BAB 5:

"Kenapa kau masuk kedalam tasik itu bodoh, kau ingin bunuh diri hah…" Terjah Sehun. Luhan hanya mampu melihat Sehun dengan pandangan sayu namun wajahnya menunjukkan sedikit kemarahan. "Kenapa kau menyelamatkan aku. Kau yang bodoh, aku memang ingin membunuh diri. Aku ingin menyusul keluargaku yang telah mati. Aku ingin mati dari hidup berseorangan." Luhan berteriak keras sambil menangis.

Sehun yang mendengar teriakan Luhan sedikit terpana dengan pengakuan Luhan. Hatinya merasa nyeri mendengar pengakuan Luhan. Sehun tidak mengerti apa yang terjadi pada dirinya namun secara reflex dia memeluk Luhan yang masih menangis. Luhan merasa sedikit kehangatan ketika Sehun memeluknya. Luhan ingin mengatakan sesuatu namun kesedarannya kembali hilang. Luhan pengsan.

Sayup-sayup terdengar bunyi kicauan burung didalam kamar itu, Luhan yang pengsan sejak tengah malam tadi mulai mengerjapkan matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa berat seperti dihempap batu giling. Dengan perlahan dia membangunkan dirnya lalu bersandar di kepala katil beralaskan bantal. Mindanya menerawang memikirkan kejadian yang dialaminya sepanjang malam.

Matanya membulat mengingati dirinya yang cuba membunuh diri namun diselamatkan seorang lelaki. Matanya membulat melihat seorang lelaki asing sedang tertidur di salah satu kerusi berhampiran katilnya. Dari raut wajah lelaki itu, Luhan merasakan lelaki itu bukan orang yang menyelamatkan dirinya malam tadi.

Dengan berhati-hati Luhan menuju kearah lelaki itu dan menggoncangkan tubuhnya. Tidak lama kemudian lelaki asing itu membuka matanya dan segera bangkit. "Kau sudah bangun, bagaimana dirimu? Sudah baikan…?" bertubi-tubi pertanyaan yang dilontarkan menyebabkan Luhan sedikit pening.

"Ya aku sudah bangun dan diriku ini agak sihat walaupun masih sedikit pening. Aku rasa bukan kau yang menyelamatkan aku tadi malam. Jadi siapa kau…?" Luhan kembali menyoal diri sang lelaki itu. Lelaki asing itu berjalan menuju kearah jendela untuk melihat pemandangan pagi hari sambil menjawab: "Aku adalah teman kepada orang yang menyelamatkanmu, temanku membawa kau ke rumah aku kerana dia tidak tahu di mana rumah kau. Apa kau punyai teman di istana ini. Aku akan memanggil temanmu untuk membawa kau pulang ke kuartesmu."

Luhan menghela nafas dan segera mendekati lelaki itu, "Aku dari bahagian penjagaan kuda istana, namaku Luhan. Temanku juga bekerja disana dan namanya Kyungsoo. Siapa nama kau dan temanmu itu. Aku berhutang nyawa dengannya meskipun aku yang ingin membunuh diri." Luhan menatap pemandangan pagi bersebelahan lelaki asing itu.

"Namaku Kai, tinggalah disini dulu, sarapan sudah aku siapkan dimeja. Aku akan mencari temanmu itu untuk membawa kau pulang. Aku pergi." Kai segera menuju pintu biliknya lalu beredar. Luhan hanya mampu menghela nafas sambil menuju kembali ke katil untuk berehat kerana kepalanya masih pusing.

Balai Penghadapan, Istana Korea.

"Ampun Tuanku, Jang Dong Gun, Gabenor Pulau Tsushima tidak mahu membayar ufti kepada kerajaan kita. Melalui hasil risikan, beliau telah mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah bebas dari kawalan kita sebaik sahaja almarhum ayahnda Tuanku mangkat dan mulai menekan pedagang-pedagang kita dikawasannya dengan cukai yang tidak patut dikutip."

Laporan dari Woo Bin itu mengubah sedikit wajah Sehun. Dia mulai merasakan hawa panas menjalar ke seluruh tubuh. Namun dengan perlahan-lahan Sehun berjaya mengekang kepanasan itu. "Perdana Menteri, dari laporan anda, adakah anda merasakan Dong Gun dipengaruhi atau sememangnya dia ingin melakukan pemberontakan ini secara sendirian?" soal Sehun.

"Menurut perkiraan patik, Dong Gun merancang semua ini secara sendirian, sekiranya ada dalang disebalik semua ini, masalah ini akan menjadi semakin rumit Tuanku." Penjelasan Woo Bin itu membuat Sehun semakin tidak selesa. "Baiklah, beta akan mengutuskan surat kepada Dong Gun untuk meminta penjelasan, tindakan selanjutnya akan kita bincang selepas surat balasan dari Dong Gun kita terima. Selain itu, arahkan mata-mata kita di Tsushima untuk mengumpulkan maklumat lebih lanjut." Perintah Sehun itu dibalas dengan anggukan Woo Bin.

"Menteri Luar Shin Shung Il, bagaimana perjanjian kita dengan Kerajaan Ming China berkaitan sempadan negara kita di Manchuria, ada apa-apa kemajuan." Soal Sehun kepada menteri veteran itu. Shung Il segera maju kehadapan lalu berkata: "Ampun Tuanku, seperti yang telah diputuskan dahulu, Kerajaan China tidak ingin menerima syarat-syarat yang kita berikan. Patik mendapat berita bahawa mereka sedang melakukan operasi ketenteraan di bahagian timur Harbin. Patik merasakan mereka akan cuba melancarkan perang tidak lama lagi."

Sehun segera berdiri dari singgahsananya dan memegang pedangnya dengan wajah yang tegang. "Selama ini kerajaan kita telah menggunakan urusan diplomatik namun mereka memilih mata pedang sebagai jalan penyelesaian. Shung Il, sampaikan kepada kerajaan China bahawa beta mengarahkan akitivitas ketenteraan mereka di Manchuria dihentikan serta-merta atau perang akan berlaku. Pada masa itu beta tidak akan memberi belas kasihan kepada pihak China." Titah Sehun itu menguatkan lagi pendapat menteri-menterinya bahawa perluasan Korea akan lebih agresif pada pemerintahan Sehun.

Kamar Permaisuri.

Ji Won baru sahaja menidurkan puteranya Soo Hyun. Soo Hyun sejak beberapa hari ini diserang selsema menyebabkan putera tunggal Sehun itu sering merengek kepada bondanya. Terdengar suara ketukan dipintu bilik dan tak lama kemudian masuk seorang dayang memberitahu Ji Won yang baginda Maharani ingin menziarahi cucunya. Ji Won segera menyambut kedatangan Maharani di pintu masuk kamarnya.

"Ji Won, bagaimana keadaan Soo Hyun, sudah baikan atau masih seperti dulu?" Soal Maharani. Ji Won hanya tersenyum lalu memberitahu kepada Maharani yang Soo Hyun sudah semakin pulih. Maharani yang melihat keadaan Soo Hyun sendiri merasa gembira. Namun apabila ditanya tentang Sehun, Ji Won hanya mampu tersenyum paksa.

"Ji Won, adakah Sehun sering mengunjungimu dan Soo Hyun?" pertanyaan itu menggusarkan Ji Won. "Sehun memang ada berkunjung kesini melihat aku dan Soo Hyun namun tidaklah kerap, tak apalah bonda, Sehun memikul tugas negara jadi masanya lebih banyak terluang kepada urusan negara dan rakyat." Maharani yang mendengar kata-kata itu sedikit kagum dengan pengertian Ji Won namun hatinya sedikit sedih kerana tindakan anaknya itu menyebabkan Ji Won berasa dipinggirkan. "Memang Sehun sebagai ketua negara harus melihat rakyat dengan lebih kerap namun dia tidak boleh mengabaikan dirimu berterusan. Bonda akan mengatakan ini kepada Sehun sendiri saat dia menziarahi bonda. Bonda juga merasakan sudah saat kamu melahirkan adik buat Soo Hyun, sekiranya kamu hamil, Soo Hyun tidak berasa sendirian." Ji Won bersyukur kerana ibu mertuanya sering berada disisinya disaat dia kesedihan.

Kamar Sehun

Sehun sedang berdiri dianjung kamarnya. Dari raut wajahnya, jelas kesan kepenatan akibat mesyuarat bersama kepimpinan negara ditambah pula dirinya tidak cukup tidur akibat ulah lelaki yang ingin membunuh dirinya sendiri.

Ngomong-ngomong Sehun teringat akan lelaki yang diselamatkan oleh dirinya itu. Sejak malam tadi, wajah Luhan sering menjadi bayangan bagi Sehun. Hatinya mencelos mendengar pengakuan Luhan sebelum lelaki itu pengsan. Sehun merasakan hatinya berdebar-debar apabila dirinya bersentuhan dengan Luhan. Seolah-olah ada magnet yang menarik Sehun ingin mengenali Luhan dengan lebih mendalam.

Lamunan Sehun berkecai sebaik sahaja suara kamarnya dibuka lalu muncul wajah seorang lelaki yang dikenalinya selama 10 tahun. Jongin segera merapati Sehun lalu menbongkokkan badannya. "Ampun Tuanku, lelaki yang Tuanku selamatkan itu telah sedar dan berada di rumah saya. Nama lelaki itu Luhan, sepertinya dia adalah hamba yang baru bekerja di bahagian pengurusan kuda kegunaan istana. Saya akan menghantar dirinya pulang ke kuartesnya petang nanti."

Sehun mendengar laporan ringkas Jongin dengan senyuman. Jongin yang melihat senyuman itu segera berkata: "Adakah kau sedang berhalusinasi dengan wajah Luhan, wahai Sehun." Sehun yang mendengar usikan Jongin segera mematikan senyum itu lalu berkata: "Bukan urusanmu, Jongin." Sehun menyambung ucapannya: "Aku ingin bertemu dia sekali lagi, boleh kau aturkan?" Jongin terperangah dengan kata-kata Sehun namun senyuman Jongin semakin lebar lalu memberi persetujuannya untuk membuat Sehun berjumpa Luhan sekali lagi.