ada kecedaraan, akhirnya meninggalkan bumi.

"Hnng...Abang Kaito...mana abang?" Tanya Fang sambil membawa pinggan yang berisi nasi goreng beserta telur dadar ke ruang tamu, biasanya Fang akan makan didepan tv untuk mendapat hiburan

Pertanyaan Fang tidak terjawab. Fang mengendahkannya, kadang-kadang abangnya tidak menjawab banyak pertanyaan Fang yang bertubi-tubi, sebab abangnya suka jawab pertanyaannya dengan singkat begitu juga Fang.

"Hmm...oh ya! Aku lupa abang ada kelas tambahan kat kelas...haih...bosanlah pagi aku hari ni..." kata Fang sambil membuka tv

Selepas beberapa jam menunggu, Fang mula kesunyian. Selalunya abangnya akan balik pada pukul 11 tengah hari. Abangnya tak pernah lewat, dia selalu tepati masa. Fang berasa tak sedap hati, dia keluar rumah untuk menghilangkan perasaan itu. Separuh jalan jauh dari rumah, Fang ternampak banyak orang berkerumunan di jalan raya. Fang kelihatan ingin tahu siapa yang kemalangan.

Setelah dapat tengok dengan jelas siapa yang kemalangan, mata Fang terbeliak hebat. Abang dialah yang menerima nasib malang ini, Fang segera berlari ke arah abangnya yang berlumuran darah. Dia mula menangis samb teresak-esak.

"A-a-abang...jangan main-main abang...ni mesti saje jekan? Abangkan dah janji takkan tinggalkan Fang...kenap abang mungkir janji? Abang Kaito...hiks...janganlah main-main...hiks..." Fang memeluk abangnya,tidak kesah darah abangnya terkena baju kelabunya itu, ya g dia kesah ialah abangnya mati didepan matanya

"Abang...bukaklah mata...abang...hiks...hiks...tal lawaklah abang..hiks...bukalah...hiks...mata abang tu..." Fang masih berkata-kata walaupun dia tahu yang roh abangnya sudah terbang

Seseorang yang sama umur dengan Fang memegang bahu Fang, dia cuba menenangkan Fang dengan senyuman simpati "hei...maaflah...cuma...tadi aku nampak ada seseorang cuba langgar abang kau...tapi aku tak terlalu nampak siap pelakunya..." kata budak yang memakai topi dinosour hitam-emas

"Hiks...hiks...kau sibuk apa?! Aku nak abang aku balik! Bukan nak tahu macam mana dia terjebak dalam kemalangan ni!" Bentak Fang sambil menjauhkan tangan budak itu dari bahunya

"Sudahlah, Boboiboy...mari kita tolong dia hantarkan abangnya ke hospital dengan segera..." kelihatan seorang pemuda, atau boleh kenali sebagai ayahnya magu menenangkan keadaan, si anak hanya meangguk

Di hospital, kelihatan Fang & budak topi hitam-emas beserta ayahnya sedang menunggu, sunyi...tiada bunyi antara mereka bertiga.

"Ayah nak pergi beli minuman sekejap...tunggu sini ye Gempa?" Si ayah terus pergi tanpa menunggu jawapan

Fang hanya memandang orang yabg disebut Gempa, 'Gempa? Huh...macam nama tanah je...apa mak ayah dia tak tahu nak bagi nama apa sampai bagi nama macam element yang ada dibumi?' Kata Fang dalam hatinya sendiri

"Hei, aku Gempa...mungkin kau fikir nama tu ialah nama element di bumi...tapi aku suka nama yang mak ayah aku bagi. Jadi, selamat berkenalan!" Gempa menghulurkan tangannya ke arah Fang sambil tersenyum manis

"A-aku Fang dan aku tak kesahpun pasal nama kau..." kata Fang sambil blushing macam tomato dah!

Setelah beberapa minit, baru doktor yang rawat abang Fang keluar dari bilik. Ayah Gempa perasan kedatangan doktor, jadi dia suruh anaknya dan adik kepada mangsa kemalangan tunggu.

"Encik ni...ayah dia ke?" Tanya doktor itu

"Tak, cuma bantu adik dia hantar dia ke hospital sahaja, doktor" jawab ayah Gempa

"Okeylah kalau begitu...tolong beritahu dia bahawa abangnya sudah tiada di muka bumi ini..." jawab doktor itu sambil memandang simpati kepada Fang yang dipaksa berborak oleh Gempa yang peramah

"Ya tuhan...b-baiklah doktor, saya akan sampaikan pesanan ini padanya," jawab ayah Gempa

"Baiklah, izinkan saya pergi dahulu...assalamua'laikum..." kata doktor itu lalu berlalu pergi

"Waa'laikummussalam..." jawab ayah Gempa kembali

Sebelum diberitahu, ayah Gempa membawa mereka berdua pergi makan di restoran dan terus menuju ke rumah Fang. Sebelum Fang keluar dari kereta itu, Fang bertanya.

"Pak cik...macam mana dengan abang saya? Dia baik je kan?" Tanya Fang dalam nada risau

"Errmm...maaf kalau pak cik bagi berita yang boleh buat kamu sedih...abang kau perlu berehat daripada hidup..." jawab ayah Gempa to the point

Gempa & Fang terbeliak, tak tahu perkara ini akan terjadi. Fang nak sangat menangis sambil peluk Gempa namun niatnya dikurung dan digantikan senyuman lemah.

"B-b-baiklah, pak cik...saya p-p-perlu pergi...bye" jawab Fang berlari keluar dari kereta dan mengunci pintu itu

Tinggallah Gempa & ayahnya, sunyi seketika "ayah...dia akan okey ke dengan semua ni?" Tanya Gempa, simpati

Ayahnya hanya tersenyum lemah sambil memandang ke arah langit yang sudah dipenuhi oleh bintang-bintang yang berkelipan

"Ayah pasti...dia akan okey untuk sementara waktu..."

"Ayah pasti..."

#Flashback off#

Ah~meingkatkan memori itu...memori itu juga penyebab Fang suka pada Gempa. Mereka sudah lama bercouple, walaupun gender sama..ayah & ibu Gempa membenarkan anaknya menjadi homo supaya hidupnya bahagia. Dia sudah tahu dari mana Gempa dapat senyuman lembut, keprihatinan dan peramah...ibu bapa yang baik. Tak sangka walaupun gender sama mereka boleh serapat seperti suami & suami(?!)

-Tbc- (dengan gajenya)

Note: haih...ending dah dirancang cuma pertengahan tak dirancang...tolonglah riview Kitsu & beri idea...Kitsu merayu...