BAB 7:
Perang, tiada manusia yang ingin tragedi itu terjadi. Perang itu menyakitkan. Perang itu membuat manusia lebih kejam daripada haiwan. Terutamanya apabila perang itu melibatkan dua pihak daripada keluarga yang sama, apalagi saudara yang disebut adik beradik. Sehun sedar tentang hakikat perang itu. Sememangnya dia ingin menjauhi peperangan saudara namun tindakan Chanyeol, saudara tirinya menyebabkan Sehun mau atau tidak perlu menyingkirkan duri dalam daging secepatnya sebelum ambisinya besarnya tercapai.
"Ampun Tuanku, risikan terbaru menyatakan angkatan Paduka Chanyeol telah menawan kawasan Yeosu dan Busan, gabenor kedua-dua kawasan tersebut telah terkorban ketika mempertahankan kawasan mereka." Suara menteri pertahanan, Choi Siwon membuyarkan lamunan Sehun. Ketika ini Sehun sedang berada didalam mesyuarat tergempar bersama-sama pegawai tinggi negara berkenaan pemberontakan Chanyeol diselatan Korea.
Laporan dari menteri muda tersebut menambah rasa marah serta sedih dari ruang hati Sehun. Dia tidak menyangka Chanyeol dalam sekelip mata menguasai kawasan diselatan empayarnya selang dua minggu. Hal ini membuktikan Chanyeol sudah lama menyiapkan pemberontakan. Sehun berdehem beberapa kali lalu berkata "Adakah kelemahan tentera kita atau kecekapan tentera Chanyeol menyebabkan kawasan penting diselatan kerajaan kita terdedah begitu mudah kepada taklukan musuh?. Adakah pihak yang bertugas dibahagian risikan leka hingga tidak dapat maklumat dengan cepat bahawa adanya pemberontakan besar-besaran yang akan berlaku."
"Tuanku, bahagian risikan kita sememangnya berkerja dengan cekap namun maklumat yang kita dapat adalah kurang tepat. Sebagai contoh, anggaran kekuatan pemberontak seramai 5000 tentera namun setelah pemberontak menawan kawasan tersebut, kekuatan mereka bertambah menjadi hampir 20000 orang. Tambahan pula Tuanku, ibunda Chanyeol berasal dari kawasan Busan dan dari darah terhormat. Maka rakyat disana mudah mengikut gerakan Chanyeol." Sambung Siwon.
"Menurut pandangan patik Tuanku, Chanyeol mempunyai kelebihan bicara yang boleh menyebabkan ramai terpengaruh menjadi orang bawahannya. Selain itu, Chanyeol juga secara tak langsung mendapat bekalan senjata dari musuh luar seperti China dan kerajaan Kyushu di Jepang. Adalah sebaiknya ancaman dari luar yang menyuplai senjata kepada Chanyeol kita perlu diberi amaran tegas." Woo Bin selaku Perdana Menteri memberi pandangan kepada Sehun.
Sehun memejamkan mata sambil berfikir sedalam-dalamnya tentang hal ini. Keputusan ada ditangannya. Setelah hampir 10 minit berfikir, Sehun membuka mulutnya: "Seperti yang kita maklum, Chanyeol adalah sasaran kita yang utama, sekiranya Chanyeol berjaya dikalahkan. Musuh yang memberi sokongan kepada Chanyeol akan berdiam diri. Pada masa itu kita akan memberi pengajaran kepada mereka. Sekiranya negara kita berpecah, impian kita untuk mencapai status kuasa dunia akan hancur." Hadirin yang mendengar titah Sehun mengangguk-anggukkan kepala mereka tanda setuju.
"Ampun Tuanku, apa yang patik faham adalah buat masa ini kita tidak menggerakkan tentera kita disempadan negara sebaliknya menumpukan pada musuh dalaman iaitu Chanyeol." Kata Siwon. "Kau benar Siwon, ketumbukan militari harus dituju kepada Chanyeol, sebelum dia berjaya menguasai lebih banyak kawasan dan bergerak menuju ke utara. Tentera Chanyeol harus dihentikan. Untuk pengetahuan kalian, beta telah menyiapkan dokumen perjanjian dengan kerajaan China. Ini adalah genjatan senjata sementara. Jongin, serahkan salinan kepada tiap pegawai disini untuk kamu semua teliti." Titah Sehun.
Para pegawai yang menerima salinan perjanjian yang baru itu membaca bait-bait isi perjanjian itu. Sehun melihat riak wajah pegawainya, dari analisanya. Hampir kesemua pegawainya memperlihatkan wajah tidak gembira dengan genjatan senjata sementara itu. Woo Bin maju ke depan lalu berkata: "Ampun Tuanku, adakah ini sememangnya keputusan Tuanku, 5 tahun genjatan senjata dan bayaran sebanyak 5 juta Won sebagai bayaran kepada China pasti menyebabkan kemarahan rakyat. Tambahan pula penyerahan kawasan sebahagian Manchuria kepada China pasti akan menyebabkan ketidakpuasan hati daripada penduduk kita disana. Patik memohon kepada Tuanku agar meneliti semula rancangan ini demi rakyat."
Sehun hanya mendiamkan diri setelah mendengar kata-kata Perdana Menterinya itu. Rasa kagum melihat ketegasan Woo Bin membuat diri Sehun bersyukur mempunyai pegawai seperti dia. Sehun menghela nafasnya perlahan lalu bertitah: "Woo Bin dan menteri-menteri yang lain, dengarkan apa yang beta ingin katakan ini. Beta sedar akan adanya rasa marah dan kecewa dengan keputusan ini. Seperti yang beta katakan tadi, ancaman dalaman adalah lebih besar dari ancaman luar buat masa ini. Beta yakin dalam masa lima tahun akan datang, kita akan mendapat semula tanah yang kita serahkan pada China pada hari ini dan seterusnya membuat nama di mata dunia. Berikan kepercayaan kepada beta sepertimana beta memberi kepercayaan kepada kamu semua." Sekali lagi pegawai-pegawai itu terdiam melihat betapa luasnya visi Sehun dan tanpa berlengah mereka memberi persetujuan kepada rancangan Sehun.
Tasik Istana
Sehun sedang menunggu seseorang, seseorang yang sudah mula memasuki ruang hatinya secara diam-diam. Sejak dua bulan yang lalu, Sehun dan Luhan, sang pujaan hatinya mula berkenalan dengan lebih rapat. Sehun mengetahui Luhan itu merupakan hamba di tempat penjagaan kuda-kuda istana. Anak yatim piatu dan mempunyai seorang teman rapat bernama Kyungsoo. Sehun juga tahu yang Luhan adalah lelaki paling cantik pernah dia temui. PALING CANTIK. Sehun sendiri apabila sudah berdekatan dengan Luhan tidak mampu membuang pandangannya dari mengamati kecantikan Luhan.
Namun apa yang Luhan tahu tentang dirinya sendiri. Luhan hanya tahu namanya Sehan. Bukan Sehun. Dia juga memberitahu Luhan yang dirinya berkerja dibahagian masakan istana. Bukan sebagai Maharaja Korea. Hanya itu diberitahu Sehun kepada Luhan. Luhan juga tampaknya berpuas hati dengan maklumat itu walaupun adakalanya Luhan cuba menanyakan beberapa hal peribadi Sehun dan setakat ini Sehun berjaya mengelak daripada menjawab soalan-soalan itu.
Suasana malam yang tenang itu dicemari dengan derapan tapak kaki yang semakin menghampiri Sehun. "Hai Sehan, maafkan aku terlambat. Susah untuk aku meyakinkan Kyungsoo agar tidak mengekori aku malam ini. Dia seboleh-bolehnya tidak mau aku hilang dari pandangannya walau sesaat." Suara cempreng Luhan seolah-olah tidak mengalihkan perhatian Sehun daripada wajah Luhan. Sehun hanya tersedar apabila tangan Luhan menyentuh mukanya. "Hei Sehan kau mendengarkan tidak sih, penat sahaja aku bercerita padamu." Luhan mengerucutkan bibirnya. 'Tahan dirimu Sehun, jangan menerkam bibirnya Luhan.'
Setelah Sehun meneutralkan dirinya dari bayangan yang negatif, Sehun segera tersenyum lalu mengajak Luhan duduk. "Apa khabarmu Luhan, sudah 5 hari kita tidak berjumpa dan mengapa kau semakin banyak berleter, telingaku sakit tau." Luhan hanya tertawa lalu berkata, "salah dirimu sendiri yang tidak mau berjumpa denganku, aku sihat-sihat sahaja. Cuma sejak dua hari ini aku banyak pekerjaan. Kai mengabarkan kau ingin berjumpaku malam ini. Jadi aku segera menyiapkan kerjaku. Bagaimana harimu Sehan?" Senyum Luhan semakin lebar.
"Seperti biasa, tidak ada yang istimewa pun. Cuma aku rindu padamu. Sebab itu aku mengajakmu berjumpa." Kenyataan Sehun yang terus terang itu menyebabkan desiran aneh menyusup kedalam hati Luhan. Pipinya memanas dengan tiba-tiba serentak dengan degupan jantung yang semakin kuat. Luhan membuang pandangannya dari wajah Sehun. Sehun yang melihat perubahan wajah Luhan walaupun tidak secara jelas tersenyum nipis.
"Luhan, ada yang aku ingin sampaikan padamu, aku harap kau ingin mendengarkan dan menerima." Pertanyaan Sehun dijawab dengan anggukan kepalanya. Sepertinya Luhan mengharapkan pertanyaan Sehun akan sama seperti apa yang digambarkan dalam benaknya.
"Luhan sejak aku bertemu padamu, aku merasakan getaran yang aku sendiri tak mengerti. Perasaan ini semakin kuat apabila kau bersamaku. Perasaan tidak ingin kehilanganmu atau membiarkanmu kesedihan semakin membuncah. Aku tidak mahir membuat rangkaian kata-kata yang boleh membawamu ke syurga. Aku mencintaimu Luhan."
Serangkaian kata-kata Sehun membuat diri Luhan terpana. Dia menjadi kaku seketika. Keadaanya seperti baru disimbah dengan ais yang mencair. Sejuk namun terselit kehangatan. Sehun memegang tangan Luhan sambil berkata: "Aku tidak memaksamu menerimaku. Aku…"
"Bodoh, aku belum memberitahu isi hatiku jadi jangan membuat kesimpulan." Tukas Luhan. "Sehan, aku juga merasakan apa yang kau rasa. Aku cuma takut yang aku hanya bertepuk sebelah tangan. Tambahan pula kita adalah lelaki. Tapi selepas kau meluahkan perasaanmu. Aku semakin yakin dengan pendirianku. Ya Sehan, aku juga mencintaimu." Sehan hanya mampu tersenyum lebar dengan pengakuan Luhan. Dengan pantas, dia membawa Luhan berdiri dan memeluk erat calon pasangan hidupnya.
"Saranghaeyo Luhan," bisik Sehun yang dibalas dengan kata-kata cinta buat Sehun dari Luhan. Tanpa aba-aba, dibawah pancaran bulan di tepian tasik. Mereka berdua berciuman panjang.
