ZERO TO HERO.
.
.
.
.
SINOPSIS
Hinata Hyuga merupakan gadis malang yang sentiasa dibuli, diperlekehkan, dan dipulaukan. Memandangkan ayahnya sendiri tidak mengambil berat akan keadaannya yang serba kekurangan; bukan seperti adiknya, Hanabi yang seperti apa yang ayahnya inginkan, Hinata memohon kepada saudara jauhnya datang melawat untuk mengikutinya pulang ke tempat asalnya. Kerana simpati dan risau akan gadis tersebut, lelaki tersebut bercadang untuk membawanya kembali ke tanah airnya bersama-sama. Semasa di stesen kereta api, satu topi sama seperti dinosour menarik perhatiannya. Siapakah pemilik topi unik itu?
(Character might be OOC)
.
.
.
.
.
.
(A/N: Hello! :) Apa khabar? Semoga sihat senantiasa. Thanks for reviewing. Maaflah kalau lambat update ya. Nak tanya sesuatu, boleh? Kuasa apa yang sesuai diberi pada Hinata? Sya tak berapa pastilah... Harap kalian tidak segan berikan cadangan :D)
Desclaimer: All characters character are belong to their rightful owner.
Enjoy!
.
.
.
.
.
Bab 3
"Gopal..."
Segera Gopal berpaling kebelakang, memandang Yaya yang siap menumbuk buku limanya ke telapak tangan, ingin kelihatan mengancam. Senyuman yang sangat manis, terlalu, lalu manis dihadiahkan kepada Gopal. Kalau sahaja tiada aura hitam pekat dibelakangnya pasti semua jatuh keatas kecomelannya. Gopal ketawa gugup sambil tangan menggaruk kepala, sangat faham dengan apa yang Yaya arahkan pada dia secara senyap; 'Minta maaf sekarang atau aku belasah kau cukup-cukup'.
Gopal memandang Hinata, kedua-dua tapak tangan ditepuk bersama dihadapan dada lalu jatuh melutut dibelakang Hinata, dimana gadis itu terpaksa memutarkan kepala kebelakang, tangan laju mengelap air mata yang terlepas. Gopal membuat puppy-dog eyes,ingin meraih simpati. "Maafkan aku...aku janji takkan cakap benda tu lagi...err...siapa nama kau?"
Berkelip-kelip mata Hinata mendengar pertanyaan Gopal yang tiba-tiba, dia tersenyum, closed-eyes smile. Hinata menghulurkan sebelah tangan. "Na-nama aku Hinata. Ti-tidak apa, aku sudah biasa dengan pa-panggilan itu."
Dengan senyuman lebar, Gopal menyambut huluran Hinata lalu berdiri dari tempatnya dan duduk kembali diantara Yaya dan Boboiboy. "Hehehe, apa-apa pun aku minta maaf, eh? Nama aku Gopal, kawan baik kamu berdua." Gopal kemudiannya bersalam dengan Boboiboy.
"Aku Boboiboy."
Gopal tersenyum lebar, "Tok Aba, saya sudah jadi kawan baik dia. Boleh dapat free hot chocolate tak?" tanpa segan silu, Gopal bertanya sambil menaikkan kening.
Tok Aba memutarkan bola mata lalu pergi untuk membuat hot chocolate.
"Tok, nak saya tolong?" Hinata mengangkat tangan, dia tersenyum malu.
"Hah, boleh juga tu. Cepat tolong tuk buatkan Boboiboy dan Yaya sekali."
Boboiboy dan Yaya memandang Gopal.
"Apa? Aku taaanya ja."
Hinata tersenyum mendengar alasan Gopal, tangan kecilnya laju menyediakan bahan-bahan untuk membuat hot chocolate, bagaikan sudah biasa -pro-. Tiba-tiba telefon berdering. Segera Boboiboy meletakkan gagang telefon rapat ke telinga apabila Tok Aba mengarahkannya untuk menjawap panggilan tersebut. "Hello?"
"Hello, Tok Aba!"
Hinata menoleh kebelakang, matanya berkelip-kelip melihat gadis berbangsa cina memakai kaca mata bulat yang sepertinya sama umur dengannya duduk disebelah Boboiboy. Boboiboy pula kelihatan tidak sedar dengan kewujudan gadis cina itu.
"Oh, ini bukan Tok Aba."
"Oh, ini Boboiboy, ya?" tanya gadis itu, sedikit malu.
"Ah...uh...ya ya ya." betul Boboiboy sambil menganggukkan kepala dengan pantas, bagaikan gadis itu berada dihadapannya-atau lebih tepatnya disebelahnya-.
"Uh...saya, Ying." gadis itu memperkenalkan diri dengan malu-malu kemudian tersenyum. "Saya mahu order minum."
"Oh, boleh-boleh! Nak order apa?" Hinata terkekeh disebalik telapak tangan. Ini membuatkan Boboiboy menatapnya dengan hairan namun senyuman masih terhias diwajah.
"Special hot chocolate satu."
"Ok! Tok Aba, special hot chocolate satu!" beritahunya sambil mengangkat satu jari.
"Err...minum sini ah."
"Hah, minum sini." tambahnya lagi. Matanya cokelatnya melebar, terkejut melihat ada budak perempuan duduk disebelahnya, memegang telefon rapat ditelinga sambil tersenyum malu. Entah bagaimana dia boleh tidak sedar."Terima kasih, hihi..."
"Hmm, sama-sama." Boboiboy meletakkan gagang telefon semua ketempat asalnya. " Hei Ying, kenapa kau tak order kat sini ja?"
"Malu mah." Ying ketawa kecil.
"Hmph, jangan layan. Dia memang macam tu. Baik kau tengok tv." Boboiboy menurut cakap Gopal, matanya beralih ke kaca televisyen .
Tiba-tiba siaran terganggu menyebabkan bunyi membingitkan telinga keluar. Tanah mula bergegar dan langit biru menjadi mendung diikuti dengan panahan kilat, berdentum bunyinya. Hinata mencicit, terkejut dan cawan yang dipegangnya terlepas dari tangan. Siaran televisyen kembali normal tetapi kali ini ia menayangkan seseorang atau sesuatu (?) berkepala empat segi berwarna hijau jade yang mempunyai dua antena terpacak diatas kepala memutarkan kerusi sehingga menghadap mereka. Matanya sinis.
"Penduduk bumi! Aku adalah Adudu dari planet Atatatika."
Ternganga mulut mereka semua mendengar kata-kata alien berkepala kotak itu, terkejut.
"Serahkan kesemua biji koko atau kau hadapi kehancu-"
Boboiboy menukar siaran dengan alat kawalan jauh yang entah datang dari mana. Gopal memandang Boboiboy, jengkel yang sahabat barunya itu telah menukar siaran. "Wei, apasal kau tukar?"
Budak bertopi dinasour itu menekan-nekan butang alat kawalan tersebut sambil menopang dagu, kelihatan bosan. "Hmm, tak best ah cerita ni!"
"Eih, bestlah!"
Tok Aba menggelengkan kepala melihat cucunya bertekak dengan Gopal. Matanya kemudian terarah pada Hinata yang sedang mengutip serpihan cawan dengan berhati-hati. Lelaki tua itu tersenyum. "Hinata biar atuk yang pungut, nanti kamu luka pula."
"Huh? Oh, tak apalah tok, saya takkan-Ouch!"
"Heih, kan dah kata."
Hinata menggigit bibir. Jari telunjuknya sedikit tercalar dan mengeluarkan setitik darah. Satu tangan memicit jarinya secara tiba-tiba membuatkan dia tersentak kesakitan namun setelah melihat wajah empunya tangan, pipinya merona.
Mata cokelatnya menatap kedalam mata lavender Hinata, risau. "Kau tak apa-apa?"
Lidah terasa keluh untuk menjawap pertanyaan Boboiboy lalu dia hanya mengangguk kepala. Budak bertopi itu memeriksa jari Hinata lalu mengeluarkan sapu tangan putih dari poket jaketnya. Dia mengikat sapu tangan itu pada jari Hinata. Jantung Hinata bagaikan terputus dari tangkai apabila Boboiboy mencium lembut jari yang dibungkus rapi itu. Bukan sahaja, pipinya, malah darah tersebut sudah menjalar naik sampai ke otak menyebabkan dia merasa sedikit pening.
Boboiboy hanya tersenyum lebar tidak tahu bahawa tindakan polosnya tadi boleh memberi Hinata serangan jantung. "Janganlah risau, luka kau itu tak dalam, esok lusa baiklah. Kau pergilah duduk, biar aku yang bersihkan tempat ini." Budak bertopi dinasour itu membimbing Hinata untuk duduk ditempat dia duduk tadi lalu pergi membersihkan serpihan kaca-kaca itu.
Yang lain menatap Boboiboy yang tersenyum kecil sambil bersiul girang kemudian ke arah Hinata yang tertunduk dengan wajah merah padam, tangan yang luka dipeluk kedada.
"Deh, kau suka Boboiboykah?" Gopal menyiku Hinata sambil menggoyang-goyangkan keningnya keatas dan kebawah.
Bulat mata Hinata mendengar pertanyaan Gopal. Kerana tersangat malu akhirnya dia pengsan diatas kaunter dengan mata yang berputar-putar.
(0-0)
"Ugh..." Perlahan-lahan kelopak matanya terbuka lalu terbeliak, terkejut dengan tempat keberadaannya sekarang. "Aku dimana?" Bisiknya perlahan namun dapat didengari oleh seseorang.
"Kau tak ingat? Kau dekat kedai Tok Abalah sekarang."
Hampir terjatuh Hinata dari kerusi yang dia duduk apabila melihat wajah Boboiboy yang sangat dekat dengan wajahnya. Pipi Hinata berubah warna merah jambu. Tangannya memijat tengkuk belakang yang terasa keras, ingin melancarkan aliran darah yang tersekat oleh cara kedudukan yang dia pengsan tadi.
Boboiboy terkekeh. Dia menyambung semula kerja yang tergendala iaitu mengelap kaunter.
"Ma-mana yang la-lain?"
"Huh? Oh, yang lain dah balik, ada hal diorang kata."
"To-tok Aba pula?"
"Samalah juga ada hal. Haish, apalah Tok Aba ini..." Suara Boboiboy bertukar menjadi gumaman sehinggakan terlalu rendah sampai Hinata tidak dapat menndengarnya.
Hinata melentokkan kepala seperti anak anjing yang baru belajar. "Nak a-aku bantu?"
"Tak apalah. Kau tu kan cedera." Boboiboy tersenyum kecil namun sari matanya tegas memandang Hinata.
Gadis itu membelek-belek jarinya yang terluka, sarung tangan yang digunakan untuk membungkus jarinya terdapat percikan darah kering.
Bunyi tin koko saling berlanggar menyentak mereka berdua. Mereka menolehkan kepala. Tin-tin koko kelihatan masih tersusun rapi. Boboiboy memicingkan mata tetapi memutar bola mata pada akhirnya dan sambung mengelap kaunter. Mata Hinata masih lagi merenung tin koko tersebut. Dia berganjak dari tempatnya duduk apabila melihat sesuatu yang berwarna ungu sedang menyorok dekat dengan tempatnya berada.
"Fuh, nasib baik tak nampak aku..."
Mata robot ungu pelik yang berwarna merah bertentang mata dengan Hinata seketika sehinggalah Hinata mencicit. Cicitan tersebut menyebabkan Boboiboy menoleh kearah suara itu. Robot ungu itu kelihatan panik lalu terapung pergi.
"Hoi, pencuri! Jangan lari!" Boboiboy ternampak robot itu, segera dia melompat keluar dari kaunter untuk mengejar robot tersebut. "Hinata, tolong jagakan kedai ni kejap!"
"Ta-tapi-" belum sempat Hinata menolak untuk menolongnya mengejar robot ungu itu, Boboiboy sudah hilang dari pandangan. Gadis itu mengeluh kecil, dia berdoa dalam hati agar Boboiboy selamat pulang.
Hari semakin senja, langit berubah jingga. Tok Aba sudah kembali dan mula membebel, marah bercampur risau, dengan sikap Boboiboy yang hilang entah kemana, meninggalkan Hinata dengan kedai sendirian. Bunyi tapak kaki diikuti hembusan nafas yang tercungap menghampiri mereka.
Hinata segera mendekati Boboiboy yang berwajah pucat. Dahinya berkerut, risau dan lega kerana Boboiboy sudah balik dengan selamat. Budak lelaki itu mengukir senyuman ingin memberitahu Hinata yang dia tidak apa tetapi senyuman itu tidak sampai ke matanya.
"Hah, mana kau pergi Boboiboy? Risau, atuk!"
"Boboiboy kejar alien tadi. Dia curi koko ni!" tin koko dihempas di kaunter. "Masa Boboiboy nak ambil balik, ada robot besar kejar tadi."
Tok Aba menaikkan sebelah keningnya sambil memeriksa tin koko yang tinggal separuh lalu memutarkan bola matanya. "Hmm, kau terlebih koko ni."
Itu membuatkan Hinata ketawa kecil dan Boboiboy menumbuk buku limanya diatas kaunter, terasa hati dan kaget. "Hinata pun ada waktu tu! Tok Aba, Tok Aba dengar tak apa Boboiboy cakap ni?" Rengeknya.
"Dengar, dah dah jom balik. Orang suruh jaga kedai, dia pergi tempat lain."
Boboiboy menghela nafas berat, dia memungut bola sepaknya yang berada disebelah bangkunya lalu memandang Hinata. "Jom aku hantar kau balik."
Hinata menganggukkan kepala, mengekori Boboiboy dari belakang. Suasana sekeliling mereka menyesakkan dan janggal. Gadis itu menelan liur. Dia melangkah seiringan dengan Boboiboy. Tangan diletakkan diatas bahu menyebabkan Boboiboy terhenti dan menoleh kearahnya.
"Aku pe-percayakan kau Boboiboy, la-lagipun aku ada disana, ka-kan...?"
"Tentulah, terima kasih..." Boboiboy tersenyum kecil, tangan diletakkan diatas tangan Hinata lalu menggenggam tangan itu kemas. "Mari, nanti Pak Cik Hairi risau pula."
Pipi gadis itu merona. Entah kenapa dia merasakan bagai ada sekumpulan rama-rama sedang berterbangan didalam perutnya. Dia gembira, tersangat gembira. Ini pertama kali dia mempunyai
