Kelihatan Thorn sedang membaca manga di ruang tamu. Sekarang, hanya dia, Solar, Ais & Gempa dirumah. Blaze & Taufan pergi main video game di rumah Gopal manakala Halilintar keluar dengan Fang, ada projek sekolah katanya...

"Thorn! Thorn!"

Seseorang memanggil Thorn sambil berlari kecil ke arahnya serta membawa sesuatu di dalam pelukannya. Thorn menutup manga yang dibaca lalu memandang ke arah Solar.

"Ada apa, Solar?" Tanya Thorn meletakkan manganya di sampingnya

Solar duduk di sebelah Thorn sebelum mula bercakap "huh...huh...ini..." Solar memberi sesuatu kepada Thorn lalu segera meminum air kepunyaan Thorn

"Hm? Benda apa ni? Dari siapa?" Tanya Thorn mengecek-ngecek jika ada surat atau apa pada kotak sederhana tu

"Tadi masa aku tengah masuk balik dalam rum—" perkataan Solar dipotong

"Eh? Kau pergi mana tadi? Bila kau keluar?" Sampuk Thorn

"Ish, kau ni! Biarlah aku jelaskan dulu...aku pergi keluar sekejap tadi sebab aku tertinggal jam tangan aku kat luar. Masa aku nak masuk balik dalam rumah, aku nampak ada sebuah kotak ni dalam peti surat kita! Lepas tu aku jumpa surat ni!" Jelas Solar panjang lebar sambil memberi sehelai kad kecil

Thorn membaca kad itu "Daripada: Aunty Ayumi Kepada: Halilintar & yang lain, terutama sekali Thorn & Solar! Selamat hari jadi korang berdua! Maaf kalau aunty tak bagitahu korang kalau aunty tak boleh datang sebab ada event anime, manga aunty terpilih...jadi terpaksa tangguh untuk datang ke Malaysia...harap korang suka hadiah ni!" Thorn meniru suara mak cik mereka, tetapi tak sama langsung, dia & Solar segera membuka kotak serdahana itu

Selepas membuka kotak itu, Thorn & Solar tersenyum ria. Terdapat keychain karakter favorite mereka! Serta manga yang tiada lagi dipasaran! Tak sangka kalau ada Mak Cik yang buat cerita 'Boys' Dormitory' dapat barang macam ni! Diorang memang suka dengan Fai & Fay* mereka berdua memang idam untuk dapat semua barangan Fai & Fay!

"YAAAAAAY!" Mereka berdua menjerit dengan beria sehingga membuatkan penghuni dalam rumah itu terkejut lalu bergegas ke tingkat 1

"APA YANG JADI THORN, SOLAR?!" Tanya Gempa segera berlari ke arah Solar & Thorn yang tengah mencium-cium keychain & manga pemberian mak cik mereka semua

"Mak cik Ayumi bagi diorang hadiah" jawab Ais singkat sambil menunjukkan kad pemberian mak cik mereka

"Eheheh...bestnya korang~ dapat keychain anime kegemaran kitorang...kitorang nak juga~" kata Gempa melihat-lihat keychain yang dipegang Solar & Thorn

"Jangan risau! Mak cik Ayumi bagi untuk korang juga! Nah!" Kata Solar memberi 5 lagi keychain Boys' Dormitory

"Yeaay! Aku dapat Jiumi & Haikaru!" Sorak Gempa tersenyum ria

"Ha, mesti Hali teruja dapat Ryuu nanti! Sifat dah hampir sama~ Taufan & Blase dapat Hiruko & Raiku~" ujar Gempa kembali

"Mana adil Abang Gempa dapat dua keychain!" Kata Solar terlihat cemburu

"Eheheh...kan aku suka dua character~" kata Gempa riang, sambil peace ke arah mereka

"Hm.." mereka semua kecuali Gempa sweatdrop

-di rumah Haiki-

"KAU?!" Jerit Haiki, gelabah sedikit

"Ternyata kau masih ingat aku..." katanya datar, dengan selamba memasuki rumah terbiar yang diduduki Haiki

"Boleh tahan bagi ora...maaf, kau bukan orang tapi demon..." kata pemuda itu melihat sekeliling, bersih & kemas juga...

"Hmp! Panggil aku Haikilah! Kau sibuk apa datang sini?! Macam mana kau tahu aku duduk sini?!" Tanya Haiki

"Aku datang sini nak berbincang. Pasal Haikal" kata pemuda itu selamba duduk di sofa itu juga, serta mengejutkan Kureshi

"Hiiisss!" Kureshi marah pada pemuda merah-hitam itu lalu lompat ke arah Haiki, duduk di atas bahu sederhana Haiki

"Heh, ternyata kucingpun suka demon macam kau...tak kesahlah, kau masih ingat nama akukan? Orang yang kau nak potong tangannya, akulah tu" jelas pemuda itu

"Heh, kau penyibuklah Halilintar...aku hampir dapat bunuh kau kalau masa tak berlalu dengan cepat..." balas Haiki

"Satu lagi, macam mana kau tahu aku kat sini? Dan macam mana kau tahu aku a-H? Apa kau mengintip aku? Apakah?! Kau penggemar aku?!" Tanya Haiki bertubi-tubi

"Cih, tengok kaupun aku boleh muntah...nak jadi peminat kau pulak. Mestilah aku tahu kau a-H, tengoklah...siapa ada gigi taring tajam tu, mata merah tajam, rambut serabut...suara serak sikit...aku ikut kau dari belakang lepas aku bagitahu abang & kembar yang lain yang aku keluar dengan kawan aku untuk tak buat diorang risau" jelas Halilintar panjang lebar

"Ooh..." Haiki hanya mengangguk kecil

"Apapun, kalau kau masuk dalam badan Haikal lagi siaplah! Aku tahu kau yang bunuh Yaya & Ying! Kau memang takde belas kasihan..." kata Halilintar menatap tajam Haiki

"Heh, aku dah ada badan sendiri...buat apa nak ambil badan si Haikal tu? Aku rela hisap darah dia sampai darah yang terakhir daripada masuk badan kau, tapi aku tak boleh...malah, dia tak kesahpun aku bunuh Yaya ngan Ying, dia macam tak kenal siapa diorang dua...jadi, lagi baik diorang mati kan? Aku separuh demon sekarang, bukan manusia penuh Tuan Halilintar~" panjang lebar Haiki menjelaskan segalanya, malah dia bercakap jujur

"Ah ya! Sebelum tu, aku buatkan air ya? Kau mesti penat cari mana satu rumah aku..." kata Haiki berdiri lalu menuju ke dapur, diekori oleh Kureshi

"Hmm..." Halilintar memandang sekitar rumah Haiki "boleh tahan, boleh pulak dia kemas semua ni" gumam Halilintar

"Nah!" Kata Haiki tiba-tiba datang serta mengejutkan Halilintar

"T-terima kasih..." kata Halilintar segera meminumnya

"P-PAAANAAAASSS!" Halilintar segera berlari keluar dari rumah itu, memandangkan kat luar tu dah hujan

"Ufufufufufu~terkena juga dia~" kata Haiki tersenyum sinis sambil melihat Halilintar macam orang gila minum air hujan

"Yeow~" Kureshi menggeselkan kepalanya pada kaki Haiki

"Nah, aku ada beli makanan special untuk kau sebab berkelaluan 'baik'.serta curi dompet si Merah tu~" kata Haiki memberi makanan kucing perisa Tuna, serta mengambil dompet yang digigit Kureshi

-Sementara itu, di rumah Gopal-

"Yaaaay! Kitorang menang lagi~" kelihatan Taufan & Blaze sedang berpelukan kerana kemenangan mereka LAGI

Yup, ini kali kesepuluh Gopal minta main semula sebab tak percaya diorang berdua menang. Akhirnya, di'belasah' juga.

"Kita main lagi! Tak adil tadi" kata Gopal tak mahu kalah

"Kitorang tak boleh main lama sangat kat rumah kau, Abang Hali marah...Sabtu ni kitorang datang lagi!" Taufan & Blaze memakai kasutnya semula lalu berlalu pergi

-di rumah-

Taufan & Blaze dah balik dari rumah Gopal, yang masih takde di rumah ialah...Halilintar

"Mana Halilintar ni? Dah hujan..." risau Gempa dibuatnya, Gempa abang yang bertanggungjawab dengan keselamatan adiknya

"Mesti dia pergi main huj—" belum habis ucapan Solar, Halilintar sudah balik dengan baju, seluar & topi sudah basah kuyup

"P-fanas..." Halilintar dah macam orang pelat sebab lidahnya sudah berapi dengan air 'api' buatan Haiki, dia tahu Haiki sengaja buat macam tu

"Pfft...AHAHAHHAHAHWHHAHAHA!" Yang lain semua gelakkan Halilintar termasuk Gempa, betapa malunya Halilintar dipergelakkan

"Foyang cemua bercenti jelak!" Halilintar memarahi mereka, macam bayi umur berapa tahun entah

"HAHAHAHAH!" Bukan dengar cakap Halilintar, malah lebih kuat bunyi gelaknya sampai membangunkan jiran tetangga

"Pfft...H-Hali...ahahah...k-pfft-kenapa...ahahah! Dengan mulut kau tuh?!" Tanya Gempa lalu sambung gelak, mereka semua dah menitiskan air mata 'bahagia'

-tbc-

*= Cerita buatan Kitsu sendiri, tetapi akan dipublish di Wattpad, acc Wattpad Kitsu khas untuk Boys' Dormitory atau nama pendeknya Bs'D

A/N: macam mana? Lawak tak? Sebenarnya...kejadian Halilintar minum air 'berapi' tu terjadi kat Kitsu, Kitsu ubah sikit ceritanya.

Story: masa Sahur Kitsu nak minum air milo yang mak dah tolong buatkan, masa tu masih terlelap...jadi tak kesahlah apa yang jadi, masa nak minum milo tu, tiba-tiba rasa ada yang terbakar. Lepas tu Kitsu cakap kat mak Kitsu "hmp, ini bukan milo...ini api..." lepastu mak Kitsu gelak, gilaaaa paaanaaasd! Sampai dalam bilik Kitsu, Kitsu tak pasal-pasal kena keluarkan lidah yang sikit berapi tu ( ; w ;) huhuhu ( T ^ T)