BAB 10

Luhan merasakan tapak kaki yang akan membawa maut ke atas dirinya semakin kuat. Dia memejamkan mata sambil menunggu libasan pedang. Suasana yang hening tiba-tiba dikejutkan dengan suara kekehan kecil. Luhan yang sedari tadi ketakutan merasa pelik lalu segera mengangkat kepalanya. Matanya melebar seiring dengan wajahnya yang seperti terlihat hantu. Dia menyebut satu nama "Sehan, kau…."

Kamar Sehun

"Kau mengagetkan ku Sehan. Bagaimana jika aku mempunyai penyakit jantung. Aku akan mati kerana alasan kejutan bodohmu itu. Aku…", ocehan Luhan dihentikan dengan satu ciuman panjang dan penuh kelembutan dari Sehun. Luhan yang terbuai dengan ciuman itu hanya mampu memegang hadapan baju Sehun. Sehun menghentikan ciumannya dengan Luhan lalu membawa kekasihnya itu duduk.

Sehun memulakan bicara: "Aku merinduimu, sudah beberapa hari kita tidak berjumpa. Bagaimana dengan dirimu?" Luhan menganggukkan kepalanya: "Aku sihat-sihat sahaja. Pada mulanya aku risau kerna kau tidak mengunjungimu sejurus pulang dari medan perang. Aku takut kau tercedera akibat perang tempoh hari. Namun aku bersyukur kau sihat-sihat sahaja. Aku ingin tau kenapa kau berada disini, bukankah Yang Mulia memanggilku kesini."

Sehun menarik nafasnya lalu bangun menuju ke balkoni kamarnya. Tindakan Sehun itu menyebabkan Luhan ikut serta bangun dan merapati Sehun. "Luhan, hari ini aku ingin berterus terang denganmu tentang siapa diriku yang sebenar. Aku tidak sanggup membohongi dirimu lagi. Dengarkan aku bicara dan jangan memotong percakapanku?"

"Aku sebenarnya adalah Maharaja Sehun, pemerintah Korea. Pada mulanya aku tidak ingin menipumu tapi setelah kita berkenalan selepas insiden cubaan bunuh dirimu itu. Aku takut kalau kau menjauhiku atas sebab jawatanku ini. Percayalah padaku Luhan. Cintaku ini adalah untukmu. Aku mencintaimu. Aku ingin kau menjadi peneman hidupku sampai kita mati."

Luhan hanya terdiam mendengar ucapan Sehun. Dia bagaikan tidak berpijak dibumi. Serangkaian kata-kata Sehun itu sudah cukup membuat dirinya hilang seketika. Dia tidak sedar bahawa orang yang dicintai ini adalah pemilik negara Korea. Dia sedikitpun tidak pernah bertanya latar belakang Sehun kerana dia beranggapan bahawa Sehun tidak bersedia menceritakan kehidupan peribadinya. Kini dia sedar betapa salahnya diri Luhan.

Sehun menyedari keadaan emosi Luhan yang sedikit tidak stabil. Sehun memegang tangannya sambil berkata: "Aku tahu aku salah tapi aku sangat mencintaimu. Aku akan membuatmu bahagia. Aku tidak akan membenarkan dirimu dilukai." Luhan setelah sedar dari rasa terkejutnya akhirnya bersuara: "Sehun, aku…aku… maaf, aku mohon berikan aku masa. Aku masih terkejut dengan kenyataan ini."

Sehun menganggukkan kepalanya sambil terus mengusap-usap tangan Luhan. "Dulu kau menerima diriku kerana aku sekadar tukang masak istana. Sekarang kau cuba menolak diriku kerna aku adalah seorang Maharaja. Adakah kau tidak mempercayaiku Luhan?" Luhan menggelengkan kepalanya. "Bukan aku tidak mempercayaimu, aku telah meletakkan sepenuh hatiku untukmu namun kau harus sedar yang posisi kita kini terlalu jauh. Kau adalah pemimpin negara sedangkan aku adalah seorang hamba yang tidak dipandang. Bagaimana nanti dengan pandangan menteri-mentrimu, keluargamu dan rakyat. Aku tidak mahu kau dicerca oleh rakyat kerana orientasi seksualmu."

Sehun hanya tersenyum nipis apabila Luhan membangkitkan hal itu. Sememangnya pemikiran Luhan ada benarnya. Sehun juga telah dan terus memikirkan masalah itu namun bagi Sehun, apa yang penting adalah kebahagiaan Luhan dan dirinya. Sehun segera memeluk Luhan: "Jangan kau risaukan pasal hal itu, aku akan menyelesaikan hal itu sendiri. Sekarang adakah kau bersedia hidup denganku disini Luhan?"

Pertanyaan Sehun hanya dijawab dengan anggukan dari Luhan. Sehun memeluk Luhan dengan lebih erat lagi. "Sehun…?" bisik Luhan. Sehun hanya menggumam tanda membenarkan Luhan meneruskan pertanyaannya. "Sehun, jangan tinggalkan aku setelah ini. Aku tidak sanggup kehilanganmu." Luhan bersuara lirih. "Permintaanmu dikabulkan." Mereka terus berpelukan sehingga malam menjelang tiba.

Balai Penghadapan

Pagi keesokannya, Sehun menghadiri mesyuarat bersama menterinya. Apa yang mengejutkan menteri-menterinya adalah mood Maharaja mereka berada dalam keadaan sangat baik. Keadaan emosi Sehun yang sebegitu membuatkan mereka sedikit lega. "Siwon, bagaimana dengan keadaan di kawasan selatan negara kita. Adakah tugasan yang beta berikan padamu sudah kau lunaskan?"

"Ampun Tuanku, setakat ini kawasan selatan negara telah stabil. Penduduk dikawasan perang sudah kembali ke kampung halaman masing-masing. Cuma pembangunan semula bagi kawasan yang terjejas mengambil masa paling kurang 3 tahun untuk kembali seperti dahulu." Sehun mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti akan situasi tersebut. "Baiklah, teruskan memantau keadaan pemulihan disana. Beta akan meluluskan belanjawan sebanyak 5 juta Won bagi mempercepatkan proses pembangunan semula kawasan itu. Namun begitu, ancaman dari luar tidak harus kita pandang ringan. Setakat ini, Kerajaan China sedang memperhatikan tindakan kita. Jika kita leka maka mereka akan melakukan tindakan militari di kawasan sempadan."

"Ampun Tuanku, Kerajaan China mempunyai empayar yang luas namun keadaan mereka sangat tidak stabil. Pihak Dzungar masih lagi melakukan serangan di sempadan utara mereka. Adalah lebih baik jika kita membuat aliansi dengan Dzungar." Sembah Woo Bin. "Beta sedar akan krisis di utara China namun jarak negara kita dan pihak Dzungar menyukarkan kita untuk melakukan tindakan bersama. Beta akan memikirkan nanti adakah membuat perjanjian dengan mereka membolehkan kita meluaskan pengaruh atau memberi ancaman kepada kita."

Setelah mesyuarat tamat, Sehun segera menemui ibundanya. Tekadnya kali ini telah kuat. Dia akan memberitahu Maharani tentang keinginannya mengahwini Luhan. Dia tau risikonya besar. Namun Sehun telah siap sedia. Apa yang penting adalah dirinya dan Luhan. Sampai sahaja di istana Maharani. Maharani yang sedang membaca terkejut dengan kedatangan Sehun yang secara tiba-tiba. "Ada hal apakah yang membawa kau kemari Sehun?" tanya Maharani. Sehun menjawab, "Wahai bondaku. Aku ingin berterus terang padamu. Aku ingin mengahwini hambaku. Dia adalah seorang lelaki."

Maharani terdiam seketika, dia terus memandang wajah Sehun sedalam-dalamnya. "Adakah ini satu gurauan, Sehun. Jangan membuat bondamu ini ketakutan. Katakan ini adalah leluconmu." "Tidak bonda, ini adalah kenyataaan. Aku mencintainya dan dia juga mencintaiku. Aku mohon agar kau…". Sehun belum habis mengutarakan isi hatinya apabila Maharani berteriak "Oh Sehun, adakah kau sedar tentang apa yang kau sampaikan ini hah! Kau adalah Maharaja Korea. Kau tidak sepatutnya ada perasaan cinta pada sesama lelaki. Kau bohong Sehun. Katakan padaku apa yang membuat kau menjadi sebegini!"

"Bonda, aku mohon padamu. Bonda sudah berjanji padaku untuk tidak mencampuri urusan peribadiku." Sehun cuba menjelaskan namun dipotong Maharani: "Aku tidak akan mempersetujui hubungan jijikmu itu, aku tidak menyangka anakku ini ada hubungan terlarang dengan hamba lelakinya." Tukas Maharani.

"Sekiranya bonda tidak merestui hasratku. Baiklah, ini adalah surat pengabdianku. Aku akan turun dari takhta. Pilihan ditanganmu bonda." Sehun meletakkan suratnya diatas meja Maharani lalu lantas keluar. "Sehun tunggu dulu, kau tidak boleh melakukan tindakan itu, Sehun!" Maharani menjerit memanggil nama Sehun namun tidak dipedulikan. Maharani memegang dadanya yang sakit tiba-tiba. Maharani cuba berjalan namun pandangannya kabur. Tubuhnya akan menghempas lantai sekiranya Ji Won tidak cekap menangkap tubuh mertuanya itu. Ji Won yang baru sampai di kamar Maharani menggunakan laluan belakang istana Maharani segera menerpa ke ruangan itu apabila mendengar jeritan Maharani dan beginilah keadaanya sekarang. Ji Won berteriak memanggil pengawal.

Malam harinya, Kamar Maharani

Sehun, Ji Won, Jongin serta beberapa tabib istana sedang berada di kamar Maharani. Sehun yang sedang dalam perjalanan menuju ke istananya selepas pertengkaran dengan Maharani segera ditahan oleh salah seorang dayang Maharani yang memberitahu bahawa Maharani pengsan. Sehun segera memutar arah kembali ke istana Maharani untuk melihat keadaan bondanya itu. Sehun ingin membawa Luhan pada mulanya namun Jongin berjaya membatalkan hasratnya itu dengan mengatakan kondisi Maharani adalah sangat tidak stabil. Berita yang Sehun bawa sudah cukup membuat Maharani pengsan. Jongin tidak mahu akan adanya insiden yang boleh membawa kematian pula.

"Bagaimana keadaan Maharani, tabib Seung-Gi?" tanya Sehun. "Ampun Tuanku, keadaan Maharani kritis Tuanku. Buat masa ini biarkan dia mendapat rehat yang cukup. Patik akan memberi senarai ubat yang perlu Maharani ambil selepas baginda sedar. Cuma, selepas ini Maharani tidak harus menerima khabar yang buruk. Ini akan menjejaskan lagi keadaan Maharani. Patik undur diri dahulu." Tabib Seung-Gi segera beredar diikuti Jongin. Sehun menghampiri katil Maharani dan duduk disamping Maharani yang masih tidak sedarkan diri. "Ampunkan anakanda bonda, anakanda terbawa kemarahan hingga membuat bonda sebegini." Lirih Sehun. Ji Won mengelus perlahan pundak Sehun untuk menenangkannya. "Ampun Tuanku, lebih baik Tuanku pulang untuk berehat. Aku akan menjaga bonda disini." Sehun berdiri sambil memandang Ji Won: "Ji Won, tolong jagakan bonda. Sekiranya terjadi apa-apa, khabarkan beta dengan segera." Ji Won membalas jawapan Sehun dengan senyumannya. Sehun mengecup dahi Ji Won dan beredar.

Sementara itu, Luhan yang berada dikamar Sehun sedang khuatir. Petang tadi dia mendapat khabar bahawa Maharani jatuh sakit dan dirinya dipanggil Sehun ke istananya. Namun, Luhan tidak dibenarkan mengikuti Sehun ke istana Maharani. Sedang Luhan duduk di ruangan Sehun, pintu kamar Sehun terbuka dan masuklah Sehun dengan wajah kusut. Luhan segera memeluk Sehun dengan erat. Luhan mendengar isakan Sehun yang tertahan. Luhan mendudukkan Sehun dan memeluk Sehun disebelahnya. "Aku menyakiti ibuku Luhan. Aku bersalah membuatnya sebegini. Aku sepatutnya tidak meninggalkan dirinya begitu sahaja. Salahkah aku Luhan? Aku hanya ingin mengejar kebahagiaanku sendiri."

Luhan hanya mampu mendengar luahan hati Sehun. Sejujurnya dia tidak ingin semua ini terjadi. Dia tidak mau menjadi penghalang antara kasihnya ibu dan anak. Apatah lagi kekasihnya itu adalah penguasa negara. Luhan harus berkorban demi Sehun. Cintanya harus dikorbankan demi kebahagiaan Sehun.

"Tinggalkan aku Sehun. Aku mohon."