Kitsu akan update secepat mungkin

Mungkin cerita ni akan semakin tamat?

Happy Reading, Dont Like Dont Read


"H-huh?" Pemuda gempal itu memandang ke belakang apabila mendengar seseorang menanyanya

"Kau nampak tadikan apa yang jadi?" Tanya 'Haikal' tersenyum sinis sambil mengambil telefon pemuda gempal itu lalu menghancurkannya dengan hanya mengenggamnya dengan kuat

"Dei! Appa takkan beli yang barulah telefon tu!" Marah si pemuda gempal itu—Gopal

"Mungkin ayah kau takkan marah kalau..." bisik 'Haikal' di telinga Gopal lalu mencengkam tangannya

"Mari, biar aku belanja kau beli telefon..." kata 'Haikal' yang sudah merancang strategi spontan

˝a-H...˝ semasa dalam perjalanan, 'Haikal' terdengar Haikal memanggilnya

'Tch! Hancur rancangan aku!' Bisik hati 'Haikal' selepas melepaskan pegangan tangannya dengan Gopal

"Ada orang telefon aku, kau pergi dulu ke kedai telefon...nanti aku datang.." kata 'Haikal' mengambil telefon yang memiliki tanduk & sayap sebagai cover

Tanpa berasa takut atau risau, Gopal dengan bodohnya pergi sahaja ke kedai telefon. 'Haikal' bersembunyi di satu lorong yang gelap & terdapat beberapa kucing disitu. 'Haikal' duduk di atas bangku yang entah dari mana.

"Hish, kau tahukan aku tengah menjalankan misi aku! Kenapa kau telefon ni?!" Marah 'Haikal' (okeylah...untuk perbualan ni...Kitsu akan buat 'Haikal' jadi a-H terus supaya tak keliru membaca!)

˝aku...aku perlu bagitahu kau benda ni dulu sebelum kau bunuh Halilintar...˝ mengendahkan si a-H yang marah...Haikal terus straight foward

"Apa benda tu? Cepatlah bagitahu!" Marah a-H lagi

˝kau...kau kena bunuh dia waktu malam...aku tak nak kembar dia tahu yang 'aku' dah bunuh Halilintar...˝ lanjut Haikal

"Hnng...baiklah...aku kena bunuh dia masa dia tidur lah ya? Okey, aku akan buat...dah, aku kena selesaikan misi dulu" kata a-H menutup talian

"Hish...dia ni..." sambung 'Haikal' selepas terputus hubungan

-Di rumah Elemental Brothers-

"Ma-macam mana ni?! Gopal cakap yang Ying & Yaya kena bunuh dengan Haikal! Dia makin melampau!" Kata Gempa memberitahu berita buruk

"Hmp! Buat apa kesah pasal budak tak guna tu!? Baik kita rancangkan macam mana nak selamatkan Ais & Solar..." marah Halilintar sambil membentangkan sebuah peta pemberian Adudu

"Tapi-" Gempa dipotong oleh Blaze & Duri

"Betul cakap Abang Hali...baik kita lupakan dia, dia dah cakap dia tak perlu bantuan kita..." sahut mereka berdua bersamaan sambil mengeluh sedih

"Hmmm..." Gempa memikirkan sesuatu

"Korang tak rasa pelik ke?" Tanya Gempa

"Pelik? Pelik dengan apa?" Tanya Fang yang terdiam dari tadi

"Yang... Haikal. Haikal bertindak pelik daripada yang biasa..." jawab Gempa

"Dah sememangnya dia berubah selepas kematian mak ayah dia...tak heranlah..." kata Duri, ikut serta kerana tertanya-tanya

"Bukan! Masa tu dia dingin & pendiam! Sekarang Haikal yang kita marahkan ni bukan Haikal yang dingin & pendiam!" Lanjut Gempa

"Lepas kau cakap macam tu...baru aku sedar!" Kata Blaze, mengikuti topik hangat ni

"Aku setuju dengan Gem...masa aku gaduh dengan dia tadi, aku rasa ada aura hitam belakang dia...malah, gigi dia tajam sikit..." kata Halilintar mula sertai topik itu

"Kita kena siasat ni!" Seru Blaze dengan teruja

×a-H's pov×

Hari dah menjelang, sudah seharian aku ada dalam badan Haikal. Aku berjalan tiada tuju arah, tidak kisah Haikal menelefon aku sebanyak 5 kali...mungkin maklumat dia tak penting, bagi aku...dia saje je nak lambatkan aku untuk bunuh Halilintar. Dia ingat aku ni...tak berguna ke?

˝aku cuma risau˝

˝KAULAH YANG BODOH!˝

˝aku tak perlukan kau˝

˝KAU BUDAK TAK KENANG BUDI! AKU TAK TERINGINPUN SELAMATKAN KAULAH!˝

Ingatan aku, suara mereka, suara Haikal. Aku entah kenapa rasa pelik dengan emosi yang aku alami, padahal aku dah berjaya bunuh 2 orang dengan sekelip mata. Apa ini yang...dirasakan oleh Haikal...?

"Hiks...hiks..." air mata aku dengan tiba-tiba jatuh dengan tidak sengaja

"Apa aku memang tak guna...walaupun aku demon? Aku bahkan mencuri badan seorang budak yang aku sayangi...mungkin tu sifat demon tapi...kenapa aku rasa macam aku semua ni untuk Haikal dan bukan aku? Aku...aku memang patut hancurkan perjanjian ni.." aku bercakap seorang diri di lorong yang gelap

"Haikal," aku menegur Haikal yang sedang duduk dipenjuru yang gelap

Tiada sahutan, aku memegang bahunya. Haikal kelihatan terkejut dengan sentuhan aku, dia memalingkan kepalanya. Betapa terkejutnya aku! D-d-dia menangis...menangis sampai matanya merah...dengan tangannya yang dihiris banyak kali bukan sebab mahu memberiku darah...malah mencederakan dirinya

˝darah aku?˝

˝nah ambillah˝

˝aku suka kau˝

˝Bunuh dia waktu malam˝

Aku faham, aku tahu kenapa dia beri aku darah dia dengan ikhlas, suruh aku bunuh Halilintar waktu malam...dia, dia cuba nak bersendirian...dia tahu mata aku tak terlalu nampak pada waktu malam tanpa mata tajam aku yang menolongku, dia tahu, aku cuma nak darah dia, sebab tu aku setuju...dia tahu, dia tahu tentang aku, semuanya.

"Haikal" aku menyebut lagi namanya, tiada sahutan

Bahkan dia tidak memandang aku seperti biasa namanya dipanggil, muncul senyuman khas dia, muncul lambaian peramah dia, muncul keserian mukanya...kini hanya dengan mulut dikunci, tiada lambaian, tiada keserian tetapi kelayuan...

"Haikal" aku menyebut lagi namanya, berharap dia memandangku

"..." masih tiada sahutan dia bahkan menaikkan hoodie hatnya untuk menutup mukanya

"Haikal, aku dah faham" kataku menyentuh tangannya, tetapi dibalas dengan dielak

Aku nampak, tangannya terluka teruk, apa dia buat? Aku tak faham!

"Kau...bodoh" setelah sekian lama menunggu jawapan yang baik, malah dihina sebegitu oleh mulut kecilnya

"Aku nak batalkan perjanjian ni..." kata Haikal lagi

Mataku membulat bukan, bukan sebab aku tak dapat minum darah dia atau ambil alih badannya, tetapi matanya...matanya yang berubah menjadi warna putih bukan coklat gelap

"B-baiklah..." kataku dengan risau, bukan sebab perjanjian tu, tapi sebab mata Haikal yang putih tu

Aku membakar kontrak itu dengan kuasa aku, Haikal tersenyum tipis, sangat tipis.

"Heh" dia memandangku remeh, melihat tubuh badanku makin lama makin hilang

Mungkin...ni pengakhiran bagi aku menjaga Haikal? Patutnya aku gembira, bukan sedih dengan hal remeh ni! Mungkin aku akan bagi sedikit hadiah sebelum aku lenyap...

Aku menariknya lalu mencium lembut bibir kecilnya, mata Haikal membeliak sedikit. Heh, ni mungkin ciuman pertama & terakhir aku, tapi tak bermakna aku lenyap di dunia ni...

"Tunggu dengan kedatangan aku lagi..."

Ayat terakhir sebelum aku lenyap, aku akan kembali, bukan dengan merasuk Haikal...tetapi dalam bentuk manusia sebenar, diri aku yang sebenar, dengan sayap, tanduk & ekor demonku...

×a-H's pov end×

"TIIIDAAAAK!"

Kedengaran seorang pemuda menjerit sampai membangunkan orang yang duduk di sebelah biliknya, mengecek apa yang terjadi

"Hng...apa ni Duri..." kata seseorang yang memakai topi hitam-merah, Halilintar

"A-a-aku...ada mimpi Abang Ais & Solar kena bunuh..hiks...jomlah dapatkan diorang...hiks...Abang Hali...hiks..." Duri turun dari katil lalu memeluk erat abang keduanya

"Hmm...jangan risau, kita akan dapatkan diorang esok...walaupun hari ni tak jadi dapatkan diorang tak bermakna diorang dicederakan bukan? Dah...tidur..." kata Halilintar mengelus lembut kepala Duri

"Duri takut bang..." Duri masih memeluk erat abangnya

"Dah, dah...jom tidur dengan abang dekat bilik..." kata Halilintar mendukung adiknya

"Baik, Abang Hali..." kata Duri mengelap air matanya

-di kapal angkasa Kaizo-

"Hmm...kenapa lambat sangat ni?" Tanya seseorang yang berambut landak, Kaizo

"Lepaskan kitorang!" Jerit seorang pemuda bertopi biru cerah, Ais

"Zzzz..." Solar dah tidur lama

"Aik? Solar bangunlah! Sepatutnya kau yang menjerit sekarang! Aku nak tido..." Ais menggoncangkan badan Solar

"Hng...kaulah pulak...aku dah jerit, takde gunanya...zzz" kata Solar yang masih di alam tidur

"Heh, betul cakap adik kau tu...takde gunanya menjerit!" Kata Kaizo setuju dengan Solar

"Yang kau masuk campur kenapa? Dan kenapa tangkap kitorang? Ada faedah ke?" Tanya Ais yang sudah menghentikan goncangan

"Ikut suka akulah aku nak campur ke tak! Sebab aku curi korangpun sebab aku nak dapatkan si Haikal tu!" Marah Kaizo dengan empat siku besar di kepalanya

"Hmm...takde gunanya, aku baru terima mesej yang Haikal takkan datang...baik kau culik dia dengan cara lain..." kata Ais dengan nada sedih

"Macamlah aku percaya dengan budak mentah macam kau ni!" Sindir Kaizo

"Memanglah aku mentah, manusia manalah boleh digoreng" gurau Ais, tapi membuatkan Kaizo marah

"Sudah! Aku akan buat kau merana besok!" Kata Kaizo berdiri lalu berjalan keluar dari bilik itu "Khai, jaga diorang!" lanjutnya lagi

"Baik Kapten" kata Khairul sambil membaca buku

"Kau tak bosan ke duduk kat tempat macam ni? Dahlah besar, tapi banyak senjata je" sindir Ais

"Aku kat sini sebab aku bantu dia, kau jangan nak sibuk, baik kau tidur..." kata Khai masih membaca buku

"Hhmmm.."

-tbc-

Maaf pada Rampaging Snow kerana jawapan kau salah, jawapannya Gopal...

Soalan: apa yang Ais akan buat lepas ni?

A. Tidur je

B. Fikirkan nak usik Khai lagi

C. Masih bangun & perhatikan Khai

D. Tak buat apa-apa

Mind to Review & Answer?