×Haikal's pov×
Uurgh...sakitnya tengkuk aku...m-mana aku ni? Kenapa ada bunga-bunga kat sini? Siapa tu? Mungkin ke...
"Haikal! Mari kesini sayang~!" Jerit mak aku sambil mendepakan tangan, bersedia mahu memeluk aku
Mak! Ayah! Hiks...mak! Aah...dah lama tak rasa pelukan panas macam ni...eh? Mak...ayah...mana mak dan ayah? Mak...ayah...hiks...hiks...
"Huh, kau menangis sekalipun mak ayah kau takkan kembali! Diorang bukan sayang kaupun!" Tengking sebuah suara yang mempunyai tanduk, ekor & sayap kelawar
"Aku tak percaya! Diorang masih hidup! Cuma aku je yang tak nampak diorang! Diorang sayang aku!" Jerit aku sekuatnya, air mata tidak berhenti mengalir
'Orang' itupun mendekati aku, memegang dagu aku "heheh, kau lemah...dalam dunia kau...cinta kau tak bermakna...walaupun keluarga kau, saudara & kawan-kawan kau baik pada kau...kenapa diorang tinggalkan kau?"
Betul, betul apa yang dia itu cakap...takde nama cinta dalam hidup aku, aku tak perlukan cinta dalam hidup ni...
"Apapun, kau boleh panggil aku a-H...kalau kau setuju...aku boleh bantu kau~" kata a-H(nak tahu lebih lanjut pasal a-H? Sila rujuk ff Kitsu iaitu "I hate everything")
"A-apa yang boleh kau bantu?" Aku memandangnya dengan raut berharap, ya...berharap dapat menghilangkan perasan cinta aku pada mak ayah, kawan-kawan bahkan Sham...
a-H tersenyum jahil & menghulurkan tangannya "aku boleh kawal badan kau kalau kau beri pinjam untuk beberapa tahun..mungkin...walaupun dulu kau dah tewaskan aku...tapi, selagi sifat benci kau masih ada...selagi tu aku ada..." katanya
Aku berjabat tangan dengannya, tanda setuju "aku...aku akan beri kau pinjam, tolong...hapuskan rasa cinta ni dari aku...cinta kesunyian ni..." aku mengalirkan air mata, tetapi air mata itu dijilat oleh a-H
"Jangan risau...aku akan tepati janji kau...aku akan mengawal badan kau, kau boleh lihat segalanya di skrin tu...apa-apa bantuan akan aku usaha tunaikan~" kata a-H
Aku hanya meangguk, tanda faham, dengan segera a-H memasuki dalam diri aku. Aku juga tidak terlalu rasa aku adalah diri aku lagi...a-H mengambil alih badanku dengan cepat sekali...
×Haikal's pov end×
'Haikal' bangun dari pengsan apabila mimpi pasal situasi itu, dia melihat sekeliling, tengok tangannya dan menggenggamnya.
"Hng...dah lama tak guna badan ni...hampir 5 tahun" kata 'Haikal' tersenyum jahil pada diri sendiri
Tiba-tiba pintu bilik yang 'Haikal' duduki terbuka secara mengejut, dengan segera 'Haikal' menarik selimut dan buat-buat tertidur.
"Huh...dah hampir 2 hari dia tak bangun lagi.." keluh suara pertama, Duri
"Kita perlukan dia...cuma tinggal aku, kau, Halilintar & Blaze je..." kata seorang suara lagi, Gempa
"Kita takde strategi lagi nak ambil balik Ais & Solar...macam mana nak lawan si Kaizo tu..." Duri mengeluh lagi
'Haikal' mencuri dengar perbualan mereka berdua 'Apa yang diorang cakap ni? Eh kejap! Halilintar...Halilintar...urgh! Dia yang gagalkan rancangan aku nak ambil alih badan Haikal! Aku tak boleh biarkan dia rampas balik Haikal...aku perlu berkelakuan normal seperti Haikal...' bisik hati 'Haikal'
'Haikal' terlalu banyak berfikir sehingga dia tergolek jatuh pada lantai
"Aduh!" Jerit 'Haikal'
"Eh?! Kal! Bangun juga kau!" Kata Duri memeluk 'Haikal'
"K-kenapa ni?" Tanya 'Haikal' berpura-pura tidak tahu apa-apa
"Kaizo...dia dapat culik Ais & Solar...kita perlu selamatkan diorang, kitorang jugak kena ada strategi...kita baru ada 6 orang...itupun kalau Ochobot dapat cipta kuasa untuk kita..." Gempa menerangkan segalanya
'Kuasa? Hng...kuasa ya?' Bisik hati 'Haikal' lagi sambil tersenyum kecil
"Cuma kau, aku, Gempa, Fang, Halilintar & Blaze je terselamat...kau pandai susun strategi jadi kitorang tak boleh gerak tanpa kau..." sambung Duri
Rancak menerangkan segalanya sehingga Halilintar & Blaze masuk bilik yang diduduki
"Oi, senyap...ni bilik nak buat rancangan ke bilik Kal?" Tanya Halilintar sambil bercekak pinggang
"Ehehe...ah ya, Kal dah bangun jadi kita boleh rancangkan strategi...macam mana dengan Ochobot & Fang? Dah sedia?" Tanya Duri mengalihkan topik
"Sudah, Ochobot cuma boleh buat 5 jam kuasa je...inipun sebab Abang Hali berjaya curi jam kuasa Khari tu!" Blaze jawab sambil menunjukkan jam kuasa milik Khai
"Nah, menurut Ochobot...kuasa kita ada satu element untuk satu type. Macam aku, aku punya kuasa halilintar, Gempa kau tanah, Blaze kau api & Duri kau daun..." Halilintar menyerahkan jam kuasa itu pada kembarnya
"Cun! Hebatnyalah! Eh kejap? Cakap ada 5 kenapa ada 4 je?" Tanya Duri sesudahnya memakai jam kuasa itu
"Fang ada kuasa bayang, sebab dia tolong Ochobot tadi jadi dia punya dah dipakainya" Blaze pula yang menerangkan segalanya
'Haikal' hanya memandang ke arah jam kuasa Duri yang bersinar-sinar itu
"Macam mana dengan Ochobot & Kal? Diorang takde jam kuasa?" Tanya Gempa memandang ke arah 'Haikal'
Ochobot & Fangpun datang selepas mengemas segalanya "aku & Haikal pakai senjata...walaupun kita ada jam kuasa & senjata yang kuat...kita perlu minta bantuan Adudu..." Ochobot memandang ke arah langit yang sudah gelap
"Kenapa pulak?" Tanya yang lain
"Sebab...tadi aku ada call dia, dia cakap dia kenal siapa Kapten Kaizo...jadi aku tanya dia kalau dia nak join..." kata Ochobot
"Tapi kita kena bertolak besok, kita semua penat hari ni..." Fang segera meletakkan semua barang-barang yang perlu dibawa besok ditepi katilnya
"Tapi...macam mana dengan Solar & Ais?! Mesti diorang berharap kita datang dengan segera!" Kata Blaze dengan risau
"Takpe, mungkin kita boleh berdo'a je untuk mereka supaya selamat.." kata Gempa membawa Blaze ke katilnya
"Sudah, kita pergi tidur dulu...esok lepas Subuh kita bertolak, malam" kata Halilintar terus menidurkan dirinya
"Malam..." kata mereka semua kecuali 'Haikal'
Di dalam mimpi a-H...dia sedang bersama Haikal, tunggu ini bukan mimpi...ini panggilan daripada Haikal!
"Hei" kata a-H sambil melambaikan tangannya
"Oh...ehehe, hai! Macam mana?" Tanya Haikal dengan senyuman khasnya
"Aaa...errr...aku dilantik sebagai perancang strategi dengan Gempa...kau tahu aku tak tahu macam mana nak rancang strategikan?..." kata a-H sambil mendekat ke arah Haikal
"Ah ya...aku memang pandai menyusun strategi..baiklah, biar aku kawal sikit bahagian aku...apa kata kita borak sekejapbdulu, bolehkan?" Tanya Haikal menarik-narik a-H untuk duduk bersama
"Aku sukalah duduk kat posisi kau ni...takde siapa nak kacau! Malah aku boleh mintak apa sahaja yang aku nak! Aku suka kau!" Kata Haikal menunjukkan lukisan dirinya & a-H dengan bentuk chibi
a-H blushing sedikit, ini kali pertama ada orang cakap 'aku suka kau' padanya "aa...err...sudahlah! Aku cuma nak tahu...apa pasal Halilintar tu masih hidup?!" Tanya a-H mahu mengubah topik
Haikal hanya memandangnya dengan pandangan kosong "heh, kau manalah berjaya nak potong tangan dia...lagipun kau tahu nama dia Halilintarkan? Jadi dia selalu pantas membuat sesuatu perkara..." kata Haikal mula melukis lagi
"Hmmm...kau suka pada dia ke?" Tanya a-H
"Eeh?! Errm...ahaha...sukalah sikit..." kata Haikal sambil menyembunyikan mukanya yang merah macam tomato
"Jadi aku perlu bunuh dia" kat a-H to the point
"Apa?! Tapi dia dah tolong aku kalahkan kau!" Kata Haikal tidak setuju dengan pendapat a-H
"Kau dah janjikan? Jadi aku kena bunuh orang yang kau sayang~" kat a-H memegang dagu Haikal
"Hmm..." Haikal berfikir
"Apa senjata yang kau terima?" Tanya Haikal mengubah topik
"Aku dapat dua pedang tangan yang boleh memotong segalanya mungkin?" Kata a-H
"Ak—"
Perkataan Haikal terpotong apabila melihat muka a-H memucat "ei, a-H...kau tak apa-apa ke? Muka kau pucat..." kata Haikal melepaskan pensel picit lalu mendekatkan tangannya ke muka a-H
"A-aku...cuma perlukan darah...kau tahu aku separuh demon...jadi aku perlu minum darah..." kata a-H memandang tepat ke mata Haikal
"Jadi tak kalau kau minum darah daripada aku? Lagipun kau nak tolong aku...aku tak nak berhutang dengan kau, aku bagi jelah darah aku sikit..." kata Haikal mula memotong sedikit kulitnya untuk mengeluarkan darah
"Apa sahaja darah manusia aku boleh minum..." kata a-H mula terliur melihat darah Haikal
"Nah, aku ikhlas!" Kata Haikal menujukan tangannya yang berlumuran darah di depan a-H
"*gulp*...terima kasih..." kata a-H mula menghisap & menjilat darah Haikal
Haikal hanya tersenyum lemah 'mungkin...kau je yang memahami aku a-H...' bisik hati Haikal, tangannya mengelus lembut rambut a-H
-tbc-
Note: scene yang terakhir ni tiru sikit anime Owari no Seraph season 2 ep 10 sebab kehabisan idea...maaflah kalau sikit ceritanya...yang belum baca drabbles "Puasa oh Raya" boleh baca sekarang!
Mind to Review?
