Semua sudah menjadi seperti dulu, Haikal sudah menjadi tsundere & baik hati kembali, Solar & Ais berkawan dengan Kaizo & Khai, a-H tidak bunuh orang lagi, yang ada cuma keadaan yang seperti dulu. Pulau Rintis aman kembali!
Kelihatan murid-murid Sekolah Kebangsaan Pulau Rintis segera memasuki ke kelas masing-masing apabila terdengar bunyi loceng. Tetapi, seorang murid lebih tepatnya Haikal, menuju ke arah tandas lelaki. Kenapa? Dia masih mengantuk walaupun dah mandi.
Dia mencuci mukanya, terdengar loceng berbunyi kali kedua, dia dengan segera keluar dari tandas itu tanpa perasan bahawa gelang pemberian Shamsu telah tertanggal dari pergelangan tangannya.
Selepas kepergian Haikal, Haiki, budak baru di sekolah itu (dia mendaftarkan dirinya sebagai anak yatim tetapi sebenarnya dia tipu Guru Besar) masuk kedalam tandas itu untuk mencuci tangannya, dia ternampak gelang Haikal.
"Siapa punya ni? Hm, comelnya bintang ni~tapi ni macam perempuan punya je...baik aku pakai dulu" kata Haiki memakai gelang itu lalu keluar dari tandas itu
Dalam perjalanan mahu masuk ke kelasnya, matanya terbeliak. Haikal, yang terduduk di koridor sambil menyumpah serapah kakinya kerana terseliuh hanya kerana kulit pisang!
Tanpa menghiraukan identiti, dia terus menuju ke arah Haikal.
"Kau...nak bantuan ke?" Tanya Haiki, menghulurkan tangan serta pura-pura tak kenal
"Hm? Tak payah, aku boleh buat sendiri!" Tolak Haikal dengan kasar sambil menoleh ke arah lain
Sudah beberapa kali ditanya tapi masih ditolak membuatkan Haiki marah 'grr...takpe! Biar aku angkat kau secara mengejut!' Bisik hati Haiki mula putus kesabaran
"Apa ya—" perkataan Haikal dipotong apabila Haiki, dengan mengejutnya meangkatnya dengan bridal style, Kitsu ulangi, BRIDAL STYLE
Haikal memandang ke arah Haiki 'ah~ dia kacak juga kalau tengok dari dekat~' bisik hati kecil Haikal sambil blushing, lalu menggelengkan kepalanya
"T-turunkan aku! Aku tak perlu bantuan kaulah!" Kata Haikal, memarahi Haiki
"Dude, kau akan lambat masuk kelas, kau nak kena denda?" Tanya Haiki masih menggendong Haikal
Haiki memandang ke arah Haikal yang sedang mempertimbangkan kata-kata Haiki itu 'dasar tsundere...tak berubah walaupun semua dah selesai, syukur dia tak kenal aku~' kata hati Haiki menghela nafas lega
"Baiklah"
Selepas menanya di mana kelasnya "kau patut bersyukur kelas kita sama..." kata Haiki memandang ke depan, ingin mengetuk pintu kelas mereka berdua.
"Maaf, saya dan budak ni datang lambat sebab budak ni terseliuh kakinya..." kata Haiki selamba masuk
"Ah ya, kamulah budak baru tu...apa nama kamu?" Tanya cikgu yang mengajar
"Nama saya Haiki, saya baru pindah sekolah di sini, selamat TAK NAK berkenalan semua..." kata Haiki memandang ke arah semua murid yang mula gerun sebab mata tajam yang bewarna merah darah,seringaian yang menakutkan serta aura 'jangan dekati aku!'
"S-sila duduk di sebelah Haikal, dialah budak yang kamu gendong bridal style tu...memandangkan budak sebelah dia sudah berpindah..." kata cikgu itu, dalam gerun juga...naik bulu romanya apabila ditatap Haiki!
"Baik" jawabnya singkat mula berjalan ke barisan tepi sekali & belakang sekali
Haiki meletakkan Haikal dengan berhati-hati, fujoshi yang sudah nosebleed sebab...muka Haiki terlalu dekat dengan Haikal yang blushing macam tomato!
'OTP BARU! OTP BARU! OTP! OTP! HAIKI X HAIKAL! HAIKAL JADI UKE HAIKI! MEMANG DAH PERFECT!' Lebih macam nilah perkataan pada para fujoshi didalam kelas ini
Yang lelaki pulak ada yang sweatdrop, ada yang fangirling(!?) Ada yang minta pergi ke tandas nak cuci nosebleednya~
"Sudah! Sudah! Buka buku teks & buka muka surat 57!" Kata cikgu itu sambil blushing sebab muka Haiki yang tiba-tiba bersinar!
-selepas habis mata pelajaran terakhir-
Haikal cuba bangun tetapi gagal "erkgh...tak guna, kaki aku masih sakit!" Bisik-jerit Haikal
"Kau nak aku bantu?"
Haikal memandang ke tepi, Haiki...dari tadi dia melihat kerenah Haikal yang masih sumpah-serapah nasibnya...
"M-mungkin...aku cuma nak kau tolong aku je! Bukan nak apa!" Kata Haikal memandang ke arah lain sambil blushing (sok Tsundere—3—/ditumbukHaikal, Haikal: memang aku tsundere!)
"Jauhnya kau fikir...Aku cuma nak tolonglah dasar tsundere!" Kata Haiki mula geram lalu mencubit pipi Haikal
"Aduduh..." rintih Haikal mengusap pipi yang dicubit, Haiki tergelak kecil
Dari jauh, kelihatan dua pasang mata memandangnya dengan pandangan maut. Satu pasang mata merah manakala satu lagi hijau. Korang mesti boleh tekakan? Yup, ianya Halilintar & Thorn (Kitsu tukar nama ya?) Yang memandang marah Haiki
"Grr...sedap je dia angkat Haikal dengan tangan kotor dia!" Bisik-jerit Thorn menggertakkan giginya
"Aku macam pernah jumpa budak tu..." kata Halilintar meingatkan memorinya
"Ah! Ianya a-H! Kita kena selamatkan Haikal!" Kata Halilintar mula menarik tangan Thorn ke meja Haikal
"Hai! Thorn, Hali!" Sapa Haikal apabila merasa aura hijau-gelap di sekeliling Thorn
"Oh, hai...aku Haiki!" Sambut Haiki melambaikan tangannya, tetapi dignore oleh Thorn & Halilintar yang terus mendekati Haikal
'Tch! Siaplah diorang...Haikal tu aku punya!' Kata hatinya marah, lalu mengambil beg galasnya dan pergi
-di rumah terbiar yang diduduki Haiki-
"Reshi! Aku dah balik!"
Haiki membaringkan dirinya di sofa yang sedikit berhabuk serta meletakkan beg galasnya di tepi meja yang sedikit dimakan anai-anai.
"Nyeow~" Kureshi melompat ke atas sofa lalu menggeselkan kepalanya di badan Haiki
"Huh, aku ada makanan lebih, nasib baik Haikal tak kenal aku..." kata Haiki pada Kureshi sambil membelai lembut kepalanya
"Yeow~" Kureshi mula mengeluarkan bunyi purring serta duduk di atas paha Haiki, lalu terlelap di alam mimpi begitu juga Haiki yang mula penat
-skip time-
"Hwuargh~" Haiki menguap besar sambil meregangkan ototnya sedikit kerana dia tertidur duduk tadi
TOK! TOK!
Haiki memandang ke arah pintu depan yang diketok dengan kuat sedikit, dia berdiri sambil menggosok matanya yang masih tidak terbiasa dengan cahaya yang masuk melalui tingkap. Haiki segera membuka pintu yang sedikit rosak itu
"Hm?" Haiki memandang ke arah pemuda yang mengetuk pintunya dengan kuat tadi
"KAU?!" Jerit Haiki lepas sedar siapakah yang datang
-tbc-
A/N: maaf sebab lambat update, Kitsu takde inspirasi tapi tiba-tiba dapat banyak idea lepas keluar bersama keluarga, tengok Bbb the movie kat komputer, main dgn kawan²
