BAB 18
Musim dingin semakin menghampiri penghujungnya. Saat ini rakyat mulai menunggu kedatangan musim bunga di Korea. Musim bunga tahun ini diharap dapat memberi rezki yang banyak buat seluruh umat manusia. Salju yang mulai mencair dan angin yang semakin terasa nyaman tidak lagi sejuk mencengkam.
Luhan juga sudah semakin sihat. Hasil kerja keras Kyungsoo (Ditambah paksaan sayang dari Sehun tentunya), dan tabib diraja menambah lagi kecepatan Luhan hanya perlu meminum ramuan obat penyakitnya sekali sehari, tidak lagi empat kali sehari. Membayangkan bau dan rasa ubat itu sahaja menyebabkan Luhan hampir pengsan walaupun telah dicampur sedikit madu asli.
Seperti hari ini, selepas Luhan bangkit dari tidur nyenyaknya, beberapa dayang akan mengemaskan katilnya manakala sang pemilik kamar akan membersihkan dirinya sebelum bersiap-siap ke kelas. Sudah hampir dua bulan Luhan meninggalkan kelasnya akibat sakit. Jadi ini merupakan kelas pertamanya sejak pulih dari sakit.
"Yang Mulia, silakan menyantap sarapan ini." Salah seorang dayang menjemput Luhan untuk bersarapan pagi. Luhan yang baru bersiap segera menuju ke meja makannya untuk bersarapan. "Maaf tapi adakah kau orang baru didalam istanaku ini? Aku baru pertama kali melihatmu." Orang yang ditanyai Luhan itu sedikit takut-takut mengangkat kepalanya. "I-iya, hamba baru dipindahkan atas titah Maharaja Sehun. Dahulunya hamba berkhidmat dibawah Yang Mulia Ji Won. Nama hamba Soo Jung."
Luhan menganggukkan kepalanya tanda faham. "Jika begitu, kau sudah mahir bukan dalam pengendalian hal-hal istana aku. Aku harap kau boleh berkerjasama dengan Kyungsoo, Soo Jung-ah." Luhan segera duduk lalu mengambil semangkuk Tteoguk sebagai menu sarapannya. Luhan sudah berpesan pada Kyungsoo agara menu sarapannya tidak begitu banyak kerna dia hanya makan berseorangan melainkan Sehun turut ada sewaktu sarapan pagi.
Bercakap mengenai Sehun, sudah hampir seminggu Sehun tidak menjenguk Luhan. Luhan sedikit kecewa kerna Sehun tidak mengunjunginya. Namun, Jongin, sang pembantu peribadi Maharaja memberitahu bahawa Sehun mempunyai banyak dokumen kerajaan yang harus diteliti kerna pada pertengahan bulan hadapan, semua pegawai dari pelusuk kerajaan akan menghadap Sehun bagi menyerahkan laporan tahunan kawasan yang mereka pegang. Jadi, Sehun tidak biasa menemani Luhan seperti dahulu.
"Maharaja Sehun telah tiba." Luhan sedikit kaget apabila orang yang dia sedang fikirkan sedang masuk dan menuju kearahnya. Luhan segera berdiri untuk menyambut kedatangan Sehun. "Maaf tidak dapat mengunjungimu sepanjang minggu ini Luhan. Kau sudah semakin sihat." Sehun mencium tangan Luhan yang dia pegang sejak tadi. Luhan tersenyum manis: "Tak mengapa Tuanku. Aku mengerti keadaan Tuanku yang disibukkan dengan urusan negara." Sehun mendudukkan Luhan terlebih dahulu lalu diikuti Sehun disebelahnya. "Menu apa pagi ini yang kau makan Lu."
"Hanya ini sahaja Tuanku, Tteoguk, Kimbab dan teh halia. Aku tidak tau Tuanku akan kesini, jadi ini sahajalah yang aku jadikan sarapan." Sehun hanya melihat menu diatas meja makan Luhan. "Hurm, oleh kerna beta telah seminggu meninggalkan kau. Hari ini aku akan menemani seharian." Mata Luhan berbinar cerah. Luhan segera memegang tangan Sehun dan menciumnya. Mengingatkan bahawa Luhan tidak boleh mencium Sehun didepan pengawal dan dayang istana. Yah, itu sahajalah yang mampu dilakukan Luhan. "Terima kasih, Sehun. Aku mencintaimu." Sehun mengusap-usap pipi Luhan tanda dia juga mencintai 'isterinya' itu.
Di Bilik Rahsia
"Jadi, bagaimana keadaan Luhan. Apa dia sudah pulih?" tanya seorang lelaki yang berpakaian pengawal istana. Teman berbualnya tidak kelihatan, hanya berselindung disebalik dinding. "Ya benar, dia sudah pulih, cuma dia perlu meminum ubat dalam masa seminggu dua lagi sebelum benar-benar pulih." Lelaki itu sedikit menyeringai. "Baiklah, kau masih ingat bukan janjimu pada tuanmu bukan? Sekarang adalah masa kau untuk membuktikan padanya yang kau boleh dipercayai." Sang teman berbual lelaki itu mengangguk perlahan.
"Jadi, tugasmu ialah…"
Bilik Studi Sehun
"Ampun Tuanku, Kerajaan China telah mengeluarkan arahan untuk mobilisasi tentera bagi menghadapi peperangan namun buat masa ini tiada maklumat lengkap tentang kemana akan mereka membuat penyerangan dan pihak mana yang mereka akan serang." Woo Bin selaku Perdana Menteri memberi laporan kepada Sehun. Saat ini hanya Sehun, Woo Bin dan Siwon yang berada didalam bilik tersebut.
"Mobilisasi tentera yang mereka lakukan ini melibatkan hampir 100 ribu tentera. Nampaknya dengan jumlah tentera yang ramai, serangan mereka ke atas sasaran adalah yang betul-betul mereka ingin takluki secara permanen. Dan mereka akan menyerang dengan cara yang brutal." Tambah Siwon.
"Buat masa ini kita tidak tahu apa-apa bukan tentang niat mereka yang sebenar. Adakah mereka ingin menunjukkan kepada jiran-jiran mereka bahawa China adalah negara yang stabil dengan penggunaan kuasa militari ataupun mereka ingin memberi amaran secara halus bahawa musuh yang ingin mengancam negara mereka akan dapat dihapuskan dengan mudah." Sehun memberi pandangannya. "Buat masa ini kita tidak mempunyai apa-apa masalah dengan China melainkan isu di kawasan Manchuria. Bagaimana pula dengan pihak Mongol? Hubungan mereka dengan China masih tidak baik berkaitan isu Xinjiang?"
"Ampun Tuanku, menurut risikan terbaru, walaupun isu Xinjiang tidak besar namun ada dalam kalangan pemimpin puak-puak dikawasan Mongolia yang masih melancarkan serangan gerila atas pos sempadan China. Secara tidak langsung, Kerajaan Ming terganggu dengan masalah tersebut. Mungkin pihak China merasakan yang Mongol harus diberi pelajaran dengan cara menghapuskan mereka secara total." Siwon menatap kertas laporan risikannya.
"Buat masa ini kita tidak tau kemana tujuan mereka. Namun, pergerakan tentera yang besar sudah pasti akan menarik perhatian. Arahkan para pengawal sempadan meningkatkan kawalan. Tentera laut kita juga harus bersiap siaga. Beta mendengar adanya kes-kes rompakan yang semakin kerap oleh lanun dilaut Korea. Keadaan ini harus ditangani dengan sepenuhnya." Sehun memberikan arahan dengan jelas tegas. Kedua-dua menteri itu segera menganggukkan kepalanya lalu keluar dari bilik kerja Sehun.
Kamar Luhan
Luhan yang baru sahaja ingin membaringkan dirinya diatas katil terkejut apabila mendengar suara menangis diluar kamarnya. Saat kebetulan Kyungsoo sedang tidak ada disisinya. Suara tangisan itu kedengaran dibalik pintu belakang menghadap taman istana. Dengan perlahan-lahan Luhan bangkit menuju kearah suara tangisan itu.
Jantung Luhan semakin berdegup kencang ketika menghampiri sumber tangisan itu. 'Hantu tidak wujud dalam dunia ini.' Itulah prinsip Luhan yang masih dipegangnya ketika ini. Dengan gerakan perlahan dia membuka pintu itu, dengan segera Luhan menolehkan kepalanya untuk melihat siapa gerangan yang menangis pada malam-malam ini. Seorang lelaki yang berpakaian pengawal istana, sedang duduk sambil menangis. Udara pada malam itu agak dingin walaupun peralihan musim sedang berlaku. "Hei, kenapa kau menangis disini?"
Sang pelaku terkejut mendengar suara Luhan. pengawal itu segera berdiri dan membongkokkan badannya: "Maafkan hamba Yang Mulia, hamba tidak bermaksud mengganggu Yang Mulia ingin tidur. Hamba salah. Maafkan hamba." Luhan bertanya kembali: "Siapa namamu dan kenapa kau menangis. Mungkin aku boleh menolongmu?"
Dengan suara terisak dia menjawab: "Nama patik Kim Jun-Myeon. Patik ditugaskan menjaga istana Yang Mulia sejak bulan lepas. Adik hamba, sedang sakit berat. Dia berada dibahagian penjagaan taman istana. Patik sudah meminta tolong kepada tabib namun oleh kerana posisi hamba tidak tinggi, tabib hanya merawat seadanya." Tangisan Jun-Myeon semakin hebat.
Luhan merasa iba akan cerita Jun-Myeon itu, dia juga pernah merasakannya sewaktu dia masih kecil, sang adiknya sedang sakit berat. Dan tabib pada waktu itu meminta uang yang cukup banyak bagi merawat adik kecilnya. Ibu Luhan terpaksa meminjam dari ketua kampungnya bagi membayar tabib itu. "Baiklah, jangan menangis lagi. Aku akan coba menolongmu. Kyungsoo..?" Kyungsoo yang mendengar suara Luhan dari belakang biliknya segera menghampiri. Niatnya untuk bertanya sirna apabila melihat Jun-Myeon menangis. "Esok bawakan tabib istana untuk merawat adiknya. Katakan pada tabib itu untuk memberi perawatan yang baik untuknya. Biayanya akan aku tanggung." Kyungsoo menjawabnya dengan anggukan. "Lu, ini sudah larut malam, kau harus segera tidur."
"Terima kasih Yang Mulia, semoga Tuhan membalas jasamu. Aku akan berkhidmat padamu dengan sepenuh hati." Tekad Jun-Myeon. "Baiklah, aku mau tidur. Jangan menangis terus. Matamu akan bengkak. Selamat malam." Luhan menutup pintu itu dengan perlahan.
Pagi itu cerah seperti biasa. Luhan sedang berdiri melihat taman istana yang begitu cantik ditata rapi. Suasana hatinya sedikit terusik apabila mengingat janjinya pada Maharani. Ya, ada sebuah janji yang dia dan Maharani tau. Sudah lama dia memikirkan hal ini. Cuma dia takut ingin memberitahu Sehun. Takut apabila Sehun menolak permintaan itu dan memarahinya. Namun dia harus mencobanya. Walaupun permintaan itu tidak keluar dai mulutnya sendiri. Kadang-kadang Luhan terfikir, mengapa sang Maharani tidak mau memintanya sendiri. Adakah ini adalah satu cara untuk membuat Sehun merasa janggal.
"Kau melamun lagi Lu?" suara Sehun memecah pemikiran Luhan. "Se-Sehun, bila kau kemari. Maaf aku tidak menyedarinya." Luhan membongkokkan badannya tanda memohon maaf. "Aku sudah lama kemari. Aku memanggilmu namun tiada jawapan. Makanya aku kesini dan melihat kau melamun jauh. Apa yang kau pikirkan Luhan? jika kau ingin memberitahuku, aku akan mendengarkan."
Luhan memeluk erat Sehun. Hal ini membuatkan Sehun sedikit bingung. Dari riak wajah Luhan, ada yang sedang mengerogoti pemikiran buah hatinya. "Sehun…" Sehun menarik wajah keatas agar dia boleh mendengar ucapan Luhan.
"Aku ingin kau mengambil selir." Cicit Luhan. Sehun sepertinya blank lalu segera tersedar apabila mendengar kata-kata Luhan. "Kenapa?" "Kenapa kau berkata seperti itu." Sehun bertanya Luhan. Pandangannya seperti akan menelan Luhan. "Kerna kau harus Sehun. Kau memerlukan zuriat. Keluarga diraja memerlukan zuriat bagi kelangsungan negara." Sehun melepaskan Luhan dari pegangannya. "Sehun dengarkan aku, walaupun aku mencintaimu dan kau juga mencintaiku namun kau harus memikirkan hal ini sedalam-dalamnya."
Sehun terus berganjak ingin keluar namun Luhan segera memeluk Sehun dari belakang. "aku merelakanmu Sehun. Aku sudah menjangka dari awal lagi ini adalah risiko jika aku menerimamu." Sehun melepaskan pelukan Luhan lalu berbalik menatap Luhan. "Aku yang tidak bisa Lu! Aku yang tidak bisa. Sejak bertemu denganmu, aku sudah berikrar tidak akan mencari yang lain. Hidup aku sudah cukup dengan adanya dirimu. Soo Hyun sudah cukup menjadi pewaris. Aku mohon Lu. Jangan bahas hal ini lagi."
"Sehun tolong mengertilah. Soo Hyun masih kecil, kita tidak tau apa akan jadi kepadanya pada masa mendatang. Sedangkan aku ini tidak akan mampu memberi zuriat kepadamu. Aku tau kau tidak mungkin lagi menyentuh Ji Won." Luhan mulai menangis. Dia tau dia akan menyebabkan Sehun marah besar. Namun dia harus melakukannya.
Sehun yang mendengar kata-kata Luhan segera menatap Luhan. "Dari siapa kau tau semua ini. Aku tidak pernah memberitahu hal ini kepadamu." Suara Sehun mulai meninggi. "Itu tidak penting Sehun. Yang penting adalah aku mau kau memikirkan hal ini sedalam-dalamnya Sehun. Aku mohon. Fikirkan masak-masak Sehun."
Sehun terus keluar dari istana meninggalkan Luhan. Luhan terduduk diatas lantai sambil menangis. Kyungsoo yang sejak dari tadi melihat pasangan diraja itu saling bertegang urat segera masuk dan memeluk Luhan. "Shhh… Jangan menangis Luhan. Aku disini." "A..aku menyakitinya Kyung. Aku membuatkan dia begitu marah." Isak Luhan. "Sehun pasti mengerti Lu. Dia cuma memerlukan masa untuk bertenang. Bangunlah. Aku akan membawamu kekatilmu." Kyungsoo segera membuat Luhan berdiri dan membawanya kedalam.
Sepertinya akan berlaku masalah antara Luhan dan Sehun.
