BAB 12:

Pagi itu masih gelap walaupun fajar matahari mula menerangi bumi. Perubahan itu tidak memberi kesan kepada sepasang kekasih yang masih terlelap di dalam perut kapal yang mereka naiki. Namun keadaan itu tidak lama apabila salah seorang dari mereka mulai menunjukkan tanda-tanda akan tersedar dari mimpi yang indah.

Luhan mulai membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya masih sedikit pusing menyebabkan dia cuba melelapkan matanya kembali. Luhan kembali sedar apabila dia tidak berseorangan diatas katil itu. Sepasang tangan yang kekar melingkar kukuh dipinggangnya. Wajah Luhan merona merah kerana menyedari siapa yang memeluknya itu. Luhan memusingkan badannya menghadap sang kekasih yang masih tidur pulas.

Secara perlahan-lahan dia membelai wajah Sehun. Jari-jemarinya menyelusuri lekuk wajah Sehun. Luhan yang wajahnya semakin merah apabila menyedari mereka tidur tanpa memakai apa-apa ditubuh, hanya selimut tebal menjadi penghangat selain tubuh Sehun. Luhan kaget apabila tangannya dipegang secara mengejut oleh Sehun yang baru sahaja terbangun.

"Selamat pagi, puteri kayangan. Mengagumi wajah kekasihmu ini hingga wajahmu memerah. Apa yang kau fikirkan Lu?" Sehun memegang tangan Luhan dan menciumnya sebelum mencium Luhan dibibir. Luhan hanya mampu menundukkan wajahnya hingga dan terus memeluk Sehun. "Selamat pagi juga pengiranku Sehun. Hanya ingin melihat sejauhmana ketampanan manusia yang berjaya mengikat hatiku ini." Luhan ingin bangun dari katil mereka namun rasa sakit dibahagian bawahnya menyebabkan dia meringis.

Sehun segera memeluk kembali Luhan mengecupi dahi Luhan dengan penuh kasih sayang. Sinar mata Sehun memancarkan rasa kesal. "Maafkan aku Lu, aku agak kasar ketika bersamamu malam tadi. Apakah masih sakit? Mau kupanggilkan tabib?" Luhan hanya tersenyum melihat ekspresi gusar Sehun. "Tak apa Sehun, aku tidak apa-apa kok. Aku juga menyukai apa yang kita lakukan malam tadi. Jadi ini bukan salahmu sepenuhnya." Luhan melesakkan wajahnya ke dada Sehun kerna malu akan ucapannya itu tadi. Sehun hanya terkekeh melihat sisi Luhan yang menggemaskan itu.

Suara ketukan dipintu kamar mereka menyebabkan suasana romantik itu menurun. "Ampun Tuanku, sarapan sudah disediakan. Sebentar lagi kita akan sampai ke destinasi kita." Sehun segera mengangkat dagu Luhan: "Kau mau sarapan disini atau diluar?" Luhan menjawab: "Aku ingin sarapan diatas kapal. Bolehkan?" Sehun hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju.

Istana Korea

Ji Won memandang sengit kepada Jongin. Pembantu peribadi Sehun itu hanya mampu menundukkan kepalanya apabila renungan Ji Won itu menusuk terus ke ulu hatinya. "Apa benar Sehun mempunyai hubungan tidak wajar dengan lelaki. Jawab pertanyaan beta dengan jujur!"

Rupanya inilah yang menyebabkan pertengkaran antara Maharani dan Sehun. Ji Won mendapat tahu akan hal itu melalui surat yang ditinggalkan oleh Sehun diatas meja Maharani. Ketika membaca surat itu, perasaan Ji Won seakan ditembus oleh mata pedang yang beracun. Ji Won tidak menyangka Sehun adalah penyuka sesama jenis. Selama ini Ji Won beranggapan bahawa Sehun memang tidak menyukainya kerna perkahwinan mereka adalah berdasarkan politik namun hal ini merupakan satu tamparan yang hebat bagi Ji Won dan negara.

"Ampun Yang Mulia, memang benar Maharaja Sehun ada hubungan dengan hamba lelaki. Patik diarahkan oleh Maharaja untuk tidak membocorkan hal ini namun Yang Mulia berjaya menjejaki hal ini." Jongin memandang tepat bola mata Ji Won. Ji Won tidak tau harus mengatakan apa lagi. Hatinya hancur. Dia berasa ditipu. Ditipu oleh orang yang sangat dicintai menyebabkan Ji Won semakin marah dan sakit hati.

"Kim Jongin, beta sangat membenci akan kenyataan ini. Selama ini beta tidak tau akan punca Maharani sakit. Apabila kenyataan ini baru beta ketahui, perasaan beta hancur. Apa Sehun tidak memikirkan perasaan bondanya, keadaan negaranya apabila hal ini tersebar." Ji Won mulai menangis terisak-isak. Sekarang ini mereka sedang berjumpa di sebuah bangunan berhampiran istana Maharani. "Ampun Yang Mulia, Maharaja sedar akan hal itu. Baginya, cinta itu adalah suci dan tidak ada sesiapa pun yang harus menahan perasaan itu." Jongin berbicara dengan lancar. Ji Won semakin sakit mendengar ucapan pembantu peribadi Sehun itu. "Jadi, kau juga turut merestui hubungan terlarang ini, kau sepatutnya menghalang dan bukannya memberi persetujuan."

Jongin hanya terdiam. Dia sudah membaca akan fikiran Ji Won itu. Harus diakui bahawa Jongin juga tidak mau Sehun dicerca oleh rakyatnya. Tetapi tekad Sehun untuk terus bersama Luhan menyebabkan Kai memberikan persetujuan. "Ampun Yang Mulia, patik yakin Maharaja pasti akan mempunyai cara untuk mengatasi masalah ini." Ji Won memandang tajam wajah Jongin sebelum meninggalkan ruangan itu. Jongin merasakan perasaan yang tidak enak disebalik pandangan itu. Dia harus lebih berwaspada.

Laut Selatan Korea

Sehun dan Luhan bersarapan bersama. Walaupun ringkas namun kehangatan cinta mereka menyebabkan suasana disitu seakan menghangat. Sehun sering mengusik Luhan yang cara makanya seperti anak kecil dan Luhan akan mengerucutkan bibirnya tidak terima. Keadaan itu menyebabkan Sehun semakin suka menjahili Luhan.

Bagi anak-anak kapal yang lain, mereka melihat situasi itu dengan pandangan yang sedikit berbeza. Status mereka sebagai hamba tidak melayakkan untuk mereka bercakap tentang hal yang bersangkut paut dengan istana dan penghuninya. Tetapi mulut manusia ini seperti tempayan yang sukar ditutup. Gosip dan cakap-cakap belakang sentiasa mengitari dunia.

"Lihat itu, sang Maharaja sedang bermesra-mesraan dengan hambanya. Apa baginda tidak malu mempamerkan hubungan tidak jelas mereka itu dihadapan kita?" kata seorang anak kapal kepada rakannya. "Sudahlah jangan disibukkan, dia sebagai pemerintah mempunyai kuasa untuk bersama sesiapa juga. Lebih baik kau jaga kepalamu agar tidak terputus dek mulut lancangmu itu." Rakannya yang lain menasihati simulut jahat itu.

"Bagaimana perasaan mu Luhan. Adakah kau gembira dengan perjalanan ini?" Sehun memulakan bicara. Saat ini mereka sedang melihat pemandangan Korea dari laut. Sehun memeluk Luhan dari belakang. Luhan memalingkan wajahnya menghadap Sehun lalu berkata: "Aku gembira bersamamu Sehun. Walaupun aku ini pernah lari darimu, kau tetap mengejarku. Aku mencintaimu." Sehun merasakan hatinya dipenuhi kupu-kupu kerana serangkaian kata-kata yang diuntaikan Luhan.

"Luhan, sekiranya kau mencintaiku. Aku hanya ingin kau ada disampingku sepanjang masa. Kau adalah cahayaku, peneman masa senang dan susahku. Tidak ada yang mampu memberi ketenangan selain dirimu." Luhan terperanjat kerna secara tiba-tiba Sehun mengambil sebentuk cincin yang bertatahkan zamrud berwarna hijau berbentuk hati dan menyarungkannya di jari manis tangan kanannya. "Ini adalah satu tanda cintaku padamu. Aku sendiri yang membuatnya. Dan kau adalah orang pertama yang ingin kuberikan karya hasilku sendiri.

Luhan hanya mampu memeluk Sehun sambil menggumamkan ucapan terima kasih. Sesungguhnya Luhan bersyukur kerna dirinya kini tidak lagi sendirian didunia. 'Terima kasih Tuhan, kau memberikan nikmat cinta pada diriku dan Sehun.' Hati Luhan kini telah mantap. Dia tidak akan menjauhkan dirinya pada Sehun lagi. Apapun yang terjadi, dia akan menerimanya dengan terbuka asalkan Sehun ada disampingnya.

"Luhan, sesampainya kita di istana nanti. aku ingin mengumumkan hubungan kita. Aku mohon agar kau tetap disisiku. Jika rakyat menolakku dan dirimu, aku akan turun dari kerajaan. Biarkan mereka memilih pemimpin dari kalangan mereka. Aku cuma menginginkan dirimu Lu." Luhan sedikit terperanjat dengan tindakan Sehun namun dia sedar Sehun sudah memikirkan tindakannya itu. "Aku akan tetap disisimu. Bukankah aku sudah mengatakan betapa aku mencintaimu." Jawapan itu memantapkan hati Sehun. Dia bersedia.

Kamar Maharani

Ji Won masih betah disisi Maharani. Kali ini dia semakin memerlukan sosok Maharani sebagai tempat dia mengadu. Hatinya yang sudah sarat dengan kesedihan akibat Maharani yang jatuh sakit semakin tidak tertanggung akibat hubungan Sehun dengan seorang lelaki. Ji Won sangat terpukul dengan kenyataan ini. Suaminya adalah penyuka sesama jenis. Ji Won sebenarnya dalam keadaan marah. Marah kerana Sehun menipunya dan kecewa kerna dirinya tidak peka akan masalah ini dari awal.

"Bonda, bangunlah segera. Menantumu ini sedang sangat berduka. Aku sudah tidak mampu lagi menanggung penderitaan seorang diri. Hanya bonda sahaja yang boleh memberi ketenangan kepadaku." Air mata semakin laju menuruni kedua pipi Ji Won. Soo Hyun yang melihat keadaan bondanya segera turun dari gendongan pengasuhnya dan berjalan tertatih-tatih menuju ke arah Ji Won. Ji Won dengan sigap memeluk Soo Hyun. "Anakandaku Soo Hyun, berikan semangatmu pada bonda." Soo Hyun ikut balas memeluk Ji Won dengan erat. Ji Won merasa bebannya sedikit hilang apabila melihat Soo Hyun. Tanpa disedari, jari jemari Maharani bergerak dengan perlahan.

Balai Penghadapan

Para pegawai sedang sibuk berbicara. Namun apa yang dibicarakan tidak jelas. Dari raut wajah mereka, ada tersirat kebingungan kerana mereka diarahkan untuk segera ke istana pada waktu malam-malam begini. Mereka beranggapan ada hal kecemasan yang memerlukan jawapan dari mereka. Bahkan Woo Bin juga tidak mampu merungkaikan apa yang terjadi. Semenjak dua minggu yang lepas, negara digemparkan dengan kisah Maharani yang jatuh sakit dan tidak sedar hingga kini. Maharaja Sehun juga dikatakan tidak berada di istana sepanjang 2 hari yang lepas.

"Maharaja Sehun masuk ke balai penghadapan." Dengan segera ocehan para pegawai terhenti apabila Sehun masuk ke balai penghadapan. "Beta lihat semua menteri telah ada disini. Beta meminta maaf kerana memanggil kamu semua pada waktu sebegini. Ada perkara yang beta ingin bincangkan dan meminta jawapan yang jujur dari kamu semua." Suasana hening semakin mencengkam: "Beta ingin mengaku bahawa beta adalah penyuka sesama jenis. Beta juga ingin memberitahu bahawa beta telah menjumpai seorang lelaki yang sangat mencintai beta dan beta juga mencintainya." Para tetinggi kerajaan menelan air liur mendengar pengakuan mengejut dari maharaja mereka.

Belum sempat Woo Bin mengutarakan pendapatnya, Sehun meneruskan ucapannya: "Beta dengan ini meminta agar kamu merestui hubungan kami. Sekiranya kamu tidak berkenan dengan hubungan kami maka dengan rela hati beta akan membuat surat pengabdian takhta dan kamu bebas memilih anak beta, Soo Hyun sebagai Maharaja Korea atau memilih dari kalangan kamu sendiri sebagai pemimpin baru. Tiga hari dari sekarang beta akan meminta jawapan kamu."

Bagaikan disambar petir, wajah menteri-menteri Sehun semakin tidak boleh dibaca. Sehun dengan segera keluar dari balai penghadapan meninggalkan mereka dalam keadaan terkejut. Keputusan berada ditangan mereka kini.