Hari minggu, hari cuti, hari Sabtu. Kelihatan elemental brothers, Fang, Haikal, Kaizo, Khairul & Gopal sedang membincangkan sesuatu. Kelihatan ianya sangat serius.
"Soal orang yang kata Fang ada abang bernama Kaizo, korang ada perasan sesuatu yang pelik tak?" Tanya Gempa melihat ke arah mereka semua, kalau tengok, Gempa dah macam detektif Conan (eceh...Kitsu tahu title je, ceritanya tak tahu XD)
"Hm, macam mana 'Fang' tahu nama aku? Bahkan aku tak pernah jumpa dia lagi..." Kaizo memandang ke arah Fang yang tengah menikmati donut lobak merahnya
"Nyum...nyum...mungkin..nyum...ada..nyam...yang...nyam...jadi..nyam...aku?" Kata Fang sambil memakan 10 donut lobak merahnya
"Oi, makan tu janganlah bercakap! Kalau tersedak macam mana?" Kata Ais memandangnya malas
"Sudah. Aku tak rasa ni masa sesuai nak cakap pasal tu, yang aku pelik...a-H..." Haikal mula menimbulkan topik lain pula
"Eh? Siapa a-H?" Tanya mereka di situ kecuali Halilintar dan Haikal
"Dia tu, bahagian negative aku...atau lebih kepada demon penjaga aku, nama dia anti-Haikal tapi dipendekkan jadi a-H...lepas dia cium aku masa aku dah batalkan perjanjian kitorang, dia terus tak muncul dah lagi, dia pernah nak potong tangan sebelah Hali..." Haikal memberi maklumat yang ada padanya
"Oh, maknanya...a-H tu separuh demon & penjaga kau lah ya? Hanya kau yang boleh nampak dia?" Teka Thorn dan Solar bersamaan
"Cool! Kitorang nak jugak!" Mata Blaze & Taufan mula bersinar hebat
"Hng, kalau korang ada...aku pasti demon guardian tu lenyap terus dengan kerenah korang..." ejek Khairul memandang ke arah lain
Blaze & Taufan mengembungkan pipinya "Blaze, aku tahu apa yang kita nak buat esok" kata Taufan ala Phineas pada Ferb (anu, dah lama x tengok cerita tu u^u)
"Sudah! Aku tak nak sesiapa tukar topik lagi! Kita kena fokus pada si kembar Fang tu!" Halilintar mula tak tahan dengan kerenah mereka semua
"Ehehe...sabarlah Hali..." Taufan tersenyum ria
"Aku ada benda nak sentuh sikit pada kembar Fang tu, masa aku jumpa dia...mata dia merah menyala! Tapi, masa tu aku tak endah sebab mungkin masa tu dia sakit mata, tapi pada masa tu jugak...aku tengok lagi sekali mata dia, bukan sakit mata malah..." Gempa membuat efek misteri sedikit, yang lain menunggu jawapan sambil mendekatkan telinga mereka supaya dapat dengar dengan lebih jelas
"WARNA ANAK MATA DIA MERAH!" Gempa membuatkan yang lain terjatuh kerana jeritan Gempa yang boleh membuatkan mereka pekak!
"Iish! Kau ni Gempa! Janganlah sampai nak jerit!" Fang memarahi Gempa yang sedang menggaru tengkuknya
"Ehehehe...sorry guys!" Gempa meminta maaf pada mereka
"Serius ke? Ada ke orang mata merah darah selain daripada Hali ni?" Tanya Fang meminta kepastian
"Tak mungkin Gempa tipu!" Sampuk Blaze
"Betul! Dia selalu serius, teliti dan tak pernah menipu!" Sampuk Taufan pula, seakan mempertahankan status Gempa sebagai 'focus nerd'
"Hng, dia mintak kepastian je...bukan apa..." sampuk Ais juga dengan matanya yang mula mengantuk
"Kita kena siasat misteri ni! Aku akan namakan misi ni ialah; Mystery of Duplicate!" Thorn & Solar naik ke atas meja secara automatik membuatkan yang lain melihat mereka sambil bersweatdrop
Kelihatan seekoar kucing menguping perbualan mereka, sekejap...bukan kucing! Malah itu Kureshi yang bersembunyi di semak! Selepas mendengar semua perbualan mereka, Kureshi segera pergi balik ke rumah terbiar yang diduduki Haiki. Kelihatan Haiki sedang berbual dengan seseorang.
"Baik. Aku akan berusaha mendekati mereka semua, terlebih lagi Haikal dan Halilintar" Haiki bercakap dengan seorang pemuda melalui hologram yang dicuri oleh Kureshi
"Bagus. Sekiranya kau tahu apa yang kau kena buat, aku akan bagi barang yang kau perlukan, tambahan...aku boleh bagi kau darah manusia..." ucap pemuda sekitar 20-an itu
"Baik, aku perlu pergi. Jika apa-apa berlaku, beritahu aku..bye" Haiki menoffkan pertalian mereka dan membelai Kureshi yang dari tadi duduk di atas pangkuannya
"Nampaknya, kita ada yang memihak~" Haiki menyeringai kejam
-Di sesuatu tempat-
"Ahahaha...nampaknya mereka sudah masuk perangkap, bagus betul Haiki ni..."
Seorang pemuda, atau lebih tepat kawan rapat Haiki berdiri lalu menuju ke sebuah bilik yang dikunci dengan alat keselamatan ketat. Dia mentupekan kod password. Tiba-tiba pintu itu dibuka lalu pemuda itu masuk ke dalam bilik itu.
Siapak pemuda itu? Apa maksudnya dengan "sudah masuk perangkap" ? Adakah Haiki dan kawan rapatnya adalah dalangnya? Bolehkah Elemental Brothers dan yang lain menyelesaikan semua masalah ini? Atau mereka masih dimainkan seperti tikus yang cuba keluar dari lorong-lorong yang berbagai arah oleh Haiki dan kawannya?
=END=
A/N: Maaf kalau terlalu pendek ceritanya...Kitsu habiskan cerita ini dengan segera untuk buat cerita lain pula. Jangan risau, akan ada sequel untuk misteri ini! Jadilah oembaca setia kalau mahu tahu bagaimana nasib mereka! Tapi, kalau soal ff lambat atau updatenya lambat...maaf sebab Kitsu sibuk buat cerita untuk Bs'D serta UPSR yang semakin hampir! Harap para readers bersabar!
