BAB 14:
Petang yang cukup menyamankan, burung-burung berterbangan sedang sibuk mencari makanan. Kelihatan sepasang kekasih sedang duduk dibalkoni istana menikmati kebersamaan yang didambakan sejak dahulu. Luhan sedang duduk dipangkuan Sehun mengamati keadaan taman istananya sambil tersenyum-senyum sendiri. Entah apa yang dipikirkannya, hanya Luhan yang lebih arif. Manakala orang yang menjadi tempat pangkuannya sedang mengusap-usap helaian rambut Luhan yang sudah mencecah kebawah tengkuk.
"Sehun…?" lirih Luhan. Sehun hanya menggumam sambil membetulkan letak duduk kakinya. "Apa yang akan berlaku selepas ini, apa kau akan memberitahu Ji Won dan Maharani akan keputusan ini. Aku takut kalau-kalau kau akan dimarahi oleh Maharani." Kenyataan Luhan itu hanya dibalas dengan senyuman Sehun. "Tentang Ji Won, aku rasa dia telah mengetahuinya dari awal lagi. Jadi aku tidak perlu repot untuk melihat reaksinya kerna aku sudah menduganya sejak awal. Maharani masih belum sedar, tapi suka atau tidak dia mesti menerima keputusanku. Sudahlah, biarkan aku menguruskannya. Yang penting kau mesti disisiku, selamanya." Sehun membawa tubuh Luhan ke dadanya dan memeluk erat.
Suasana romantis itu buyar apabila terdengar bunyi tapak kaki yang menderu masuk ke istana Luhan. Luhan segera bangun dari pangkuan Sehun dan duduk dengan keadaan yang betul. Jongin, sang pelari itu kelihatan termengah-mengah apabila sampai dipintu balkoni. "Sehun, Maharani telah sedar. Maharani telah pulih."
Kamar Maharani
Ji Won sedang berada disisi Maharani begitu juga dengan Sehun. Mereka sedang menunggu Maharani yang baru sadar dari koma akibat serangan jantung. Sehun merasa gembira dan lega kerna doanya terkabul. Tidak lama menunggu, mata Maharani mulai terbuka dengan perlahan-lahan. Dia mengerjapkan matanya beberapa kali untuk membenarkan cahaya masuk ke retinanya. Dan akhirnya, Maharani sedikit demi sedikit mulai mengenal bayangan Sehun dan menantunya, Ji Won.
"Sehun…" suara serak Maharani mulai kedengaran. Sehun segera duduk di kepala katil Maharani untuk mencium dahi wanita tua itu. "Wahai bondaku, kami menunggumu semenjak sebulan yang lepas untuk kau sedar. Doaku diterima Tuhan. Cepatlah sembuh." Sehun menggengam tangan bondanya begitu erat. "Ji Won, menantuku yang paling kusayangi, terima kasih menjaga bonda." Ji Won terharu mendengar kalimat itu lantas menangis terisak-isak sambil menganggukkan kepalanya. Ji Won sememangnya mempunyai tugas besar untuk menjaga mertuanya itu. Dia bahkan mengurangkan jam tidurnya untuk merawat Maharani.
"Bondaku, rehatlah secukupnya. Nanti aku dan Ji Won akan melawatmu pagi esok." Sehun memberi senyuman pada Maharani dan terus memandang muka Ji Won. Ji Won seperti memahami erti pandangan Sehun lalu berkata: "Ya bondaku, esok aku akan membawa Soo Hyun menjengukmu. Dia pasti akan suka bila melihat neneknya kembali pulih." Maharani hanya tersenyum lemah kembali tidur.
Sehun keluar dari bilik Maharani diikuti Ji Won. Ji Won tau selepas ini mereka harus menyelesaikan masalah mereka. Sesampainya di kamar Sehun, Ji Won yang sejak dari tadi mendiamkan diri mulai bersuara: "Sehun, apakah kau benar-benar tidak mencintaiku, aku sangkakan kehadiran Soo Hyun akan mengubah segalanya tapi aku silap Sehun. Benar-benar silap. Aku juga tidak menyangka yang kau adalah penyuka sesama jenis. Aku hancur Sehun. Hatiku benar-benar sakit. Aku amat mencintaimu tapi aku ditipu oleh orang yang aku cintai." Ji Won melepaskan segala yang terbuku dihatinya. Sehun yang duduk dimejanya hanya mampu menghela napas kasarnya. 'Ini tidak semudah yang aku sangkakan'
"Ji Won, dengarkan aku. Aku hanya menganggapmu sebagai adik sahaja. Semenjak kita berkenalan di Kilchu, aku tidak mempunyai perasaan cinta padamu. Jika dilihat dari segi perkahwinan kita, perjodohan politik demi menguatkan kerajaan Korea, aku tidak menyetujuinya. Bersatu demi mencapai kebahagiaan orang lain tanpa memikirkan perasaan cinta. Soal Soo Hyun, kau juga yang merancang bagaimana ianya terjadi. Tentang soal naluri nafsuku, ya aku memang pencinta sesama jenis. Maafkan kau kerna tidak mengabarimu lebih awal tapi coba kau fikirkan. Aku berseorangan, tidak ada yang akan menerima keadaan aku sebegini. Apatah lagi dengan jalur keturunan yang memegang kerajaan. Selama ini aku menanggung penderitaan batin kerna tidak ada yang ingin mendengar isi hatiku. Keputusanku adalah muktamad. Luhan adalah pilihanku. Jika kau ingin meminta cerai, aku akan mengurusinya nanti."
Ji Won terpaku mendengar penjelasan Sehun. Rupanya dia bertepuk sebelah tangan. Tidak ada cinta didalam hati Sehun baginya. Semuanya adalah kerna Luhan, hamba yang entah dari mana asal usulnya. Ji Won mengepal tangannya sekuat hati. "Baiklah, aku tau aku tidak akan berjaya meraih cintamu. Aku cuma mau kau tau yang aku amat mencintaimu sedalam-dalamnya. Satu yang kupinta, jangan sesekali kau abaikan Soo Hyun, meskipun dia lahir bukan disebabkan cintamu padaku. Aku mau kau menyayanginya sepenuh hati. Aku merelakan dirimu dengan Luhan, dan tolong jangan sebutkan tentang soal cerai. Biarkan aku tinggal disini merawat Maharani. Kaum keluargaku sudah tidak ada lagi kecuali disini."
Sehun bangun dan berjalan memeluk Ji Won. "Terima kasih, Ji Won, aku sangat menyayangimu." Ji Won menghapus air matanya dengan cepat lalu keluar dari kamar Sehun. 'Aku akan membalas perbuatanmu Sehun.' Senyuman licik terpatri dibibir Ji Won. Sepertinya ada rencana yang tidak baik sedang disusun Ji Won.
Sudah hampir dua minggu sejak Maharani pulih dari penyakitnya. Maharani juga sudah boleh berjalan dan makan dengan normal. Semuanya berkat Ji Won yang cukup telaten memberi rawatan. Ketika ini, Sehun sedang bersarapan dengan Maharani. Ji Won tidak ikut serta kerna arahan Maharani yang menyuruhnya berehat secukupnya. "Bonda, ada yang ingin kusampaikan dengan bonda. Aku mohon bonda memberi kebenaran dalam hal ini." Sehun memulakan bicara.
Maharani yang baru menghabiskan minumannya berkata: "Jika ini soal hubunganmu dengan hamba lelaki itu, Ji Won telah memberitahu kepada bonda. Bonda tidak memahami dirimu Sehun. Apa yang membuatmu tertarik kepada hubungan tak jelas ini. Bonda tidak menyedari yang kau adalah menyimpang. Belum pernah lagi dalam sejarah kerajaan ada pemimpin yang seperti kau. Apa kau tidak malu kepada rakyatmu sendiri." Maharani menatap wajah Sehun dengan serius.
"Maafkan aku bonda, aku sudah mengjangkakan hal ini bonda. Aku hanya ingin hidup bahagia bersama orang yang aku cintai. Aku mohon padamu bonda, restui hubungan ini." Sehun melutut pada Maharani. "Jika bonda takut aku akan tidak berlaku adil pada Ji Won dan Soo Hyun, aku berjanji akan memberi kasih sayang kepada mereka seadilnya. Soo Hyun juga akan kujadikan sebagai penerus takhta kerajaan selepasku." Maharani memejamkan matanya lalu berkata: "Bawa Luhan kepadaku petang ini, aku ingin bertemu sendiri dengannya."
Istana Luhan
"Apa!... Aku akan menemui Maharani petang ini, aku tidak mau Sehun. Aku takut dia akan memarahiku nanti." Luhan mengalami shock berat apabila Sehun memberinya berita bahawa Maharani ingin berjumpa dengan dirinya. Luhan sudah membayangkan pemikiran yang negatif.
"Luhan dengarkan aku, aku juga akan berada disana. Jadi kau tidak perlu takut sebegini. Maharani cuma ingin berkenalan denganmu. Cuma kau perlu menjaga tutur katamu sahaja." Sehun cuba memberi keyakinan pada diri Luhan yang nampaknya menggeletar. "Aku takut kalau-kalau dia akan menghinaku dan dirimu. Aku tidak suka dirimu dihina Sehun. Jika diriku dihina tidak menjadi apa. Aku…" Satu ciuman lembut menghentikan ocehan Luhan. otaknya yang penuh dengan kata-kata menjadi kosong. Sehun hanya tersenyum nipis.
"Dengarkan aku Luhan. Jangan risau. Maharani pasti tidak akan menghinamu. Jika dia menghinamu, dia seolah-olah menghina anaknya sendiri. Kita sudah berjanji akan menghadapi semua ini bersama-sama bukan. Jadi kita akan buktikan pada bonda yang cinta kita adalah benar." Sehun memeluk Luhan dengan erat. "Aku mencintaimu Sehun." Sehun mencium dahi Luhan tanda dia menjawab pernyataan cinta Luhan.
"Kyungsoo, Jongin, kamu berdua persiapkan Luhan. Dia harus terlihat terampil petang ini." Titah Sehun. Yang disebut namanya itu menganggukkan kepalanya tanda mereka paham dengan arahan Sehun.
Kamar Maharani
Luhan merasakan dirinya akan mati sebentar lagi. Dia kini sedang berada dihadapan pintu kamar Maharani, bonda Sehun. Luhan merasakan kakinya berguncang dengan dashyat. "Sehun, aku.." Sehun yang melihat raut wajah gelisah Luhan segera memeluk Luhan dari sisinya: "Shhh… Tenanglah sedikit Lu, kau kelihatan depresi akut. Aku akan berada disampingmu." Luhan menganggukkan kepalanya. "Baiklah."
Seorang dayang muncul dari pintu kamar Maharani lalu menyuruh Luhan dan Sehun masuk menghadap Maharani. Maharani sedang membaca dimeja apabila Sehun dan Luhan masuk. Sehun segera melutut diikuti Luhan. "Ampun bonda, anakanda membawa calon pasangan hidup aku. Namanya Luhan." Luhan yang mendengar namanya disebut segera melutut semula. "Yang Mulia Maharani, aku Luhan. Senang bertemu dengan Yang Mulia Maharani." Luhan menatap Maharani dengan takut-takut.
Maharani yang sedang membaca melirik sebentar pada Luhan lalu meneruskan pembacaannya. "Sehun, bawa Soo Hyun kesini. Bonda ingin bermain dengannya." Sehun sedikit terperanjat dengan arahan Maharani dan cuba menjawab namun renungan Maharani membuat Sehun memahami yang Maharani ingin berduaan dengan Luhan. Luhan mulai gementar namun genggaman tangan Sehun membuatkan dirinya sedikit tenang. Sehun bangun lalu keluar dari kamar Maharani.
Maharani meletakkan buku yang dibacanya tadi keatas meja lalu berkata: "Beta sedikit haus, buatkan beta air teh." Luhan melihat tiada siapapun didalam kamar itu dan mulai mengerti yang Maharani menyuruhnya membuat teh. Luhan dengan gayanya melaksanakan arahan Maharani dan dia memberi cawan teh kepada Maharani. Maharani menerima cawan itu dan meminumnya. "Patutlah Sehun menggilaimu, dasar penggoda!."
Luhan tersentak dengan kata-kata itu lalu segera melutut. "Ampunkan aku Yang Mulia, Sehun mencintaiku dengan sepenuh hatinya begitu juga denganku. Sepanjang masa kami bersama, dia begitu tegas menegakkan hubungan kami. Aku pada mulanya cuba lari dari cengkaman cintanya namun Sehun tetap berusaha mencariku. Dia merasa bersalah kerna menyebabkan Yang Mulia jatuh sakit. Tolong Yang Mulia, restui kami Yang Mulia Maharani. Itu satu-satunya permintaanku." Luhan menangis terisak-isak.
Maharani bangun dari kerusinya lalu berganjak ke jendela. "Aku cuma mau yang terbaik buat dirinya. Beta sudah semakin tua. Mungkin esok atau lusa beta akan meninggalkan dunia ini. Beta tidak mau pendamping Sehun adalah orang yang akan menghancurkan dirinya dan negara. Beta tidak mengjangka Sehun akan bertindak sejauh ini. Jika aku tidak merestuinya, beta akan dianggap ibu yang tidak peka pada diri anaknya sendiri. Beta ingin bertanya padamu, adakah kau bersedia untuk berkongsi kasih dengan orang lain. Sehun memerlukan wanita untuk mendapatkan zuriat bagi kelangsungan Korea. Beta maukan jawapan yang ikhlas darimu."
Luhan memejamkan matanya: 'Aku memilih jalan ini, maka aku harus menerimanya walaupun aku akan menangis kemudian.' Bisik suara dalam hatinya. "Yang Mulia Maharani, aku sudah bersedia akan kemungkinan yang terjadi. Aku akan menempuhnya. Aku bersedia." Maharani menoleh kearahnya: "Baiklah, aku akan memegang janjimu itu. Bangunlah." Luhan menuruti arahan Maharani. Maharani menuju ke arahnya lalu berkata: "Aku merestuimu."
Dan ucapan itu membuatkan Luhan menangis kegembiraan.
