BAB 1:
Kilchu, Semenanjung Korea, 1520 Masihi.
Cuaca pada pagi itu sangat menyegarkan, kawasan hutan dipedalaman Kilchu dipenuhi dengan kicauan burung-burung dan suara desiran angin. Namun, ketenangan itu dipecahkan oleh deruman kuda yang ditunggang, bukan seekor tetapi hampir sepuluh ekor kuda dipacu oleh orang-orang yang memakai pakaian hitam dan membawa senjata seperti panah dan pedang.
"Berhenti!". Titah seorang lelaki yang memakai pakaian hitam namun dihiasi mutiara dan gayanya seperti bangsawan. Mendadak semua penunggang yang mengikuti lelaki itu berhenti secara mengejut. Mereka semua turun dari kuda dan berdiri tegak. Seorang lelaki lain, memakai topi bulat berwarna coklat gelap sama seperti bajunya segera berdiri dihadapan ketuanya.
Bunyi angin yang berdesir serta racauan unggas sepertinya tidak dapat menenggelamkan bunyi pacuan kuda dari arah berlawanan, semakin kuat bunyi derapan tapak kaki kuda itu, ahli kumpulan lelaki itu mengeluarkan senjata masing-masing seolah-olah menjangkakan adanya satu pertempuran sengit. Manakala lelaki yang berperanan sebagai ketua itu tampak tenang setenang air kolam yang tidak terusik.
Beberapa detik kemudian muncul beberapa orang lelaki yang memakai pakaian tentera memberhentikan tunggangan mereka dihadapan kumpulan lelaki tersebut. Seorang anggota tentera itu segera melutut pada sang ketua lalu berkata; "Yang Mulia Pengiran Sehun, ada surat kiriman Perdana Menteri kepada Yang Mulia". Pengiran Sehun, sang ketua itu memberi isyarat kepada anak buahnya agar menyimpan semula senjata mereka dan terus mengambil surat tersebut dari tangan utusan tadi.
Beliau menjarakkan diri untuk membaca surat tersebut:
"Yang Mulia Pengiran Sehun, ayahnda pengiran, Maharaja Oh Jungkook telah mangkat pada 22 September akibat sakit jantung. Dalam wasiatnya, baginda menunjuk anda sebagai penerus empayar Korea, patik memohon perkenan Pengiran untuk kembali ke ibu kota secepat mungkin bagi upacara pertabalan Maharaja Dinasti Oh".
Daripada Perdana Menteri, Kim Woo Bin.
Salah seorang pembantunya mendekatkan diri kepada Pengiran Sehun lalu bertanya; "Apakah isi surat itu Pengiran?" Sehun hanya memandang pembantunya dengan pandangan datar. Kim Jong In, nama pembantu Sehun itu seolah-olah memahami erti pandangan tersebut. Tanpa membuang masa, Jongin mengambil pedang kepunyaan Sehun yang tersangkut pada pelana kuda lalu melutut, mereka yang berada disana juga ikut melutut kepada Sehun. Jongin memberi ikrar taat setianya kepada Maharaja yang baru dan diikuti oleh semua orang disitu. Sehun mengambil pedang itu dan terus mencium mata pedang itu.
Pada masa yang sama di Sungai Yalu
Sebuah kapal besar sedang berlayar dari muara Sungai Yalu menuju ke pelabuhan Incheon. Seorang namja yang mempunyai muka secantik yeoja itu sedang mengalami masa-masa yang sangat kritikal. Wajahnya yang cantik itu menyimpan rasa duka yang begitu mendalam. Dalam usianya semuda 18 tahun, dia mengalami musibah yang besar. Xi Luhan nama lelaki manis itu dahulunya mempunyai sebuah keluarga yang lengkap dan bahagia.
Namun manusia merancang, Tuhan yang menentukan. Desa mereka diserang oleh puak dari Selatan yang ingin merompak serta menjual mereka ke ibu kota Seoul. Ayah, ibu serta seorang adik perempuannya telah terbunuh ketika cuba mempertahankan diri. Luhan yang sedang pulang dari kawasan ternakan keluarganya ditangkap lalu dibawa menggunakan tongkang kecil menuju ke Sungai Yalu dan disinilah dia, didalam perut kapal yang akan membawanya menuju kearah Seoul untuk dijual ke istana sebagai hamba.
Sudah berkali-kali dia cuba melawan namun sia-sia sahaja. Muka dan badannya sudah dipenuhi luka-luka akibat dipukul. Berkat ubat yang diberi oleh Kyungsoo, teman sekapalnya tubuh Luhan sembuh.
"Hei Luhan, kenapa kau termenung hah…?" seru Kyungsoo. Kyungsoo merupakan teman sekampungnya, namun Kyungsoo merupakan anak yatim piatu dan tinggal bersama-sama dengan keluarga Luhan. "Tak ada apa-apalah Kyungie, ingatkan aku untuk membalas dendam atas apa yang terjadi kepada diriku ini, aku ingin membakar istana Seoul sebagai tanda kemarahan aku kepada Dinasti Oh".
"Luhan kau jangan cakap terlalu kuat, apa kau tidak serik dipukul oleh kapten kapal ini. Aku rasa ini adalah kali ke sepuluh kau dipukul kerana tidak mahu makan dan mengutuk kerajaan mereka." Nasihat Kyungsoo. "Aku tidak peduli" kata Luhan. "Hati aku sakit apabila mereka menghancurkan keluargaku, membunuh ibubapaku serta satu-satunya adik kandungku. Hati ini seperti mahu pecah melihat mayat mereka bergelimpangan" teriak Luhan sambil menangis terisak-isak. Kyungsoo hanya mampu memeluk Luhan sambil berdoa agar mereka sentiasa berada dibawah perlindungan Tuhan.
