BAB 16:

Sudah hampir sebulan sejak perkahwinan Luhan dan Sehun. Kedua mereka semakin hari semakin tidak dapat dipisahkan walau sekejap. Luhan sangat bersyukur dengan keadaan ini dimana Sehun terus berada disampingnya walaupun tugas sebagai pemimpin negara sering menjadi urusan penting bagi Sehun.

Luhan kini didalam proses pembelajaran tentang hal-hal negara dan istana. Setiap petang, seorang guru yang diupah oleh Sehun akan mengajar Luhan selama dua jam tentang sejarah negara, pentadbiran serta etika sebagai kerabat kerajaan Korea. Luhan malah meminta Kyungsoo bersama-sama dengannya didalam sesi belajar. Luhan sangat antusias dengan aktiviti barunya ini kerna dia dapat mengetahui situasi sebenar negaranya ini.

"Hai sayang, bagaimana harimu hari ini?" Sehun secara senyap-senyap memeluk Luhan diteras istananya. Luhan yang terperanjat dengan kelakuan suaminya ini sedikit memalingkan wajahnya menghadap sang penguasa dirinya. "Sehun, kau mengagetkanku. Hariku berjalan seperti biasa sahaja. Hehehe." Dia mencium pipi Sehun kiri dan kanan lalu menundukkan mukanya yang dipenuhi rona kemerahan. Mujurlah tiada dayang-dayang yang berada disana. Mungkin mereka akan mimisan melihat adegan itu.

Sehun terkekeh kecil melihat kelakuan sang isteri prianya ini. Dia segera mengangkat wajah Luhan dan mencium bibirnya sekilas. "Aku merinduimu. Walaupun aku sering bersamamu, aku tidak pernah jemu menatap kau Lu." Sehun memulai gombalannya. Luhan hanya tersenyum manis sambil memeluk kembali Sehun: "Aku pun sama Sehun, aku juga mencintaimu."

Mereka berpelukan melihat keindahan taman istana. "Sehun…?" Luhan mendongakkan mukanya memandang wajah Sehun. Sehun kembali menatap wajah Luhan dan memberi isyarat agar Luhan meneruskan kata-katanya. "Kau tidak menjenguk Ji Won dan Soo Hyun. Maafkan aku kalau kata-kataku sedikit kasar tapi aku ingin kau berlaku adil kepada mereka. Mereka juga adalah isteri dan anakmu."

Sehun kaget mendengar kata-kata Luhan. Dia sedar yang sejak akhir-akhir ini dia tidak memikirkan Ji Won. Batinnya mengakui hal itu namun sebenarnya Sehun tidak mau Luhan merasa janggal dengan keadaan yang baru dia jalani. Sebab itulah Sehun meluangkan masanya dengan banyak kepada Luhan. Luhan sangat pengertian kepada madunya itu.

Sehun memegang kedua tangan Luhan dan menciumnya dengan lama. "Maafkan aku Luhan, aku memang sudah lama tidak mengunjungi mereka. Aku tidak mau kau merasa kesepian disini makanya aku banyak meluangkan masa denganmu. Malam ini selepas makan malam denganmu, aku akan menjenguk mereka berdua. Oh iya, ulang tahun Soo Hyun yang ketiga semakin hampir. Jadi aku ingin kau menjadi orang penting bagi majlis itu. Aku yakin kau akan menjayakan majlis itu dengan begitu lancar." Luhan membeliakkan matanya mendengar keputusan Sehun. Dengan segera dia menundukkan dirinya. "Sehun, aku tidak punya pengalaman menyelenggarakan majlis besar apalagi majlis ulang tahun." Mulut Luhan tiba-tiba ditutup dengan ciuman dari Sehun. "Lu, jangan risau. Jongin akan membantumu bersama Kyungsoo. Dayang-dayang istana juga ada. Kau cuma perlu memantau memastikan majlisnya lancar sahaja." Luhan akhirnya menganggukkan kepalanya tanda setuju akan cadangan Sehun.

Istana Ji Won

"Maharaja Sehun tiba." Suara pengawal itu menarik kembali khayalan Ji Won ke realiti. Dia sedang menjahit baju tidur untuk Soo Hyun ketika Sehun datang. Ji Won segera membetulkan pakaiannya lalu menuju ke muka pintu kamarnya. Tidak lama kemudian, Sehun masuk ke istana Ji Won, Ji Won segera membongkokkan badannya lalu mencium tangan Sehun. "Ampun Tuanku, maaf kerna tidak bersiap menerima kedatangan Tuanku yang mendadak."

Sehun menyuruh dayang-dayang Ji Won keluar meninggalkan mereka sendiri. Sehun memandang keadaan sekeliling kamar Ji Won dan matanya terfokus kepada baju yang masih belum siap dirajut. "Apa ini untuk Soo Hyun?" Sehun bertanya kepada Ji Won sambil meminta Ji Won duduk disebelahnya. Ji Won dengan agak ragu-ragu menuruti perintah Sehun. "Benar Sehun. Aku baru sahaja belajar merajut baju untuknya." Ji Won tersenyum nipis.

Sehun mengambil baju itu sambil meneliti hasil kerja Ji Won. "Cantik pilihan warnanya. Kenapa kau repot-repot sebegini Ji Won. Bukankah ada tukang jahit istana?" Ji Won hanya tersenyum canggung. "Ampun Sehun, aku cuma ingin menghabiskan masa sambil mencuba benda baru. Lagipula sudah menghampiri musim sejuk. Tukang jahit istana pasti mempunyai banyak baju yang harus dijahit bagi menghadapi musim sejuk. Tak mengapalah Sehun. Ini cuma baju anak kecil sahaja. Tidak begitu menyusahkan."

Sehun mengambil tangan Ji Won lalu menciumnya. Perlakuan itu sukses membuat Ji Won tersipu. Ji Won sedar Sehun hanya menganggapnya sebagai seorang adik. Sukar untuknya mendapat cinta Sehun walaupun adanya Soo Hyun dalam hidup mereka. "Ji Won, dimana Soo Hyun? Aku sudah tidak bertemu dengannya sejak upacara bulan lepas." Ji Won menelan air liurnya. "Soo Hyun sudah tidur lepas makan malam tadi. Dia juga sepertinya merindukanmu." 'Begitu jua diriku Sehun.' Batin Ji Won bersuara. "Sudah larut malam. Aku sedikit kepenatan. Mari kita tidur." Sehun berganjak menuju ke kamar Ji Won. Ji Won hanya mengikutinya dari belakang.

Istana Luhan

Luhan sedang duduk diteras kamarnya. Dia melihat pemandangan bulan yang sedang mengambang. Angin musim sejuk mulai menerjang Korea. Ini adalah malam pertama Sehun tidak tidur disebelahnya sejak pesta perkawinan mereka. Walaupun sebelum ini dia sudah terbiasa tidur seorang diri. Namun, hal ini berbeda apabila dia mempunyai seorang pendamping hidup. Siapa yang rela apabila suaminya tidur bersama orang lain. Luhan sedikit sesak mendengar ucapan Maharani ketika dia berjumpa Maharani di taman istana.

Imbas Kembali

Luhan sedang berjalan ditaman istana seusai minum petang bersama Sehun. Sehun yang sedang mempunyai urusan dengan Woo Bin segera menyuruh Luhan bersiar-siar ditaman bersama Kyungsoo.

"Kyung, aku sedikit risih dengan dayang-dayang yang asyik mengikut aku. Akukan lelaki sih, untuk apa aku diiring kesana kemari." Luhan mempoutkan bibirnya. Kyungsoo hanya tertawa renyah. "Aku tau kau tidak menyukainya namun ini adalah arahan Sehun. Dia tidak mau kau bersusah payah membuat sesuatu. Lagipula, raut wajahmu itu mempunyai ciri-ciri yeoja. Hahaha…"

Luhan yang tidak terima dengan nasihat Kyungsoo terus mencubit lengan teman rapatnya itu. Mereka bergelak tawa sepanjang perjalanan sehinggalah seorang dayang tiba-tiba muncul dihadapan mereka. "Ampun Yang Mulia, baginda Maharani ingin Yang Mulia berjumpa dengannya sekarang."Luhan dan Kyungsoo segera membuntuti dayang itu menuju ke arah Maharani yang sedang duduk disebuah meja dipinggir taman.

Luhan segera membongkokkan badannya ketika tiba dihadapan Maharani. Kyungsoo juga berbuat perkara yang sama. "Ampun Yang Mulia Maharani. Anakanda datang bonda." Maharani yang sedang menyisip tehnya tidak memberi apa-apa reaksi. Luhan hanya mendiamkan diri sahaja sambil terus membongkokkan badannya.

"Berdiri tegaklah, bonda tidak mau kau seperti orang tua sahaja." Luhan sedikit terkejut mendengar ucapan Maharani yang dingin itu. "Bagaimana khabarmu, Luhan. Bonda merasakan kau terlalu gembira dengan kehidupan barumu hingga tawamu kedengaran sampai kesini." Luhan merasakan adanya hawa kemarahan dalam ucapan Maharani. Luhan segera menunduk lalu berkata: "Ampun bonda, anakanda silap. Anakanda tidak sedar yang bonda berada disini."

Maharani meneruskan ucapannya: "Sudah sebulan sejak kau dan Sehun berkahwin. Apa kau sudah belajar etika diistana. Bonda harap kau tidak melupakannya apabila berhadapan dengan Sehun. Ingat Luhan, kau bukan berkahwin dengan orang biasa. Kau adalah pasangan kepada Maharaja Sehun. Kelakuanmu harus bertepatan dengan etika istana. Tambahan pula, Sehun sudah hampir sebulan bersamamu setiap malam. Kau harus memperingatkan Sehun agar tidak mengabaikan Ji Won. Dia juga adalah pendamping Sehun. Bonda cuma memberi teguran kepadamu agar sentiasa berhati-hati dengan gosip diistana. Tambahan pula kau adalah lelaki. Ingat pesanan bonda Luhan."

Luhan tertohok mendengar kata-kata Maharani. Ya, Luhan kini sedar akan statusnya dan Ji Won. Dia tidak boleh egois. Dia sadar yang suaminya adalah Anak Syurga dan memerlukan generasi bagi masa depan Korea.

Imbas Kembali Tamat

Luhan menghela napasnya perlahan-lahan. Semenjak pertemuan dengan Maharani tempoh hari, Luhan semakin memikirkan tentang masa depannya. Melalui pembelajarannya dengan tutor istana, masa depan seorang isteri bergantung kepada zuriat yang lahir. Jika dia ingin masa depannya stabil, Luhan memerlukan seorang anak. Namun, akal sehat Luhan memberi peringatan: 'Sedarlah Luhan, kau seorang lelaki. Mana mungkin lelaki boleh melahirkan anak. Tugasmu sekarang adalah mencintai Sehun dan menjaganya hingga salah seorang dari kamu menemui ajal'.

Luhan tersenyum. Ya, Luhan harus fokus kepada menjaga dan mencintai Sehun seadanya. Merasa dirinya mengantuk, Luhan menutup pintu teras kamarnya lalu beranjak ke kasurnya. Merebahkan kepala sambil menunggu lena membawanya ke pulau mimpi berserta cinta Sehun.

Istana Besar

"Beta telah mengirim surat kepada Maharaja Jiajing, Maharaja Kerajaan Ming tentang kedudukan tentera mereka disempadan Manchuria. Namun, jawapan yang diberi oleh mereka sangat menyakitkan hati beta. Mereka beranggapan bahawa gencatan senjata itu tidak sah kerna ia ditandatangani tanpa pengetahuan istana China. Jadi, apa pandangan kamu semua?"

Shin Shung Il, selaku utusan rasmi Korea ke China memberi pandangan. "Ampun Tuanku, Maharaja Jiajing sebenarnya berada dibawah pengaruh dua menterinya iaitu Zhang Chong dan Yan Song. Maharaja China tidak pernah menghadiri mesyuarat bersama menteri-menterinya. Dia lebih suka menghabiskan masanya bersama wanita dan mengabaikan urusan kerajaan. Mereka berdualah yang menguasai kerajaan."

Woo Bin selaku Perdana Menteri menyetujui kata-kata Shung Il: "Ampun Tuanku, Shung Il berkata benar Tuanku. Sejak menaiki takhta, dia tidak tinggal diistana malahan sibuk dengan memenuhi tuntutan nafsu. Korupsi di China semakin kronik disebabkan tindakan Maharaja China."

Sehun mengurut dagunya perlahan. Kebiasaannya ketika berfikir dengan panjang. "Jadi, apakah dengan keadaan ini, kita boleh melancarkan ekpedisi ketenteraan ke kawasan Manchuria dengan alasan perjanjian tersebut tidak disahkan sebelah pihak?"

Shung Il segera maju kedepan: "Ampun Tuanku, walaupun Maharaja Jiajing bersikap demikian, dia mampu mengawal keadaan negara dengan baik. Ini bermakna, secara kasarnya jika peperangan terjadi. Korea akan mendapat korban yang sangat tinggi."

Siwon selaku Menteri Pertahanan mencelah: "Ampun Tuanku, kita akan menghadapi musim sejuk tidak lama lagi. Dalam keadaan sekarang, peluang untuk kita menang dalam peperangan kali ini adalah kurang dari 45 persen. Tambahan pula, kubu-kubu yang kita bina sewaktu operasi terdahulu telah kita musnahkan selaras dengan perjanjian."

"Beta sedar dengan kekurangan yang kita hadapi sekarang. Dengan musim sejuk yang akan melanda, kos untuk peperangan akan bertambah. Baiklah, buat masa ini kita akan berdiam diri. Arahkan tentera kita untuk bertindak defensif. Jangan melakukan apa-apa tindakan tanpa mendapat perintah dari beta."

Para menteri serentak menganggukkan kepala mereka tanda setuju. "Shung Il, adalah pihak Mongol masih menyerang kawasan utara China?" Shung Il segera memberi jawapan: "Benar Tuanku, keadaan utara kawasan barat China masih berada dalam zon perang. Sebelum patik pulang ke Korea, berita tentang konflik baru antara Mongol dan China mulai tersebar."

Sehun menganggukkan kepalanya. "Shung Il, beta merasakan saat kita untuk membuka hubungan dengan Mongol sudah tiba. Walaupun Korea pernah ada dibawah pemerintahan Mongol namun selepas mereka meninggalkan Korea, kita tidak ada apa-apa hubungan baik dengan mereka. Carikan pegawai yang boleh kita jadikan utusan ke sana." Shung Il terus menganggukan tanda setuju.

Selepas tamat mesyuarat dengan para menterinya, Sehun terus menuju ke istana Maharani. Setibanya di istana Maharani, dia melihat Maharani sedang menggendong Soo Hyun dan Ji Won sedang ada disisi Maharani. Dengan perlahan-lahan dia menghampiri mereka namun Soo Hyun sudah melihat kedatangan sang ayah. "Appa…" Soo Hyun berteriak gembira. Serentak Maharani dan Ji Won melihat ke arah Sehun. Sehun mencium dahi bondanya. "Maaf anakanda lambat datang. Mesyuarat dengan para menteri tadi agak lama."

Maharani hanya menggelengkan kepalanya. "Tak mengapa Sehun, tugas negara adalah lebih penting." Sehun segera mengambil Soo Hyun dari gendongan Maharani dan menciumnya didahi, pipi dan bibir anak kecilnya itu. Soo Hyun hanya terkikik dengan perlakuan ayahnya. "Appa salanghae…" Sehun terkejut dengan perkembangan anaknya itu lalu mengecup pipi Soo Hyun sekali lagi. "Nado Hyunie…" Luhan yang kebetulan baru masuk ingin menghadap Maharani terkaku dengan apa yang dilihatnya. Sehun sedang mencium dahi Soo Hyun sambil memeluk Ji Won. Seketika timbul rasa cemburu namun Luhan berjaya menghapuskan rasa tersebut dengan perlahan-lahan.

"Luhan, kemarilah. Apa yang kau menungkan?" Suara Sehun mengejutkan Luhan lalu segera menuju arah Sehun dan Maharani. "Ampun Tuanku dan Maharani, anakanda sedikit lambat tadi, urusan berkaitan majlis ulangtahun Soo Hyun telah anakanda siapkan. Cuma menunggu untuk dilaksanakan sahaja."

Maharani menganggukkan kepalanya: "Terima kasih Luhan, beta mengharapkan majlis itu berjalan lancar nanti." Ji Won segera memeluk Luhan dan berkata: "Aku berterima kasih padamu kerna sudi menyiapkan majlis ulang tahun Soo Hyun, aku amat menantikan majlis itu berlangsung." Luhan hanya tersenyum: "Tak mengapa, Soo Hyun seperti anakku sendiri."

Sehun sangat gembira melihat keluarga kecilnya gembira. Dia mengharapkan keharmonian itu akan kekal selamanya.

P/S: Maaf lambatnya update. Sebagai hukuman, author akan mengepost 2 chapter minggu ini. Chapter seterusnya pada hari jumaat akan datang. Insya Allah…