MAAF TERLAMBATNYA UPDATE. AUTHORNYA ADA KERJA YANG BANYAK MINGGU LEPAS.
MAAF SANGAT2...:(

BAB 13

Dua hari semenjak pengumuman Sehun tentang isu percintaannya dengan seorang lelaki, suasana istana semakin tertekan. Ketegasan Sehun tentang hal ini menyebabkan pegawai tinggi kerajaan tidak senang duduk. Maharani yang masih tidak kunjung sedar dari penyakitnya makin menambah suasana tegang. Semua pihak menantikan apa keputusan yang bakal diambil oleh Jemaah menteri kerajaan. Bagi mereka ini adalah kejadian yang baru mereka saksikan sepanjang hidup di istana. Seorang raja sanggup melepaskan takhta demi cinta.

"Maharaja Sehun seorang yang bodoh, ingin meninggalkan kesenangan istana demi cinta. Itu bukan cinta tapi satu kebodohan semata-mata." Salah seorang pengawal pintu istana besar menggerutu. "Bagi aku ini adalah lambang cinta abadi. Tidak semua orang mau meninggalkan kesenangan demi cinta." Rakannya pula menyanggah.

"Tugas anda adalah menjaga pintu istana dari dicerobohi pihak luar, bukannya sibuk mengeluarkan perkara-perkara yang tidak kamu ketahui. Menjaga kepala masing-masing adalah lebih penting kepada dirimu berdua." Siwon yang kebetulan melalui pintu tersebut merasa jengkel lalu menegur mereka. Alhasilnya, kedua mereka itu terus mendiamkan diri. Siwon benci melihat mereka yang suka menjaga hal orang lain. Apatah lagi hal tersebut bersangkut paut dengan pemimpin negara. Siwon terus melangkah masuk ke istana untuk menghadap Sehun bagi memberi laporan tentang keadaan di selatan negara.

Istana Sehun

Sehun sedang sibuk membaca laporan tentang perjalanan negara. Dari air wajahnya, Sehun tampak tenang sahaja seperti permasalahannya dengan Luhan tidak memberi kesan sampingan. Sehun telah bersedia untuk menerima segalanya. Suara ketukan dipintu kamarnya membuyarkan konsentrasinya dan Sehun tidak suka akan hal itu. Pintu kamarnya terbuka lalu muncullah Jongin.

"Ada berita apa yang kau bawakan Kai?" titah Sehun. Kai merapati Sehun lalu berkata "Ampun Tuanku, segala kelengkapan di Onsong telah sedia. Rumah serta tanah untuk kegunaan pertanian telah dibangunkan. Ada lagi yang Tuanku ingin tambah?" Sehun hanya tersenyum mendengar ucapan Jongin. Tidak salah dia memilih Jongin untuk menjadi pembantu peribadinya. "Kai…" Sehun menghela napasnya seketika: "Kau tahu esok adalah hari yang akan mengubah perjalanan hidup aku dan negara. Aku juga sedar akan apa yang dikatakan oleh seluruh penghuni istana kepadaku. Aku tidak kisah apa yang diperkatakan orang kerna ini adalah pilihanku sendiri. Sekarang ini aku ingin bertanya tentang pilihanmu. Jika kau ingin memilih tinggal disini, aku tidak menghalangnya. Aku tidak mau kau berasa janggal apabila kau mengikutiku ke Onsong."

Jongin terperanjat apabila mendengar kata-kata Sehun. "Ampun Tuanku, seorang hamba adalah milik tuannya. Kemanapun Tuanku pergi, aku akan mengikutmu walau ianya dipenuhi ranjau yang menyakitkan." Sehun menganggukkan kepalanya. "Terima kasih Kai, kau adalah temanku selamanya." Sehun memeluk Kai dengan erat. Jongin hanya mampu menepuk belakang Sehun tanda dia senang akan perlakuan Sehun.

Ruang Rahsia

Woo Bin sedang berada di satu ruangan rahsia sedang menantikan seseorang. Ketika kepalanya sedang pusing akibat memikirkan jawapan yang boleh diberikan kepada Sehun tentang pengumunan Sehun dua malam sudah, ada seorang utusan dari istana yang memintanya kesana untuk bertemu sesorang. Sudah puas dia menginterogasi utusan itu namun tiada jawapan yang diberikan. Hal itu semakin membuat Woo Bin semakin penasaran. Bagi Woo Bin, perkara tentang hubungan Sehun dengan lelaki lain adalah hal peribadi Sehun. Mengapa harus dibawa berbincang dengan semua Jemaah Menteri.

"Beta hanya ingin mendapat jawapan jitu dari mulut kamu sendiri. Sekiranya kamu semua mendapat tau berita ini dari mulut orang lain, pasti akan timbul spekulasi negatif. Beta harap kamu memahami hasrat beta yang sebenarnya." Itu adalah jawapan dari Sehun sendiri tempoh hari ketika Woo Bin menyuarakan kebingungannya.

Pintu ruangan itu terbuka secara tiba-tiba dan masuklah seorang wanita dan diiringi dua pengawal. Oleh kerna terdapat tabir yang menghalangi Woo Bin dan wanita misteri itu, maka hanya bayangan sahaja yang dapat dilihat oleh Woo Bin.

"Perdana Menteri Woo Bin, maaf membuatmu menunggu lama. Aku adalah Ji Won, maaf membuatmu kerepotan menungguku." Woo Bin membeliakkan matanya apabila mengetahui siapa gerangan yang ingin berjumpa dengannya. "Ampun Yang Mulia, aku tidak tau Yang Mulia ingin berjumpa denganku. Apa khabar Yang Mulia?"

"Beta baik-baik sahaja. Tapi ada hal yang ingin aku bincangkan berkaitan Maharaja Sehun dan pengumumannya tentang hubungan tak jelasnya itu. Beta dengar yang Sehun menginginkan jawapan tentang hal itu. Apa kau sudah mendapatkan keputusan?" Woo Bin merasa tekaknya kering secara tiba-tiba. "Ampun Yang Mulia, secara jujurnya aku masih belum mendapat keputusan yang jelas lagi. Begitu juga dengan menteri-menteri yang lain, mereka juga masih dalam proses untuk memilih jawapan. Ampun Yang Mulia, kami sendiri masih terkejut dengan hal ini."

Ji Won tersenyum licik mendengar jawapan Woo Bin itu. "Ya, beta mengerti situasi kamu semua. Sebab itu, beta memanggil kamu untuk memberi saranan agar kamu semua tidak perlu bersusah payah untuk berfikir dengan lebih lama. Apa kau setuju Woo Bin?"

Woo Bin segera menganggukkan kepalanya: "Patik akan berbesar hati dengan saranan Yang Mulia berikan." Ji Won mendekatkan dirinya pada tabir dan Woo Bin turut melakukan gerakan yang sama. "Begini solusinya…"

Istana Maharani

Sehun mengenggam tangan Maharani dengan erat. Sudah beberapa lama dia tidak mengunjungi Maharani dan apa yang dilihat oleh Sehun sangat mengejutkan. Tubuh ibunya itu semakin susut. Sudah hampir sebulan sejak Maharani jatuh sakit. Sehun juga sedar yang ibunya seperti tidak mau sedar dari tidur panjangnya. Nalurinya sedikit sebanyak menyalahkan dirinya yang membuat angkara. Namun Sehun sedar, dirinya tidak ada yang boleh mengatur sesuka hati.

"Ampun bonda, anakanda memohon keampunan darimu. Aku tidak mampu menjadi anak yang bertanggungjawab. Aku mohon bonda. Berikan restumu padaku dan Luhan. Aku tidak tau sekiranya pada esok hari aku akan mampu lagi bertemu wajahmu." Bulir-bulir air mata menuruni dari lekuk wajah Sehun. "Sekiranya aku tidak bertemu lagi bonda pada esok hari, Ji Won akan menjagamu dengan sepenuh hatinya."

Bercakap soal Ji Won, sudah beberapa hari dia tidak bertemu dengannya atau lebih tepatnya Ji Won yang mengelak dari bertemu Sehun. Seperti pagi tadi ketika Sehun ke istananya, Ji Won memberi alasan tidak sihat sebagai alasan untuk menghalang Sehun memasuki kamarnya. Begitu juga sekarang ini, Ji Won menyuruh dayangnya untuk menjaga Maharani dengan alasan yang sama. Sehun sedar akan hakikat yang Ji Won sedang marah akan pengumuman Sehun itu. Ji Won sebagai isteri yang telah mempunyai seorang anak dengan Sehun pasti merasa sakit hati dan merasa khianat setelah mengetahui sifat Sehun yang sebenarnya.

Ji Won mengetahui bahawa Sehun hanya menganggap Ji Won sebatas adiknya sahaja. Dan Soo Hyun terlahir bukan hasil kasih sayang Sehun dan Ji Won sebaliknya ulah Ji Won yang ingin Sehun mencintainya. Suka atau tidak, Sehun harus membawa beban ini seorang diri. Hanya Jongin yang mengetahui suka duka Sehun. Sehun sememangnya tidak suka menceritakan beban yang dipikul melainkan dirinya sudah tidak mampu lagi menahannya sendirian.

Kamar Luhan

Luhan sedang asyik memerhatikan kamar barunya yang terlihat mewah. Ya, sebaik sahaja Luhan tiba di istana bersama Sehun, Sehun mengarahkan Jongin membawa calon pendamping hidupnya itu ke sebuah istana kecil berhampiran istana Sehun. Istana itu mempunyai sebuah kamar tidur yang luas. Bahagian belakang istana itu mempunyai sebuah taman bunga yang boleh dibilang luas. Luhan pada mulanya terperanjat dengan hadiah itu namun akhirnya menerimanya dengan penuh kegembiraan.

"Luhan, kau dimana sih?" Suara Kyungsoo bergema disekeliling kamar Luhan. Luhan yang menemukan si pemilik suara itu segera memeluk Kyungsoo dan Kyungsoo memeluk Luhan dengan begitu erat. "Aku pikir, aku pikir aku tidak menemuimu lagi Kyung…" Luhan menangis kegembiraan. "Aku juga sama Luhan. Selepas aku berpisah denganmu. Aku dikurung didalam kamar kita yang dulu. Jongin akhirnya datang membebaskan aku dan membawaku kesini."

Luhan membawa Kyungsoo duduk di balkoni istananya yang menghadap ke arah taman. "Aku rasa Kai pasti sudah memberitahu cerita sebenar kepadamu Kyungsoo, aku dan Sehun sedang menunggu jawapan dari Jemaah menterinya. Jika kami tidak dapat diterima oleh mereka, kami akan ke Onsong untuk memulakan hidup baru." Luhan menundukkan kepalanya, tangannya sedikit dingin ketika menceritakan apa yang bakal dilalui mereka kepada Kyungsoo.

"Dengarkan aku Luhan. Sehun sudah pasti membuat perancangannya dengan begitu teliti. Aku mempercayainya Luhan. Kau masih ada aku Lu. Aku akan setia disisimu, kemanapun kau pergi, aku akan bersamamu." Sepertimana ikrar Jongin kepada Sehun, Kyungsoo juga memberi ketaatannya kepada Luhan. Luhan sedar yang Kyungsoo tidak boleh hidup tanpanya seperti juga Luhan tanpa Kyungsoo. Mereka sudah bersama sejak kecil lagi jadi hubungan mereka sudah seperti adik beradik kembar. Luhan kembali memeluk Kyungsoo: "Terima kasih Kyung."

Esok harinya

Suasana balai penghadapan kali ini tidak sama seperti dahulu. Biasanya keadaan yang riuh kini diganti dengan suasana hening. Masing-masing yang hadir tidak mempunyai apapun yang ingin dikatakan kepada sesiapa. Hanya Woo Bin yang sepertinya bersikap tenang. Dia menarik nafasnya sedalam-dalamnya sambil menunggu ketibaan Sehun.

"Maharaja Sehun masuk ke balai penghadapan." Ungkapan itu bagaikan menarik perasaan tenang para menteri dan digantikan dengan perasaan gementar semakin menguasai Jemaah Menteri Korea. Sehun masuk dengan wajah tenang dan datar. Setelah tiba didepan takhtanya, Sehun merenung wajah menterinya satu persatu dan keadaan balai penghadapan itu. Hujung bibirnya mengukir sedikit senyuman namun dengan segera ianya terhapus.

"Baiklah, seperti yang beta minta pada tiga hari yang lepas, beta inginkan jawapan dari kamu tentang hal hubungan beta dan lelaki yang menjadi kekasih beta. Woo Bin, kamu selaku Perdana Menteri pasti mempunyai jawapan bagi mewakili mereka. Beta ingin tahu keputusannya."

Woo Bin segera maju kehadapan lalu memulakan ucapannya:

"Ampun Tuanku, sepanjang hampir 40 tahun patik berkhidmat dalam kerajaan Korea, belum pernah seorang raja meminta menterinya memutuskan hal berkaitan peribadi keluarga diraja. Namun pada hari ini, Tuanku telah mengubah sejarah perjalanan negara. Pada pandangan patik, Tuanku lebih tahu akan diri Tuanku yang sebenarnya. Sekiranya Tuanku ingin bersama dengan seorang lelaki sebagai pendamping hidup, Tuanku tidak harus membiarkan kami mencampuri urusan peribadi Tuanku kerna ianya adalah kehendak Tuanku. Kami cuma berharap yang Tuanku tetap menjalankan tugas sepertimana yang Tuanku jalankan dahulu." Ucap Woo Bin panjang lebar.

"Adakah dengan ini kamu semua setuju dengan hubungan ini?" Sehun masih ingin memastikan apa yang dikatakan oleh Woo Bin adalah benar. "Benar Tuanku. Kami mengizinkan." Sehun sedikit tersenyum mendengar kata persetujuan mereka.

"Ampun Tuanku. Patik cuma ingin menyatakan pandangan peribadi patik. Moga Tuanku sudi mendengarnya." Celah Woo Bin. Sehun menganggukkan kepalanya tanda memberi izin. "Tuanku, oleh kerna Yang Mulia Soo Hyun merupakan satu-satunya putra Tuanku. Maka patik merasa adalah lebih baik Tuanku meletakkannya sebagai Putra Mahkota. Hal ini adalah untuk menjamin kestabilan negara. Patik juga mencadangkan agar seleksi pemilihan selir yang baru juga dipercepatkan. Hal ini kerna pasangan Tuanku adalah seorang lelaki yang secara semulajadinya tidak mampu memberikan keturunan kepada Tuanku. Patik mengatakan ini adalah demi negara dan kestabilan keluarga diraja."

Pandangan Woo Bin disambut dengan wajah datar Sehun. Sememangnya dia sedar akan hal ini, Luhan adalah lelaki. Mana mungkin lelaki boleh melahirkan anak. "Woo Bin, adakah ini syarat bagi persetujuan kamu semua menerima lelaki sebagai calon istri beta?" Woo Bin berkata: "Ampun Tuanku, ini bukanlah satu persyaratan namun sebagai pemerintah paling tinggi negara, Tuanku harus memikirkan akan masa depan negara. Musuh disekeliling kita masih merancang untuk menjatuhkan negara kita. Sekiranya terjadi apa-apa pada diri Tuanku, negara akan turut merasa bahananya. Patik rela untuk dihukum atas apa yang patik ucapkan tadi."

Sehun menggenggam hujung takhtanya dengan kuat. Dia tidak menyangka Woo Bin sanggup berkata sebegitu sekali. Sehun menghembuskan nafasnya dengan perlahan. Dia menyedari akan risiko penerimaan menterinya terhadap hubungan Sehun dan Luhan. 'Apa yang akan kau lakukan Sehun? Menerima atau menolak?'