Genre: hurt/comfort, mystery, angst
Warning;
Gore! Death! Oc!
HAPPY READING, READERS!
"-Kal! Haikal!"
Seorang budak lelaki yang memakai baju lengan pendek hitam menggoncangkan badan 'Haikal' berkali-kali digoncang baru dia bangun...dia melihat sekeliling.
"Hnng...apa dah jadi?" Tanya 'Haikal' sambil menggosok matanya
"Darah, ada darah kat bibir kau...kau tak apa-apa ke? Selalunya kau selalu bangun lambat...tapi takkan lambat dari Blaze..." Duri menghentikan goncangannya
"D-darah?" 'Haikal' menyentuh hujung bibirnya dengan ibu jarinya, tak dijangka memang ada kesan darah di bibirnya!
'Urgh...ni mesti darah Haikal...hng...darah dia terlalu sedap...' bisik hatinya sambil membersihkannya (walaupun sebenarnya nak jilat cairan merah tu, tapi tak boleh)
"Huh, cepatlah bangun! Kita dah lambat ni! Pergi mandi!" Halilintar menarik kasar tangan 'Haikal' supaya dia turun dari katil
"Aduh! Sakitlah!" Rintih 'Haikal' dia tak tahu bahawa Haikal sebelum ni patah tangan dan masih tak sembuh lagi
Banyak yang mengendahkan rintihan 'Haikal' dan terus pergi keluar dari bilik itu, meninggalkan 'Haikal' seorang diri di bilik itu.
"Cih, nanti aku akan bunuh kau dulu..." kata 'Haikal' sambil menjilat darah yang tersisa dibibirnya 'apapun...aku suka darah Haikal...darah yang berperisa koko...huh...tak sabar nak bunuh semua orang dalam dunia ni...biar aku je yang miliki darah segar Haikal tu...' bisik hati 'Haikal' lagi sambil tersenyum sinis
=skip time & di maskas kotak adudu=
"Ooh...jadi maknanya...dia tu manusia campuran alienlah ya?" Tanya Blaze meneka dengan spontan
WHACK!
"Adu..duuh..." Blaze mengosok rasa tumbukan yang diberikan oleh Halilintar
"Bodoh! Maknanya Kaizo tu alien berparas manusialah! Tupun susah nak meneka!" Kata Halilintar melipatkan tangannya pada dada
'Hng...tsundere betul dia ni...' bisik hati 'Haikal' sambil memandang tepat ke mata Halilintar
Begitu juga Halilintar, mereka berdua memandang sesama sendiri 'k-kenapa dia pandang aku ni? P-perasaan apa yang aku hadapi ni?!' Bisik hati 'Haikal' lagi
Tiba-tiba Halilintar tersenyum kepada 'Haikal' lalu 'Haikal' juga membalas dengan tersenyum kekok padanya 'urgh...kenapa dia senyum dengan aku macam tu? Gila ke?! Hentikan senyuman tulah!' Bisik hati 'Haikal' lagi
"Okey, kalau takde ape dah nak tanya jom kita pergi!" Kata Blaze menarik-narik tangan Duri
"Tunggu! Aku nak tanya sesuatu!" Duri menghentikan tarikan Blaze
Mendengar jeritan itu, semua memandang ke arahnya "Apa lagi?" Tanya Fang
"Fang...bukan Kaizo tu abang kau ke? Kenapa kau tak tahu dia...alien?" Tanya Duri memandang ke arah Fang & Gempa
"A-apa? Tapi...nama abang aku Kaito...bukan Kaizo...dia...dah meninggal..." kata Fang memandang ke arah Gempa
"Eh? Bukan kau cakap abang kau Kaizo dan baru balik dari Jepun ke? Baru je Sabtu lepas kau bagitahu aku..." Tanya Gempa
"T-tapi...akukan ada pertandingan bola keranjang masa tu..." jelas Fang dengan gelisah
Semua memandang sesama sendiri dengan peluh yang turun. 'Haikal' hanya terdiam sambil memandang ke lantai dengan muka kosong.
"Heh...kenapa korang semua diam je? Buang masa aku je ikut korang, baik aku pergi" kata 'Haikal' selepas menunggu lama mereka yang dari tadi diam
Semasa 'Haikal' mahu pergi dari situ ada seseorang menahan tangannya dengan kasar, 'Haikal' dengan automatiknya memalingkan kepalanya dengan aura hitam yang tiba-tiba muncul di sekelilingnya.
"Mana kau nak pergi?" Tanya Halilintar
"Balik rumahlah! Mana lagi aku nak pergi?! Buat apa aku nak ikut korang yang clueless ni?!" Jawab 'Haikal'
"Grrr...diorang kena tangkappun sebab kaulah! Kitorang penat selamatkan kau, kau pergi macam tu je?!" Kata Halilintar mengeratkan pegangannya
"Heh, kau bodoh...aku tak berancangpun nak selamatkan diorang!" Kata 'Haikal' merintih sedikit dengan pegangan Halilintar
"BODOH?! KAULAH YANG BODOH! KAU BUDAK TAK KENANG BUDI! AKUPUN TAK BERANCANG NAK SELAMATKAN KAULAH! KAU BUDAK YANG PALING TAK GUNA AKU PERNAH JUMPA! SEBAB MAK AYAH KAU MATI, KAU NAK JADI MACAM NI?! KAULAH YANG BODOH!" Kata Halilintar tidak mengendahkan perasaan yang lain
"Ha-Halilintar..." kata mereka semua kecuali 'Haikal'
"Ahahaha! Kau ingat aku kesah sangat ke mak ayah aku mati? Heh...kaulah yang bodoh! Kau berubah macam nipun sebab mak ayah kau yang ajar...heh, mak ayah & anak sama je...dua-dua bodoh!" Kata 'Haikal' pula meremehkan Elemental Brothers
"HAIKAL! SUDAH!" Gempa menutup telinganya, tidak tahan dengan pergaduhan ni, tidak diduga air matanya sudah mengalir dengan deras
"Sudahlah...buang masa aku je layan korang yang bodoh ni..." Kata 'Haikal' selepas sedari pegangan Halilintar melonggar
Selepas 'Haikal' pergi dari situ, Elemental Brothers sedikit demi sedikit menitiskan air mata kesedihan. Probe, Adudu & Fang cuba menenangkan mereka.
-di rumah Ochobot-
"Hnng...mana semua orang ni? Kenapa sunyi je?" Tanya pemuda bertopi samping itu sambil menguap, Taufan
Mesti readers tak sedarkan? Bahawa Taufan tak dilayan? Ini kerana dia pengsan untuk 4 hari ...ahaha, kesian readers tak perasan...okeylah sambung pada cerita
"Aik? Taufan? Kau tak ikut diorang ke?" Tanya Ochobot yang baru masuk ke bilik tetamu, mengigatkan bahawa Elemental Brothers yang lain meninggalkan Taufan dengannya
"Hmm? Ikut apa?" Tanya Taufan, clueless
"Tak pelah...kau rehat dulu! Jomlah! Sham nak main dengan kau ni!" Kata Ochobot sambil menarik-narik tangan Taufan
×a-H's pov×
Ahaha! Baru diorang rasa kena kutuk...ada diorang kutuk aku, sedangkan aku memang takde mak ayah...biar menangis macam bayi!
"Hai, a-H!" Sapa Haikal melambai-lambai ke arah a-H
"Oh hey...maaflah kutuk mak ayah kau tadi..." balas aku sambil tersenyum sedih
"Tak pe...lagipun kau nak mempertahankan harga diri..." kata Haikal berjalan beriringan bersamaku
"Hng...boleh tak aku nak darah tu lagi? Aku rasa lapar..." kataku menggaru tengkukku yang tidak gatal
"Hm? Darah aku? Cepatnya kau lapar..." kata Haikal tersenyum lembut
"Ei, agak-agaklah...aku tolong kau hapuskan cinta kot..." kata aku sambil tergelak kecil bersama Haikal
"Ahaha...yelah-yelah...kesian demon aku yang sorang ni~" kata Haikal menggunakan suara menggoda...kejap?! Dia cuba goda aku ke apa?!
Lupakan jelah semua tu! Asalkan aku dapat darah sedap & segar dia tu...heheh.. aku tak akan bagi sesiapa rasa darah dia! Bahkan nyamuk!
"Nah, tapi jangan ambil banyak sangat macam sebelum ni! Habis bukti darah kat bibir kau diorang kesan!" Kata Haikal menghulurkan tangannya yang sudah dihiris sedikit dengan benda tajam
Ooh...terliurnya aku tengok darah dia yang segar tu! Aku rasa nak minum banyak lagi! Tapi...macam mana kalau aku minum berlebihan & dia kurang darah?! Rugilah aku kalau macam tu! Aku kena jimat dengan darah ni! Seminggu sekali! Atau...sebulan sekali?
"Oi, cepatlah minum darah ni! Kau termenung kenapa?" Tanya Haikal selepas sudah lama menunggu
"A-ah! Yelah-yelah..." balasku sambil menarik tangan Haikal
Hmm~ sedapnya darah dia~ rasa nak minum lagi je~ a-H kau jangan tamak! Nanti habis kau minum darah Haikal! Fff...takpelah...aku jilat je darah yang masih ada sampai bersih!
"a-H...boleh kau simpan rahsia?" Tanya Haikal dengan tiba-tiba
Aku hanya meangguk perlahan sambil menikmati rasa darah yang masuk ke kerongkong aku ni~ jangan fikir aku ni vampire tau! Aku ni separuh demon!
"Kalau macam tu...a-a-aku...s-s-s—" perkataan Haikal dipotong oleh aku
"Cepatlah, jangan gugup! Aku kena cepat bunuh orang ni!" Kataku menjilat lagi sedikit darah yang tersisa ditangan Haikal
"Aku...suka kau...bukan sebagai kawan tapi lebih...tapi takkan kau terima akukan? Lagipun aku manusia yang buat perjanjian dengan demon aku sendiri..."kata Haikal mengeluh sedikit
What?! Dia suka aku?! A-a-ah...aku tak tahu kalau ni memang sulit tapi...ni kali pertama aku dengar dia suka aku! Selalunya dia suka si Halilintar tu!
"Hmm? Kau serius ke?" Tanyaku memandangnya dengan mata merah tajam aku
"B-betul...aku tahu ni pelik cuma...kau sangat memahami aku! Aku tak tahu kalau aku masih suka Halilintar yang egonya tinggi...tapi...dia masih sentiasa dengan aku...ini kali pertama aku tengok 'diri aku' kena marah dengan Halilintar tu...heh, aku tak sangka dia marah pasal benda kecik..." kata Haikal masih mengeluh sedih
"Baiklah...aku terima...jadi...kau nak aku bunuh Hali jugalah ya? Bukan sebelum ni kau protes?" Tanya aku meningatkan masa lalu
"Ehehe...tak pekan?" Gurau Haikal tersenyum lembut
"Nah...sekarang kau kena pergi...aku nak sambung melukis sambil tengok 'movie' dari mata kau..." sambung Haikal berjalan pergi
Aku hanya terdiam di sana...tak ada yang menyahut...ahaha, tunggu...sini cuma ada aku berdua je..mana ada orang lain...
×a-H's pov end×
'Haikal' sedang melintasi jalan raya tanpa menengok ke kiri & ke kanan, terus sahaja berjalan. Tidak menghiraukan kereta yang lalu dengan laju
Bagai telinga 'Haikal' tertumpu pada bunyi kakinya sahaja, dia sedang berfikir 'dah berapa hari aku tak bunuh orang? Aku patut buat hari ni...'
HON! HON!
'Haikal' memandang ke arah bunyi hon kereta dengan muka yang datar, tiba-tiba matanya melebar melihat seorang gadis memakai tudung, Yaya di dalam kereta merah itu.
"Target pertama aku~" kata 'Haikal' menghadapkan tangan kanannya kedepan kereta yang rasanya brek terputus
Berkali-kali ibu Yaya menekan hon, 'Haikal' masih terpatung di situ. Kena sasaran, tepat di depan tangan 'Haikal' kereta itu hancur hanya dengan tangan kecil 'Haikal'!
"Adik! Adik tak apa ke?!" Tanya seorang lelaki yang melihat kejadian itu, masih dalam keadaan shock
'Haikal' tersenyum sinis, memandang ibu Yaya itu beserta Yaya itu mati dengan sekelip mata. 'Haikal' memandang lelaki yang tanya dia tadi.
"Kau, jangan nak sibuk" kata 'Haikal' menolak lelaki itu pergi dengan begitu sahaja
Lelaki itu memandangnya dengan padangan heran, tetapi mengendahkannya.
'Haikal' masih mencari target keduanya, dan ia jumpa dengan sekelip mata. Gadis yang memakai cermin mata bulat yang tengah menaiki basikal menuju ke arah pantai, 'Haikal' tersenyum kejam.
"Hai" tegur 'Haikal' menghentikan si gadis itu, Ying
"Oh! Hai, Haikal!" Balas Ying tanpa rasa pelik
"Apa kata kau main dekat dengan bukit tu nak? Aku pernah cuba naik basikal lepas tu turun bukit...seronok!" Tipu 'Haikal' sambil menolak sedikit basikal Ying
"Lu tak rasa bahaya ka? Situ bahaya ma! Nenek aku juga halang aku pergi situ juga!" Protes Ying tetapi ikut 'Haikal'
"Jangan risaulah! Aku okey je cuba! Jom!" Kata 'Haikal' menolak laju basikal itu sampai ke bukit yang berdekatan
Sesampainya mereka di bukit yang tinggi sedikit, 'Haikal' mambawa basikal Ying di hujung bukit, menjalankan rancangan spontannya.
"Okey, cepatlah datang sini!" Kata 'Haikal' tersenyum sinis
"Lu tak takut ka?! Basikal aku ada kat hujung bukit tu! Jangan letak kat situ ma!" Kata Ying, berhati-hati mendekati 'Haikal'
Semasa Ying mahu mengambil balik basikalnya, hujung bukit itu runtuh & menyebabkan basikal Ying & Ying terjatuh tetapi dia sempat memegang bahagian hujung bukit itu.
"HAIKAL! TOLONG AKU!" Jerit Ying, takut
"Ahahaha..." 'Haikal' bukan menolong malah gelakkan Ying
"Lu gila ka?! Aku hampir mati lo! Cepatlah tolong aku!" Marah Ying
"Aku ada kerja lain nak buat...matilah kat situ.." kata 'Haikal' membalikkan dirinya
Dan pada masa yang sesuai, bahagian bukit yang Ying pegang mulai runtuh & menyebabkan Ying terjatuh hidup-hidup, 'Haikal' tersenyum jahat sambil ketawa.
"Ahahaha! Memang tepat pada masanya~" gelak 'Haikal'
Tanpa mengendahkan sesiapa yang melihat situasi itu, 'Haikal' turun dari bukit itu dan terus mencari target yang sesuai...
"Elemental Brothers! Cepat datang sini! A-a-aku nampak benda yang mengejutkan!" Kata seseorang yang dari tadi bersembunyi, dia menelefon Elemental Brothers
"Kau telefon siapa tu?"
-Tbc-
Note: ahahahah! Berjaya jugak dapat idea nak buat Yaya & Ying mati...kepada readers yang tak setuju, ada Kitsu kesah? Ehehe...mesti tertanya-tanyakan siapa yang nampak semua aktiviti membunuh yang a-H buat? Jawapan boleh dijawab dekat review!
