BAB 15:

Luhan merasa sangat gembira. Kegembiraannya terpancar sejak pulang dari istana Maharani hingga dia sampai ke istananya sendiri. Hubungannya dengan Sehun telah direstui oleh Maharani dan tiada yang mampu mengubahnya. Walaupun dia masih merasa aura tidak bersahabat dari Maharani itu tidak penting baginya. Apa yang penting ialah dirinya dan kebahagiaan hidup bersama Sehun.

"Luhan, kau sudah pulang? Bagaimana dengan Maharani, adakah dia menghalang hubunganmu? Dimana Maharaja Sehun?" Sederet soalan dari Kyungsoo menyebabkan Luhan bingung. Dia masih belum masuk ke kamarnya dan Kyungsoo terus memberi soalan-soalan sebegitu. Luhan menarik tangan Kyungsoo lalu membawanya masuk ke kamar. "Hei, jangan bertanya banyak soalan sekaligus. Kau membuatku pusing sekejap Kyung."

Kyungsoo mempoutkan bibirnya. "Aku risau dengan keadaanmu. Aku tidak mau apa-apa yang buruk berlaku ke atas dirimu sepanjang pertemuan dengan Maharani. Aku sudah beberapa keluar masuk semata-mata mengkhuatirkanmu. Tapi bila melihatmu baik-baik sahaja kerisauanku mulai sirna." Luhan memeluk Kyungsoo dengan erat. "Terima kasih Kyungsoo kerana kau berada dekat denganku, memeberikan kasih sayang kepadaku saat aku jatuh. Aku menyayangimu." Kyungsoo membalas pelukan Luhan tidak kalah erat. "Aku juga menyayangimu Luhan."

"Ehem… Sudah puas berpelukan?" Suara khas Sehun memecah suasana haru antara Luhan dan Kyungsoo. Serentak dengan itu pelukan dua sahabat itu terlerai. "Maaf Tuanku, patik terlalu membawa perasaan." Kyungsoo segera bangun dan menunduk. Sehun menatap wajah Kyungsoo dengan intens hingga menyebabkan orang yang dipandang Sehun itu merinding ketakutan. Sehun kemudiannya tersenyum nipis: "Kau adalah sahabat Luhan. Aku berterima kasih kepadamu kerna menjaga Luhan dengan begitu baik. Aku harap kau terus berada disisi Luhan dan aku."

Kyungsoo terkejut dengan pujian yang Sehun berikan. "Ampun Tuanku, aku akan sentiasa taat dan bersama Luhan dan Tuanku. Luhan sedang lapar. Aku akan menyiapkan makan malamnya." Kyungsoo membongkokkan badannya lalu keluar dari kamar Luhan. Sehun segera menuju kearah Luhan dan memberikan ciuman yang begitu mendalam. Luhan juga membalasnya dengan begitu romantik. Kehabisan nafas, kedua-duanya melepaskan pagutan masing-masing.

"Kau begitu gembira sekali Luhan. Apa pertemuanmu dengan Maharani berjalan lancar?" Sehun duduk disebelah Luhan sambil merangkul pinggang ramping Luhan dengan begitu posesif. Luhan membaringkan kepalanya dibahu tegap Sehun sambil memainkan jari-jarinya didada Sehun. "Begitulah nampaknya Sehun. Bondamu merestui hubungan kita. Namun aku merasakan dia masih belum menerimaku sepenuhya lagi. Tak mengapa, yang penting aku sangat gembira kerna kau telah berada disisiku Sehun." Luhan mengecap bibir Sehun sekilas lalu menutup wajahnya dibalik dada Sehun.

Sehun merasa gemas dengan tindakan Luhan. Dia menarik wajah Luhan dengan lembut lalu menciumnya dengan penuh perasaan. Sehun kemudiannya menyamakan wajahnya ke arah Luhan lalu berkata:

Sekiranya mencintaimu adalah satu dosa
Maka aku rela dosaku bertambah setiap hari kerna mencintaimu

Wahai pujangga hatiku yang sinarnya bagaikan bulan
Jika kau seperti sang mentari yang menyinari hidupku
Aku tidak akan tinggal didalam kegelapan lagi

Jika kau tetap memandangiku dengan penuh kecintaan
Aku akan memperolehi kejayaan yang banyak disebabkan ia.

Luhan terkesima dengan bait-bait lontaran Sehun. Dia begitu terkejut dengan kebolehan Sehun membuat puisi cinta yang begitu puitis. "Aku tidak mengetahui kau mempunyai bakat membuat puisi." Sehun hanya tersenyum: "Aku sudah lama tidak membuat puisi sebegini. Hanya dengan melihat wajahmu aku berjaya menghasilkan ia. Apakah kau suka Lu?" Luhan menganggukkan kepalanya. "Jika kau yang membuatnya, maka aku menyukainya."

Kamar Ji Won

Ji Won sedang mundar mandir dikamarnya hampir setengah jam yang lalu. Dia merasa sedih yang teramat. Maharani memberi restu kepada Luhan untuk berhubungan dengan Sehun. Hal itu adalah satu berita yang menakutkan buatnya. Meskipun Ji Won juga telah memberi kebenaran kepada Sehun, namun dia tidak merelakan sepenuhnya. Sehun adalah miliknya. Ji Won merasakan hawa panas dan sesak berkumpul diseluruh pelusuk hatinya.

Seorang dayang masuk ke kamarnya untuk memberitahu kedatangan Maharani. Tidak lama kemudian Maharani masuk kedalam kamar Ji Won lalu mendapati keadaan Ji Won tidak seperti biasa. "Ji Won, apa kau sakit?" tanya Maharani dengan penuh kelembutan. Ji Won segera mengukir senyuman lalu berkata: "Aku baik-baik sahaja bonda. Cuma sedikit kepenatan kerna menjaga Soo Hyun. Dia begitu rewel hari ini." Maharani menganggukkan kepalanya. Dia tahu yang Ji Won sebenarnya tidak baik-baik sahaja. "Apa kau masih memikirkan tentang hubungan Sehun dan Luhan Ji Won. Bonda tau yang kau masih tidak dapat menerima kenyataan tentang Sehun. Bonda juga kecewa sepertimu. Namun, harus kau ingat Ji Won. Dia adalah pemerintah Korea. Dia mempunyai hak untuk bersama sesiapa jua. Walaupun pilihannya bukan wanita. Kau tidak perlu takut kerna Luhan adalah lelaki yang memang tidak akan melahirkan anak. Posisimu tidak akan tergugat. Ji Won, kau harus ingat akan hal ini."

Ji Won menyedari Maharani cuba untuk menyedarkan dirinya tentang hakikat sebenar. Luhan adalah lelaki yang tidak boleh melahirkan anak. "Ampun bonda. Aku cuma takut perhatian Sehun akan teralih dengan adanya Luhan. Aku cuma mau Sehun mengambil berat akan Soo Hyun dan diriku." Maharani mengusap-usap belakang Ji Won dengan penuh kasih sayang. "Sehun pasti menyayangi Soo Hyun dan dirimu. Jadi sekarang ini jangan tunjukkan emosimu didepan Sehun. Itu adalah tidak baik buat kesihatanmu. Soo Hyun memerlukan kasih sayangmu yang banyak dan kau perlu sihat-sihat sahaja."

Kata-kata Maharani membuatnya sedikit tenang. Ya, dia harus berjuang demi Soo Hyun. Walau apapun yang terjadi.

Istana Besar

"Ampun Tuanku, pihak Kerajaan China sedang memulakan usaha menakluki kawasan Manchuria. Tentera mereka telah menyerang beberapa kawasan strategik di perbatasan. Jika dibiarkan, mereka akan semakin berleluasa menyerang kawasan penempatan rakyat kita disana." Woo Bin selaku Perdana Menteri memberi laporan kepada Sehun.

Sehun mengurut-urut dagunya. Riak wajahnya menunjukkan dia tidak senang dengan laporan ini. "Bukankah kita telah membuat perjanjian untuk tidak menyerang kawasan tersebut. Mereka juga menyetujuinya. Apakah mereka ingin melanggar perjanjian gencatan senjata yang kita tawarkan?" Sehun bersuara datar.

Choi Siwon selaku Menteri Pertahanan pula berkata: "Ampun Tuanku, Kerajaan China pada dasarnya tidak tahu akan penyerangan ini Tuanku. Namun setelah maklumat yang kita sampaikan pada mereka. Mereka seperti tidak mengambil tahu akan hal ini. Kerajaan China cuba melengah-lengahkan masa untuk mereka bertindak." Sehun memberi komennya: "Adakah ini bermakna yang China cuba menutup perlakuan tentera mereka? Hal ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Beta akan menulis sendiri surat kepada Maharaja Jiajing sendiri untuk memberi peringatan kepada mereka tentang perjanjian tersebut."

Woo Bin dan menteri yang lain bersetuju dengan cadangan Sehun itu. Melihat keadaan kembali tenag seperti biasa, Sehun ingin menyampaikan sesuatu kepada mereka: "Beta ingin memberi tahu kepada kamu semua bahawa dua minggu akan datang, beta akan mengadakan Majlis perkahwinan beta dengan Luhan sekaligus upacara pertabalan Soo Hyun sebagai Putera Mahkota. Woo Bin, beta mengharapkan kamu dan Kim Jongin untuk menguruskan kedua-dua upacara itu."

Woo Bin dan Jongin segera melutut sebagai tanda menerima tugasan penting itu daripada Sehun.

Dua minggu kemudian

Suasana istana pada pagi itu sangat meriah. Suara gelak tawa memenuhi setiap pelusuk istana. Hari ini adalah hari penting buat Luhan. Dia bakal menjadi isteri atau suami? Itu tidak perlu difikirkan kerna Luhan akan mengahwini Sehun, sang Maharaja Korea. Sejak minggu lepas dia begitu gelisah. Takut kerna selepas ini dia akan menjalani kehidupan yang baru. Senang kerana Sehun begitu mencintainya. Mengikut sejarah, ini adalah kali pertama seorang raja mengahwini pasangannya secara sah. Kegugupan Luhan sering membuat Kyungsoo, Jongin atau Sehun sendiri pusing.

"Hei Luhan, kau jangan gugup begitu. Sudah berapa kali kau merosakkan hiasan dibajumu itu akibat kegugupanmu itu." Kyungsoo hanya menghela nafas berat. "Kau tidak tau Kyung, aku takut kalau-kalau aku tiba-tiba terjatuh sewaktu berjalan ke altar nanti. Aku akan merasa malu berat jika itu terjadi." Kyungsoo memeluk Luhan dengan erat. "Selamat pengantin baru Lu. Selepas ini status kita akan berbeza. Kau adalah pasangan Maharaja Korea. Dan aku adalah hamba kepadamu. Kita…" Luhan meletakkan tangannya ke atas mulut Kyungsoo. "Jangan katakan itu Kyungsoo. Walaupun aku menjadi isteri Sehun, kau adalah kawanku yang paling rapat diistana. Kau akan kujadikan sebagai pembantu peribadiku. Kita tak akan berpisah selamanya Kyung." Kyungsoo menganggukkan kepalanya. "Ya, kita tak akan berpisah."

Pintu kamar Luhan terbuka lalu muncullah wajah Jongin. "Sudah siap Luhan. Sehun sudah menantimu di altar." Luhan mengangguk tanda dia bersedia. Jongin mengiringi Luhan dan diikuti oleh Kyungsoo. Altar perkahwinannya dibuat betul-betul ditaman istana Luhan. ini adalah permintaan Luhan sendiri yang tidak mau perkahwinannya dibuat dalam istana besar. Sehun juga menyetujuinya. Para dayang istana memerhatinya dengan pandangan takjub sepanjang perjalanan dari istananya ke altar. Wajah Luhan ternyata sangat imut bagi ukuran seorang laki-laki. Mereka berbisik-bisik "Patutlah Maharaja Sehun menggilainya. Dia begitu cantik dan tampan."

Mereka akhirnya sampai di altar. Luhan terkejut apabila melihat Sehun begitu tampan mengenakan pakaian tradisional Korea berwarna merah. Jongin membawa Luhan hingga ke atas altar dengan posisi Luhan dan Sehun saling berhadapan. Woo Bin selaku ketua bagi upacara suci ini membaca ikrar janji perkahwinan.

"Adakah anda Xi Luhan menerima Oh Sehun, Maharaja Korea sebagai suami anda ketika dia sihat dan sakit, senang dan susah?" Luhan menganggukkan kepalanya tanda setuju. Ikrar yang sama juga dibacakan dan Sehun turut memberi jawapan yang sama. "Baiklah, keduanya telah selamat disatukan. Kedua pengantin boleh berciuman." Sehun dengan segera menarik kepala Luhan dan menciumnya dengan penuh cinta. Keduanya berciuman dengan penuh perasaan. Kyungsoo menangis melihat penyatuan dua hati itu. Dia berdoa agar mereka berbahagia hingga mereka meninggal dunia.

Ji Won melihat upacara itu dengan penuh rasa iri hati. 'Sehun tidak pernah menunjukkan perasaan itu kepadaku. Aku akan memusnahkan cinta itu Luhan.' Setelah tamat upacara itu. Ji Won membawa Soo Hyun untuk diberikan kepada Sehun. "Ampun Tuanku, Soo Hyun dari tadi merengek menginginkan Tuanku memegangnya." Sehun dengan pantas mengambil Soo Hyun lalu menggendongnya. "Woo Bin, lanjutkan upacara yang kedua." Woo Bin segera membaca titah dari Sehun.

"Beta, Maharaja Oh Sehun dengan ini mengisytiharkan Oh Soo Hyun sebagai Putera Mahkota Kerajaan Korea berkuatkuasa serta merta."

Dentuman meriam sebanyak 100 tembakan menandakan kedua-dua upacara telah selesai. Sehun membawa Luhan menuju ke arah Maharani. Luhan membongkokkan badannya apabila menghadap Maharani. "Ampun Bondaku, anakanda akan cuba menjadi anak yang baik kepada bonda dan pasangan yang baik kepada Sehun." Maharani menganggukkan kepalanya lalu menngucapkan selamat kepada Luhan dan Sehun. Ji Won yang turut berada disitu kini berhadapan dengan Luhan. "Selamat pengantin baru Luhan, aku adalah Ji Won. Jika ada kelapangan, datanglah ke istanaku. Kita boleh berborak-borak lebih lama." Luhan tersenyum mendengar pelawaan Ji Won. "Baiklah Ji Won, aku akan datang."

Ji Won segera beredar apabila melihat Sehun menghampiri mereka. 'Kenapa Ji Won seperti lari dari Sehun ya?' batin Luhan bersuara. Sehun memeluk Luhan dari samping. "Aku mencintaimu Ratuku." Luhan segera mencium pipi Sehun lalu menjawab: "Aku lebih mencintaimu, penaklukku."

Dan hidup Luhan akan berubah selepas ini….