BAB 6:
Luhan sedang berada didalam biliknya sendiri. Kelihatan wajahnya tidak lagi sepucat sewaktu dia mula-mula sakit akibat tindakan bodohnya itu. Kyungsoo menjemputnya pulang dari rumah Kai petang semalam dan sepanjang perjalanan Kyungsoo mengomeli Luhan kerana hilang dari kamar tanpa memberitahu Kyungsoo. Mujurlah Kyungsoo tidak tahu menahu akan kisah sebenar Luhan berada dirumah Kai. Kai atas arahan Sehun tidak mahu membocorkan peristiwa lemasnya Luhan dan Luhan bersyukur kerana Kyungsoo hanya diberitakan bahawa Luhan sesat setelah merayau-rayau disekitar kawasan tersebut.
Dari jendela Luhan beranjak ke kamarnya lalu berbaring. Pikiran Luhan menerawang hinggalah satu wajah tampan terbayang diimaginasinya. Dia tersenyum sendirian memikirkan tindakan lelaki tampan yang menyelamatkan dirinya. Dia tidak sempat menanyakan nama lelaki itu kepada Kai. Mungkin dia akan cuba menjelajah kawasan istana ini untuk mencari tahu identitas si wajah tampan itu.
Suara ketukan pintu membuyarkan lamunan Luhan. Dengan malas dia berjalan membuka pintu kamarnya. Luhan menyangka Kyungsoo yang baru pulang dari pekerjaannya namun sebaik pintu dibuka, Luhan menjadi kaget melihat gerangan yang datang.
Istana Besar
Sehun dengan wajah dinginnya tampak berkutat dengan dokumen dimejanya. Sudah 2 jam sejak dia duduk dihadapan tumpukan laporan yang perlu di baca. Sebagai pemimpin negara, kata putus terhadap sesuatu isu besar seperti pentadbiran negara, ketenteraan dan kebajikan rakyat jelata perlu dia tangani walaupun sudah mempunyai pegawai-pegawai yang berkaliber.
Pintu kamar bekerja Sehun terbuka dan wajah seorang wanita separuh umur mengalihkan perhatian Sehun. Dengan automatik Sehun berdiri lalu menghampiri wanita itu. "Ampun bonda, ada hajat apakah bonda kesini." Sehun segera membawa wanita itu iaitu Maharani duduk dihadapan mejanya.
"Anakandaku Sehun, sudah lama bonda tidak menziarahimu, jadi bonda mengambil kesempatan ini melawatmu, kau sihat-sihat sahaja Sehun. Apa bonda menggangu pekerjaanmu?" Sehun hanya tersenyum sambil menuangkan teh kedalam cawan bondanya. "Maafkan aku bonda, ini adalah silap aku kerana mengabaikanmu, tugasan negara semakin banyak menyebabkan aku sukar berkunjung ke istana bonda." Kata Sehun sambil tersenyum lirih.
Maharani hanya menganggukkan kepalanya sambil melihat ruang kerja anaknya yang penuh dengan laporan-laporan dari seluruh negara. "Tak mengapa Sehun, bonda memahami kesibukanmu, namun Ji Won dan anakmu tidak terbiasa lagi dengan suasana ini, sudah berapa hari kau tidak menjenguk mereka. Soo Hyun sering merengek ingin bermain bersama kau. Bonda tahu kamu tidak menyayangi Ji Won namun jangan jadikan Soo Hyun sebagai mangsa."
Kata-kata Maharani ibarat satu anak panah tajam yang menancap ke ulu hati Sehun. Sehun berganjak dari kerusinya lalu menuju ke potret almarhum ayahnya, Jung Kok. "Bonda, maafkan aku, sememangnya aku tidak mahu mengingati perkara ini namun Ji Won dan aku disatukan bukan kerana cinta bonda. Kami disatukan kerana politik kerajaan. Tanpa penyatuan ini, sempadan utara tidak akan tunduk kepada kekuasaan almarhum ayah. Sukar untuk aku mencintainya walaupun Soo Hyun ada tengah-tengah hubungan kami. Bonda juga mengetahui bagaimana Soo Hyun terlahir." Sehun menghela nafasnya seolah-oleh melepaskan bebannya.
Maharani segera menghampiri Sehun lalu memegang bahu Sehun. "Bonda mengerti akan perasaan kau. Tapi harus kau ingat Sehun, perkahwinan politik sudah menjadi tunjang kerajaan kita. Satu masa nanti kau juga akan menggunakan cara yang sama. Ji Won mencintai kau begitu juga Soo Hyun. Bonda harap janganlah terlalu mengabaikan mereka. Soo Hyun masih membutuhkan dirimu untuk membesar dengan sempurna. Cobalah buka hatimu, Sehun." Maharani mencium dahi dan memeluk Sehun sebelum meninggalkan ruangan Sehun dengan perasaan bercampur baur.
Sehun hanya mampu merenung pemergian Maharani dengan perasaan bersalah. 'Maafkan aku eomma, cintaku ini bukan untuk Ji Won.'
Keesokan hari, Balairung Besar
Suasana didalam balairung sangat riuh dan agak tegang. Berita yang dibawa dari selatan empayar mencetuskan kebimbangan yang teramat sangat. Paduka Chanyeol, adik tiri kepada Sehun mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja kerajaan Korea yang sah berpusat di Jinju. Tindakan ini tidak diramal oleh semua pihak kerana Chanyeol merupakan putera yang dibuang dari kerajaan semasa pemerintahan almarhum Jung Kok.
Keriuhan tersebut segera digantikan dengan suasana sunyi ketika Sehun masuk ke balai penghadapan. Wajah Sehun begitu tegang, kulit mukanya yang putih terlihat kemerahan bukan kerna kepanasan namun kerana kemarahan. Tanpa membuang masa Sehun meminta penjelasan dari Woo Bin tentang khabar tersebut.
"Ampun Tuanku, Paduka Chanyeol sememangnya telah membuat proklamasi berkaitan gelaran Maharaja. Dia juga meminta Tuanku melepaskan takhta untuk diberi kepada dirinya. Chanyeol menganggap dirinya berhak keatas takhta Korea. Dia juga…
Percakapan Woo Bin terhenti apabila Sehun bangun dari tempat duduknya dengan tiba-tiba. Mukanya berkerut-kerut menahan kemarahan. Tanpa amaran Sehun mengambil pedang kerajaan yang dibawa oleh seorang pengawal istana lalu menebas hujung kerusi singgahsananya. "Dasar tidak tahu diri anak luar nikah itu, dia tidak sedar lagi akan kesilapannnya. Aku tidak akan berdiam diri sahaja. Dengan ini aku mengisytiharkan perang ke atas Chanyeol dan sesiapa yang bersekongkol dengannya akan menerima balasan yang tidak mampu digambarkan."
Tasik Istana
Luhan sedang duduk ditepi tasik berhampiran istana. Kedua kakinya berjuntai bermain-main dengan air tasik. Sejak setengah jam yang lalu Luhan berada disini menantikan seseorang. Orang yang telah berjasa menyelamatkan dirnya dari lemas. Namun sehingga kini Luhan tidak Nampak bayang lelaki tampan itu.
"Maaf lama menunggu Luhan, aku ada urusan tadi." Suara baritone itu memeranjatkan Luhan yang sedang asyik merenung riak-riak air tasik. Luhan segera bangkit daripada tempat duduknya lalu segera mendekati Sehun. "Tak mengapa, aku juga baru sampai. Nanti dulu, bagaimana kau mengetahui nama aku. Rasanya aku tidak pernah lagi mengatakan namku pada kau?" Soal Luhan.
Sehun hanya mampu tersenyum dan impaknya, Luhan merasakan dirinya seakan-akan cair dengan senyuman Sehun ibarat salji yang terkena sinaran matahari. "Apa kau lupa akan temanku Kai. Kau ada mengatakan padanya tentang namamu." Luhan segera mengingati perbualannya dengan Kai tempoh hari.
"Aku ingin mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkan aku. Walaupun ini adalah kehendakku sendiri namun aku tetap menghargai usaha kau err…"
"Sehan, namaku Sehan. Jangan kau fikirkan tentang hal itu lagi. Aku cuma tak ingin orang secantik dirimu terlalu cepat pergi dari dunia ini. Asal kau tahu kau masih mempunyai teman yang boleh berkongsi kesedihan. Aku sedia mendengar masalah dirimu." Terang Sehun panjang lear. Sehun sengaja tidak memberi nama sebenarnya kerana tidak mahu identitasnya terbongkar.
Luhan berasa lega kerana ada lagi insan yang ingin mengambil berat dirinya. Diam-diam dia bersyukur kerana adanya lelaki setampan Sehan datang dalam hidupnya. Mereka saling berbual dan tertawa sepanjang petang itu. Kai yang melihat dari kejauhan hanya tersenyum sendu.
'Semoga kau mendapat cinta yang sebenar Sehun.'
