BAB 2:

Dinasti Oh merupakan sebuah dinasti yang telah bertapak di Korea sejak tahun 1299 Masihi. Ibu negaranya terletak di Seoul dan mempunyai populasi negara seramai 15 juta orang. Dari sebuah negara kecil, Maharaja Kerajaan Oh mula meluaskan pengaruh hingga seluruh semenanjung Korea, Manchuria dan kawasan laut sekitarnya memjadi jajahan takluk Kerajaan Oh.

Saat ini di istana besar, telah dipenuhi oleh pegawai-pegawai dari wilayah yang menjadi jajahan takluk Kerajaan Oh. Mereka semua menunggu upacara pertabalan Maharaja ke-sepuluh Empayar Korea.

"Yang Berhormat Perdana Menteri, aku melihat anda berasa gugup, kenapa..?" kata Menteri Pertahanan, Song Joong Ki yang berada disebelah Kim Woo Bin, Perdana Menteri Kerajaan.

"Sememangnya aku berasa gugup, bahkan aku sudah melihat apa yang bakal dilakukan oleh Maharaja Sehun sebaik dia menaiki takhta, dia tidak seperti ayahnya yang agak senang diekploitasi dengan kemarahan…?" kata negarawan yang berusia 60 tahun itu.

"Sekiranya begitu, mengapa tidak kau utuskan surat kepada Pengiran Chanyeol, dia juga adalah putera kepada almarhum…" Belum sempat Joong Ki menghabiskan kata-katanya, Woo Bin menyela ucapannya "Dengar sini Woo Bin, ada masanya kata-kata boleh menghentikan peperangan namun ada juga masanya dengan kata-kata kepalamu boleh bercerai dari badan. Kau mengertikan apa yang ingin kusampaikan." Serta merta riak wajah Joong Ki berubah menjadi tegang.

Suasana balairong istana menjadi senyap apabila pengawal balai memberi laungan bahawa Maharaja Sehun memasuki ruang tersebut. Baginda memakai jubah diraja berwarna merah dihiasi batu-batuan mutiara berwarna warni. Dikepalanya terhias indah mahkota emas bertatah mutiara setinggi empat tingkat.

Dibelakang Sehun berjalan seorang wanita separuh baya memakai jubah berwarna ungu gelap. Dia adalah Maharani Oh Tai Hee, ibunda kepada Sehun, wajahnya kelihatan gembira namun tersirat gurat kesedihan. Maharani kemudian mengambil tempat duduk disebalik tirai emas bagi menyaksikan upacara tersebut.

Sehun kemudian duduk disebuah singgahsana berwarna emas. Upacara pertabalan dimulakan dengan doa daripada ketua pendeta negara. Setelah tamat bacaan doa, Jongin selaku pembantu peribadi Sehun membawa masuk pedang kerajaan lalu diserahkan pada Sehun. Kim Woo Bin selaku Perdana Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan lain bangun dari tempat duduk mereka lalu membaca ikrar taat setia kepada pemerintah yang baru. Kemudiannya, pegawai-pegawai tinggi itu menghadap Sehun lalu mencium tangan baginda sebagai tanda hormat mereka kepada Sehun.

Sehun kemudian bangun dengan wajah datarnya untuk memberi ucapan pertamanya selaku pemerintah kerajaan Korea yang baru.

"Hari ini aku berdiri dihadapan akmu semua sebagai pemerintah. Aku yakin kamu semua tahu apa yang harus dikerjakan sebagai penjawat tinggi kerajaan. Sepanjang hampir 300 tahun empayar ini telah berkembang dan akan terus berkembang dengan izin Tuhan. Aku hanya ingin mengharapkan perkhidmatan yang cemerlang serta tidak menggunakan kuasa yang diberi untuk menekan rakyat jelata. Sekiranya aku mendengar rungutan dari rakyat marhaen tentang kelakuan anda semua seperti yang terjadi pada pemerintahan almarhum ayahku yang lepas, hanya Tuhan dan aku sahaja yang tahu apa yang akan terjadi pada diri kamu."

Semua yang mendengar titah Sehun yang pertama itu menjadi kaget dengan ucapan itu. Kebanyakan mereka hanya boleh berdoa pada Tuhan agar tidak menjadi mangsa kepada Sehun.

NEW ERA WILL BEGUN