T O

.

.

.

.

.

SINOPSIS

Hinata Hyuga merupakan gadis malang yang sentiasa dibuli, diperlekehkan, dan dipulaukan. Memandangkan ayahnya sendiri tidak mengambil berat akan keadaannya yang serba kekurangan; bukan seperti adiknya, Hanabi yang seperti apa yang ayahnya inginkan, Hinata memohon kepada saudara jauhnya datang melawat untuk mengikutinya pulang ke tempat asalnya. Kerana simpati dan risau akan gadis tersebut, lelaki tersebut bercadang untuk membawanya kembali ke tanah airnya bersama-sama. Semasa di stesen kereta api, satu topi sama seperti dinosour menarik perhatiannya. Siapakah pemilik topi unik itu?

(Character might be OOC)

.

.

.

.

.

.

(A/N: Assalammualaikum & selamat sejahtera saudara-saudara sekalian! Waaah, trimas banyak-banyak sebab udah di reviews-nya beserta supportnya! XD Thank you veeeeery much you guys! )

Desclaimer: All characters character are belong to their rightful owner.

Enjoy My Story!

.

.

.

.

.

BAB 2

GTANG!

"Owh, ma beautiful toe!"

Hampir sahaja Hinata terjatuh dari katil apabila mendengar suara pak ciknya menjerit kesakitan, mengalahkan bunyi kokokan ayam di siang hari. Gadis itu cuba menolak semua timbunan selimut yang melilit badan kecilnya umpama ular boa dari menyesakkan lagi saluran pernafasannya ke tepi. Bunyi-bunyi periuk saling beradu ditambah lagi jeritan Hairi yang sungguh unmanly, membuatkan Hinata makin panik menyebabkan dia terjatuh dari katil , selimut-selimut tersebut menghempap badannya. Dia meringis kesakitan namun ianya terus dilupai bila terdengar suara Hairi yang bagaikan orang menderita terkena malaria.

Berderap-derup bunyi kaki kecilnya berlari diatas papan kayu, menghampiri dari mana arah bunyi itu datang.

"Pak cik!"

Daun pintu berwarna hijau epal ditolak kasar. Matanya yang berwarna unik membulat melihatkan keadaan pak ciknya yang di tindih periuk-periuk aluminium yang kelihatan baru dan berkilat. Hinata mendekati Hairi lalu menolak satu-persatu periuk tersebut dari menindih tubuh pak ciknya. Terdapat benjol besar di dahi Hairi. Hinata menekup mulut, Hairi mengingatkannya dengan satu haiwan iaitu 'unicorn'...

Hairi mengangkat sebelah kening, hairan dengan wajah anak buahnya yang berubah merah jambu dengan pipi kembung seakan menahan gelak tawa disebalik tangan kecilnya. Hinata sedar akan pandangan pak ciknya. Dengan tangan bergetar dia menuding jari ke arah dahi Hairi.

Tangan lelaki itu menyentuh dahi. Serta merta wajahnya berubah pucat apabila tersentuh satu benjolan yang sepertinya sangat besar didahi. Ingin sahaja dia mengalirkan air mata dan menangis semahu-mahunya kerana wajah macho-nya sudah cacat. Tetapi kerana Hinata masih terpacak di hadapannya, ditutupnya dengan sebuah senyuman manis.

"Hinata, sayang. Tolong ambilkan pak cik dua beg ais yang super cool punya." rayunya, puppy dog eyes di aktifkan.

"Erm... ke-kenapa dua?"

Jari telunjuk terus menuding ke ibu jari kakinya yang bengkak.

Hinata mengangukkan kepala lalu bergegas menuruni anak tangga untuk mengambil dua beg ais di dalam peti sejuk. Ais tersebut mendarat di mana raja segala sakit terasa. Hairi menghela nafas lega beserta bunyi api dituang air, asap kecil keluar dari tempat benjolan Hairi.

"Pak cik sebenar se-sedang buat apa...?" Hinata bertanya sambil bersandar pada dinding, mengikut pak ciknya.

"Hmm? Main masak-masaklah..."

Berkerut dahi Hinata mendengar jawapan Hairi.

"Main masak-masak? De-dengan siapa?"

Gelakan sudah naik di kerongkong apabila mendengar soalan polos Hinata tetapi ditahannya dari terkeluar.

"Tidaklah, pak cik nak kemaskan bilik tidur kamu-"

"Bilik tidur?"

"Iya, bilik tidur-"

"Tapi inikan stor?"

"Iya bilik sto-"

"Tidak apalah pak cik, aku boleh tidur di atas sofa saja-"

"Boleh kamu tolong diam dan dengar!?"

Mulut Hinata terus bungkam, dia tertunduk kerana malu dan takut.

"Ehem, memang ini bilik stor tapi sebenarnya ini bilik tetamu yang pak cik buat untuk stor sementara. Stor pak cik yang satu lagi sudah penuh dengan periuk, jadi disebabkan pak cik jarang atau lebih tepatnya, tidak pernah menerima sebarang tetamu sehinggalah sekarang, bilik ini telah disumbat dengan periuk...Tadaaa! Habis cerita. Dah cepat keluar! Pak cik nak kemas bilik kamu."

"Errr, pak cik tak mahu aku tolongkah?"

"Tak apa, tak apa! Pak cik nak buat ia surprise untuk kamu sebagai hadiah selamat datang! Dah dah cepat keluar! Kalau kamu jumpa Yaya, gadis bertudung itu kata pada dia yang Pak cik Hairi suka biskut dia! Terima kasih! Pastikan kamu pulang sebelum makan malam, OK? Bye, love you dear!"

Belum sempat untuk membuka mulut pintu sudah dihempas didepan muka. Sedar tidak sedar, rupa-rupanya dia sudah sampai di luar rumah, dengan dirinya yang masih berpakaian kelmarin malah dia tidak berpeluang untuk menggosok gigi!

"Pak cik bukalah pintu ini! Aku belum mandi lagi ni!" bisiknya separuh menjerit sambil mengetuk pintu bertubi-tubi.

"Hinata?"

Satu suara menegurnya dari belakang. Jantung Hinata hampir tercabut dari tangkai apabila mengetahui siapa pemilik suara tersebut.

"Bo-bo-bo-boiboy..." katanya gugup, belakang dirapatkan ke pintu, cuba menjauhkan diri sejauh yang mungkin namun sia-sia, Boboiboy semakin mendekati dirinya. Hinata panik, takut bau nafas paginya terhidu budak lelaki itu.

"Selamat pagi! Kau nak ikut aku pergi Kedai Tok Aba?" Berkilau-kilau anak mata Boboiboy, berharap Hinata akan mengikutinya.

"Err...selamat pagi, maaf Boboiboy tapi ada sesuatu yang aku perlu buat...hehehe...mungkin nanti..." Hampir sahaja Hinata terpedaya dengan rayuan Boboiboy jikalau dia tidak teringat akan dirinya.

Boboiboy berubah murung*batuk*palsu*batuk*, perasaan bersalah menyelinap diri gadis kecil itu.

"Tak apalah, aku pergi dulu. Jumpa lagi..."

"Jumpa lagi..."

Hinata melihat belakang Boboiboy yang semakin menjauh. Dia mengeluh lalu berpusing untuk membuka pintu...

"Hai!"

"Kyaaah!"

Gadis berpakaian serba merah jambu, memandang Hinata dengan tatapan pelik.

Hinata mengurut dada beberapa kali. "Err, hai?"

"Eh, kau ni penduduk baru di sini juga? Apasal kau boleh berada di depan rumah Pak cik Hairi?" tanyanya ramah.

"Err-"

"Yaya! Hai! Jemput masuk! Jemput masuk! Hinata cepat pergi mandi!" Pak ciknya yang tiba-tiba muncul dibelakang Hinata, bagaikan jantungnya berada di anak tekak sahaja, Hinata menoleh ke arah pak ciknya dengan tatapan horror.

Hairi memandang Hinata dengan pandangan minta maaf lalu menolak gadis berambut aras bahu itu ke arah tangga, mengarahnya secara senyap untuk pergi bersiap. Hinata hendak tak hendak terpaksa menurut dengan, mulut berzip dia naik ke atas untuk mandi.

(0-0)

"Kenapa Boboiboy tidak sampai-sampai lagi?" Hinata bertanya kepada Yaya. Kedai Tok Aba berada beberapa kaki di hadapan.

"Entah." Jawab Yaya acuh tak acuh.

Senyuman lebar menghiasi wajah tuanya. Tanganya yang berkedut mencapai kaca mata, membetulkannya kemudian bercekak pingang. "Hah, dah sampai pun."

Hinata melihat wajah Boboiboy yang basah dengan peluh, duduk di salah satu kerusi di hadapan kaunter. Sepertinya, dia masih tidak perasan dengan kehadiran mereka berdua.

"Haaa, penatlah. Macam mana tok jalan kaki ke sini tiap-tiap hari? Kesian Tok Aba."

Senyuman Tok Aba semakin lebar. "Tak 'yah kesian. Atok naik motor. Lagipun dekat ja." Dia menuding ke rumahnya yang tidak jauh dari kedai tersebut.

Boboiboy menganga, tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Dia terjatuh dari kerusinya. Sekali lagi, budak lelaki itu mengeluh. "Dah tu, Tok Aba suruh jalan jauh-jauh tu kenapa?"

"Saja. Kasih excercise sikit."

"Hmm, untung dapat atuk macam ni..." keluhnya.

Tok Aba hanya ketawa lalu sambung membuat kerja semula.

Yaya berlari menghampiri Boboiboy, meninggalkan Hinata di belakang.

"Hai! Penat~ 'Kan? 'Kan?" Tanya Yaya dengan nada 'aku betul, kau salah'.

Wajah Boboiboy yang terkejut berubah jengkel.

"Tulah, orang tunjukkan, tak nak."

"Bukan tak nak, malulah Mimi."

Kini giliran Yaya pula berwajah jengkel. "Eh, Mimi?! Aku Yayalah!"

"Oh yakah? Hahaha..." Boboiboy menggaruk tengkuknya yang tidak gatal. "Ingatkan Mimi tadi."

Tajam mata Yaya merenung Boboiboy, marah."Ish, kau ni. Orang ingat nama kau, kau tak ingat nama aku! Hmmp!"

"Dah, dah! Jangan nak bertekak. Kang tak ada orang nak datang kat kedai atuk ni. Hinata cepat duduk. Dah macam tunggul kayu atuk tengok kau berdiri kat situ." tegur Tok Abah.

Boboiboy menoleh ke arah Hinata yang duduk di sebelahnya, wajahnya saling tak tumpah dengan buah tomato yang masak ranum. Mata Boboiboy segera melilau sekeliling apabila dirinya ditangkap sedang memerhatikan Hinata.

"Kedai apa ni?" ibu jari dan jari telunjuk diletakkan di bawah dagu. Satu tepukan dibelakang Boboiboy mengejutkan mereka bertiga. Seorang budak lelaki dengan loghat India tersenyum. Kenapa banyak sangat orang yang datang entah dari mana ni?!

"Lah! Kerja atok sendiri pun tak taukah!"

"Eh, siapa kau ni?"

"Hehehe, tak tau, tak apa. Biar aku terangkan."

Boboiboy memandang atuknya. Malas hendak melayan dan mendengar celoteh budak asing tersebut yang sibuk menerangkan Kedai Tok Aba satu per satu. "Siapa dia ni, Tok Aba?"

Hinata mengerdipkan mata. Turut bertanya dalam diam.

"Gopal." Jawab atuk, malas. Mata merenung budak lelaki berbangsa India itu melalui ekor mata."Pelanggan atuk yang asyik nak free aja."

"Macam tak betul aja budak ni..."

"-sehingga seratus per sen!" jerit Gopal.

"Hoi!" Atuk menjegilkan mata sambil bercekak pingang. "Mana ada. Memandai saja kau ni!"

Gopal ketawa gugup lalu mendaratkan punggung di antara Yaya dan Boboiboy. Pandangan Gopal serta merta beralih ke belakang Boboiboy, melihat seorang gadis kecil yang kelihatan comel sedang duduk dengan sopan.

"Hai, nama kau siapa?" Gopal menolak Boboiboy ke tepi untuk menatap Hinata dengan lebih jelas namun senyuman budak lelaki India itu memudar tatkala matanya merenung ke arah anak mata kelabu milik gadis itu. Hampir Boboiboy terjatuh dari kerusi jikalau Hinata tidak memegang lengan bajunya, menghentikannya daripada terbaring di atas lantai.

"Kau buta!?"

Krik, krik.

Jeritan Gopal membuatkan keadaan sekeliling mereka berubah senyap, sehinggakan bunyi cengkerik bernyanyi pun boleh terdengar. Wajah mereka ada berbagai-bagai jenis ekspresi. Mata Hinata sudah berkaca-kaca, pipinya memerah. Wajah Yaya berubah bengis dengan tangan terkepal erat, urat tersembul keluar, mata terbakar. Boboiboy merenung Gopal tajam, tangan mengurut belakang Hinata, ingin menenang gadis berambut biru gelap itu. Tok Aba hanya mengeluh berat. Wajah Gopal dipenuhi peluh dingin, matanya jelas terpancar ketakutan.