MAAF LAMBAT UPDATE...
SO ENJOY YOURSELF...
BAB 4:
"Menteri Pertahanan, Soong Jong Ki telah menggunakan kuasanya untuk memeras rakyat demi kepentingan dirinya sendiri. Sebagai pemimpin negara, Maharaja Sehun telah meneliti aduan rakyat dengan seadilnya dan memutuskan bahawa tuduhan tersebut adalah benar. Maka dengan ini, Soong Jong Ki telah disabitkan bersalah dan akan dihukum bunuh pada sore esok. Segala hartanya akan diambil dikembalikan semula kepada rakyat. Kaum keluarganya akan dihantar ke sempadan untuk dijadikan sebagai hamba."
Perdana Menteri: Kim Woo Bin.
Kertas yang memaklumkan tentang pengisytiharan tersebut telah ditampal pada seluruh ibu kota Seoul sebagai hebahan kepada rakyat. Jongin yang bertugas sebagai mata-mata Sehun berada berdekatan dengan kumpulan manusia yang sedang membaca makluman tersebut. Jongin ditugaskan untuk mendengar reaksi mereka tentang tindakan Sehun.
"Maharaja Sehun telah mengambil tindakan yang sangat berani, baginda tanpa takut menghukum menterinya yang melakukan korupsi. Syukur pada Tuhan kerana kita mempunyai pemimpin negara seperti dia." Kata seorang penjual makanan bersebelahan dengan Jongin.
"Kau benar, aku berani menjamin yang baginda akan membawa negara ini kearah kemahsyuran sepanjang pemerintahannya nanti." timpal seorang rakannya. Selain mereka berdua, terdapat beberapa orang lain yang turut memuji tindakan tersebut. Jongin yang mendengar perbualan mereka berasa bangga kerana Sehun membuktikan kredibilitinya sebagai pemimpin dengan cemerlang. Jongin segera menyusup dari keramaian lalu menghilang dari kawasan pasar tersebut.
Kota Jinju, Selatan Korea
Derapan tapak kaki menghampiri ruang utama istana. Seorang lelaki kelihatan tergesa-gesa membawa sebuah gulungan kertas. Setibanya diruang utama, lelaki yang membawa kertas itu tadi segera melutut kepada seorang lelaki lain yang sedang duduk diatas singgahsana. Wajah lelaki yang duduk itu sememangnya kacak sekiranya tidak ada kesan parut dibahagian pipi kanannya itu.
"Ampun Paduka, Menteri Pertahanan Jong Ki telah dihukum bunuh kerana rasuah. Hari ini merupakan hari terakhir dia hidup di muka bumi ini." Lelaki yang membawa surat itu membaca isi surat lalu menyerahkan kepada ketuanya itu untuk dilihat. Walaubagaimanapun, sebaik sahaja surat itu beralih tangan, dengan semena-menanya lelaki berparut itu mengoyakkan surat tersebut.
"Jong Ki adalah menteri yang bodoh, seharusnya dia perlu menjaga dirinya sendiri. Sekarang dia menerima ulah hasil kebodohannya. Ada dia mengatakan apa-apa tentang aku?" Soal lelaki itu kepada pembantunya. Pembantunya itu menjawab: "Tidak ada Paduka, nampaknya dia ingin menjaga kehormatan diri Paduka."
Orang yang digelar Paduka itu segera menyeringai: "Aku akan membalas kematian orang kepercayaanku dengan darah Sehun sendiri, waima aku adalah adik beradik tirinya sendiri. Aku akan mengambil milik yang sepatutnya diberikan kepada aku. Korea adalah milik aku." Tawa pemilik istana itu semakin kuat hingga burung-burung diluar terbang ketakutan.
"Goong Won, arahkan orang-orang kita diseluruh negara bersedia, pemberontakan akan berlaku tidak lama lagi. Sehun akan menjadi keutamaan aku untuk dibunuh." Lelaki yang dipanggil Goong Won mengangguk patuh. "Baiklah Paduka Chanyeol, hamba akan memberi informasi ini kepada mereka." Goong Won segera berlalu meninggalkan Paduka Chanyeol yang tersenyum sadis.
Istana Korea
Sudah seminggu sejak Luhan memasuki istana. Dia dan Kyungsoo telah diarahkan untuk menjadi pembantu dibahagian penjagaan kuda-kuda kepunyaan istana. Walaupun wajahnya itu cantik seperti wanita namun sisi dingin Luhan semakin menutup wajah tersebut. Luhan sering mengabaikan tugasnya untuk menjaga kuda-kuda dan memilih untuk duduk di dalam biliknya sahaja.
"Luhan cukuplah kau melamun, sudah seminggu kau tidak melakukan tugasmu dengan betul. Kau tidak serik dipukul oleh Tuan In Sung kerana melawan perintahnya." Omel Kyungsoo.
"Aku tidak peduli, aku tidak sudi menjadi hamba kepada istana milik pembunuh keluargaku. Apa kau tidak faham perasaan aku Kyungsoo." Marah Luhan. Kyungsoo yang mendengar kemarahan Luhan hanya mampu bersabar sahaja. "Sudahlah Kyungsoo, kau tidak pernah mempunyai ibu bapa jadi kau tidak tahu perasaan aku ini, cukuplah aku mendengar leteran kau. Aku mau tidur dulu." Luhan terus membelakangkan Kyungsoo lalu menutup matanya.
Tengah malam kemudian, Luhan yang sebenarnya pura-pura tidur segera bangun dengan perlahan dari pembaringannya. Luhan memandang wajah Kyungsoo yang sedang lena dibuai mimpi. Terlihat seperti aliran air mata yang telah mengering di kawasan pipi rakan karibnya itu. "Maafkan aku Kyungsoo, aku mengatakan hal yang tidak sepatutnya kau terima, aku ingin pergi dari sini buat selamanya. Jaga dirimu baik-baik." Lirih bersuara lirih.
Luhan lalu bangkit menuju ke luar tempat tinggalnya. Berhampiran dengan kawasan kandang kuda milik istana terdapat sebuah tasik kecil yang digunakan untuk air minuman kuda. Luhan yang sampai disitu melihat tasik itu dengan pandangan sayu. "Eomma, Appa, Tao, Luhan ingin bersama dengan kamu semua lagi, maafkan Luhan."
Pada masa yang sama, Sehun sedang berjalan berseorangan di tepi tasik itu. Setelah selesai makan malamnya, hatinya tergerak untuk berjalan-jalan disekeliling kawasan tasik. Jongin ingin mengikutinya namun dilarang kerana Sehun benar-benar ingin bersendirian. Sedang asyik menikmati pemandangan tasik, Sehun melihat ada seorang manusia sedang berjalan menuju ke arah tasik. Tanpa diduga Sehun, dia melihat manusia itu masuk ke dalam tasik tanpa memikirkan untuk berpatah balik semula.
Sehun yang mempunyai fikiran negatif tentang perlakuan tersebut segera berlari menuju kearah orang itu yang sudah tenggelam sepenuhnya kedalam tasik itu. Dengan pantas, Sehun terjun kedalam tasik. Dua minit kemudian, Sehun muncul semula ke permukaan tasik dengan manusia tadi yang berada didalam gendongannya. Sehun segera membawa lelaki itu ketepi tasik dan memberi pernafasan dari mulut ke mulut. Sehun kemudian menekan dada lelaki itu bagi memastikan air yang tersekat dari mulutnya keluar
"Uhuk…uhuk…" Air yang berada di tekak Luhan akhirnya keluar seiring dengan tersedarnya Luhan. Luhan tampak menggigil kesejukan hasil perbuatannya itu tadi. Sehun yang tadinya gembira melihat lelaki yang diselamatkan itu sedar mengubah wajahnya menjadi datar.
"Kenapa kau masuk kedalam tasik itu bodoh, kau ingin bunuh diri hah…" Terjah Sehun. Luhan hanya mampu melihat Sehun dengan pandangan sayu namun wajahnya menunjukkan sedikit kemarahan. "Kenapa kau menyelamatkan aku. Kau yang bodoh, aku memang ingin membunuh diri. Aku ingin menyusul keluargaku yang telah mati. Aku ingin mati dari hidup berseorangan." Luhan berteriak keras sambil menangis.
Sehun yang mendengar teriakan Luhan sedikit terpana dengan pengakuan Luhan. Hatinya merasa nyeri mendengar pengakuan Luhan. Sehun tidak mengerti apa yang terjadi pada dirinya namun secara reflex dia memeluk Luhan yang masih menangis. Luhan merasa sedikit kehangatan ketika Sehun memeluknya. Luhan ingin mengatakan sesuatu namun kesedarannya kembali hilang. Luhan pengsan.
